رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Saturday, August 4, 2012

Khatam Al Quran di bulan Ramadhan

stiap kali bulan ramdhan mesti teringat2 dengan ma yang sangat excited.. stiap kali ma mesti tnye dah brape juz baca quran? dah khatam belum? dah brape kali khatam..?? ma suka berlumba2 dengan saya bab khatam quran di bulan ramadhan ni.. itulah specialnya ma yg banyak mengajar anak2 berlumba2 berbuat amal.. fastabiqul khairaat..

tp biasanya saya mmg xmampu nk lawan ma.. ma mampu khatam  3-4x dlm satu bulan ramdhan biasanya. al maklum seorang suri rumah yang sudah kematian suami, xde kerja nk buat pun.. klo tidak beramal diusia2 emas ni ape lg blh buat kan? daripada membazir masa dgn benda yg tidak berfaedah..

tahun ni pula ma masuk pondok untuk memudahkan urusan pergi dan balek masjid utk terawih n so on.. tp sedihnya saya jarang dpt kol n lg sedih thn ni ptt giliran raya kelantan tp sbb saya sampai msia sehari 2 nk raya.. redha je beraya di KL untuk kali kedua berturut2.. alahai.. camnila klo dah berkahwin dan ada suami.. banyak benda kita xleh main ikut perasaan dan kne bertolak ansur.. barulah aman rumahtangga even suami sy xpaksa stay.. tp tula kn.. 6 bulan xjumpe! tup2 nk tinggal trus? hehehe..

insyaAllah ayuh sama2 perbanyakkan amalan2 sunat di bulan ramdhan.. semoga kita mendapat pengampunan dari Allah, pelepasan dari api neraka dan TAQWA.. Allahumma ameen..



MONDAY, 23 JULY 2012





Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." 

Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : 
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud 
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : 
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda 
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...

Friday, August 3, 2012

sehari rugi..

dek kelalaian melayan ke 'excited' tan dapat rumah sewa baru.. search sane sini kt internet je la mampunye.. tapi terjumpe satu facebook jual perabot kt klang.. mmg bes sgt gamaknye siap ada harga dan gambar! yg bes jgk delivery cuma rm110 xkira brg byk mane pn siap pemasangan.. harap janji ditepati la.. sume dah siap pilih.. yg tinggal hanya nak suami tersyang fi pantau n tgk material btul2 oke ke x aje..

http://www.facebook.com/morozohomedesign

harga ada dari yg sangat murah sampai yg sangat mahal.. ada org cadangkan IKEA.. tapi IKEA tu kne gaji 10 o0o sbulan la baru boleh beli barang skaligus.. kecuali la klo nk beli satu barang satu bulan..hehehe.. tp x.. misi nk penuhkan rumah sewa mesti dijalankn secepat yg mungkin barulah blh duduki rumah tersebut dgn bahagianya.. insyaAllah.. semoga rumah kami nnti penuh dgn keberkatan dari ilahi.. ^__^

IKEA klo barang hiasa kecil2 boleh la beli.. barang2 situ mmg cantek! hurm.. maybe leh dpt idea menghias rumah dri showroom dia ke.. aaaaa lambatnye 13hari lg.. kne byk bersabar.. makin dkt nak balek makin la xsabar..

pastu ada org cadangkan cavenzi.. katanya femes, design moden dan cantek dan harga murah.. alhamdulillah sempat la jumpa forum pasal cavenzi ni kan..

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=151501&page=5

1st tyme dgr pasal cavenzi. almaklumla saya bkn org kl tetibe nk kne cari brg2 sume kt KL.. rupanya cavenzi yg femes ni barang xde kualiti.. sbbnya ada org tu beli set sofa 2-3k pn mudah rosak.. sayyangla kan duit bkn senang nk cari.. nk2 duit tu nti hasil titik peluh zauj yg kje bagai nk rak siang n mlm mcm buruh kasar...heheheh..

tapi alhamdulillah harini stop cari2 perabot.. harap En zauj ada masa nk gi tgok perabot2 tu depan mata utk perbandingna.. nk beli barang main ribu riban ni xleh main hentam aje.. kne elakkan dari pembaziran dan kerugian iA..

xsabar nk balek nk beli alat2 letrik mcm peti, mesin basuh, microwave oven, langsir, baju raya.. :))
betapa skrg ni kuat betul shopping di msia n di mesir.. adeih.. semoga semua barang2 itu manfaat nya byk dan tahan lama iA.. yg penting kne igt jangan membazir dan beli semua yg perlu.. bukan semua yg mahu berdasarkan kemampuan..

13 days to goooooooooooooooooooooooooo.. still along way to go.. sobsobsob..

Monday, July 30, 2012

genap 25 tahun

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi tanggal 27 july 2012 umur saya genap 25 tahun. umur ini sangat banyak angkanya.. tapi saya sedar masih kurang isinya..masih kurang manfaat yg dilaksanakan.. semoga tahun2 mendatang bakal menjadi tahun2 yang lebih baik buat insan kerdil dan hina disisi Allah ini.. tahun ini tahun yang tidak diletakkan apa2 pengharapan kecuali redhaNYA, keberkatanNya, perasaan cinta dan rindu kepadaNya..

ujian demi ujian menimpa di selangi berita gembira sangat menguji jiwa dan iman. Alhamdulillah.. saat terpesong Allah kejutkan dari lamunan panjang.. Allah tegur sedikit demi sedikit tentang kebiasaan yang kurang Dia senangi mungkin.. kemudian Allah sirami dengan rahmat dan kasih sayangNya.. sangat terasa! subhanallah.. terima kasih Ya Rabbul Izzati.. kerana tidak membiarkan diriku walau sesaat.. itulah yg sering kita perkatakan.. Allah tidak pernah perlukan kita.. tapi kita sbgai hambaNya sentiasa dan sangat2 memerlukanNya..

perasaan bertawakkal dalam setiap langkah yg mengiringi sangat2 perlu dimohon agar sentiasa dalam bimbinganNya.. itulah ujian yang dikatakan mematangkan mungkin? saya sedar diri sendiri masih kurang matang.. bila tengok adik2.. malu dgn diri sendiri.. tapi kita mungkin ada cara tersendiri yang Allah telah ciptakan sifat itu bersesuai dengan kita, orang sekeliling kita, dan tempat kita insyaAllah..

namun dari saat ini.. saya sangat2 bersyukur dengan semua nikmat Allah yang tidak terhitung.. sungguh! sangat banyak sampai terasa malu untuk meminta dan terus meminta T_T terima kasih Ya Allah.. dari sekecil2 benda hingga sebesar2 perkara.. saya rasa hidup saya sudah sempurna dengan nikmat2 ini.. terasa segan dan malu menerima nikmat sedang diri masih kerdil dalam beramal.. semoga nikmat ini tidak menjadi istidraj buat saya dan keluarga dan menjadikan kami hamba2Nya yang bersyukur..

sempena hari lahir tahun ini jatuh pada bulan ramadhan.. besarlah harapan untuk menjadikan ramadhan ini sbg Yang Terbaik.. mungkin ramadhan ini ramadhan terakhir samada berakhir dengan hembusan nafas tatkala roh  berpisah dari jasad atau mungkin kerana hilangnya nikmat untuk ramadhan akan datang sbg seorg house officer?? atau mungkin tiba suatu masa terpaksa berkorban meninggalkan terawih di masjid atau menghabiskan 30 juz al quran dek kesibukan kerja dan anak2 serta suami? wallahualam.. yang tinggal hanya doa semoga Allah masih izinkan kita menghidupkan ramadhan untuk ramadhan2 akan datang andai umur masih panjang dan diberkati..

doakan saya sentiasa dalam jalan yang dikehendaki dan diredhaiNya, tidka terpesong dan tidak lalui jalan yang bengkok.. sempena hari lahir ini maaf dipohon andai terdapat salah dan silap yg sengaja ataupun tidak disengajakan..

impian saya.. ingin lahir semula jadi insan baru! 27/7/2012 saya dilahirkan semula.. insan yang masih tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.. tapi semoga pengalaman2 lepas telah menjadi pengajaran buat diri dan tidak diulangi sampai bila2..

dan jutaan terima kasih dikurniakan kepada zauj yang sangat2 menerima kekurangan diri ini dengan sabar.. jazakallahu khayran kathira kerana setia dan sabar dengan hubungan perkahwinan jarak jauh ini..2 thn ujian PJJ berjaya diharungi dan ia sangat membahagiakan bila sebenarnya ia bakal berakhir tidak kurang 17 hari.. :)) suami adalah sahabat terbaik dunia dan akhirat dan saya nak bersama2 dengannya hingga ke syurga.. Allahumma ameen.. semoga ada sakinah, mawaddah wa rahmah dari Allah buat kami.. yang tinggal hanya amal dan doa.. semoga Allah redha.. ameen.. doakan kami..~

tidak lupa kepada ibu yang tidak pernah putus menyokong saya dan kakak2 serta abg2 dan rakan taulan.. semoga Allah sentiasa bersama kalian dan kurniakan pahala berterusan.. ameeen

Sunday, July 22, 2012

Malu...



Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu.  Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. 
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput.  Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang.  Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.
"Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu" bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.
Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: 
"Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman."
Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: 
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)
Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. 
Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. 
Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. 
Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. 
Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. 
Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. 
Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. 
Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. 
Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.
Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu.  Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat.  Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi.  Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. 
Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa "Malu bertanya sesat jalan".  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. 
Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana ALLAH subhanahu wata'ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. 
Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut.  Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata'ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

muhasabah di kala otak tepu dengan surgery.. copied from iluvislam.com.. 
rasa macam pernah rasa kurang malu suatu ketika dahulu.. Ya Allah.. kurniakan rasa malu ke dalam hambaMu yang Hina ini.. T_T
tapi xpe.. walaupun kadang rasa kecewa dgn diri sndiri.. hati dah terpujuk dgn firman Allah ini;


يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [39:53] 

Ampunilah dosa2ku Ya Rab..

ramadhan Kareem sume.semoga ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat kita semua.jadikan ia seolah2 ramadhan terakhir kita.. semoga Allah izin.. >_<

Tuesday, July 17, 2012

TAMAT-internal medicine

Alhamdulillah hari ni berakhir xm paling horror sepanjang 6 thn xm di alex u.. rasa jantung bagai nak pecah bila pikir. makan xselera , tido xlena.. nasib baik mandi basah tp lps tu cpt je panas blk..hehe..(summer kot) Alhamdulillah ala kulli haal semua nya tamat walaupun satu2 kesalahan xm dtg blk dalam fikiran. adoi.. tu salah. ni salah..

and  xm kali ni sangat2 mengajar diri sdiri tentang rasa kebergantungan 100% kat Allah.. bila hati xtenang dan gelisah mengadu sungguh2 kat Allah.. subhanallah ketenangan kembali dan cycle tu berulang2 tenang dan xtenang.. sbb kalo ikutkan kudrat diri sndiri study 24 jam pn memang xkan mampu kecuali dgn belas kasihan Allah.. dan semuanya adalah rezki dari Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. walaupun dlm hati risau. kita buang semua rasa risau ni dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah.... yakin dgn doa yg dipanjatkan setiap hari kepadaNya iA.. YAKIN! dah itu usaha paling mampu dilakukan.. smeoga Allah kira penat lelah kita sebagai salah satu pahala sbg bekalan ke sana..

skrg masa untuk pulun surgery.. insyaAllah xm terakhir sebagai student degree.. Allahumma ameen..






♥ Bahagia dan derita adalah satu pilihan.. Merasa bahagia tatkala kekuatan redha terhadap semua ujian ALLAH itu di kemuncak yang tinggi. 

Saat itu kita mampu menjadi sebagaimana sahabat Rasulullah yang menunggu -nunggu kedatangan ujian. Namun saat tidak diuji, jiwa merasa bimbang kerana tiadanya ujian bermakna seolah tiada ingatan ALLAH pada kita..

Apapun, ingatlah bahawa ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA , setiap ujian yang ditimpakan kepada kita adalah ujian yang mampu kita lalui.. Allah Maha Mengetahui sedang kita wajiblah mensyukuri.

Allah mengetahui apa yang terbaik untukmu, walau apa jua yang berlaku ke atasmu ♥





walaupun saya sentiasa berdebar2 sebelum xm.. tapi 


pasrah selepas xm itu wajib dan serahkan segalanya 


kepada Allah.. insyaAllah.. He Knows Best!!! jangan


 ada yang bersedih hati ye.. 


Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.

Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq:“Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.

Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.”(Surah Ar-Rum ayat 47)



santapan hati yg nk pulun surgery plak.. ganbatte utk semua 6th year IUMP!!!

Friday, July 6, 2012

Hati yang gersang,
Sukar untuk memberi kasih,
Payah untuk memahami dan menyelami,
Jauh untuk menghargai dan merai...


memang gersang habis hati nak baca internal medicine.. 
semoga Allah bantu permudahkan semuanya.. T_T
doakan kami 6th year lulus cemerlang! 


La Haula wala Quwwata Illa Billah..


La Haula Wala Quwwata Illa Billah.. "There is no power and strength except with Allah Subhanahu wa Ta'ala “
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)


sangat xsabar nk habes kan exam dan fokus pada ramadhan terakhir di mesir dan terbaiknya ramadhan tanpa exam.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah utk peluang terakhir dgn ramadhan di mesir  yg tenang dengan masa.. 




Friday, June 29, 2012

di saat STRESS!




Saat mata kita terlalu berat untuk menatap, dan kaki kita mulai lelah untuk berjalan, bahkan otak kita tak sanggup lagi berfikir..

Maka "TAWAKAL" lah satu-satu nya yang bisa kita lakukan.. :)




"... put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)". 
[EMQ - Al Imran -  3:159]



 Allah (SWT) said,
"Say: "Nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us. He is our Maula (Lord, Helper and Protector)." And in Allah let the believers put their trust". 
[EMQ - At-Tawbah - 9:51]



Allah (SWT) tells us,
"But if they turn away, say (O Muhammad SAW): "Allah is sufficient for me. La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), in Him I put my trust and He is the Lord of the Mighty Throne". 
[ EMQ - At-Tawbah -  9:129]




"Verily! Allah will not change the good condition of a people as long as they do not change their state of goodness themselves". 
[EMQ - Ar-Raa’d  - 13:11]



Whatever the situation maybe we must do our part, but leave the results to in the Hands of Allah, in fact the concept of Tawakkal is based upon five pillars:
1. To know Allah, that He is the one that decrees all matters and He does as He pleases.
2. To know, for every problem has a solution and we must follow the divine methodology i.e. the prophetic example.
3. To remain firm at all situations and depend completely on Allah (SWT) to bring about change.
4. To have complete tranquillity in the heart when having Tawakkul in Allah, because Allah (SWT) never betrays.
5. To trust Allah (SWT) willingly and without force, just like the child has trust in his parents for all his needs.



By having this Tawakkul in Allah, it will develop courage, bravery, peace and contentment to our hearts at times of need. Allah (SWT) helps whom He wills, so we must ask Him often, and trust in Him alone.






dengan mengingati Allah.. hati2 akan menjadi tenang.. :))
Alhamdulillah. jom teruskan usaha!

Monday, June 25, 2012

Diam itu lebih baik

sebenarnya esk xm vascular surgery.. walaupun dah abes baca tp bila jawab soalan.. hancus! lgpn lain betul dgn apa yg diajar dgn soklannya.. kne pulun jgk soklan2 tu sampai habis iA.. tp sy bermasalah besar bila  je buat salah sampai ke tua la kot rasa sangat2 bersalah. tetiba masuk pasal ni kn?? sbbnye nk relate kt post yg bawah ni.. hihi.. al kisah terasa beberapa bulan lepas mulut ni agak lepas.. kata2 agak pedas.. walaupun byk lg tahan tp sbnrnya ada beberapa perkara terlepas jua.. T_T dan sampai ke harini teringat2 wpun dh mintak maaf.. dalam hati.. " Ya Allah.. menyesalnye aku cakap mcm tu.. " jadi dengan rendah hatinya ingin mengingatkan diri yg kerdil dan hina disisi Allah ini supaya lepas ni jaga mulut, jaga hati, simpanlah semua api kemarahanmu dan sembunyikanlah.. byk steps nk tangani marah dan tidak puas hati.. semoga Allah ampunkan dosa2ku.. dan sesiapa yg pernah la rasa dan terasa sengaja atau tidak mintak aammpuuun sesngt.. sbb sy sampai hrni ingat je semua yg berlaku.. sobs.. menyesal ketidaksudahan.. akhirnya membawa padah pada diri sndiri.. tp xpe.. yg sudah, sudahlah.. ampunkan saya ye.. :)))) doakan saya xm! jom muhasabah sblm xm jap jee.. T_T




Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Mutafaq 'alaih)


Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . "

Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan
kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada
semua perkara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik.
"

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.



Tuesday, June 19, 2012

perbetulkan niat belajar





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
Hadis pertama dalam hadis 40 ini saya bawakan untuk mengisi jiwa dan memperingatkan diri yang kini sedang 'berperang dgn buku'.. haaaaaa byknye nak baca.. T_T rasa nak menangis, nak muntah, malas, bosan, xde mood sume ada.. tapi sebenarnya bila kita jelas dengan objective, misi dan visi sbg seorang pelajar perubatan muslimah dan muslim, mukminah dan mukmin.. mesti kita dapat tangani semua nafsu yang buruk ini.. 
Hadis pertama ini mengupas peri pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. ‘compass setting’ semula niat kita. Untuk apa kita belajar? Untuk apa diri ini berpenat lelah menghadiri kelas pagi dan petang? Untuk apa diri ini menghabiskan masa berperang dgn buku siang dan malam?  Untuk apa? Dan untuk siapa? Adakah hanya kerana kita nak dapat keputusan cemerlang? Menjadi kebanggaan keluarga? Menjadi kebanggaan sponsor? Menjadi kebanggaan dalam kalangan rakan-rakan? Atau kita punya matlamat yang lebih besar?
Belajar adalah ibadah.
Setiap apa yang kita lakukan jika disertakan niat keranaNya semata-mata, insya’Allah akan diganjarkan pahala di sisiNya. Harus ada niat belajar demi mencari keredaanNya. Belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam. . Bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata.
Sebagai seorang individu yang ditarbiyah dengan nikmat iman dan islam harus punya impian yang lebih besar dan luas. Impian untuk mengembalikan kegemilangan islam ke muka bumi. Impian untuk menyeru manusia supaya kembali semula ke jalan hidup yang sebenar.  Perlu belajar bersungguh-sungguh kerana kita punya satu visi yang harus dilaksanakan. Memperoleh keputusan cemerlang sebagai satu wadah menjadi ‘seseorang’ untuk menyampaikan kebenaran dan menyentuh jiwa-jiwa mereka di luar sana. Insya’Allah~



Ayuh perbaharui niat. Belajar kerana Allah. Moga pengembaraan menimba ilmu ini sentiasa dalam keredhaanNya.. ^_^
semoga Allah mempermudahkan semua urusan 6th year batch 06/12 ini dan semuanya dapat grad dengan cemerlang! Allahumma ameeen..

Saturday, June 16, 2012

Sangkaan Allah...sangkaan kita..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."

Janji Allah pada hambaNya…pohonlah padaNya..pasti akan dikabulkan…Sebagaimana sangkaan kita padaNya…begitulah Dia akan membenarkan sangkaan kita padaNya…Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari” - Riwayat al-Bukhari.


Sangka kita..doa kita baik belaka…apa yang diminta itulah yang sebaiknya…Ada di antara doa yang Allah makbulkan sekelip mata…hingga terasa bagai di syurga…Ada juga yang terus dan terus berdoa..tidak putus pengharapannya…namun masih belum ada tanda pengabulan doanya..Ternyata rezeki manusia berbeza-beza…Allah menduga hanya mereka yang mampu menanggungnya..


Di sinilah letaknya peranannya ‘sangka-sangka’…yang dengannya mampu mengubah cara kita melihat dunia dan anugerah Yang Esa...Sangkaan kita..bila dipinta anugerah harta dan kesenangan..pasti dikurniakan Allah dengan emas dan wang berjuta…Dalam kejahilan menafsirkan nilai harta dan kesenangan..terlupa kita seketika…..harta dan kesenangan itu bukan hanya satu sifat dan bentuknya..Kesihatan, kebahagiaan, kasih sayang, dan ketenangan juga harta yang tidak ternilai harganya.. Ingin tahu nilainya kesihatan…tanyalah kepada yang menderita kesakitan…pasti tidak mampu diletakkan tanda harga untuk anugerah itu…Jika ingin tahu harganya kasih sayang…tanyalah pada yang terbiar sendirian..pasti tidak akan mampu juga mereka menafsirkan nilainya anugerah bahagia kurniaan Yang Esa…


Tidak kurang yang meminta anugerah cinta…Fitrah kita sebagai manusia..Ingin menyayangi,,dan ingin disayangi… Setiap Adam memerlukan isteri penyejuk mata..Hawa pula menamba suami penawar hati belahan jiwa..Itu fitrahnya..sebagaimana tertulis dalam takdir Adam dan Hawa….
Dalam doa manusia memohon..tidak sedikit Allah perkenankan....ada juga yang dibiarkanNya terus memohon dan memohon…Bukankah itu juga ujian keimanan?


Sangka kita cinta manusia penentu segala..dengan cinta akan ditemui bahagia..itu jua yang didambakan jiwa…Dalam keghairahan mencari cinta..terlupa kita seketika…cinta itu banyak bentuknya…Yang dipohon cuma cinta manusia yang pasti ada pasang surutnya..yang mungkin dianugerah cinta Yang Esa yang sudah pasti tidak ternilai harganya…Terlalu menyintai Dia pada sang hamba…hingga tidak diizinkan cinta itu dikongsi bersama manusia..Terlalu asyik percintaan sang hamba dengan Yang Esa..hingga cemburu Yang Kuasa jika ada manusia yang ingin mendampinginya...Alangkah indahnya...


Cinta ibubapa juga cinta…cinta itu juga tiada nilainya..Demi cinta si ibu sanggup bergadai nyawa...Wajarlah dikakinya kuncinya syurga..Melaluinya Allah kurniakan keredhaan..yang dengannya dijanjikan bahagia..jika tidak di dunia, pasti nanti akan ketemu jua janjinya Yang Esa..di alam yang pastinya tiada penghujungnya...Ternyata tiada manusia yang dibiarkan tanpa cinta…sama ada cinta manusia..atau cinta Yang Esa…Doa manusia terkabul pada hakikatnya...Cuma kita yang tidak mampu menanggapinya…


Dengan sangka kita kan bahagia…dengan sangka juga kita kan derita..Soalnya sangka yang mana pilihan kita..terserah kita menentukannya…tepuk dada..usah ditanya pada selera… tepuklah hati..pada iman kita bertanya…Moga di situ ada jawabnya...


Wallahua’lam..

Thursday, June 7, 2012

ketawa yang akhir


Keyakinan kepada Hari Akhirat sangat penting ketika hidup di dunia. Itulah prinsip yang menjadikan manusia mampu melaksanakan kebaikan walaupun sekiranya tidak mendapat penghargaan atau ganjaran. Dan itulah juga penghalang untuk tidak melakukan kejahatan sekalipun terlepas daripada undang-undang dan pemerhatian orang. Justeru, dunia tidak adil. Acapkali orang baik ditindas dan dizalimi. Manakala orang jahat pula yang disanjung dan dipuja.
Apakah kerana dunia tidak adil kita akan berhenti melakukan kebaikan? Tidak. Orang beriman akan terus membuat kebaikan kerana yakin adanya Hari Ahirat. Di sana setiap kebaikan pasti mendapat balasan. Apa yang lebih diharapkan adalah ganjaran akhirat bukan keuntungan dunia. Hidup di dunia adalah  untuk ‘menanam’ pohon kebaikan sebanyak-banyaknya. Insya-Allah di akhirat nanti akan dituai hasilnya. Mereka yakin, “one who laughs last, laugh best – yang ketawa terakhir ialah ketawa yang terbaik!
Orang beriman celik mata hati. Syurga, pahala, keredhaan Allah dan pengampunanNya jelas tertera di ruang hati. Mereka rela rugi, dicaci dan menderita di dunia yang sementara demi mendapat ganjaran, pujian dan kesenangan di akhirat yang abadi. Dunia ini dirasakan ladang tempat bercucuk tanam. Justeru, mereka adalah orang yang paling sibuk berkerja di dunia. Mereka sentiasa aktif dan produktif. Ya, kecintaan kepada syurga tidak bermakna meminggirkan dunia! 
Hati orang beriman dapat melihat dengan jelas dunia yang dekat dan akhirat yang jauh. Yang dekat (dunia) dimanfaatkan semaksimumnya demi keuntungan pada yang jauh (akhirat). Hati mereka tidak rabun dekat dan juga tidak rabun jauh. Hubungan kesalingan antara keduanya dapat dilihat dengan jelas dan tepat. Menerusi pandangan mata hati, mereka memburu dunia dengan sebanyak-banyaknya… Namun bukan untuk diletakkan di dalam hati. Sebaliknya, hanya diletakkan di tangan agar mudah diagih-agihkan.
RABUN JAUH
Sebahagian besar manusia, rabun jauh… hanya nampak kehidupan dunia. Akhirat seolah-olah tidak ada. Memburu kenikmatan dan kesenangan dunia tanpa memikirkan soal halal dan haram. Menipu, rasuah dan mengambil hak orang lain dengan penuh kelicikan dan tipu daya. Undang-undang dan peraturan dunia dimanupulasi dan dieksploitasi dengan bijaknya. Mengumpul harta sebanyak-banyaknya seolah-olah ingin hidup selama-lamanya di dunia.
Mereka lupa bahawa memburu dunia dengan melupakan akhirat hanya meninggikan tempat jatuh. Semakin banyak kuantiti harta yang mereka dapat, semakin banyak banyak kualiti jiwa yang mereka hilang. Ketamakan, kerakusan, kekejaman dan kepura-puraan akan melanda hidup mereka. Mereka akan ‘diburu’ oleh apa yang mereka buru. Harta adalah hamba yang paling baik tetapi tuan yang sangat kejam!
Maksudnya, selagi dunia dijadikan alat untuk mencapai matlamat (membuat kebaikan sebanyak-banyaknya), maka selagi itulah ia akan memberi manfaat. Sebaliknya, jika dunia sudah dijadikan matlamat… ia akan menipu dan menghancur pemburunya. Firman Allah: “Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (3:185) Menikmati kesenangan dunia tanpa mencintai akhirat umpama minum air laut… Semakin diminum akan semakin haus. Manusia hakikatnya bukan warga dunia, manusia adalah warga akhirat. Kata hukama:”Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat.”
Dunia adalah alat, akhirat itulah matlamat. Tetapi manusia yang punya hati yang ‘rabun jauh’ hanya dapat melihat yang dekat dan singkat. Alangkah ruginya apabila umpan (dunia) lebih dipentingkan daripada ikannya (akhirat). Alangkah bodohnya membuat pondok di atas jembatan sedangkan villa di seberang sungai lebih cantik dan agam?
Golongan rabun akhirat ini sangat berkira dan banyak alasan  untuk tidak membuat kebaikan. Jika tidak mendapat ganjaran dan pujian mereka akan berhenti memberi. Mereka memberi hanya untuk menerima lebih banyak. Tidak ada istilah budi dan pahala lagi. Hanya ada laba dan dosa. Pantang ada peluang dan kesempatan, mereka akan melakukan kejahatan untuk mendapat keseronokan dan keuntungan. Mulut mengatakan akhirat itu ada… tetapi di hati, akhirat itu telah mati.
RABUN DEKAT
Ada pula golongan manusia yang punya hati rabun dekat. Mereka tidak mampu melihat dunia ini sebagai kebun akhirat. Dunia ini dirasakan bangkai yang busuk dan menjijikan. Lalu mereka menjauh dan membenci dunia. Kononnya hati mereka di akhirat tetapi terlupa bahawa kakinya masih menjejak dunia. Mereka ingin menyeberang tanpa jembatan, memburu matlamat tanpa alat… ingin memancing ikan tanpa umpan!
Mana mungkin kita memberi tanpa memiliki? Mana mungkin kita memiliki tanpa mencari? Mencari, memiliki dan memberi adalah tiga langkah yang perlu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Orang beriman mesti mencari dunia… kemudian memilikinya dan akhirnya memberinya. Malangnya, golongan ‘rabun dekat’ ini menghindari dunia dan membencinya… lalu apakah yang hendak mereka berikan?
Jika tidak ada harta, mana mungkin ada pahala sedekah dan zakat? Jika tidak ada senjata, mana mungkin ada perjuangan dan jihad? Tanpa harta Sayidina Abu Bakar ra, Bilal akan terus menjadi hamba. Tanpa infak harta oleh Sayidina Utman ra, kaum Ansar dan Mujahirin tidak akan ada sumber air di Negara Islam Madinah. Justeru, jadilah tangan yang di atas… dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik… dengan  mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!

artikel ni memberi kesan yg sangat mendalam!jom muhasabah T_T