رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Sunday, February 22, 2009

khasiat budu.. Promote2..!!




belajar bagaimana budu diperbuat..
bukan mudah untuk menghasilkan makanan unik ini, apatah lagi cabaran untuk mengekalkan mutu rasanya kerana jika tersilap ramuan ia boleh merosakkan keasliannya.

Sehubungan itu, bagi menghasilkan budu, ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam, sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga bulan hingga setahun.

Selepas proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu.

Biasanya budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Sebelum dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti tinggi.

Hamidah memasak budu menggunakan cara tradisional iaitu dapur kayu bagi mengekalkan rasa budu berkualiti tinggi, kaedah sama yang digunakan sejak dulu.

“Rahsia untuk menghasilkan budu yang berkualiti tinggi adalah terletak pada tempoh ia diperam, cara memasak dan ramuan digunakan. Ramuan perlu menepati timbangan ditetapkan kerana ia akan menentukan rasa dan kualitinya,” katanya. Bahan asas untuk menghasilkan budu berkualiti tinggi dan disukai ramai ialah menggunakan ikan bilis usang.
waa.. my favourite ni.. hari2 makan budu..hihi.. tgl stok last dah.. T_T
nmpk gayanya kene pergi cairo pegi beli la ni ek.. insyaAllah.. dlu2 masa duk malaysia xde la hati sangat kat budu ni.. tp bak kata org.. dah susah nak dpt.. barulah kita nak kejar2.. nak sangat2.. so skrg dah jadi peminat setia budu.. ^_^ nYum2.. selamat menjamu selera beserta khasiat2 budu..

ni misteri khasiat budu.. hihi..

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudahlamadiamalkan di Kelantan.Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik SitiWan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakananberkhasiatJepun, Amerika,Australia, New Zealand dan Jerman.
  • Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan,mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

  • Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungizat antibakteria penyebab diarhea,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

  • Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan iamampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarhea kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
  • Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.
  • Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
  • 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin),asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12(sianokobalamin).
  • Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
  • Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

  • Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau moleku yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan,sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor,kanser,penuaan dan kematian sel.
  • Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
  • Pada budu,di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon)yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
  • Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukanbahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut atheroscelosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan,jantina dan keturunan.

  • Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida dara (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti,stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin,vitamin E, karotenoid dan kalsium.
  • Satu ujikaji rambang yang dijalankan,mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang ba

  • Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

  • Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe(Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.
  • Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
hihi.. go.. go tikah.. MICROBIOLOGY to go.. u can do it...

sebelum tu.. selamat hari lahir buat anak saudara tersayang.. today 22.feb.2009

AISYA SOFEA AHMAD RADZI

MAY aLLAH BLESS U syg.. InsyaAllah..

23 comments:

  1. hidup BUDU!!!hehe..tp skrg budu cap ketereh x masak nga dapur kayu dh..sratus peratus nga mesin boiler..2 sbb rse die mkin best n jrg sgt org komen budu ni gatal..

    biasala manusia ni..bnd ad dpn mkna memg x pndg pn..bile dh jauh,mula la rndu..hehe..

    chaoyok2!!
    k.tikah boleh..

    ReplyDelete
  2. hehe. da mmg org kltn, xsah xmkn budu. sedap pe budu. kan?

    ReplyDelete
  3. to linda a.k.a syg sokmo:

    hihi..tau blako nah dio eh..
    tau perkembangan semasa budu.. hihi..

    insyaAllah berusaha sehabis daya.. doakan ore ek..

    ReplyDelete
  4. to ladybug Yna:

    memang sgt sedap.. hihi.. dlu xbrehi pung.. loni jadi favourite plop.. hihi

    ReplyDelete
  5. bak kata org tua2...
    ikan bilis diperam lama kemudian dipijak2....

    klu y kaki sembayam tu y lg best budu y terhasil....


    :D

    ReplyDelete
  6. kata saya:walopom aku org kelate tp ambo xleh make budu..waa!!..jangkit resdung ngan zizan (raja lawak)..malang tol~

    ReplyDelete
  7. erm..xpela.. ada hikmahnya anda xblmakan budu tue.. dont be sad. bnda lain byk lg blh mkn.tp mmg resdung agak cerewet dlm pemakanan.buktinya abg+kak sy sndiri susah untuk memilih pemakanan.salah makn. bresen sokmo la.. hihi..

    BAKPO XDOK ORE WISH BESDAY KT ANOK SDARO SY. SIAN DIO.ISK3...

    ReplyDelete
  8. hidup budu!!
    hehehe~
    eman mkn budu nge ike singgey jah tikah.
    nge benda len xleh nk gi.
    huhuu~

    ReplyDelete
  9. tahniah dpt anak buah baru.
    tikah bile plk?

    ReplyDelete
  10. bukan kotor...sori...

    tapi itu lah yang orang tua cakap...

    xtau betul atau tidak...


    apa pun, budu tetap makanan tradisi turun temurun anak2 kelantan...

    ReplyDelete
  11. to Dhiya' a.k.a Eman:

    mmm.. Tikah rs kan.. budu tu dio perap ikan.. ikan tu dah mati. so salah la guna hidup budu.sbb ikan2 tu xleh idup dah.. kene kisar.. hihihi..

    Tikah pn makey nga singge2 jah..tp loni nga teor goreng pun masuk. kalu masakan lain xmsk mano..hihi..anak Tikah?? aih.. boleh dio tnyo.. Wallahualam

    ReplyDelete
  12. to hamba Allah:

    ye..makan2 budu.. jgn xmakan. byk benar khasiat dia.. hihi

    ReplyDelete
  13. wah, hamba ALLAH peminat budu ker???
    huhu, sdp sgt ke budu tue??
    kena try ni..nnt kena mntk ngn org y ad nie....

    sape2 y ad gtau...
    nak rasa....
    tapi sapa bw ek...

    huhu...

    ReplyDelete
  14. rumah tikah ade budu..
    kalau nak mai la..
    boleh kite makan same2.. ^_^
    best.. nYum3

    ReplyDelete
  15. wah...camne nk pegi umah tikah...

    xtau nk pg....

    nnt poskn je la kat sy...

    ReplyDelete
  16. xpe la...
    lgpn atikah kn ad 1 btl last....

    nnt sy mntk ngn kawan2 kltn y lain...

    rasa diorg ad...

    huhuhu...

    lgpn jauh nk kna anto..

    huhuhu

    ReplyDelete
  17. huhu..kah..ak pun bwk budu gk..tp x dop saeng nk make...x sedak ugop bena make sore..x abih2 sbotol jak rayo ari tu agi..nk wat gno..housemate ak semo ore lua..

    tp time sero nok make..make jee..cicoh nga pucuk ubi sbelah umah..hee

    ReplyDelete
  18. wah...makan pucuk ubi....

    best2....

    rndu masakan mak weih....
    dpt makan ulam raja best nie...

    ReplyDelete
  19. to anonymous:

    hihi.. takot pecah rhsia la tue.. :P

    ReplyDelete
  20. to madihah:


    sian ko mu.. ak sini smeo brebut tau..

    ore kl pn wat spo kuah je budu... ngeheee..

    sapa sero nak susuk budu tu.. tp aku xbawak pun.. hihihi..
    saim2 ak bwk.. nk abes 3 botol mineral da.. wawa.. sadis...

    ReplyDelete
  21. to hamba Allah:

    waa. bestnye ade ulam..
    petai dah abes.. hihihi..

    skrg mkn berulamkan terung jek.. heee.. best2

    ReplyDelete

^___^