Alhamdulillah hari ni berakhir xm paling horror sepanjang 6 thn xm di alex u.. rasa jantung bagai nak pecah bila pikir. makan xselera , tido xlena.. nasib baik mandi basah tp lps tu cpt je panas blk..hehe..(summer kot) Alhamdulillah ala kulli haal semua nya tamat walaupun satu2 kesalahan xm dtg blk dalam fikiran. adoi.. tu salah. ni salah..
and xm kali ni sangat2 mengajar diri sdiri tentang rasa kebergantungan 100% kat Allah.. bila hati xtenang dan gelisah mengadu sungguh2 kat Allah.. subhanallah ketenangan kembali dan cycle tu berulang2 tenang dan xtenang.. sbb kalo ikutkan kudrat diri sndiri study 24 jam pn memang xkan mampu kecuali dgn belas kasihan Allah.. dan semuanya adalah rezki dari Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. walaupun dlm hati risau. kita buang semua rasa risau ni dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah.... yakin dgn doa yg dipanjatkan setiap hari kepadaNya iA.. YAKIN! dah itu usaha paling mampu dilakukan.. smeoga Allah kira penat lelah kita sebagai salah satu pahala sbg bekalan ke sana..
skrg masa untuk pulun surgery.. insyaAllah xm terakhir sebagai student degree.. Allahumma ameen..
♥ Bahagia dan derita adalah satu pilihan.. Merasa bahagia tatkala kekuatan redha terhadap semua ujian ALLAH itu di kemuncak yang tinggi.
Saat itu kita mampu menjadi sebagaimana sahabat Rasulullah yang menunggu -nunggu kedatangan ujian. Namun saat tidak diuji, jiwa merasa bimbang kerana tiadanya ujian bermakna seolah tiada ingatan ALLAH pada kita..
Apapun, ingatlah bahawa ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA , setiap ujian yang ditimpakan kepada kita adalah ujian yang mampu kita lalui.. Allah Maha Mengetahui sedang kita wajiblah mensyukuri.
Allah mengetahui apa yang terbaik untukmu, walau apa jua yang berlaku ke atasmu ♥
walaupun saya sentiasa berdebar2 sebelum xm.. tapi
pasrah selepas xm itu wajib dan serahkan segalanya
kepada Allah.. insyaAllah.. He Knows Best!!! jangan
ada yang bersedih hati ye..
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.
Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.
Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq:“Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.
Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.
Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).
Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.
Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).
Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.
Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.
Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.
Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.”(Surah Ar-Rum ayat 47)
santapan hati yg nk pulun surgery plak.. ganbatte utk semua 6th year IUMP!!!