رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Thursday, July 31, 2008

nak pakai cincin kt jari mana ye??


Bila kita tengok anak muda sekarang ini ada yang pakai cincin pada semua jari...mungkin mereka kurang pendedahan atau mereka saja nak bergaya Bertepatan dengan kandungan antara Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari: 1.jari manis 2.jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari:
1.jari tengah
2.jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada
jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s. Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam.

Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. Sahabat leh gak baca kat buku syamail muhammadiahMacamana lak pemahaman kite?Wallahu a'lam Wassalam.

juga..

Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw.Namun, yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia. Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang.

Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali r.a. "Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya.

"Kebolehan memakai cincin perak aka silver:Berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari

huKum bErsaNdinG + tEpunG taWar


salamnak tanye sikit.yang adat perkahwinan kite yang bersanding (especially merenjis) tuh salah tak ?sbb rasenye tu adat hindu.dalam Islam macam mane ?kalau orang arab pulak yang nari2 tuh ??salam..AlhamdulilahAljawabPerarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.
عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تشبه بقوم فهو منهمحسن صحيح - حجاب المرأة 104 ، الارواء "barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia termasuk dalam gulungan mereka"Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.(Sumber:Hafiz Firdaus)

rIngaKaSan aMaLan di HarI raYa

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
Selamat Hari Raya Idil Fitri
"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
Sekian dahulu,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Blhkah lafaz ta'lik di tarik blk??

Assalamualaikum Ustaz....
Disini saya ingin bertanyakan hal berkenaan satu situasi berdasarkan tajuk di atas....
Seorang kawan saya pernah bergaduh dengan isterinya melarang untuk keluar bekerja.."Kalau awak keluar lagi bekerja selepas ini,aku cerai kau dengan talak 1".........tapi selepas berbincang dan berbaik semula,si suami akhirnya membenarkan isterinya kembali bekerja....
Boleh tak ustaz terangkan apakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai?
Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut dilakukan oleh kedua psangan tersebut?
Sekian , terima kash..diharap ustaz dapat membantu


JAWAPAN
wa'alaikumussalam
apa yang rakan anda buat adalah lafa ta'liq cerai..ini bermakna apabila ia menybeut demikian, si isteri tidak dibenarkan sekali-kali untuk melanggarnya atau talaq akan jatuh secara pasti.
Adapun dalam konteks "setelah berbinacng semula dengan suami, dan suami benarkan pulak'
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini)
Kecuali terdapat satu pandangan daalam mazhab Hanbali yang MENGHARUSKAN pembatalan talaq ta'liq sebagaimana di sebuat dalam kitab al-Furu' oleh Ibn Mufleh.
Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar bekerja selepas itu walaupun dgn izin suami, talaq 1 tetap akan jatuh...dan suami isteri itu perlulah Ruju' kembali dan hilanglah satu kuota talaq yang dimiliki oleh suami.
Wallahu a'lam..dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK.
sekian
ust zaharuddin abd rahman
24 syawwal 1427 H
15 Nov 2006

aNak2 bUah + bEsdaYku








ni la besday plg bes sy pernah ada.. hehe.. 2 kali disambut.. satunye di kl.. 1 lg di umhku.. klate yg comel sokmo.. yg klakarnye.. ada lilin disediakan.. tp sy cpt2 potong ms iwan nk mkn kek.. hehe.. btw, malu la klu ada nyanyi2.. lgpun, tu bkn adat kita kn.. sbnrnye.. matlamat kpd sambutan besday ni, lebih kepada mengumpul adik beradik sy kt kl.. suka sgt ble sme berkumpul n bwk anak masing2.. sme dah ada ank!! sy?? huhu.. lmbt lg.. dah la mlm smlm.. be ji tibe2 de sbut sal kawin2.. ades.. mmg sy sama sekali xkan dibenarkan berkahwin sehingga tamat pengajian!! dat my bro said.. huhu... even sy ada cita2 kawin awl.. nmpknye kne simpan dlu.. but it's ok wif me.. sbb sy single n skrg mmg xavailable.. perjuangan utk menuntut ilmu medik dan bkn medik still membuak2 dlm diri sy.. iA.. mujahadah.. dan sy doakan sgt supaya sy mujahadah sll.. sbb kadang2 kn.. kita lalai dan leka dgn dunia yg penuh fitnah.. kalaulah manusia itu memandang dunia itu tnpa apa2 lgi bgus.. tp memandang dunia tnpa terlalu memikirkannya.. tp pada ms yg sama.. still perlu berusaha.. sbb kita disarankan cuba merebut kedua2nya. sebagaiman dlm hadis ke berapa sy lupa.. dunia adalah jmbatan ke akhirat..
berbalik kpd besday sy.. hehe.. sy mmg nmpk kesungguhan kakak2 sy dlm wat sme persediaan especially kakre.. btw, ms tu sy duk umh kakre sbb sehari sblm tu kakna bwk sy g jln low yat.. beli alat2 laptop.. alhamdulillah.. laptop dah sedikit laju.. hehe.. n ms duk umh kakna pn.. mmg bes, ckp je nk mkn ape.. dia akan usahakan cari.. hehe.. sy ada sebut nk makan abc.. dia carik jgk tmpt abc plg bes.. hehe.. alhamdulillah.. wasyukuri lillah.. then sehari sblm besday sy.. ada mkn2.. ada laksa penang, nasi ayam, satay kajang, kek blueberry(kak ah beli), buah mangga yg aku mintak, durian.. hehe.. last2.. xabes.. ades.. sib bek k.na wat blk sikit.. kire xmembazir la.. then keesokannye.. naik air asia ke kota bharu.. jmpe la pak sdare nik ahmad hilmi.. baik pakcik tu.. lupe nk tnye name.. huhu..

smpi je kb.. jmpe ma, abe mae, kak zi.. najwa n akrom.. pastu g le jenjalan kt pantai timur kt pc.. hehe.. kt sini ada perkara dahsyat berlaku, mcm biasa la.. ada promotion mcm2... sy ni mls sket nk dgr celoteh promoter.. tp rasa bersalah lak sbb biarkan mak g sowang2.. tp lepas tu sy pn g teman mak.. A)mohd akrom


b)anis
c)faqih
d)nadhirah
e)najwa
f)sofea
g)irwan
h)aisyah+imran
h)adam+akrom+sofea

saYa yG suKa meMbaCa.. daRi meNuLis..

pg ni.. lepas tgk status faizal effendi.. salah seorg bdk alex yg sy xbaik pn.. dia tulis.. countdown utk hbs cuti 69 hr lg.. h0h0.. tp.. cuti sy lebih dr tu sbb extend lebih smgu.. hehe.. tp br sedar.. sketnye cuti kami.. ades..

dua tiga hr semenjak kepulangan ke msia ni.. perasaan mls.. subhanallah.. xterkira.. nk ulang juz amma pn malas.. nk tgk tv pn malas.. (sbb takot lekat dpn tv jek.. hehe)..plg ketara.. nk bc brite ttg isu2 semasa pn mls.. mls yg sgt dahsyat.. aduhai.. syaitan ngah tergantung kt mn pn sy xtau.. tp dpt rasakan.. tp kn.. sbnrnye sme ni bergantung pd iman.. pd sekuat mn sy mampu menahan godaan nafsu yg bodoh tu( huraian dlm kita mendapat pertolongan Allah).. so skrg.. sy tgh cuba kuatkan blk diri yg sedia lemah ni.. try bg dorongan kt iman dlm diri yg sedia down ni.. btw, sy xpaham. klu tibe je time blk rmh.. mmg dugaan maha sahsyat.. dlu2 blk asrama dr naim pn cenggitu.. adeh..

sbb kemalasan yg amat sgt ni jgk, sy mls nk menaip, mls utk mencoret apa2 kt sini.. hehe.. tp sbb hr ni.. sy nk buktikan sy mampu melawan perasaan mls ni.. sy tulis sket2.. sbb selama mn nk jd hamba kpd syaitan dan nafsu kn??? sbolehnya.. sy mahu jadikan hari ini lebih baik dr semalam.. sbb klu hari ni lebih teruk dr semalam.. mereka itu org2 yg rugi.. (hamka said.. tp sblm ni ada kot sabda ke sahabat nabi ckp ke juz kata2 hikmah.. wallahualam.. sy adalah manusia pelupa..)

kt sini, blog ini ada nota sy jgk sbnrnye..so, klu perasan, byk yg sy akan copy paste benda2 yg sy rasa bermanfaat utk sy dan sahabat2.. sy tidak akan byk menulis.. sbb klu sy tulis.. tu sme adalah buah pikiran sy yg masih xckup ilmu, klu silap.. sapa tanggung?? huhu..

yg baik jadikan pedoman.. yg buruk jadikan sempadan.. okeh..

Friday, July 25, 2008

dR egYpt ke duBai~





bismillah..

hmm ni nk stat kisah blk msia yg seronok + horror.. ape yg seronok?? sbb sy akan berjaya menambah lg berat badan??? risau ke? xde ah.. nk wat camne la kn.. redha je.. hehe.. pastu dpt jumpe ma, kak2, abg2, ank2 sdare.. n berada kt msia yg indah ini.. alhamdulillah..

ape yg lg bes.. sy transit kt dubai.. 14 jam plak tu.. nasib baik dpt 0tel.. alhamdl. oTel tu name die.. HigHland oTel.. xde la high class sgt.. 3 bintang je.. tp syukur la.. sekurang2nya xde la kne tido kt tepi2 tu.. cam ape tah nmpk epot kt dubai..cam statiion bus pn ade.. sbb nmpk cam ramai sgt kelibat2 bangla?? tp.. epot diye cantik n canggih la.. tp xleh lawan msia la.. huhu..tp.. otel tu lawa. s ske.. ^_^

setiba nya kt hotel.. sy yg tgh kelaparan ngn ojie ni pn nmpk la makanan.. ekceli.. sy yg sgt kelaparan ni nmpk dlu.. then sy stat makan.. n bukak peti. ade minuman.. pastu kami minum n mkn la dgn bahagia.. tiba2... pakcik pengantr beg dtg.. dia kate.. awk xleh ambik sme makanan ni.. bkn free .. awk kne byr[dlm bi la]. erk.. kami pn da xslera nak makan da.. hehe.. tp.. abeh je.. dr membazir.. ye x?? :D

Tuesday, July 22, 2008

TiraMiSu


1 pack whooping cream
1boto resident cheese
gula halus
agar2
natural yougurt
susu cair
4 sudu besar gula
vanilla essence

kek
nescafe

whooping cream mixed ngan susu..
+ cheese
+yougurt
+gula

dah siap.. rendamkan kek dalm air nescafe...
then susun dlm bekas..
letak topping
susun kek lg..
topping
lastly.. tabur serbuk koko

sPageTTi


1 1/2 bwg merah (potong dadu)
1 biji tomato
daging cincang
serbuk lada
air
tomato puri
cheese

kEk c0kLat aisInG + piSang

3 biji telur
1 1/2 cwn gula
1 paket baking powder
1 paket essence vanilla
2 cwn koko
2 cwn tepung
1 cwn susu
1 cwn minyak
1/2 cwn air panas

1)pukul telur hingga kembang. kemudian, tmbh gula dan pukul lagi..tambah baking powder +essence vanilla +koko+susu+tepung+air panas+minyak

2) tpping
susu cair + whipped topping

kEk c0kLat [m0isT]


2 cwn tepung
2cwn gula
1 cwn koko
1.5 sudu teh serbuk soda
1.5 sudu teh garam
3 biji telur
1 cwn minyak
1 cwn susu cair
1cwn air panas
3 sudu kecil nescafe

1) telur+minyak+susu cair dipukul rata
2)gaul bahan2 kering [tepung+gula+koko+soda+garam] . kemudian, campur ngn bhn 1
3) tmbh air panas + nescafe

saMoSa


2 bawang merah
1 bwg putih
1/2 inci halia
serbuk kari
dgg cincang
air
sayur campur
sedikit garam

pUdinG jaGunG

1 litre susu segar
1 cwn gula
130gm tepung kastard
1 1/2 tin jagung

1)2/3susu+gula didihkan
2)1/3 susu + kastard
3) jagung tin

Monday, July 21, 2008

aNabda'

assalamualaikum wbt.. selawat dan salam ke ats rasul junjungan s.a.w dan keluarga..

alhamdulillah.. di tgh2 kesibukan utk blk ke malaysia.. sy berjaya membuat 1 lg blog selepas habisnya peperiksaan final baru2 ini.. xM sy rasa ok.. iAllah berbanding sem yg lepas.. sbb sem lepas mmg truk jgk la.. gap antara satu2 xm pn byk.. so stress ms xm ni kurang.. ni la satu2nya xm sy xnangis.. hehe.. alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. tp.. bab result.. sy tawakkal 100%.semoga hati2 pemeriksa kertas kami bermurah hati dan bg markah lebih.. hehe

xsbr rasanya nak blk ke msia yg xsmpi 2 hr je lg. tmbh2... ade surprise dr kak2 n ma kt umh.. hehe.. yeYe.. diorg nk sambut my besday.. da lame xrasa kegembiraan yg mcm ni.. hehe.. lgpn thn ni dpt raye msia.. hooreY.. tp ust Hamka selalu ckp.. kalau nk jadi manusia yg mcm2 buih kt akhirat besok.. bergembiralah dgn dunia nan sementara ni.. huhu.. kadang2 terpk.. betapa byknye sikap kita2 ni yang sememangnya leh membuktikan besok kita akan berada dlm kelompok manusia2 yg mcm buih kt akhirat kelak.. wallahualam..

Btw, sy cumalah seorang perempuan biasa..seorang hamba Allah yg hina lg dhaif.. sy bukanlh seorang yg baik sgt.. tp.. sy bercita2 nk jadi baik.. dan sy bukanlah seorg yg berilmu sgt.. malah sy masih lg jahil.. dan sy bercita2 utk tambah ilmu dr 1 hr ke 1 hr.. iA.. knp?? sbb sy sedar.. dunia ini hanyelah pinjaman dr Dia.. dan ia hanyelah sementara cume.. setakat mn kita nk tertipu dgn dunia.. dan setakat mana sbnrnya kta berjaya menanggung ujian Yang Maha Esa ni sbnrnye??? Dunia hanyelah jambatan ke aKhirat.. dan sbnrnye.. blog ni maybe adalah notes sy ttg apa2 yg sy rasa sy perlu ambil perhatian.. kalau2lah kamu2 semua terbukak blog ni.. semoga kita semua dpt share apa yg sy dpt hasil pembacaan dan pertanyaan sy pd mereka2 yg berilmu .. iA.. semoga hari2 yg mendatang lebih baik dr semalam.. iAllah.. silalah tegur insan ini andai ada tersalah dan silap.. sbb sy jugak manusia biasa yg punya perasaan.. dan kdang diri ini terleka dgn dunia yg sememangnya penuh fitnah ini.. nauzubillah..

1 lg.. sy suka sgt berkenalan.. especially dgn insan2 yg sama2 ada MATLAMAT mcm sY.. MENDAMBA KEREDHAAN ILAHI... sy suka berkawan dgn mereka2 sy sama2 mengejar akhirat.. yg dpt bantu menegur segala kesilapan sy.. iA sy akan terima dgn hati terbuka.. so.. kepada akhwat2 yg dikasihi.. marilah sama2 kita menyambung silaturrahim ini lillahi taala.. iA