Friday, November 20, 2009

Albi Nadak (seruan hatiku)

0kata-kata semangat ^_^
banyak perkara menggembirakan berlaku beberapa hari ni. Alhamdulillah.. perancangan sedang berjalan dengan lancarnye.. Dia permudahkan..amiiin..

tanggal 17hb november 2009 adalah besday ojie.. sori xde tenet nk wish kt sini..hehehe.. ni pn pinjam tenet ojie jgk.. my new roomate.. the best eva.. may Allah bless u forever.. semoga murah rezeki.. dipermudahkan urusan.. diberikan keberkatan umur dan hidup yang berpanjang.. semoga kita dapat sama2 teruskan perjuangan hidup di bumi anbiya ni dengan penuh semangat dan rasa kesyukuran insyaAllah.. trime ksh utk hari jadi ojie membolehkan saye leh makan kek BANIJA.. best yg amat! u shud try it..

tanggal 19 november 2009.. result UPSR keluar.. tahniah pada Aisyah Umirah atas usaha beliau mendapat result yang baik.. :) nanti kalo ciksu igt leh belikan adiah tuk along.. heee.. insyaAllah.. manfaatkan cuti elok2 yek my dear..

dan esok.. 20hb. november.2009.. br jek cakap ngn my bro mohd redzuan ab latiff sempena besok beliau akan akad nikah di kb.. terpaksa di awalkan atas sbb xde tok imam nti raye?? haha kelakar.semoga impian utk jadi macho ms akad nikah dengan sekali lafaz tu menjadi kenyataan dan smeoga urusan ahli keluarga esok berjalan dgn lancar.. insyaAllah..

dan hari ni tersgt2 gembira sbb 1 perkara.. ooo Allah.. tunjukkan jalan2 untuk dipermudahkan.. rabbuna yusahhil kpd pihak2 yg terlibat..(3 orang je pun) ^_^ suke suki yg amat.. alhamdulillah utk perasaan ini..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah ala kulli haaaal...

tajuk diatas utk share video yg amat menyentuh hati ini.. selamat menghayati video ini ^_^

ReAd mOrE -

Saturday, November 14, 2009

Hadiah Terbaik dan Terburuk

1 comment
Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.


Sumber: fauzynm.e-belia.net

P/S:
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

jom kita jaga hati+lidah.. insyaAllah
ReAd mOrE -

Thursday, November 12, 2009

Syukur Alhamdulillah..

0kata-kata semangat ^_^



Selalu ku sakiti Engkau dengan dosaku
Ku balas segala kebaikan-Mu dengan kekurangan

Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Rabbi atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tingalkan Engkau dengan khilafku
Ku balas segala kemurahan-Mu dengan keburukan

Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Rabbi atas rahmat dalam hidupku



Pesanan Editor: Sesungguhnya Allah swt Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Mari berfikir sejenak wahai sahabat, jika sifat Ar-Rahman nya meliputi segenap alam, kepada yang Islam dan bukan Islam apatah lagi sifat Ar-Rahim Nya, yang hanya memayungi hamba-hambaNya yang beriman. Jika engkau perbaiki amalmu, menuruti suruhannya dan meninggalkan larangannya semampu mu, bersabar dengan segala ujian dan sentiasa bersyukur bukankah itu lebih baik bagimu kerana pasti takkan pernah DIA akan meninggalkanmu walau sesaat.

'Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak' (Hadis Qudsi)
ReAd mOrE -

Sunday, November 8, 2009

.....~

1 comment
semalam saya tidur sangat awal. sebelum isyak lagi, sedar2 tup2 ada 3-4 miskol dan 1 sms dari seseorg yg istimewa pada saya juga pada Allah atas semangat dan usaha beliau berjuang pada jalanNya. saya tau mrk semua berkumpul bersama sedang saya lena di katil..pasti muncul wajah2 ceria dengan sneyuman manis.. knp jadi mcm ni?? sbb semua salah saya. saya yg mulakan.. walaupun saya sedar ini bukan yang terbaik.. tapi saya memang sudah hampir menjumpai dan nampak banyak benda.. tp tah knape hatiku jauh...berikan ruang untuk saya mencari..

harap insan-insan yang saya sangat sayangi boleh memberi saya ruang dan waktu.. dan saya sangat hargai kalian... saya rindu saat bersama kalian.. soB..soB..Sob..

dan klinikal year skrg ini teramat menyesakkan nafas skrg.. hari ni baru btl2 rasa.. walaupun xde dgr ura-ura lagi xm nk diadakan.. tapi saya sedar saya sangat perlu belajar untuk menjadi doktor yang baik dan bukan mendapat result yg cemerlang semata-mata.. oH pls.. kadang sy give up.. tp saat itu anda sentiasa di sana memberi saya kekuatan. sbb tu saya sentiasa kol, sms, even chat dgn org2 tersayang.. sebab kalian sumber inspirasiku. terima kasih.. saya lemah tanpa kalian :)

so, from now on.. lets begin to learn how to become a good doctor.. biiznillah.. really have to find the spirits rite now..

* RESPECT CANNOT BE DEMANDED, IT MUST BE EARNED,
RESPECT IS EARNED ONLY BY GIVING IT AWAY.

* A SMART PERSON LEARNS FROM MISTAKES,
A WISE PERSON LEARNS FROM THE MISTAKES OF OTHERS.

* NEVER WALK THE TRAVELED PATH,
BECAUSE IT ONLY LEADS YOU, WHERE THE OTHERS HAVE BEEN.

* TIME IS VERY SLOW FOR THOSE WHO WAIT,
VERY FAST FOR THOSE WHO ARE SCARED,

* VERY LONG FOR THOSE WHO LAMMENT,
VERY SHORT FOR THOSE WHO CELEBRATE.

* BUT, FOR THOSE WHO LOVE, TIME IS ETERNITY.

* MANY PEOPLE LOSE THE SMALL JOYS,
IN HOPE FOR THE BIG HAPPINESS.

* A GOOD PLAN FOR TODAY IS BETTER THAN A PERFECT PLAN FOR TOMORROW.

* WHY REPEAT THE OLD ERRORS,
IF THERE ARE SO MANY NEW ERRORS TO COMMIT.

* IF A DROP OF WATER FALLS IN A LAKE, THERE IS NO IDENTITY,
BUT IF IT FALLS ON A LEAF OF LOTUS, IT SHINES LIKE A PEARL.
WE NEED TO CHOOSE THE BEST PLACE WHERE WE CAN SHINE.

* WHEN WE REACH FOR THE STARS, WE MAY NOT QUITE GET THEM,
BUT WE WON’T COME UP WITH A HANDFUL OF MUD EITHER.

* IN ANY MOMENT OF DECISION,
THE BEST THING YOU CAN DO IS DO THE RIGHT THING.
THE WORST THING YOU CAN DO IS DO NOTHING.



believe me..

i Can Do It..!!


u Can Do it Also ^_-


..Rabbuna Yusahhil..
ReAd mOrE -

Friday, November 6, 2009

Apa tandanya hidup anda diberkati??

2kata-kata semangat ^_^

Oleh: Ismail Abu Bakar
(darussyifa.org/)

Saya telah beberapa kali mendengar Nasyid dari Kumpulan Rabbani dari Radio IKIM, tajuknya saya tak tahu tetapi saya hafal satu rangkap senikatanya yang sungguh memikat hati saya iaitu;

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan

Baru-baru ini saya mencari Nasyid ini dan akhirnya bertemu. Nasyid tersebut bertajuk “Impian Hamba� dari Album Bertajuk Qiblat oleh Kumpulan Rabbani. Bila membaca keseluruhan lirik nasyid ini saya sungguh tertarik untuk mengulasnya.

Lirik Nasyid ini adalah seperti berikut;




Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa…Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari Tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah…


Kalau kita mendengar nasyid ini sambil menghayati senikatanya tentu kita akan dapat merasakan sesuatu keindahan jika sekiranya kita benar-benar memahami erti keberkatan hidup ini.

Bila di sebut perkataan “Berkat” seolah-olah sesuatu yang biasa sangat di dengari namun jika di tanya pada diri sendiri apa makna berkat kadangkala terpinga-pinga juga nak menjawabnya.

Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat tentang makna berkat ini, dia menjawab berkat ialah rahmat dari Allah. Saya bertanya lagi boleh bagi satu contoh, dia akhirnya merapu-rapu memberikan contoh yang tak ada kaitan langsung dengan soalan yang di tanya.

Sebenarnya banyak ‘alim ulama’ telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 berikut;

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”

Allah s.w.t. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.

Kalau ditilik kepada kehidupan seharian kita bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasi tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.

Saya ingin berkongsi tentang dua kisah benar yang saya sendiri melihatnya sebagai satu renungan mudah-mudahan senang kita nak fahami erti keberkatan ini.

Kisah-1
Â
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi ;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut ;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Mari kita lihat satu persatu rangkap nasyid di atas ;

Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa…Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Rangkap ini adalah satu doa, kita bermohon daripada Allah semoga diberikan keberkatan hidup yang berpanjangan. Iaitu hidup dengan Aman sentosa tidak di timpa dengan bala bencana seperti penyakit yang berbahaya, kesusahan berhutang, ramai musuh dan sebagainya. Dengan tidak ditimpa masalah yang berat, hati akan menjadi tenang dan akan seronok beramal ibadat mengingati Allah.

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Rangkap ini pula mengingatkan kita, supaya sedar bahawa apa yang kita miliki seperti Isteri, anak-anak, rumah, kereta dan sebagainya adalah milik Allah. Allah hanya memberi pinjaman sementara sahaja dan Allah boleh ambil balik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita perolehi adalah nikmat dari Allah dan hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan pemberiannya. Sedikit pun kita tak patut berbangga dengan benda yang hanya dipinjamkan kepada kita.

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Inilah rangkap yang patut kita renungkan selalu dalam kehidupan kita. Biarlah pendapatan yang kita perolehi sedikit tetapi diberkati oleh Allah. Kisah-1 di atas telah memberikan contohnya. Kalau Allah memberikan keberkatan kepada rezeki yang kita perolehi maka indahnya nikmat hidup ini. Pasti kita tidak akan susah di dunia ini. Dan yang pastinya bila hidup di berkati Allah, balasan di akhirat adalah Syurga. Jadikanlah Kisah-1 ini sebagai suatu Teladan.

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Rangkap ini hendak mengingatkan kita supaya jangan lalai hidup di dunia ini. Kisah-2 di atas telah memberikan satu contoh manusia yang lalai dan jadikanlah ia sebagai suatu sempadan.

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Rangkap ini pula menyedarkan kita bahawa kehidupan ini adalah berputar seperti roda kadang kala kita dikurniakan kesenangan dan kadang kala diberikan kesusahan oleh Allah untuk menguji hamba yang taat kepadaNya. Bila diuji maka penawarnya adalah kesabaran.

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Rangkap ini pula ialah kita bermohon doa kepada Allah. Berdoa bukan hanya ketika kita ditimpa kesusahan sahaja. Berdoa’ hendaklah berterusan. Ketika kita senang berdoa’lah agar diberkati hidup dan dijauhkan dari bala bencana.

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Rangkap ini kita berdoa ketika ditimpa kesusahan. Bermohon supaya Allah memberikan pertolonganNya dan diselamatkan dari segala fitnah yang dihadapi. Bermohon semoga Allah memberikan kekuatan agar derita yang ditanggung dapat dihadapi dengan tabah.

Kasih Mu, Sayang Mu, Redha Mu,
Segalanya, Untuk Kami

Rangkap terakhir kita bermunajat dan bermohon agar Allah mengasihi, menyayangi dan meredai kita.

Kesimpulannya, apakah erti mendapat keberkatan hidup?

Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;

a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t


b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.


c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.


d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.


e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.


f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.


g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.


h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Semoga ada manfaatnya artikel pendek ini.

Wallahhu a'lam

ReAd mOrE -

Tuesday, November 3, 2009

Dr Ayman Sameh Nabawi

1 comment

A successful surgery of Hernioplasty


An adorable person ever ^_^

Bahagianya hati saat ini...~
ReAd mOrE -

Sunday, November 1, 2009

Kesopanan wanita..

0kata-kata semangat ^_^
1) ghaddul basar -mengawal pandangan.perhiasan plg mahal adalah malu dan malu yg lbh tgas adalah menundukan pndgn

2) tidak brgaul bebas lelaki dan perempuan kcuali utk belajar-perubatan-urusan rasmi etc.

3)pakaian menutup aurat,tidak nipis,tidak ketat,tidak sgkat,tidak menyerupai lelaki etc

Sesghnya org2 lelaki y islam serta org2 perempuan y islam dan lelaki y briman serta perempuan y briman dan lelaki y taat serta perempuan y taat dan lelaki y benar serta perempuan y benar dan lelaki y sabar serta perempuan y sbr dan lelaki y merendah diri kpd Allah serta perempuan y merendah diri pd Allah dan lelaki y brsedekah dan perempuan y brsedekah dan lelaki y brpuasa serta perempuan y brpuasa dan lelaki y memelihara kehormatannya serta perempuan y memelihara kehormatannya dan lelaki y menyebut nama Allah dgn byk serta perempuan y menyebut nama Allah dgn byk.Allah tlh menyediakn bg mrk semuanya keampunan dan pahala y besar -al ahzaab;35-
ReAd mOrE -

Monday, October 12, 2009

......Tuhan, sampaikan cintaku padanya......!!!!

6kata-kata semangat ^_^
entry sekadar melepaskan tensi..
buat diri yang masih tertinggal di kuala lumpur..
sedangkan cintaku??? di alexandria.. oh...
mahu pulang skrg juga!

pelik sgh... bkn lg sedih nk tglkan malaysia..
namun sedih kerna sudah tertinggal byk peluang!!

LECTUREs??
CLINICAL ROUNDS??
PATIENTS??

inilah cintaku..
memerah keringat demi sebuah cita2..

semuanya kerana "bagaimana menjadi seorang DOKTOR yang Baik?
erK.. Doktor Muslimah Yang Cemerlang! biiznillah~amin3x

masa utk berubah..

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri– (Surah Al-Ra’d, ayat 11)

ternyata saya tidak layak utk mengeluh, memberi alasan, mahupun menangis.. kesilapan yg saya lakukan perlu dipertanggungjawabkan atas diri sendiri... no regrets!!! cepatlah 14 oktober..terbangkan cintaku ke alexandria!!

satu Doa
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
ReAd mOrE -

Friday, October 9, 2009

7 petanda kebahagiaan dunia

0kata-kata semangat ^_^
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah
ReAd mOrE -

Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Yang Amat Ssh Didapati di mana-mana

2kata-kata semangat ^_^



اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه
هذه مصر ... صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر مليون مصلي
الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية

Terjemahan:

Gambar yang mengejutkan dunia
Tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: Masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan Marine Amerika






jalan kaki sket mmg sampai la masjid ni dekat sgt ngan umah saya.. cuma berkesempatan masa 1st year saje di sana.. syahdunya bacaan imam yang kdg2 menangis teresak2 membaca ayat2 suci Allah semasa berterawih.. sgh meriah, sungguh menyentuh hati, sungguh rindukan saat-saat itu.. subhanallah~

semoga diri ini masih berkesempatan untuk berada di sini di lain waktu.. jo
ReAd mOrE -

Saturday, September 26, 2009

Jom Puasa Enam (",)

0kata-kata semangat ^_^

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Ada beberapa perkara yang perlu disentuh mengenai soalan di atas;

Pertama: Adapun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis:

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim).

Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarh Sahih Muslim.

Kedua: Seseorang yang berpuasa sunat dibolehkan berbuka apabila dia mahu. Bahkan, digalakkan berbuka jika itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain. Ini seperti hadis Abi Sa’id al-Khudri, katanya:

صنعت لرسول الله صلى الله عليه و سلم طعاما فأتاني هو وأصحابه فلما وضع الطعام قال رجل من القوم : إني صائم فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم قال له : أفطر وصم مكانه يوما إن شئت

(Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم تقول إني صائم (saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!).

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Ketiga: tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Apatahlagi jika ia diiringi dengan ibadat khusus seperti solat tasbih sempena hariraya puasa enam yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Allah Lebih Mengetahui;

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
ReAd mOrE -

Friday, September 11, 2009

antara kemahuan dan keperluan

2kata-kata semangat ^_^

antara kemahuan dan keperluan diriku tersepit.. betapa begitu banyak kemahuan yang mahu dipenuhi.. namun, perlu ku tepis beberapa perkara yang masih TIDAK PERLU.. semoga tiada pembaziran wang berlaku pada semua belian saya di malaysia kali ni.. harapanku semoga semuanya bakal memberi manfaat yang tiada tolok bandingnya.. Allahumma Amiiin.. lindungilah aku dari menjadi sahabat syaitan dgn membazir.. tidaaaaak!!! sedihnye... risau kalau dah byk membazir.. aduhai.. kenapakah atikah skrg dah berbeza dgn atikah yg dulu2.. yg sangat berjimat.. :P skrg dah boros.. ish3.. tiba2 rasa takut dengan bayangan diri sendiri.. hihihi.. Ya Allah bimbinglah daku dalam setiap langkahku.. amiiin..

jom kita try ambik hikmah ramadhan dengan berpuasa.. berpuasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.. namun berpuasa dengan menahan segala-galanya dengan tujuan mentaati Allah.. berani mengatakan TIDAK!! oh.. susah jgk.. kita cuba yek!!!!!


Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.

Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.

Apakah latihan itu?

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

BUKAN HANYA PUASA RAMADHAN

Inilah yang mesti dihayati oleh anak muda yang berpuasa . Ia mesti berlaku dalam keadaan kita sedar apa yang sedang kita lakukan, maka barulah ia berperanan sebagai tarbiyyah ke atas diri. Puasa itu bukan menyekat kemahuan semata-mata, antara terbit mentari hingga tenggelamnya suria. Jika puasa sekadar itu, jiwa akan menjadi ganas memberontak di kelam malam!

Sebaliknya puasa itu harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.

Belajar untuk meningkatkan kawalan diri.

Apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa. Ia benar-benar satu latihan untuk diri kita berkata TIDAK kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika, demi mentaati Allah.

Tumpas.

Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]

Itulah bencana lemah kawalan diri.

Sentiasa terpaksa mengikut apa sahaja yang diinginkan hingga tidak mampu berkata tidak di mana perlu. so berjihadlah mengawal keinginan dan nafsu!

KESIMPULAN

Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor. Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.

ReAd mOrE -

Thursday, September 10, 2009

Mencari Lailatul Qadar~

0kata-kata semangat ^_^
[Doa Malam Lailatul Qadar]

‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia
yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku”
[HR at-Tirmizi (3513) dan Ibn Majah (3850), Imam at-Tirmizi berkata:
Hadith Hasan Sahih]

Kelebihan Lailatul Qadar:


A) Pengampunan dosa-dosa yang lalu-
“Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar kerana iman
dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan
diampuni.”[HR. al-Bukhari no. 1901]

B) Kemuliaan melebihi 1000 bulan
“Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” [al-Qadr:3]

Bilakah terjadinya malam al-Qadr?
Ia terjadi pada malam-malam ganjil di 10 Ramadhan terakhir. Dalil-dalilnya
ialah:
Sabda Rasulullah SAW: “Carilah lailatul qadar di malam ganjil daripada
sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”[HR. al-Bukhari no. 2017]

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani telah menyebutkan empat puluh pendapat
ulama dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat daripada pelbagai
pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul
qadar itu terjadi pada malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir bulan
Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun [Fathul Baari,
6/306, Mawqi’ Al Islam Asy Syamilah].

Bagaimana menghidupkan malam al-Qadr?
Bersungguh-sungguh dalam ibadah: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi
kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” [HR. Muslim no. 1175]

Bagaimana Wanita Haidh Menghidupkan Malam Lailatul Qadar?
Juwaibir pernah mengatakan bahawa dia pernah bertanya pada Adh Dhahak,
“Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang
tidur (namun hatinya dalam keadaan berzikir), apakah mereka boleh mendapatkan
bahagian daripada lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya,
mereka tetap boleh mendapatkan bahagian. Siapa saja yang Allah terima
amalannya, dia akan mendapatkan bahagian malam tersebut.”[Latho-if Al
Ma’arif, hal. 331]

IKTIKAF: sunnah yang dilupakan

Maksud I’tikaf: Dalam kitab lisanul arab, i’tikaf bermakna merutinkan
(menjaga) sesuatu. Sehingga orang yang memestikan dirinya untuk berdiam
di masjid dan mengerjakan ibadah di dalamya disebut mu’takifun atau
‘akifun. (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/150)

Dari Aisyah RA: Rasulullah SAW beri’tikaf di masjid pada 10 akhir
Ramadhan sehingga wafat, dan selepas itu isteri-isteri baginda SAW melakukan
demikian jua” [al-Bukhari dan Muslim, Riadussolihin :1269]

Hukum-hakam I’tikaf

A) Mesti dilakukan di masjid- Allah SWT berfirman: “(Tetapi) janganlah
kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid”(Al-
Baqarah: 187).

B) Wanita juga boleh beri’tikaf sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam mengizinkan isteri beliau untuk beri’tikaf sebagaimana hadith di
atas. Namun wanita boleh beri’tikaf di sini mesti memenuhi 2 syarat:
(1) Diizinkan oleh suami dan
(2) Tidak menimbulkan fitnah (masalahbagi lelaki).

C) Yang membatalkan i’tikaf adalah:
(1) Keluar masjid tanpa keperluan
(2)Jima’ (bersetubuh) dengan isteri berdasarkan Surat Al Baqarah : 187 di
atas.

D) Hal-hal yang dibolehkan ketika beri’tikaf di antaranya:
(1) Keluar masjid disebabkan ada hajat seperti keluar untuk makan, minum,
dan hajat lain yang tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
(2) Melakukan hal-hal mubah seperti bercakap-cakap dengan orang lain.
(3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.
(4) Mandi dan berwudhu di masjid.
(5) Membawa peralatan untuk tidur di masjid.

E) Jika ingin beri’tikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadhan, maka seorang
yang beri’tikaf mulai memasuki masjid setelah shalat Shubuh pada
hari ke-21 (sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam) dan keluar setelah shalat shubuh pada hari ‘Idul Fithri.

F) Hendaklah ketika beri’tikaf, sibukkanlah diri dengan melakukan
ketaatan seperti berdo’a, zikir, bershalawat pada Nabi, mengkaji Al
Qur’an dan mengkaji hadits. Dan dimakruhkan menyibukkan diri dengan
perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Perbahasan i’tikaf
ini disarikan dari Shahih Fiqih Sunnah, 2/150-158]

Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Bagi Mendapatkan Lailatul
Qadar:

Oleh Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal

Wanita haidh, nifas dan tetap boleh mendapatkan bahagian lailatul qadar.
Namun kerana wanita haidh dan nifas tidak boleh melaksanakan shalat
ketika keadaan seperti itu, maka dia boleh melakukan amalan ketaatan
lainnya. Yang dapat wanita haidh lakukan ketika itu adalah,
1. Membaca Al Qur’an tanpa menyentuh mushaf.
2. Berzikir dengan memperbanyak bacaan tasbih (subhanallah), tahlil
(laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan zikir lainnya.
3. Memperbanyak istighfar.
4. Memperbanyak do’a.

semoga menjumpai apa yang dicari~
ReAd mOrE -

Sunday, September 6, 2009

Ya Allah, kurniakan aku TENANG!!

2kata-kata semangat ^_^

Di bulan ramadhan yang mulia lagi berkat ni, bermacam2 perasaan ada.. rajin, malas, bahagia, rindu, nk marah, jeles, semua perasaan ada . bercampur baur..ni masalah-masalah jiwa jgk ni. hmmm Pelik kn??? Saya ingatkan dah masuk bulan ramadhan, syaitan dah diikat, semua perasaan dan tingkah laku yang buruk akan hilang, tp sbb tu jgk sebahagian dr nafsu dan akhlak diri sndiri.. tu yg persist.. aduhai.. jahat sungguh jiwa2 yg xpernah puas..

Terbukak blog classmate kwn sy, terbit bermcm2 perasaan cemburu, rendah diri, seronok pun ade. Xrelevan langsung atikah ni.. hihi.. pernahkah anda mengalami simptom2 ini?? Orang kata kalau cemburu tanda syg ek?? Sape xsyg kwn!!! keluarga sndiri apatah lagi kn..

So.. apa yang perlu dilakukan apabila timbul perasaan CEMBURU??merajuk?? hish…ni bukan penyelesai masalah, tapi membesarkan masalah..hihihi.. Biarkan saja?? Btul jgk.. dah bnda yg xde kaitan pun nk bawak cemburu jgk.. meletihkan jiwa raga je kn??? Xmampu nk lupa kan atau membiarkan perkara berlalu?? Hmm.. apakata betulkan niat dan perasaan hati sndiri. Try sandarkan semuanya pada Allah.. pasti akan mendapat ketenangan abadi.. oH.. baru la bahagia bukan??baru la hati akan tetap berbunga-bunga.. cuti pun dpt dinikmati.. oH seRonok!

Cuti Vs Budak2

Hmmm berfikir-fikir apakah perkara paling bermanfaat yg sy lakukan yek sempena cuti kali ni??bagaimana dgn anda?? Eh xyah declare sini… ckp je dlm hati, hanya Allah Maha Mengetahui.. semoga segala sikap baik kalian di balas dengan pahala yg sgt besar disisi Allah s.w.t .. urus niaga plg MAHAL tu.. mesti semua nk berebut kn.. tp yg sedihnya bile time malas tu.. Allahuakbar.. Hanya DIA paling memahami :D

Cuti kali ni, xbyk bezanya dengan sebelum ni.. ape sy buat hanyalah memerap di dalam umah!!! Yeah, sgt seronok! Skrg sy kt kt umah kakak sy kt ampang pn sama jek.. MEMERAP DALAM UMAH.. hihihi.. inilah kerja saya sejak dulu sampai skrg.. skrg dah dpt 14 org anak buah secara rasminya.. 2 teruna dan dara baru telah lahir xjauh beza harinya.. alhamdulillah.. so paham2 je la.. ke mana2 saya pergi memang xboleh lari dengan BUDAK KECIK!.. bermain dgn najis, muntah, air liur, air kencing.. aduhai..kdg2 rs nk larikan diri jea..tp sy sentiasa dikejar.. hihi.. xdela.. seronok je ngn bebudak ni.. ngan diorg la nk main kejar2, nk marah, nk jadi bos, nk bermanja, rs disayangi, bergelak ketawa.. kdg2 rs cam diorg ni cam anak saya dah.. tp hakikatnya TIDAK. Seronok tu mmg seronok.. tp bile tibe tyme diorg nangis, demam,, aduhai.. kesabaran ku meninggi.. tp apekan daya.. mereka masih tidak tahu pape.. hanya tau bermanja, bermain, menangis, bergelak ketawa, menyusahkan org tua dan pada masa yang sama MENGHIBURKAN HATI dan MENENANGKAN JIWA.. ^_^

Sy dtg kl.. rindu bdk2 kt klate.. kt sofea yg byk mulut tp suke sgt duk dekat ngn sy n cium pipi sy, adam yg suke je ikt ckp ciksu dan xmlawan sgt dah skrg especially bile bab tukar stesen tv..hihihi, najwa yg sgt suka bermanja dan melentokkan diri dekat saya, akrom yg suka main tumbuk2 ngan saya.. sakit tau..ganaz sgh!!, aiman yg sangat baaaaik.. dia xkn nangis kalo xde mslh samada nk susu or kencing or berak.. rindunya kat mereka..

Tapi rabu ni nk blk klate ase syg sgt nk tglkan bdk2 kt kl ni plak.. seronok tau main ngan nadhirah yg seolah br mndpt kwn baik ngn ciksu die..hihihi.. sy mrh mcm mn pun die still nk baik gk.. pastu kami gelak sama2.. ^_^ amir plak semenjak demam sgt suka baring atas ribaan sy.. kesian, mak die br bersalin dan xdpt bg sepenuhnya kasih syg.. ciksu die la tmpt bermanja skrg.. tp dah nk blk.. kesian plak.. kalau along+imran tu die juz reti nk pujuk nk pinjam hp sy wat main game.. tah pape la.. hihihi.. bdk2 besar dah xreti dah saya nk main2.. cam iwan ok lg.. die suke sgt ckp n layan sy.. best tau bermanja ngan iwan.. sgt petah berckp.. lain plak ngn anis yg garang semacam.. mcm singa.. hish.. tiru perangai sape agknya.. sayakah?? Hihihi.. yeke? Sangat seronok bile semua ank2 buah bersama.. nk marah pn ade bile diorg sepah2kan umah.. aduhai.. sabar2..!!

Cuti kali ni,, ma saya ckp dah xleh jadi mcm puteri raja dah. Kena wat mcm2.. xsure la pas tak ujian kelayakan ma saya ni.. masa awal2 blk bbaik bukan main, skrg dh nk ragging sy.suh msk, jg ank2 buah, kemas2 dsb. Kononnya kalu besok tibe2 ade org meminang blh kawin trus..hihi.. ade ke mcm tu?? Siapakah lelaki bertuah tu ?? hihi.. poyo je..bilakah tarikh rasmi yg Allah dah tetapkan utk saya jadi pendamping seorg suami.. hmmm tunggu dan lihat je la.. ape yg penting.. Yakin bahaawa Allah telah merancang yang TERBAIK.. so.. tunggulah!

Cuti Vs Result

Knp eh juz mulut ckp takut, tp hati xberdebar lgsg.cam tipu je.. debar sket jea.. 5%. Nih result plg xmndebarkan utk dinanti tp sbnrnya xm plg susah.. apekah petandanya?? Ah mls nk pikir.. biasanya mmg sy akan gelisah sepanjang hr bile dgr sal result.. kali ni rilek sakan.. TAK ADA PERASAAN.. tp lepas tgk result adik2 rasa berdebar tu pn datang.. bak kata NONI.. mcm senang jea nk fail.. nauzubillah..semoga nasib masih menyebelahiku dan Allah memandang usaha kami yang sangat sedikit tueee… Ya Allah.. Murahkan rezeki kami dan kurniakan kami kejayaan di Dunia dan di Akhirat.. Allahuamma amiiin

Cuti Vs Buku

Mak ai.. pantang nmpk kedai buku, mesti rs jea nk singgah.. kalo duit lebih ade jea buku nk beli.. hmmmm kdg2 pikir byk jea beli buku tp bc nye malas… hihihi..sampai mak saya dah larang. Jgn beli buku lg.. bcnya tidak..hihihi.. oh berazam.. BACALAH KAMU buku2 yg kamu beli tuh!!!ilmu sememamngnya tak mampu dibeli dengan wang berjuta-juta pun.. tp ilmu sy byk di buku jea.. hish..ilmu medik especially sgt perlukan byk pengulangan.. ulang dan ulang.. sama gk ilmu agama.. sbb tu mak sy kate, walaupun kita gi dgr ceramah agama yg kdg2 duk ulang bnda sama jea, bnda kita tau jea, tp sbnrnya kita selalu mudah lupa.. dengan selalu mendgr bnda yg sama br la kita mudah utk trima dan praktikkan.. sama jea semua ilmu.. perlu sntiasa bermain2 dengan ilmu br la melekat terbentuknya akhlak dan peribadi.. barula kena soal leh jwb :P

Okla.. mau menyediakan juadah berbuka.. doakan result sy!! Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.. Amiiin

ReAd mOrE -

Thursday, September 3, 2009

adab meminta izin memasuki bilik

0kata-kata semangat ^_^

Firman Allah Taala dalam sunah An-Nun ayat 58-59:

  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu, dalam tiga masa iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah liga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang rnenjelaskan hukum-hukumNya), dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang rnenjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.


Artikel ini ingin menyelami persoalan penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibubapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri. Islam telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunnah Rasulullah s.a.w sendiri. Ia mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :

1. Sebelum solat Subuh. Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur. Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaituantara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak. Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.

Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar.Ia sebenarnya merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh ibubapa sendiri melalui konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Ibubapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam yg boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. Di dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. yang bermaksud:Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif,Islam telah menutup ruang-ruang yang boleh membawa gejala tersebut. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Ia berhubung-kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak yg bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang.

Perkembangan peringkat umur baligh biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan 'ingin tahu' mereka. Di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka.

Di dalam firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

adab ini memang boleh di aplikasikan untuk semua ahli keluarga mahupun antara sahabat.. especially kalau melibatkan bukan muhrim.. fuh, dah boleh blk klate.. sgt SERONOK!!!! trima kasih banyak-banyak pada orang yang byk bersusah untuk saya...xlama lg dpt lesen... ^_^
ReAd mOrE -

Monday, August 31, 2009

suatu waktu~

0kata-kata semangat ^_^
percutian musim panas kali ini saya masih lagi pulang ke malaysia.. dan rutin ini akan berulang dari tahun ke tahun dan tidak mungkin lagi untuk diubah mungkin.. cita-cita untuk stay summer tidak mungkin lagi terlaksana.. xpe.. pasti ada hikmahnya mungkin.. mungkin ada sesuatu yang lebih hebat yang Allah telah rancangkan sedang saya tidak mengetahui..

apa yang mampu saya perkatakan disini.. saya langsung tidak sibuk sebenarnya. saya tidak habiskan cuti kali ini berprogram mahupun melancong.. saya tidak ke mana2.. tapi masa saya 100% bersama keluarga tercinta.. ^_^ masa yang mungkin tidak akan kembali lagi ini akan diperuntukkan sebaik2 nya.. jadi inilah jawapan untuk kwn2 sy yg bertanya 'knp x update blog lg??' hihihi

sepanjang kehidupan saya di rumah bersama famili.. saya banyak perhatikan bagaiamana cara kehidupan masing2 iaitu abg2 n kakak2 saya yang lebih lama hidup dan berdikari.. berbeza kehidupan kami ialah.. saya bujang dna mereka sudah berkeluarga.. saya masih belajar dan mereka sudah bekerja..

bermakna.. merekalah gambaran kehidupan masa depan saya.. ape yg berbeza cumalah mungkin saya bakal menghadapi kehidupan yang MAHA SIBUK ... kehidupan yang sangat memerlukan tahap daya tahan mental dan fizikal yang sangat TINGGI. bayangkan kerja tanpa rehat 36 jam.. bila blk perlu hadapi rengekan ank2... tanggungjawab pada suami tercinta.. dan byk lg.. Allah Yuqowwik.. biiznillah.. tu lmbt lg..

apa yg saya nk crite bkn psl kerja, menangani stress, menghadapi kesibukan atau ape2 je yg berkaitan.. tp apa yg menjadikan saya berfikir panjang hanyalah.. bagaimanakah saya sebagai seorang HAMBA yg Hina di sisi ALLah 3 tahun akan dtg dan seterusnya?

3 tahun akan datang.. saya mungkin sudah bergelar seorang doktor HO, seorang anak, seorang adik, seorang isteri, seorang ibu dan segala pangkat sudah saya pikul mungkin di saat itu.. mungkin semua org boleh bayangkan kesibukan seorg wanita ketika tue.. mungkinkah lagi saya mampu beramal dengan sempurna?? mungkinkah amal kita yang sedang sibuk tu semakin bertambah atau semakin berkurang dengan bertambahnya tanggungjawab yang dipikul?? Wallahualam..

jadi points nya di sini..

saya yakin sahabat2 saya.. kebanyakkannya masih bergelar seorang pelajar.. anak dara @ teruna... kita punyai begitu banyak masa.. betul x??nak2 time cuti gini.. so sama2 kita usahakan supaya masa yang ada kita manfaatkan sebaiknya.. apa yg paling jauh?? masa lalu yg telah ditinggalkan yg tidak akan diputarkan kembali utk kita..

mari kita usahakan gunakan bulan ramadhan yg penuh berkat lagi mulia ini dengan cuba beramal sebaiknya dgn bertadarus al quran dan khatam sekurang2nya sekali, bersolat terawih, bersedekh walaupun dengan senyum, berqiyamullail, solat2 sunat spt dhuha, berzikir dna bertahmid.. dan mcm2 lagi amalan bulan ramadhan.. syaitan dah diikat.. yg ada hanyalah nafsu.. dan manusia yang mengikut hawa nafsunya adalah lebih teruk dari syaitan.. astgahfirullahal azhiiiim.. byk btul ikt hawa nafsu kn??? wallahualam...

masa lapang banyak?? mari kita dengar ape kata imam as-syafie:

Imam Asy-Syafi’e pernah berkata: “Aku pernah bersahabat dengan kaum sufi. Aku tidak memetik manfaat dari mereka kecuali dua ungkapan bijak. Pertama berbunyi; ‘Waktu adalah pedang, jika engkau tidak dapat mematahkannya, ia akan memenggalmu’. Kemudian menyebutkan ungkapan lain; ‘Dan nafsumu, jika engkau tidak membuatnya sibuk dengan kebenaran, ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan.”

selamat berpuasa dalam menahan lapar dna dahaga.. jiwa serta raga.. ^_- biiznillah.. semoga ALlah menguatkan diri kita dalam menahan hawa nafsu yg seringklai menguji diri mungkin.. selamat berusaha wahai mujahideeen

p/s: saya daha dapat anak sedara ke 13.. seorang mujahidah!! tp kena tahan icu sbb xnangis.. doakan kakak sy n si dara yg bakal menceriakan keluarga 5 beranak ini.. :) skrg sdgr menunggu kelahiran ke 14.. semoga kamu slmt dilahirkan.. :) allahumma amiiin...
ReAd mOrE -

Thursday, August 27, 2009

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

0kata-kata semangat ^_^

( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

ReAd mOrE -

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

0kata-kata semangat ^_^


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



ReAd mOrE -

Friday, August 7, 2009

bulan Sya'ban

0kata-kata semangat ^_^
Kelebihan sya'ban

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله

"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا

" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)

Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا

"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه

"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)

Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:

1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.

2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.

Imam Ibnu Taymiah juga berkata:

"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)

kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim
ReAd mOrE -

Thursday, August 6, 2009

saya kena gigit baroghis..!!! +_+

0kata-kata semangat ^_^
Semestinya, semua hak kepunyaan kita adalah milik ALLAH, milikNYA dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besarnya.

Bagaimana seorang manusia itu baru terasa besarnya nikmat kesihatan yang ALLAH berikan setelah hilangnya nikmat itu seketika, ketika sakit, waktu itulah kita rasa ingin mengisi masa lapang dengan bekerja banyak perkara ingin dilakukan di dalam kepala ketika itulah kita berfikir ingin melakukan Ibadah sesempurna yang mungkin, dan ketika kita terbaring, waktu itulah juga kita rasa sangat bersyukur apabila makanan yang dihidangkan kita rasa berselera untuk menjamahnya.

Itulah manusia, apabila kehilangan sesuatu baru tersedar dari lamunan, apabila kesempitan masa baru teruja ingin berusaha gigih, begitulah adat dan fitrah kebanyakkan manusia.

Teringat pesanan Rasulullah S.A.W :-

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمَكَ وَصِحَّتُكَ قَبْلَ فَقَمَكَ وَغنِاَكَ قَبْلَ فَقَرَكَ وَفِرَاغِكَ قَبْلَ شَغَلِكَ وَحَيَاتُكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

"Rebutlah lima sebelum lima, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati"

Dan, kerapkali kita membaca Surah Al-A'asr usai sesebuah majlis, bagaimana ALLAH bersumpah dengan masa, dan sangat rugilah orang yang lalai dengan masa dan kehidupannya.

بسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


Saya menyeru kepada diri saya sendiri yang kerap terlupa dan alpa, agar sentiasa merebut peluang yang ada untuk memenuhi masa dengan baik, percayalah, masa yang berlalu akan diimbas kembali di akhirat nanti sebagai saksi apakah yang telah kita lakukan di dunia ini. Wallahu A'lam

sungguh, nikmat kesihatan itu sangat indah dan bermakna. sekali ditarik, barulah sedar betapa kita terlalu banyak mendapat nikmat dari Allah. haa inilah hikmahnya.. insyaAllah.

sepanjang keberadaan saya di kaherah, memang banyak dugaan yang terpaksa dilalui selain bahang kepanasan bumi anbiya' sekarang dan juga sikap2 orang arab mesir yang kasar dan semakin gatal serta baran pada musim panas ini.memang kena banyak belajar bersabar dan senyum2 selalu.. ^_^. nikmat kesihatan sudah ditarik Allah buat sementara waktu dari saya, bermula dengan demam+selsema+batuk.. dan last skali sy digigit oleh baroris!!! ape tu?? lets check it out..


skin disease

Body Lice
(
pediculus humanus corporis)

Definition & Overview: Body lice are small, parasitic insects that live on the body and in the clothing and bedding of those who are infested. Body lice feed off small amounts of blood that is sucked which can cause itching, irritation and infection. In the United States, body lice are common and most prevalent in homeless people and transients who may not have regular access to laundry equipment, showers or changes of clean clothes.

Body lice are similar, but not the same as head lice, pediculosis capitis, and pubic lice, phthirus pubis.

Causes: Body lice live mostly in the clothing and feed off their hosts once or twice a day. Infestations of body lice spread easily in crowded conditions where hygeine is poor. "Body lice are frequently seen among the homeless and others living in overcrowded conditions, where clothes are not washed often and where overall cleanliness is lacking." (1)

According to IntelliHealth, female lice glue their eggs onto infected clothing. The victim's body heat allows these eggs to hatch in about a week. A female louse (one lice) can lay 10 eggs a day and 300 or more eggs in her adult life.

Once hatched, the nymphs (young lice) can grow to adult stage within 9 days. Once they reach adulthood, the females will become reproductive and the infestation can exponentially worsen. (2)

Symptoms: Symptoms of body lice are obvious as intense itching, rashes, and red welts on the skin. A long and severe infestation can lead to a general darkening and thickening of the skin. If left untreated, scratching can lead to bacterial infection. (2)

Symptoms of body lice also include infestations in one's clothing and bedding.

Disease Warning: According to the Centers for Disease Control, body lice can spread diseases such typhus, trench fever, and louse-borne relapsing fever. If it gets out of control, body lice can be responsible for epidemics.

"Though typhus is no longer widespread, epidemics still occur during times of war, civil unrest, natural disasters, in refugee camps, and prisons where people live crowded together in unsanitary conditions. Typhus still exists in places where climate, chronic poverty, and social customs prevent regular changes and laundering of clothing." (3)

Diagnosis: A diagnosis of body lice can be made if the patient is subject to poor hygeine, lack of laundry facilities and skin itching and irritation with lice eggs, called nits, and lice themselves being present on the body and body hair, as well as in the clothing of the individual. Nits, nymphs and adult lice are yellow, tan and brown in color, smaller then a sesame seed and have six legs.

Treatment: Body lice are easily treated with improved hygeine practices. Patients should take a hot shower and have a clean change of clothes. Infected clothing should be discarded or burned. If this is not an option, body lice in clothing and bedding can be killed if laundered in strong soap and hot water with temperatures exceeding 130 degrees Fahrenheit. Medicated shampoos for head lice can be used on the body, but only with caution and should not be applied to sensitive areas such as the face, genital area, and anus. Medications should be applied according to the directions on the bottle or advice of a physican. Delousing agents (a type of pesticide) may be required for patients with excessive body hair.

beberapa hari lepas, saya dimarahi sebab mandi 2x sehari pada musim panas ni, alasannya takut sakit urat. hmmm tp sy berdegil sampai demam saya dipersalahkan akibat mandi?? wallahualam. semua tu dari Allah. dugaan dan ujian yang datang dari Allah kadang-kadang buat kita lebih banyak berfikir dan bersyukur.. insyaAllah akan cuba bersabar dengan ujian kcil ini..

seluruh kaki dan tangan saya habis gatal-gatal dan merah2 even di pipi pn ade dek gigitan kutu badan(pediculus humanus humanus/ pediculus humanus corporis atau dalam bhs arabnya baroris!!). penuh.. semua orang takut tengok tangan n kaki saya.. hehehe...
gambar hiasan

semua ni rasanya berpunca dari lihaf(selimut tebal yg menjadi pelapik tidur saya di lantai. sebab kalau kebersihan diri, saya memang mandi 2x sehari paling kurang dan baju saya dibasuh setiap hari. betapa banyaknya ubat dah saya beli antaranya loratidine 10mg yg langsung xmenjadi sebagai long acting antihistamines. pastu saya beli fexofenadine hydrochloride 120mg. saya rasa sy makan overdose. isk3..

kalau ubat sapu pulak saya dah beli calamyl dan fenistil gel.. alhamdulillah penggunaan festinil gel agak memberansangkan.. semoga semua nya sembuh sebelum sy balik msia.. doakan saya.. so sape2 kena baroris boleh try fenistil gel nih.. dan yang pastinya saya akan sembuh sepenuhnya bila dah sampai malaysia nanti.. ^_^ Biiznillah

smlam saya takut nk tido.. takut kena gigit lagi dek flea ni.. +_+ nk balik malaysia secepat mungkin lah..

sedikit info tentang festinil gel:

Fenistil

Drug name: Fenistil

Other names used:

  • Foristal®
  • Neostil®

Active Ingredients:

  • Dimethindene

Therapeutic actions: Fenistil is an antihistamine anti-allergic and antipruritic remedy. Fenistil works by blocking H1-histamine receptors and thereby lowers the increased permeability of the capillaries and itching associated with histamine effects. When is applied on the skin Fenistil gel relieves itching and irritation caused by skin-allergic reactions. Fenistil also possesses the excessive local anesthetic effect.

Fenistil also exerts anti-kinin and moderate anticholinergic action. Maximal effect of Fenistil gel occurs in 1-4 hours. The gel is colourless, almost pellucid and its usage is accompanied by a pleasant cooling effect.

Indications: Fenistil gel is most frequently used to treat

  • Sunburns
  • Itching
  • Nettle rash
  • Insect bites
  • Mild burns.

It can be used after contact with toxic plants, jellyfish, etc. It is also useful in treating allergic reactions to metal (cheap jewels, metal buttons) or exotic foods (tropic fruits).

Fenistil not only protects against allergic reaction, but also reduces the urge to scratch the affected area excessively. This is important because scratching can cause secondary infection, and if continued could turn a simple insect bite into a much more serious problem. It its important to note that Fenistil gel helps not only adults, but also small children aged 6 months and older.

Fenistil solution is used to treat allergic reactions(hives, Quenke's edema, hey fever, allergic rhinitis) and allergic reactions to drugs and foods. Fenistil solution is also indicated to relieve itching in eczema, dermatosis, rubeola, roseola

Contraindications and cautions:Fenistil should not be used in:

  • Hypersensitivity to Dimethindene maleate
  • Postnatal period
  • Narrow-angle glaucoma

Fenistil should be used with caution after the consultation with your doctor in bronchial asthma, pregnancy (I term), the period of lactation, urinary bladder diseases.

In children till 1 years of age Fenistil solution should be used under the doctor'ssupervision.

Adverse effects: There are possible side-effects associated with this medicine that can affect individuals in different ways. If a side effect is stated here, that does not necessarily mean the fact that all people using Fenistil will experience it or any other. The most common side effects include:

  • Sleepiness (especially at the beginning of treatment);
  • Vertigo
  • Excitation
  • Headache,
  • Nausea,
  • Dry mouth,
  • Edemas,
  • Skin rash,
  • Muscle spasms,
  • Disturbance of external respiration.
  • Local - allergic reactions, burning, dryness.

The side effects listed above may not include all of the side effects reported by the drug's manufacturer. For more information about any other possible risks associated with Fenistil, please read the information provided with Fenistil or consult your doctor or pharmacist.

Interactions: It is important to tell your doctor or pharmacist what medicines you are already taking, including those bought without a prescription and herbal medicines, before you start treatment with Fenistil. Similarly, check with your doctor or pharmacist before taking any new medication while taking this one, to ensure that the combination is safe.

Fenistil enhances the action of anxiolitics, soporifics. With the simultaneous use of ethanol - retarding reaction rate is observed. Tricyclic antidepressants, anticholinergic drugs in combination with Fenistil increase the risk of high intraocular pressure. MAO inhibitors enhance the anticholinergic and CNS suppressing action caused by Fenistil.

Additional Information: DO NOT SHARE Fenistil with others. DO NOT USE THIS MEDICINE for other health conditions. KEEP THIS PRODUCT, as well as syringes and needles, if needed during treatment, out of the reach of children. Do not reuse needles, syringes, or other materials.








ReAd mOrE -

Wednesday, August 5, 2009

sayangnya Allah pada Wanita

2kata-kata semangat ^_^


Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

1- lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2- lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ! 4- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita~
1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah Tetapi tidak sebaliknya.
3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
7- Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 8- Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana mana pintu syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...
Sayangnya ALLAH Pada Wanita ....kan?

sumber~http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/sayangnya-allah-
ReAd mOrE -

Thursday, July 30, 2009

Musafir Sang Kelana

3kata-kata semangat ^_^
subhanallah walahamdulillah wala ilaaha illallah wallahu akbar.. segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.. yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. kita merancang.. Allah merancnag.. namun, ALlah sebaik-baik perancang. tiada daya dan tiada upaya melainkan ALlah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. ALhamdulillah..

Quote hari ini

Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah, ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.


hari tu tamat je xm final utk tahun 3 KULIAH tiBB bASYAri.. ahli bait saya 3 org (Mizah, AZie, Wini) dah bermusafir ke malaysia dengan gembira hatinya mlm tu jugak.. mantap betul diorg..skrg sudah berbahagia di malaysia dengan ahli keluarga tersayang..


Ahli Bait Yang DiRindui: Mizah, Wini, Ojie Otomen, Azie, Atikah

dah haritu 28 hb seorang lagi ahli bait meninggalkan saya keseorangan di azarita..jazakillah utk hadiah besday.. beliau jua telah pulang ke malaysia.. bermusafir mencari sebuah rindu.. beliau curang dgn saye.. otomen betul la.. hihi.. actually otomen sorang ni lah partner sy untuk ke cairo dan pulang msia.. akibat kecurangan beliau saya keseorangan.. eh... bukan curang ape pun.. dia anak yg taat.. ayahnya suh blk awl.. :) saya jua yg berdegil tetap dengan azam sy untuk buat 1 lagi je projek di mesir ni.. walau keseorangan.. saya akan teruskan PERJUANGAN.. ^_^ biiznillah.. semoga urusan dipermudahkan..

ape projek sy?? baca la dlu.. ^_-

tahun 1993

"adik xse naik beskal 4 tayar lagi..nak naik beskal mcm abe we.. 2 tayar +_+"

then tayar di buang dan saya belajar menaiki beskal 2 tayar . beberapa kali jatuh tapi bangun semula.. nasib baik laman rumah ketika tu mmg ade rumput.. luka2 di lutut xteruk sangat.. susah nk seimbangkan badan bg budak baru belajar... tp akhirnya saya boleh bawak beskal 2 tayar..paling bes beskal abg sy blh bawak jgk pastu... seronok!!




suatu ketika tahun 2001

"abah, adik nak blaja bawak muto"

"abe we, ajar adik muto"

"adik nak blaja muto.. soB.. SoB.. SoB.."

tapi berkali2 permohonan di utarakan.. berkali2 jua xde orang hiraukan saya yang masih kecil ketika tu..14 tahun baru.. semua orang bz dengan hal masing2.. saya nak blaja muto.. :(

namun disuatu petang lepas abg saya pulang dari merayau2 dengann muto abah.. saya mengambil peluang untuk bawak muto.. then.. GEDEGaNG!!!!!!

saya langgar pokok di laman rumah tok.. +_+ perasaan masa tu sangat la takut kalu muto rosak[memang ROSAK!!!].. jiran depan umah dah mengintai.. perasaan masa tu. ish sibuk la nk intai orang.. :D
malu3x!! :D

kemudian...

"nati esok abah ajar adik naik muto"

yeay seronok bukan kepalang.. abah mau ajar naik muto!!! abah ajar kejap je dah mahir.. pastu gi pusing2 jauh2.. mula2 slow.. pastu laju.. seronok!! saya sudah boleh bawak muto.. :) alhamdulillah

tahun 2008

"adik nak blaja bawak keta.. soB.. soB.. soB.."

"abe jie bagi keta utk adik blaja.."[tapi sape nk ajar?????]

"abe Mae.. ajar adik keta.. +_+"

alhamdulillah abe mae ajar..ornag lain semua xnk hiraukan saya.. semua bizi ngn anak2 masing2 or memang mls nk layan karenah adik bongsu yg sorg ni??.. :P tapi... abe mae pun ajar sehari je!! pastu saya bz.. abe mae bizi.. saya xpandai2 bawak keta lagi..cuma leh bawak masa jalan strek je.. tapi ok la.. sekurang2nya ade pengalaman bawak keta manual.. xmo blaja keta manual.. susah betul..

30.julai 2009

so inilah projek sy.. ^_^.. rabbuna yusahhil atikah..

hari ni.. saya akan ke cairo.. sorang2 sebab otomen dah blk msia.. saya xsihat sangat.. malaise dan nk demam.. tp sy dah makan ubat utk make sure sy sihat utk bermusafir.. akibat kesihatan yg xmengizinkan.. trima kasih untuk sahabat saya yang sukarela seikhlas hati mengangkat beg saya yg maha berat tu sampai ke stesen train.. jasamu dikenang..kat cairo nanti saya pun dah cop awl2 musyrif utk angkat beg sy... jahat tul niat sy nih!!hihi.. :D tugas musyrif bukan utk angkat barang tau.. cuma sebagai teman seorang musafir.. tp kalu ustaz tu gentleman. pasti dia tlg... insyaAllah



kat sana saya akan tinggal di rumah bakan.. RKB[rumah kelantan baru] saya xkenal ramai sangat ustazah kt cairo.. biasa utk sy lupa name diorg sbb pegi sana cuma sekali setahun... kakak2 yg sy kenal jugak dah ramai najah dalam imtihan dan blk malaysia.. dan alhamdulillah sudah mampu mengajar disekolah2 kot.. insyaAllah.

saya xberapa gemarkan cairo.. suasana sana mmg xsesuai utk saya.. berdebu..saya cuma ke sana masa ada hal-hal penting sahaja. perjalanan ke sana agk memakan masa lebih kurang 3jam kalau naik train.. dan 5 jam kalau naik bas.. naik tremco xsure.. laju sket kot dari bas. kat sana jugak zahmah awi[crowded sgt2]. orang2 cairo juga sangat kasar berbanding org2 alex yg lebih berlembut. kat sana jugak sangat panas berbanding alex..dan sbnrnya keadaan sana agak bahaya berbanding alex.. saya xkn jadi seberani mcm sy duk alex..kat alex sy mmg brani gi memane sorg2 jek.. tp kat sana kalu kua mlm ustaz2 bawak parang takut kena serang ngan orang arab.. bahaya tul.. tapi Allah akan jaga hamba2Nya.. ^_^ insyaAllah... nasib baik saya cuma berada di sana utk beberapa hari sahaja.. niat baik untuk ambik lesen kereta di sini supaya blh bawak keta di malaysia.. semoga urusan saya dipermudahkan.. doakan yek...

sebab saya ambik lesen di mesir:
  1. boleh dapat lesen dengan cepat
  2. boleh test guna keta auto
  3. harga yang murah
  4. boleh guna kat msia.. international punye lesen
  5. test yg senang berbanding msia
doakan semoga rezeki saya murah.. sebab kat mesir mmg banyak bergantung pada rezeki.. mereka banyak ikut mud.. alahai.. tensionnya saya dengan perangai arab yang skrg agak baran dek kepanasan suhu di mesir skrg.. sangat panas.. tp malaysia pun panas jugak..

selepas ni mmg ssh untuk saya update lg.. sebab saya menumpang rumah org di cairo.. maybe saya akan duk di pejabat HEWI kelate.. ngan kakna.. rindunya ngan akak2 yg baik2 semua.. biah solehah tu mmg wujud.. dan insyaAllah saya berpeluang ikuti kelas2 agama sepanjang saya duk sana beberapa hari.. itulah yang dinanti2kan.. biiznillah. mereka sangat beruntung.. nk blaja cuma perlu turun tangga sikit dah leh masuk surau tuk blaja agama ngn ustaz2.. kami kat alex kalau ade kelas tafaquh atau kuliah jumaat kena menaiki van/tremco sampai 30minit baru sampai.. kdg2 kalu slow bawak dekat sejam br sampai.. tapi org kate.. nak seribu daya. xnk seribu dalih kn??? dlu2 saya banyak berdalih.. konon cuti 1 hari je seminggu iaitu jumaat.. dan ada 6 hari kelas pagi petang.. memang penat.. tp bagi sesiapa yang menuntut ilmu.. Allah akan permudahkan jalannya ke syurga.. ayuh rajin2 menuntut ilmu.. untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.. ^_^ tiru mcm mak saya.. saya tnye nk pesan pape x.. mak saya cakap "ma nak buku feqah" tersenyum saya mendengar jawapan dari seorang ibu berumur 61 tahun tu.. semangatnya masih kuat.. kena ikut jejak langkah ni!! saya dah beli buku ma.. ^_^

bersusah-susah itu indah. dari kesenangan yang datang seperti durian runtuh~

buku tuk ma tersayang

akhirul kalam... kenang daku dalam doamu.. doakan saya selamat dunia dan akhirat.. Allahuamma amiiiin

ini no mak sy di msia. blh kontek2 no ni.insyaAllah akan di balas cpt atau lmbt.dengan syarat sila perkenalkan diri anda terlebih dahulu..kalau xde pengenalan diri.. no layan sms or telepon yek :) +60199928812

terima kasih untuk semua.. uhubbukum fillah abadan abada

pst: DOAKAN

SAYA DAPAT LESEN MEMANDU SUPAYA PENGORBANAN INI TIDAK SIA-SIA.. biiznillah

doakan

saya sentiasa termasuk dalam golongan yang mendapat bimbingan dari Allah s.w.t dalam setiap perkara yang saya lakukan dan mendapat redha dan rahmat serta keberkatan dariNya.. jom sama-sama usahakan.. biiznillah

perasaan ketika ini: takut, nervous, semangat, berani semua bercampur baur.. saya sangat jeles dengan mereka yang akan mengerjakan umrah xlama lagi. jugak jeles pada korang yng stay ramadhan kareem kat mesir.. jeles ngan korang yg leh masuk kelas talaqqi dan blaja bahasa arab.. jeles ngan korang leh gi kelas2 yg pelbagai... oh sungguh jeles.. tp saya perlu blk malaysia!! rindu ma~ ^_^
ReAd mOrE -

Wednesday, July 29, 2009

Jalan Pulangku

0kata-kata semangat ^_^


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....



ReAd mOrE -

Monday, July 27, 2009

Alhamdulillah

0kata-kata semangat ^_^
Alhamdulillah PMPI (perkehamahan Musim Panas ISMA) berjalan dengan lancar 25-27 julai 2009.. xsempat nk menulis.. sekadar sedikit gambar buat tatapan sahabat2.. :)


makanan yg disediakan oleh Chef Farhana Maswan

semua berkumpul sebelum menaiki bas


Pantai Syati' Nakhil.. Subhanallah indah ciptaan Allah



adik comel yang pemalu..!!! ^_^


Hamam Cleopatra (bilik air)


Hamam Semulajadi.. Hebat!



Pantai Agiba
(tutup mata.. aurat2.. )

Khusyuk tengok tugasan perlu diselesaikan..pantas2, jgn tunggu2..!!! :P


Indah... Pantai Agiba..

Suatu pagi yang tenang..


dengan Adik Syazana yang comel molek (my Junior)


Kami Berdua lahir bulan Julai Yek.. :)

Ummu Atiyah (rumah Kuning).. Ganbatte!!

Akhirnya usaha dan niat ikhlas kami berbayar.. Alhamdulillah murah rezeki.. Kami JUARA.. ^_^

ReAd mOrE -

selamat hari lahir atikah.. ^_^

12kata-kata semangat ^_^



Alhamdulillah wasyukurillah bertambahnya umur saya hari ini.. entahkan saya masih bernyawa ataupun tidak pada tarikh keramat 27.julai.2009 ini.. bermakna sudah genaplah saya 22tahun lamanya hidup di muka bumi Allah ni..masih sedikit amalan yang saya lakukan sepanjang 22tahun hidup di atas bumi Allah ini.. kalaulah amalan ini tidak direbut seawal usia ini dan ditangguh-tangguh.. mungkinkah adanya lagi hari esok untukku bernafas dalam jiwa hamba???mungkin matiku selepas tidurnya diri ini pada malam ini? atau matiku semasa diriku masih bergelak ketawa tanpa suatu tujuan? semasa membuat perkara-perkara tidak berfaedah?? semoga kita mati dalam Husnul Khatimah.. Allahumma Amiin..

saya menaip untuk post kali ini sebelum saya bertolak ke matruh siwa untuk perkhemahan musim panas selama 3 hr 2 malam.... semoga saya masih bernafas dalam jiwa kehambaan pada Allah Yang Maha Perkasa pada hari lahir saya tahun 2009 ni.. biiznillah.. jadinya masa post ni publish.. saya xde kat rumah tapi masih disana.. ^_^

saya tidak mengimpikan sesuatu yang best sangat pun tahun ni, saya cuma bermimpi untuk sebuah impian.. semoga impian saya menjadi sebuah kenyataan dan menjadi sejarah hidup antara yang paling manis dalam kamus hidup saya.. Allahumma amiiin.. Doakan yek.. ^_^

saya berharap Allah menjadikan saya sekuat fatimah.. yang sentiasa tabah menghadapi segala ujian Allah.. yang sentiasa taatkan perintah Allah.. dan sentiasa takut pada maksiat dengan Allah.. beliau begitu berhat-hati dalam kehidupan seharian. wanita agung yang menjadi penghulu syurga bagi seluruh wanita.. seorang yang sentiasa redha dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan ilahi..seorang anak, ibu dan serikandi mulia bagi seorang suami.. mulianya wanita agung ini... semoga mampu mendidik diri menjadi sebaik beliau even dari serendah 1% dari saidatina Fatimah r.a.

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.


Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.


Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.


Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.


Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.


Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.


Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghalang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.


Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.


"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.


Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.


Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.


Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.






ReAd mOrE -

Friday, July 24, 2009

Tazkiyatun Nafs

1 comment
يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى د ينـــك
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu




Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekelian alam.. Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.. Yang tidak tidur dan tidak mengantuk.. Dialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. Tuhan Yang memelihara hambaNya.. sebaik2 perancang.. Tuhan yang menjadi sebaik2 tempat pengaduan.. sebaik-baik penolong dikala susah dan senang.. Alhamdulillah Wasyukurillah.. berysukur sebab kita hari ini masih bernafas dalam jiwa kehambaan yang penuh kehinaan..

benarlah.. Allah sebaik-baik perancang. kita merancang pelbagai acara.. tapi tanpa izinnya tiada sesuatu pun akan berlaku. saya merancang untuk ke mandarah sejak hari selasa untuk jumpa kak zalina. tapi Allah dah tentukan, saya akan ke sana pada hari jumaat. iaitu hari ni. Allah dah rancang saya akan ke sana seawal pagi dan dah diberi peluang oleh Allah untuk mendengar kuliah jumaat yang sangat menyentuh hati.. Allah.. terima kasih.. semua dari Allah.. Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia.. namun Dia jualah yang berhak memegang hati-hati hambaNya supaya terus beriman..

kuliah jumaat hari ini tajuknya sy xjelas pada mulanya.. setelah khusyuk mendengar, ia lebih kepada bagaimana untuk berjaya???kawan-kawan smua nak berjaya x?? berjaya yang ni memang kejayaan hakiki.. kejayaan yang sangat patut kita rebut. bukan senang tau..

apa resipi kejayaan seorang muslim?? jom kita tadabbur surah As-Syams yea..

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

inilah dua ayat yang ditekankan dalam kuliah tadi.. sesungguhnya telah berjayalah orang yang membersihkan jiwanya dan sungguh rugi orang yang mengotori jiwanya. saya sangat excited nk share pasal ni sebab saya sangat bersyukur kerana mampu hadir ke kuliah kali ni. seolah-olah Allah sedang merancnag yang terbaik untuk saya. Allah memang satu-satu yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya.. tersentak diri lantaran mendengar teguran ustaz tadi.. sesungguhnya orang-orang yang lembik dengan ujian Allah yang sangat sedikit itu adalah orang-orang yang kotor jiwanya.. orang-orang yang lemah dan masih kurang bertaqarrub pada Allah. saya la tu.. nampaknya kena berusaha lagi nih yea.. ganbatte!!

orang-orang yang menyucikan jiwa pasti tidak akan jatuh tersungkur, tidak mudah rapuh dan tersandar dek suatu halangan sahaja. namun, disebabkan mereka yang menyucikan jiwa sedar betapa besar keuntungan berjual beli dengan Allah itu sangat besar.. mereka akan terus berusaha dan berusaha tanpa sedikit rasa jemu, semangatnya kuat dan membara. betapa syurga itu mahal dan perlukan pengorbanan yang sangat Mahal jua.. Allahuakbar..

beberapa contoh tentang khalifah2 agung di bumi Allah ini yang telah berjaya menyucikan jiwa-jiwa mereka.. antaranya saidatina Fatimah Az-Zahrah r.a... yang menjadi idola saya sebagai seorang wanita. hebatnya wanita penghulu syurga bagi seluruh wanita ini sehinggakan nabi sendiri bersabda di waktu baginda merindukan syurga yang pernah dilihat ketika israk mikraj.. baginda akan berkata: bilamana aku rindukan syurga,akan ku lihat pada Fatimah. ini bukan bermakna fatimah setanding dengan syurga.. tapi sifat-sifat beliau, ketabahan, amalan-amalan beliau telah berjaya menyucikan jiwa sehingga layak menjadi penghuni syurga yang di bawahnya mengalir sungai2 yang sungguh indah.. oH.. indahnya syurga yang tak dapat kubayangkan.. namun mampukah kita ke sana?? dengan amalan yang sedikit cuma..

kalau tengok kisah seorang wanita namanya Al-khansa dan putera2nya.. betapa wanita agung ini berjaya menyucikan jiwanya sehingga habis semua puteranya dikerah untuk berjihad dengan rasulullah s.a.w ke medan perang. apabila perang berakhir, beliau akan menanyakan khabar rasulullah dan putera-puteranya. setiap kali pasti puteranya akan mati syahid dan mengalirlah air mata seorang ibu. namun, tangisannya bukan bersedih atas pemergian anaknya. tapi tangisan hampa kerana sudah tidak mampu melahirkan lebih banyak putera untuk berjihad fi sabilillah.. beliau bergembira dengan ucapan tahniah atas syahid anaknya.. kalau kita anak mati menangis xberlagu.. tapi tengokla.. mereka yang berjaya menyucikan jiwa-jiwanya.. bergembira dengan janji-janji Allah yang sangat menguntungkan.. Subhanallah..

semoga hari ini kita mampu menjadi orang2 yang berjaya menyucikan jiwanya.. terima kasih ya Allah atas segala hidayahMu.. Alhamdulillah

orang-orang yang berjaya menyucikan jiwanya adalah org2 yang berjiwa jitu, kuat dan tabah. beliau akan optimis dalam setiap yang dilakukan.. inilah jiwa himmatul mathinah.. suatu jiwa yang mempunyai suatu semangat yang hebat dan membara.. jiwa ini pastinya milik baginda rasulullah s.a.w yang begitu optimis dalam dakwah islamiah sehingga islam tersebar seantero dunia.. Subhanallah.. hebatnya orang-orang yang menyucikan jiwanya..

org2 yang menyucikan jiwa akan melaksanakan segala yang wajib dan menambah amalan-amalan sunat dan sentiasa beristiqamah.. doakan supaya kita semua masih dipegang hati oleh Allah utnuk beristiqamah di atas dunia yang penuh fitnah ini.. astaghfirullahal azhiim..


Surah AS-SYAMS bermakna MATAHARI termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH diturunkan sesudah surah Al-Qadar. Mengandungi 15 ayat 54 kalimat dan 247 huruf.

Tersebut di dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi saw. bersabda:
"Barang siapa yang mengaji (mempelajari) surah AL-BALAD nescaya dianugerahi Allah ta'ala akan dia sentosa dari amarah Allah ta'ala pada hari kiamat".


Bismillahiramanirahimi

Ayat 1 - 10

  1. Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya.
  2. Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari).
  3. Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam).
  4. Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya).
  5. Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah).
  6. Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya.
  7. Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.
  8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.
  9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).
  10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

KETERANGAN
Dalam pembukaan surat ini Allah menyuruh kita memperhatikan suasana kejadian alam, pereadaran matahari, bulan, siang dan malam silih berganti. Allah juga menyuruh kita perhatikan kejadian bumi sebagai tempat tinggal kita dan langit serta binaannya yang kukuh, yang semua itu untuk memenuhi kebuntuhan kita.

Kemudian disuruh perhatikan kepada kejadian manusia dan diilhamkan oleh Allah kepada tiap jiwa itu jalan-jalan untuk berbuat kebaikan atau kejahatan. Maka Allah menerangkan bahawa orang yang dapat membersihkan jiwanya dari segala maksiat akan mendapat kemenangan dan kejayaan yang sebenar tetapi mereka yang mengotori jiwanya dangan segala maksiat akan mendapat kerugian.

Dari ayat ke 7 Allah menerangkan bahawa usaha dan perjuangan manusia dalam hidup ini telah ditakdirkan dari azali lagi. Segala sesuatu itu milik Allah termaksuk kita semua dan Allah berhak terhadap ciptaan-Nya.

Dahulu ada seorang dari suku Juhainah atau Muzainah datang kepada Nabi saw. Ialu bertanya "Ya Rasulullah apakah usaha perjuangan manusia ini sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atas mereka, atau memang usaha mefeka terhadap sesuatu yang masih belum diketahui untuk dituntut dan dijadikan bukti?"
Jawab Nabi saw.: "Bahkan semua itu telah ditadirkan Allah atas mereka".
Dia bertanya pula: "Jika demikian untuk apakah kita berusaha?".
Jawab Nabi saw.:"Siapa yang dijadikan untuk sesuatu maka tersedia baginya kemudahannya, seperti firman Allah: "Qad aflaha man zakkaa ha waqqad khaa ba man dassaa haa wanafsin wamaa sawwaa ha' fa'alhamahaa fujuu raha wataqwa haa" (seperti ayat 8 hingga ayat 10).

Ibn Abbas ra. berkata Biasa Nabi saw. jika membaca ayat ini lalu berhenti dan berdoa:
(Allahumma aati nafsi taqwaa haa wazakkihaa anta khairu man zakkaa ha anta waliyuhaa wamaulaa haa)
"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebuk-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya".
HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.

ReAd mOrE -

Thursday, July 23, 2009

Allah...

1 comment

segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. yang sentiasa memerhatikan gerak geri hambaNya.. Tuhan Yang sentiasa mendengar keluh kesah dan rintihan hambaNya.. satu-satunya yang mampu membaca segala isi hati hambaNya.. Hanya Allah Maha Mengetahui..

benarlah Allah menguji hambaNya pada titik point PALING LEMAH.. dan saya selemah-lemah insan itu..

terima kasih Ya Allah.. menyedarkan diriku yang terlena.. lalai seketika dengan nikmatMu yang sementara.. sekali Kau katakan ya.. semua nikmat itu akan ditarik dariku.. Allahuakbar.. kurangnya rasa bersyukur dalam diri ini mungkin..terima kasih ya Allah sudi memberikan ujian yang sedikit.. nah.. aku terpana! terkesima seketika cuma.. waktu seolah-olah terhenti.. semua kerja seolah2 tidak bergerak.. langkahku longlai.. semangatku lumpuh! semoga semuanya kembali kepadaku.. mengubat hati yang lara..

air mata ini mahal.. tangisan berharga di kala keinsafan sepatutnya.. tapi kali ini.. aku menangis dengan dunia dan seisinya.. sy xnak menangis lagi.. ana qowi!!

sebutir air mata yg jatuh krn keinsafan adlh 1000 kali lbh baik dr sjuta mutiara yg jatuh di muara lautan..

sesaat bersedih kerana Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana manusia..

Allah Pasti Tolong!! Yakin2 dengan pertolongan Allah...

Allah pasti memegang hati hambaNya dengan sekuat2nya.. Ya.. Allah pasti akan perkenankan.. Allahumma amiiin..


Tidak akan ku tangisi lagi.. yea.. jangan bersedih.. Inna Allah Ma'ana.. ^_^
Allah yuqowi.. Alhamdulillah.. hanya Allah segala-galanya.. dunia ini hanya persinggahan.. ^_^
ni ayat favourite saya time saya sedih.. saje share maybe leh mengubat hati2 sahabat yang tengah berduka lara jua.. ^_^

surah Al-Baqarah

155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

156. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[[101]. Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

La Haula Wala Quwwata Illa Billah...~

p/s:best muhasabah diri yek.. ayuh selalu2 muhasabah diri yuk.. supaya hati xmati.. chaiyok2 tuk semua..!! pasti boley.. Allahumma amiiiin.. perkenankanlah ya Rabb ^_^


Ath Thalaaq



2. Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Bismillahi tawakkaltu Alallah.. terima kasih Ya Allah kerana mengembalikan semangatku hari ini.. Alhamdulillah
Hasbunallah wanikmal wakiiil..
nikmal maula wanikmal nashiir..




masa akan menjernihkan segalanya.. ^_-
Allahumma amiiin
ReAd mOrE -

Tuesday, July 21, 2009

Cinta Allah ke Cinta manUsia??

0kata-kata semangat ^_^
haa.. ni tajuk hangat.. mane2 pun memang Hot tajuk ni.. :) sampaikan saya terkejut mendengar keluhan seorang rakan dimalaysia.. "mane ade org xkapel zaman skrg, sll jek jeles tgk kwn kuar ngan balak.. sy xde pakwe sian.. sy kena cari jgk srg!!"

senarionya di universiti2.. pusat2 matrikulasi.. TIADA orang yang xkapel.. malah tempat2 mencari ilmu itu menjadi tempat untuk mencari pasangan.. alahai.. amal dah sedikit ditambah dengan dosa maksiat pula.. astaghfirullahal azhiiim.. ampunilah kami ya Rabb..

layakkah diri mencintai manusia sedangkan cinta Rabbnya belum mampu diraih??

malunya diri tatkala menjamah rezeki dari Yang Maha Esa sedangkan diri ini sentiasa membawa kemurkaanNya..

malunya bernafas dalam jiwa hamba.. sedang diri masih bermaksiat padaNya..

malunya merayu2 cinta manusia.. sedangkan cinta Allah entah ke mana..

oH.. Malunya dengan Allah..

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ni tak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalau nak ikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA click heresmiley-cool )



EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yg buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)
smiley-wink


Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ade yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Glossari
istiqamah = tetap, konsisten
sequence = turutan
reliable = boleh dipertanggungjawab / boleh pakai
let say = katakanlah
part = Bahagian
So = jadi
go for it = teruskan
ajnabi = (Bahasa Arab) boleh dinikahi
ikhtilat = (Bahasa Arab) Percampuran (antara lelaki dan perempuan); biasa merujuk kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
laknatullah = dilaknat oleh Allah
equation = persamaan
syumul = sempurna
sirah = kisah Nabi




ReAd mOrE -

Monday, July 20, 2009

Israk Mikraj

0kata-kata semangat ^_^
saya masih tidak punyai perasaan untuk mengemas barang2.. setelah hantar ahli bait nak balik malaysia.. terus mood mati.. rumah ini begitu sunyi sebab xde beberpa org tu.. hihi.. semoga kalian selamat sampai.. sampai hati tinggalkan umah yang macam tongkang pecah ni untuk kami berdua.. :P akan diusahakan kudrat dan merajinkan diri.. insyaAllah...saya bukan rajin pun orangnya.. sebab tu kena paksa diri kan ojie yg rajin??

hari ni cuma menghabiskan masa 80% depan laptop.. suatu yang memang saya idamkan lama dah sejak masa xm.. alhamdulillah sempat membaca beberapa artikel menarik.. dan hampir terlupa saya lantaran kesibukan xm dengan Israk mikraj.. hari tu kami semua pelajar2 MARA dah diingatkan kembali malah dibawa sekali untuk menghayti israk mikraj tu sendiri melalui slide show yg menyentuh jiwa.. ALlahuakbar.. sungguh hebat KEKUASAAN Allah.. saya yang pada mulanya memang TAK NAK pergi majlis motivasi dan pembacaan ikrar tu akhirnya bersyukur sbb sy hadir jugak dlm majlis ilmu yg sungguh bermanfaat itu. ALhamdulillah..

so marilah kita menjejaki sedikit sebanyak peristiwa israk mikraj ini.. smeoga mendapat iktibar dari peristiwa yang sungguh hebat ini..



Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, seperti mana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).




Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).









PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ



Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliahRingkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan Setiap kali orang yang sedang memecahkan kepala mereka.dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama:

Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua:

Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


iv. Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


v. Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:

Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh:

Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Boleh Teruskan Pembacaan di SiNI
ReAd mOrE -

zuhud dengan dunia..~

0kata-kata semangat ^_^
alahai.. tajuk ini sesuai kena tuding atas kepala saya sendiri kn? sms orang xabes2 cakap futur.. kacau orang tu.. habiskan kedit orang ni.. kat rmh xhenti2 buat bising.. sian ahli bait sy.. :D maalish.. especially time xm haritu.. ish2.. kembali ke jalan benar sekarang! biiznillah.. selamat memuhasabah diri balik.. apela yang ada di dunia ini untuk dikeluhkan saje.. ujian dari Allah itu pasti ada.. terlalu mencintai dunia pasti akan bawa bahana pada diri sndiri je.. astaghfirullahal azhiiim..


كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

“Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang menempuh perjalanan.” Ibn Umar berkata, “jika engkau ada di sore hari, jangan menunggu pagi dan jika berada di pagi hari, jangan menunggu sore. Manfaatkan masa sehatmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk kematianmu.” (HR al-Bukhari, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad).

Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini berturut-turut dari: Ali bin Abdullah, Muhammad bin Abdurrahman Abu al-Mundzir ath-Thafawi, Sulaiman al-A’masy, Mujahid dan Abdullah bin Umar, dari Rasulullah saw.

Ahmad meriwayatkannya berturut-turut dari: Waki, Sufyan, Laits bin Abi Salim, Abu Mu’awiyah dan Laits.

Ibn Majah meriwayatkannya dari Yahya bin Habib bin ‘Arabi, dari Hamad bin Zaid, dari Laits.

At-Tirmidzi meriwayatkannya dari Mahmud bin Ghaylan, dari Abu Ahmad, dari Sufyan, dari Laits; lalu Laits bin Abi Salim, dari Mujahid, dari Abdullah bin Umar. Dalam riwayat Ahmad, Ibn Majah dan at-Tirmidzi sesudah lafal “‘âbir as-sabîl” terdapat tambahan: “wa ‘udda nafsaka fî ahli al-qubûr (hitunglah dirimu termasuk ahli kubur.”


Makna Hadis

Dalam hadis ini Rasul memberi perumpamaan bagaimana seharusnya kita memposisikan diri di dunia: seakan kita adalah orang asing dan seperti orang yang sedang menempuh perjalanan.

Ath-Thayyibi, sebagaimana dikutip oleh al-Hafizh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bârî, menjelaskan, “Orang yang berjalan di dunia diserupakan dengan orang asing yang tidak memiliki tempat tinggal. Kemudian Beliau mengungkapkan perumpamaan yang lebih tinggi: diserupakan dengan orang yang sedang menempuh perjalanan. Sebab, orang asing kadang kala tinggal di negeri asing. Berbeda dengan orang yang menempuh perjalanan menuju negeri yang jauh; sepanjang perjalanan itu terdapat lembah-lembah yang membinasakan, gurun-gurun yang mencelakakan dan begal jalanan. Orang yang demikian tidak akan tinggal walaupun sejenak. Oleh karena itu, Ibn Umar langsung menimpali dengan kata-kata, “jika engkau ada di sore hari jangan menunggu pagi…”

Lalu sabda Rasul, “wa ‘udda nafsaka fî ahli al-qabûr, maknanya adalah, “Teruslah berjalan dan jangan engkau futur. Sesungguhnya jika engkau lemah atau lalai maka engkau akan terhenti di tengah jalan (tidak sampai tujuan) dan binasa di lembah-lembah itu.”

Imam an-Nawawi di dalam Syarh al-Arba’în an-Nawawiyah berkata, makna hadis ini adalah, “Janganlah engkau cenderung pada dunia dan menjadikan dunia sebagai tempat menetap. Jangan berbicara kepada dirimu sendiri bahwa engkau akan menetap di dunia serta jangan mempertautkan diri dengan dunia sebagaimana orang asing tidak akan menautkan diri dengan selain tanah airnya.”

Hadis ini merupakan isyarat untuk membangkitkan sikap zuhud di dunia dan mengambil bagian harta sekadar cukup untuk bekal (tidak berlebih). Sebagaimana seorang musafir tidak membutuhkan lebih dari apa yang bisa mengantarkannya pada tujuan perjalanannya, demikian pula seorang Mukmin di dunia; ia tidak akan membutuhkan lebih dari apa yang bisa mengantarkannya pada tujuan (akhirat). Hadis ini merupakan pokok dalam mendorong untuk mengambil jarak dengan dunia, bersikap zuhud di dalamnya, memandang remeh dunia dan bersikap qanâ’ah dengan bagian harta sekadar cukup untuk bekal hidup.

Hendaknya kita selalu mengingat pesan Nabi saw ini. Hendaknya setiap kita selalu merasa asing dengan dunia. Ia selalu ingat, bukan dunia ini tempat tinggal dia karena di dunia ini ia adalah orang asing. Ia tidak akan membiarkan hatinya terjerat oleh kecintaan pada tempat asing itu sehingga melupakan tanah air hakikinya. Hatinya tidak cenderung pada dunia. Ia tidak akan menikmati keintiman dengan dunia. Ia tidak akan bermesra-mesra dengan dunia. Hatinya tidak akan dia biarkan tertambat pada dunia sehingga merasa berat untuk menjauhi dan meninggalkannya. Sebaliknya, dunia baginya adalah sesuatu yang jauh lagi asing. Karena itu, hatinya ringan untuk melepas dunia itu dan tidak berat hati untuk meninggalkannya.

Hendaknya kita pun selalu ingat bahwa kita di dunia ini hanyalah ‘numpang lewat’. Fase kehidupan dunia ini hanyalah perjalanan untuk menuju ‘tanah air’ yang hakiki, yaitu akhirat. Sebagai orang yang sedang lewat saja, maka ia tidak akan berhenti berlama-lama, apalagi menetap. Ia pun tidak akan sibuk mengumpulkan harta dan perbekalan karena itu bisa memalingkannya dari perjalanan atau setidaknya menundanya. Selain itu, harta dan perbekalan yang terlalu banyak akan memberatkan dan menjadi beban di perjalanan yang bisa-bisa justru mencelakakannya. Sebaliknya, ia hanya mengambil harta dan perbekalan secukupnya saja, tidak berlebih. Itu pun dilakukan sambil terus berjalan. Sebagai orang yang sedang lewat, adalah tersesat jika ia justru menjadikan tempat singgah dan jalan yang ia lalui sebagai tujuan itu sendiri dan memalingkannya dari tempat tujuan yang hakiki.

Seorang Mukmin tidak selayaknya menjadi pecinta dunia, pemburu harta dan pencari kelezatan dunia. Sebaliknya. seorang Mukmin akan bersikap zuhud terhadap dunia dan qanâ’ah dengan karunia Allah yang ia terima. Dunia baginya adalah sesuatu yang asing dan tidak berharga. Ia jadikan dunia hanya sebagai jalan, wasilah dan sarana untuk mencapai tempat tujuan, yaitu akhirat. Akhiratlah yang selalu menjadi tambatan hatinya dan ujung angan-angannya. Wa mâ tawfîqi illâ billâh. [Yahya Abdurrahman]

Alhamdulillah wasyukurillah atas segala nikmat kurniaan ilahi yang tidak mampu dihitung.. betapa banyaknya nikmat dari Allah Yang Maha Penyayang namun, betapa sedikitnya diri ini bersyukur... Semoga Allah masih memandang segala usaha saya dalam xm itu yang sangat sedikit cuma dan memberikan kejayaan kepada semua sahabat2..bismillahi tawakkaltu alallah.. selamat naik ke tahun 4.. biiznillah ..

jazakumullahu khairan kathiran atas segala ingatan, nasihat, teguran, kata-kata semangat, sokongan padu dan semua2lah sepanjang xm ni yang menyentuh hati saya.. hanya Allah mampu membalas jasa kalian..

saya sedang merancang pelbagai perkara untuk cuti 2 bulan ini.. saya sedang mencari 'SESUATU' . doakan saya menemui pencarian yang tidak bernokhtah itu.. biiznillah.. Ya Rabb.. bimbinglah aku..
ReAd mOrE -

Sunday, July 19, 2009

2kata-kata semangat ^_^
Quotation for the day:
"Why so many things to worry? Kan Allah ada"


"dan milik Allah meliputi segala rahsia langit dan bumi
dan kepadaNya jua segala urusan dikembalikan
maka sembahlah Dia dan bertawakkal lah kepadaNya,
dan Rabb kamu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan"
(hud:123)

Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir.

ReAd mOrE -

Saturday, July 18, 2009

Khas untuk Ukhti Yang Disayangi... ~

2kata-kata semangat ^_^
today is her BESDAY!!



selamat hari lahir NONI!!

semoga enti thabat dalam setiap perjuangan..
jangan mudah mengalah..
jangan bersedih hati..
Allah sentiasa bersama kamu..
sayang NONI
.. ^_^
uhibbuki Fillah Abadan Abada..

semoga Noni yang saya sayang panjang umur, murah rezki, dapat result cemerlang, bergembira dan ceria-ceria selalu.. Be Happy!!

semoga ukhti sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat + Kasih Sayang Allah selalu.. ila Mardhotillah.. biiznillah

p/s: jom2 usaha lagi untuk yang terakhir.. last dah untuk sem kali ni.. semoga semua orang dapat result cemerlang Yuk.. Rabbuna Yusahhil.. insyaAllah
ReAd mOrE -

Wednesday, July 15, 2009

Penghulu segala Wanita

4kata-kata semangat ^_^

Alhamdulillah.. tibalah saat2 akhir untuk xm.. tinggal 2x jek lagi nak xm.. pastu merdeka.. bahagianya! jom sama2 usaha Yuk!! tadi chat dengan seseorang dan tersebut pasal Asiah Binti Muhazim iaitu isteri Firaun....dulu2 Asiah ni duk mesir jugak.. dan beliaulah yang telah mengambil nabi Musa sebagai anak angkat dan telah beriman pada Allah dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi.. hebat kisah wanita ini.. boleh diambil teladan buat semua mujahidah di mesir.. selamat meneruskan perjuangan..

Doa Asiah sebelum meninggal akibat mendapat siksaan dari firaun..

"Ya Allah, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkan aku dari kaum yang zhalim." (QS At­Tahrim: 11).

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

kalau jadi gabungan ke empat2 orang penghulu bagi segala wanita ni mesti best kan.tapi manusia pasti ada terlebih dan terkurangnya.. tampung segala kekurangan.. kekalkan segala kelebihan... biiznillah salam mujahadah.. semoga kita bukanlah dari kalangan wanita yang menjadi ujian, fitnah dan musuh bagi lelaki.. tapi anugerah ilahi yang tidak berbelah bahagi.. biiznillah..


rindunya!! nak blk msia..

ReAd mOrE -

Monday, July 13, 2009

luntur...

5kata-kata semangat ^_^
saya sangat perlukan semangat baru sekarang selepas tamatnya parasit.. bagila kata-kata semangat.. trima kasih untuk orang-orang yang tersayang yang xpernah jemu memberi semangat..tanpamu aku lemah... :)

Jangan Menyerah Kalah..~

La Tahzan..
Innallaha Maana...

Go Go for Microbiology
rabbuna Yusahhil..
rabbuna Yunajjah..
Rabbuna Yuqowi..

Ana Qowi!!

Bismillahi Tawakaltu Alallah


ReAd mOrE -

Saturday, July 11, 2009

mY Heart sTay UnchanGed

4kata-kata semangat ^_^


ForeVer n EveR
...ameeeen..

tQ Allah fOr eVeryThing..
Alhamdulillah Wasyukurillah
^_^


kismis dah abes!! tolong la sape2 belikan saya kat fatallah yg jauh sikit tu,.situ je yang best.. dekat umh ni xbes... dah xde 'snek' lagi tyme lapar2 study.. kurma pun da abes.. kebulurlah macam ni.. xkan nak makan nasik jerk.. +_+ INDOME + caffein mmg bukan makanan sihat.. tp terpaksa dimakan sesuka hati hehe.. semua sebab syndrome TAK NAK KELUAR RUMAH.. isk3

gO Go fOr PaRasiToloGy 13/7..

rabbuna yusahhil..~
ReAd mOrE -

Wednesday, July 8, 2009

sYurga Cinta!!!

6kata-kata semangat ^_^
"jadilah seperti bunga di dalam kaca, tak boleh disentuh. hanya orang yang betul-betul mampu dan layak akan memilikinya..."


kalau jual mahal-mahal takut xlaku??hmmm ia sudah ketentuan ilahi pun.. xya risau..jual jea mahal-mahal!! hihi

atuk kata..(dlm cite ni la.. atuk saya dah xde.. huhu)

jodoh ada 3
  1. JODOH DARI SYAITAN-mata berpandangan, kamu keluar dan berpimpin tangan dan syuhadah mengandung dan selepas tu kamu kahwin
  2. JODOH DARI JIN-kamu sukakan syuhadah tapi syuhadah tak sukakan kamu, kemudian kamu bomohkan syuhadah dan bersama
  3. JODOH DARI ALLAH- kamu berpandangan dan jatuh ke hati, kamu meminangnya dan berkahwin dengannya.. itulah SYURGa CINTA!!!!tengokla.. jgn xtengok.. hehehe




cinta yang membawa ke syurga..

cinta yang sama-sama mencari Redha Yang Maha Esa..
cinta yang mencari Keberkatan Hidup..
ini bukan cinta dusta..
ini bukan cinta nafsu..
ini bukan cinta dunia..
berCINTA untuk Ke Akhirat...





tonton la cite nie.. best.. saya suke!! :D

suke watak syuhadah even org kate watak tu dibuat-buat.. ala.. dah namanya berlakon.. so heliza hanya memainkan watak dia sebagai pelakon.. ^_^

jangan TIDO lagi la tikah baca PATHOLOGY tu sungguh2!!! olrait? sila betulkan niat study skrg.. LIllahi Taala..

ATAS NAMA CINTA -UNIC


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



ReAd mOrE -

kembali kejalan sebenar.. erm.. erm.. ermm..

0kata-kata semangat ^_^
muka yang sangat tebal..kalau pakai bedak tebal-tebal pun belum tentu mampu nak cover lagi dah.. malunya hari nie... +_+ xnk buat camtu lagi.. heee

xpelah, xnak pikir lagi. yang penting, tumpukan study!! ganbatte!!



Saidina Ali bin Abu Thalib radiyaLlahu 'anhu

Hafalkanlah lima hal ini, andaikata kalian menunggang unta untuk mendapatkannya, maka hingga unta itu kurus kalian tidak akan memperolehinya.

Pertama : Seorang hamba hendaknya tidak berharap kecuali kepada ALlah

Kedua : Seorang hamba hendaknya hanya takut akan dosa-dosanya.

Ketiga : Seorang yang bodoh hendaknya tidak merasa malu untuk bertanya.

Keempat : Seorang yang berilmu ketika ditanya tentang sebuah persoalan dan tidak mengetahui jawapannya, hendaknya tidak malu untuk mengatakan :
"ALlah yang Maha Mengetahui."


Kelima : Bagi iman - sabar ibarat kepala sebuah tubuh, sehingga tidak (sempurna) iman seseorang yang tidak memliki kesabaran

Sumber : Muhammad bin 'Alwi Al Maliki, Al Mukhtar Min Kalamil Akhyar, cet 1, 1978, Hal 40.a
ReAd mOrE -

Monday, July 6, 2009

sebuah rindu..

2kata-kata semangat ^_^
soalan wajib:

ciksu duk mano ni????




najwa

"ciksu.. bilo nok balik????? kakak duk umah nenek doh...
adam:

"ciksu.. cepat la kelik.. abe ado maine baghu.. "


sofea

"ciksu.. kelik la... [sambil menyanyi... hahaha]

iwan
"acu.. adik nan unta...."

waaaaaaaa mau kelik skrg! nak buli budak2 kecik lg.. heee.. dah nak masuk 14 orang anak buah ni.. boleh memBULI secara besar-besaran.. ^_^

rabbuna yunajjah anat!!
ReAd mOrE -

Thursday, July 2, 2009

kerana cinta~

7kata-kata semangat ^_^
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


ReAd mOrE -

berusaha!

0kata-kata semangat ^_^

nak jadi bersemangat macam tentera2 alex yang lain.. jangan mudah lemah.. kita berusaha.. kita berdoa.. selepas itu tawakal dan redha.. :) insyaAllah.. wajib yakin degan setiap doa yang dibaca.. barula Allah berMurah Hati nak makbulkan.. kalau diri sndiri masih ragu-ragu dengan sifat Maha Pemurah Allah.. alangkah ruginya kita.. semangat! semangat! semangat!

Kepentingan Ilmu Pengetahuan


Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

pernah dengar??

ijaZah AdaLah aLat
RiSaLah AdaLah MatlamaT


tapi sejauh mana kata-kata mampu terlaksana??
tepuk dada tanya iman...

berusaha!




Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

Riwayat al-Bazzar
ReAd mOrE -
 

menCari Cinta Ilahi Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008