رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Saturday, February 21, 2009

Baby LelaKi baru lahiR!!

malam semalam.saya tidak dapat tidur dengan baik.apabila jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.saya nekad, saya mungkin perlu tidur untuk merehatkan otak saya yang bertungkus lumus menghafal pelbagai jenis ubat.ubat mata,ubat untuk bakteria, ubat utk epilepsi, utk convulsion, untuk psychotic person, even antidepressant!! namun, hujan ribut mlm semalam mungkin sebagai salah satu tanda akan berakhirnya musim sejuk dimesir sgt menggangu tidur saya.saya tidur tenang dalam ketakutan.hihi.. yerla.. pintu seakan2 ade org nk bukak!! sebenarnya sy bernasib baik sbb dirumah ni cuma sy n roomate saja yg tidur sekatil dan org lain mempunyai katil masing2..so sy xperlu takot..itulah yang sy selalu cuba untuk tenangkan diri.. tak lama kemudian saya terlelap juga.mungkin situasi begini jarang berlaku kalau ngn ma.. [situasi takut tido..hihi]

mlm semalam jugakk tepat 9.10 mlm.. ring.. ring telefon berbunyi.. u got a msg....

"adik, kakza dah beranak.alhamdulillah dpt ank lelaki yg coomel+putih.tp kena masuk dlm bekas oksigen dulu"

alhamdulillah berjaya jugak kakak ipar sorang ni melahirkan anak pertama yang merupakan ank buah saya yang ke 12. dan bulan 8 insyaallah bakal menyusul 2 lagi org baru dalam famili sy.. jadila 14org+15=29 org.. wah.. dah bertambah ahli keluarga saya. dan insyaallah 2010 nanti abang dari saya akan berkahwin juga.. dia tgh bertungkus-lumus menyimpan duit sekarang.. hihi.. so, bertambah2 lagi la.. alhamdulillah.. seronok keluarga besar2 ni. meriah..
my bro Fahmi Latiff+ his wife Kak Za

dah lama saya xpegang baby br lahir... tp sy xberapa minat baby br lahir.. xboleh ajak untuk main2 kejar2!! hihi.. kalau budak2 yg dah boleh jalan2 or senyum2 tu baru best.. boleh usik diorg..isk..suka betul usik org ye?

beberapa hari ni selalu sngat mimpi pasal ma + arwah abah.. even adik bradik.. homesick kah?? xde la duk rindu or duk tringat samapai meleleh air mata pn skrg.. tp xtau la kenapa.. maybe xbb xm.. kluarga jadi sentiasa di hati kot.. perkara ni menghantui saya untuk wat keputusan.. BALIK MALAYSIA @ TIDAK BALIK MALAYSIA??

sbnrnya teringin untuk berpuasa di sini.bersama sahabat2 di sini.sementelah puasa kali ni jatuh pada musim percutian.jarang nak perolehi peluang macam ni selepas ni!!! puasa kat mesir dan ditambah dgn musim cuti mmg sangat2 menyenangkan bg saya.. ruh untuk beribadat juga mungkin lebih.. sbb sudah tidak perlu pikirkan apa2 lg.. bertambah2 lg kalau bersama sahabat2 yang juga sama2 bersaing untuk mendapatkan amalan terbaik di bulan mulia tu nanti.. tapi kalau balik malaysia.. adei.. xyah ckp la mcm mn.. saya akui sy kurang beristiqamah.. tgk tv la especially.. ingat lg mula2 blk malaysia hr tu.. berazam xnak tgk tv.sbb once dah tgk allah je tau mcm mn hati tu lekat kat situ.. lagho2.. n byk bnda yang xberfaedah yg sy buat. spttnya kalau cuti lg byk benda berfaedah dibuat.tp ni sbb terlalu byk masa lapang.. saya DIBUNUH dek masa lapang. dan tergolong dlm golongan yang rugi.. tp adejgk benda berfaedah sy wat.. iaitu g SUNATHON... hehe.. so.. adekah perlu saya pulang menemui ibu tercinta ?? yer wajib.. tp apakah perlu saya pulang selepas raya?? tidak.. ma xizin.. jd ape perlu saya buat?? tiket patut dibeli awl.. mmm...

tp tu cerita kemudian.. yang plg terdekat untuk buat keputusan adalah time cuti ni!!nak pegi mukhaiyyam ke nak pegi melancong.. saya bercdg g turki. negara yang penuh dgn sejarah peradaban islam tu sendiri.. kalu betul2 menghayati sirah.. insyaallah dpt ambil pelbagai pengajaran dari situ.. dna jgk dpt meluaskan pandangan + pengalaman jgk.. bdk2 ni sibuk nak pi main salji.. isk3. teringin jugak sbb mesir ni negara 4musim.. tp xde salji ek?? huhu.. kesian.. stakat sejuk mcm ni dah cukup buat saya.. say no to SNOW.. hehe.. kejap2 ok la.. nak hidup tempat mcm tu.. xtaula kalau dah duk situ terjatuh hati pulak.. wallahualam.. kalau g turki leh jalan2 melihat keindahan ciptaan ALLah + lihat Kebesaran Allah.. tp kalau g mukhaiyyam a.k.a aktiviti ms cuti.. dpt lebih ilmu+dpt muhasabah diri.. maybe dr prog ni bakal mendekat insan kerdil ini dgnNya... sbb apa yang saya pasti pelbagai pengisian untuk hati+rohani ni bakal diterima.. kalauikutkan mukhaiyyam bakal mendekatkan diri sy dgn DIA.. tp sy masih konpius.. nak jalan2 jgk.. isk3... kenapa xmampu buat kedua2nya???

kalaulah mampu.. saya mahu belah badan saya kepada dua.. agar sebelah dapat rasa kebahagian melancong di TURKI.. dan sebelah lg dpt mendengar santapan rohani dr insan2 yang mencari redhaNYA jgk.. kalau nk dgr dr org.. xbest lgsg.. oh Allah.. kurniakanlah petunjuk untuk buat pilihan terbaik..

10 comments:

  1. salam.k tikah gi turki jugak! waaaaaa.same la kite..! dah beli tiket n tempah hotel dah...ok la..5 malam..tambah tiket.. lebeh kurang 2500. k tikah dah bookke?

    ReplyDelete
  2. DAn tahniah sebab ade kelahiran baru dalam family.nampak k tikah happy ade bayi telah dilahirkan.hihi.mcm k tikah pulak yg lahirkn.hehehe

    ReplyDelete
  3. eeeii.. tgh pening pk nk g ke x.. amboi migha.. xsabor nampk... melancong sokmo..hihi..

    ank buah mcm ank sendiri dah tau!! msti la sronok..hihi..

    semoga dia sihat sejahtera.. amiin..
    hepy study.. rabbuna yusahhil..

    mn bukak blog migha jgk!! :P

    ReplyDelete
  4. pergi turki??

    aik, berjalan2 nampaknya...
    cukup ke duit nk blk m'sia???

    huhuhu, klu pergi, selamat pergi dan pulang ke mesir...

    ReplyDelete
  5. ala k tikah.takyah ar.blog kt tade pape..ngarut2 je.k tikah tak yah tengok ek.huhu.k tikah blk msia kan?jom kite naek qatar airlines.tau tak egypt air dh 20 kg je.smua boleh tmbh kg tp byr 50LE satu kilo...murah ar drpd msia kan..100Rm..

    ReplyDelete
  6. satu lg, lupa nk ucap tahniah...

    hehehe...

    sampaikan salam buat bro mie...
    dan, ucapan tahniah dengan kehadiran 'orang baru'....

    moga tambah bahagia selamanya.....

    ReplyDelete
  7. to Hamba Allah:

    insyaAllah duit ade..
    insyaAllah akan disampaikan..
    tp xsure boleh pegi ke x..masa tu takot xsempat.. doakan la..tringin.. hihi

    ReplyDelete
  8. to migha:

    qatar brape??hage tiket+berat brg?
    xkire .. nk tgk jgk.. :P

    ReplyDelete
  9. xdpt pegi thn nie, simpan la duit untuk pergi tahun depan...

    masih banyak masa...

    ReplyDelete
  10. to hamba ALLah:

    hehe... nk pegi jgk.. xkire..
    insyaAllah kalau ade rezki

    ReplyDelete

^___^