رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Thursday, July 31, 2008

huKum bErsaNdinG + tEpunG taWar


salamnak tanye sikit.yang adat perkahwinan kite yang bersanding (especially merenjis) tuh salah tak ?sbb rasenye tu adat hindu.dalam Islam macam mane ?kalau orang arab pulak yang nari2 tuh ??salam..AlhamdulilahAljawabPerarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.
عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تشبه بقوم فهو منهمحسن صحيح - حجاب المرأة 104 ، الارواء "barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia termasuk dalam gulungan mereka"Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.(Sumber:Hafiz Firdaus)

2 comments:

  1. hamba ALLAH...sama sepertimu..January 2, 2009 at 5:04 AM

    wah, entri ni dah lama, tp baru baca... agak2 kan, saudari akan wat walimah nanti akan wat x bersanding ngn bertepung tawar nie???

    ReplyDelete
  2. slm..kullu syaiin mubah..(segala yg ad dmuka bumi ni harus)..kcuali trdapat dalil yang melarangnya..(al-quran,hadith,ijma',qias)..adat melayu adalah hak milik orang melayu dan tidak dtiru drpada mana2 adat..hindu dgn adatnya tersendiri.dan islam x mlarang jika mgkut adat slagi mana x brtntngan dgn syarak..malah..adat itu dituntut brdasarkan ayat..'Dan kami jadikan manusia itu bersuku2 berkaum2 utk mrka mgnali antara mreka"..jadi utk apa Allah jadikan manusia itu mmpunyai kaum dan adat2 tersendiri jika kaum itu sndiri tidak menampakkan ciri2 kaum mereka itu..

    ReplyDelete

^___^