رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Wednesday, February 25, 2009

cahaya itu mendekati..

Saat ku tercari-cari cahaya hidup
Ku lihat sinar menyuluh dari permukaan
Lantas ku gagahi tangan mencapainya


Namun ku bingung
Makin ku gapai, makin ku tenggelam
Terusku dihanyut semakin jauh
Oleh derasnya arus hidup dunia yang fana
Sinar dambaan makin kabur dipisah jarak
Makin payah untuk dimiliki
Hanya melambai-lambai tanpa simpati
Hati gusar bercampur pilu
Menjerit-jerit minta diselamatkan


Namun saat pandangan mulai gelap
Nafas makin sesak di dasar lautan hidup
Dan jiwa mulai merintih kata putus asa
Ku terasa tangan ditarik lembut
Lantas bibir kering mengukir senyum
Bahagia kerana masih ada yang mendengarkan
Tatkala itu jua
Cinta mulai berputik
Pada Sang Dia yang memberiku nafas baru


Tapi hampa bertandang saat mata hati dibuka
Kerana tiada kelihatan Sang Dia di hadapan
Untuk memimpin ku menyusuri tebing dunia yang curam
Butir-butir jernih mula menghujani pipi
Bimbang diri terjatuh dan dihanyut lagi
Oleh ganasnya gelora hidup


Namun saat itu jua kudengari
Bisikan memujuk diri
Memberitahu Sang Dia dekat di hati
Akan sentiasa mengawal serta mengawasi
Apabila ku mula terleka
Dibuai kejamnya bayu dunia
Jua menyuruh hatiku yang merindu agar bersabar
Menunggu waktu ditetapkan
Tatkala hijab antara aku dan Sang Dia dibuka


Kini baru diri mengerti
Cahaya yang dicari selama ini
Amat dekat denganku..terlampau dekat
Ianya ada di sudut sukmaku
Tidak pernah menjauh walau sedetik
Kerana cahaya hidupku itu adalah Sang Dia


Dan baru ku sedari
Cahaya yang menyinari dan cuba ku gapai awalnya
Cumalah dari sinar sang mentari duniawi
Yang hanya setia mengiringi diri di siang hari
Tetapi pasti hilang di sore hari





Wahai Sang Dia
Hatiku telau Engkau curi dengan kerelaanku
Menetaplah Engkau di sana menemani setiap denyut nafasku
Agar bisa menjadi penghalang
Bila hati mendambakan kejahatan
Agar diri selalu merindu dan takutkanMu
Tatkala mengimbas dosa kerana mengejar sinar sang mentari
Agar ketenangan sentiasa milikku
Kerana hanya dengan mengingatiMu ketenangan akan mendekatiku..


Ya Allah,tetapkan hati-hati kami..
tetapkanlah iman-iman kami..
agar kami tidak mati dalam kufur..
jadikanlah hati-hati kami sentiasa merinduiMu...
sentiasa bersamaMu..
sentiasa mengingatiMU..
janganlah ENGKAU membiarkan kami dalam kelalaian..
janganlah Engkau membolak-balikkan hati-hati kami..
kurniakanlah hidayahMu..
Ya RabB..

4 comments:

  1. Assalamualaikum
    Nak tanya. Ni lagu ke sajak? ;) Maksudnya mendalam tu. Penuh dengan metafora... lama gak sy fikir supaya dpt makna sebenar. Allah tak pernah mensia2kan cinta hambanya. Tak macam manusia kan...yg tak pernah bersyukur.
    Teruskan muhasabah diri...saya pun kene selalu muhasabah diri yg tak lekang dari dosa ni.....
    Ya Allah, pimpinlah hambaMu ini

    ReplyDelete
  2. ahmad eisa..sy rase cm sajak..umm..tunggu tikah jwb..

    btol 2 cm ahmad isa ckp..kno bc 2x gk hok mula2 tu br pehe..

    tp untuk tahan agr x jatuh blik 2 amt susah dn merlukn keteguhan hati n iman yg mntap..kadg jatuh,,kdg naik blik..smoga Allah sentiasa mmberi ptunjuk dan kekuatan kpd kita semua..

    ReplyDelete
  3. to ahmad Eisa,
    memang la xlari dari wat dosa..
    tapi kena cuba sedaya upaya jugak..
    yang ni mmg sangat2 perlukan mujahadah berterusan..
    insyaAllah kalau kita mengharapkan hidayah dari Allah, DIA xakan sekali2 menyiakannya.. cuma doa perlukan byk usaha.. barulah ia dpt berjalan seiringan.. insyaAllah.. kena berusaha betul2 ni..
    muhasabah byk2 tiap kali sblm tido..

    APA AKU DAH WAT HARI NI??
    ADA SAKITKAN HATI SAPE2?
    ADA WAT ROSAKKAN APE2?
    n so on la..

    semoga kita semua pun berada dlm rahmat kash sayangNya.. amiin..

    ReplyDelete
  4. to madihah:
    keteguhan hati perlukan azam yang kuat dan matlamat yg jelas..
    normalnya manusia suka mengejar matlamat yg dia sudah tetapkan..

    sajak ke ape ke wallahualam.. copy paste je pn.. hihihi.. time2 xm die byk copy semua bnda.. baca2.. then copy. thne paste.. hihihi..

    semoga semua sahabatku berbahagia di bawah rahmat kasih sayangnya.. amiiin

    ReplyDelete

^___^