رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Tuesday, June 19, 2012

perbetulkan niat belajar





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
Hadis pertama dalam hadis 40 ini saya bawakan untuk mengisi jiwa dan memperingatkan diri yang kini sedang 'berperang dgn buku'.. haaaaaa byknye nak baca.. T_T rasa nak menangis, nak muntah, malas, bosan, xde mood sume ada.. tapi sebenarnya bila kita jelas dengan objective, misi dan visi sbg seorang pelajar perubatan muslimah dan muslim, mukminah dan mukmin.. mesti kita dapat tangani semua nafsu yang buruk ini.. 
Hadis pertama ini mengupas peri pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. ‘compass setting’ semula niat kita. Untuk apa kita belajar? Untuk apa diri ini berpenat lelah menghadiri kelas pagi dan petang? Untuk apa diri ini menghabiskan masa berperang dgn buku siang dan malam?  Untuk apa? Dan untuk siapa? Adakah hanya kerana kita nak dapat keputusan cemerlang? Menjadi kebanggaan keluarga? Menjadi kebanggaan sponsor? Menjadi kebanggaan dalam kalangan rakan-rakan? Atau kita punya matlamat yang lebih besar?
Belajar adalah ibadah.
Setiap apa yang kita lakukan jika disertakan niat keranaNya semata-mata, insya’Allah akan diganjarkan pahala di sisiNya. Harus ada niat belajar demi mencari keredaanNya. Belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam. . Bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata.
Sebagai seorang individu yang ditarbiyah dengan nikmat iman dan islam harus punya impian yang lebih besar dan luas. Impian untuk mengembalikan kegemilangan islam ke muka bumi. Impian untuk menyeru manusia supaya kembali semula ke jalan hidup yang sebenar.  Perlu belajar bersungguh-sungguh kerana kita punya satu visi yang harus dilaksanakan. Memperoleh keputusan cemerlang sebagai satu wadah menjadi ‘seseorang’ untuk menyampaikan kebenaran dan menyentuh jiwa-jiwa mereka di luar sana. Insya’Allah~



Ayuh perbaharui niat. Belajar kerana Allah. Moga pengembaraan menimba ilmu ini sentiasa dalam keredhaanNya.. ^_^
semoga Allah mempermudahkan semua urusan 6th year batch 06/12 ini dan semuanya dapat grad dengan cemerlang! Allahumma ameeen..