رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.
Thursday, July 31, 2008
nak pakai cincin kt jari mana ye??
Bila kita tengok anak muda sekarang ini ada yang pakai cincin pada semua jari...mungkin mereka kurang pendedahan atau mereka saja nak bergaya Bertepatan dengan kandungan antara Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.
Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari: 1.jari manis 2.jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari:
1.jari tengah
2.jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada
jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s. Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam.
Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. Sahabat leh gak baca kat buku syamail muhammadiahMacamana lak pemahaman kite?Wallahu a'lam Wassalam.
juga..
Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw.Namun, yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia. Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang.
Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali r.a. "Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya.
"Kebolehan memakai cincin perak aka silver:Berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
^___^