رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, April 10, 2009

Fastabiqul khairaaat

ape itu fastabiqul khairaat??
maknanya berlumba-lumba ke arah kebaikan..

inilah realiti sebenar situasi yang saya perhatikan semenjak dua menjak di aleXandria ni. semua orang sibuk dengan kebaikan masing2.. alhamdulillah wasyukurillah kerana Allah kurniakan hati yang baik, jiwa yang ikhlas, badan yang sihat, kerajinan yang mantap, emosi yang stabil. semua nikmat kurniaan Allah ni sangat berharga di saat masing-masing berkejar-kejar ke arah suatu perkerjaan yang bermanfaat!!

skrg semua orang sibuk, terutamanya para pemimpin university. dapat saya rasakan betapa tinggi keazaman mereka demi ahli-ahli perubatan iskandariah supaya semua ahli mendapat segala yang terbaik hasil dari amanah yang mereka pegang. masing-masing sanggup mengorbankan masa untuk diri sndiri, tenaga dan wang demi org lain. semoga keikhlasan hati dan pahala dari Allah sentiasa bersama rakan seperjuangan yang sentiasa cuba untuk mengubah sesuatu ke arah yang lebi baik.. Allahumma amiiin.. syabas diucapkan!!

selain aktivit2 perubatan, banyak saya perhatikan ramai berlumba-lumba ke arah kebaikan dgn byk berziarah orang, bersedekah, sentiasa tingkatkan amalan dengan qiyamullail,zikir, berkata-kata perkara yang baik, salamatussodri(berlapang dada), study dengan rajinnye, membuat assingments dgn bersungguh2, study group dan banyak lagi... semua orang seolah-olah berlumba mendapatkan pahala dari Allah. kagum sungguh dgn kesungguhan sahabat2 di sini, semoga Allah thabatkan kita pada jalan yang lurus dan benar selamanya tanpa dibolak-balikkan hati.Allahumma amiin. semoga saya juga mampu menjadi sebaik mereka ataulebih baik.. Amiiin..


skrg ni agak busy, dan saya selesa gak la mcm ni sebab masa lapang adalah pembunuh no 1 syabab! dengan busynya hidup dengan aktiviti2 seharian, fikiran kita tidak banyak berfikir pada perkara-perkara yang kurang penting!!rasa cm xcukup masa je.. ini salah satu tanda-tanda kiamat kecil bahawa masa itu berlalu dgn pantas!! ish.. takotla pulak kan.. seringkali diri ni terpikir mcm mn kalau tiba-tiba kiamat berlaku?? bagaimanakah keadaan saya masa tu?? tp kiamat rs jauh sikit, kalau mati?? hmm bersediakah saya menghadapi kematian?

sudah cukupkah amalan??
sudah diampunkah dosa oleh Allah dan bertaubat pada ALLah?
sudah dimaafkankah kesalahan pada manusia??
sudah tertunaikah hak-hak Alah dan manusia??
sudahkah kita bersedia sbnrnye???
wallahualam.. tepuk dada tanye iman.. Allah sahaja Maha Pengetahui segala perkara yang nyta dan tersembunyi.

semakin lama rasa makin bz, bz saya xleh lawan bz pemimpin2 di alex. rasa kagum sgt2 dgn smgt mrk!! tp tu dari luar kita nmpk, dari dlm siapa tahu dia sbb dia juga ada perasaan mcm kita. ingin mepunyai masa untuk diri sndiri, masa untuk study, masa untuk bersenang lenang. tp semua tu xmemungkin mereka berbuat demikian skrg. tmbh2 pasni dah nk xm lg!!! blok kali ni agak menarik. semakin lama makin rumit. ntah la, kalau ditanya saya susah ke study?? bg saya xde benda senang kat dunia ni. semua bnda yang kita study ni lg la.. ciptaan Allah Yang Maha Sempurna sifatnya. semuanya perlukan kerajinan untuk study kerana Allah.. sentiasa tajdid blk niat "ssghnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku bg Allah Taala"

hari ni insyaAllah ada kursus mentor sc yang menimbulkan byk konflik dalaman sesetgh org..hihi..hari jumaat satu-satunya cuti bg semua pelajar iskandariah. masa ni la nk kemas rmh, nk cover study, nak pergi kelas bhs arb, ada kelas hafal quran, ada kelas tafaquh ada nak g ziarah adik2 dan byk sgt2 lg aktiviti2 lain.semuanya diperuntukkan pada hari jumaat!!tp xpe insyaAllah aktiviti ni sgt bermanfaat supaya dapat memantapkan lagi sc2 kita, tmbhn pula semua ni hasil usaha UPI(unit pembangunan insan) sendiri supaya dapat melahirkan mentor2 yang boleh memberi kesan pd hati adik2.insyaAllah.byk lagi ni kena blaja!!! ganbatte!!

esk plak nk wat gubahan hantaran kahwin sempena MKKI (minggu kesenian dan kebudayaan islam). wah, pandai ke saya nak gubah ni??hihi we'll try our best. insyaAllah. harap2 boleh menang dan dapat hadiah!! ^_^

pastu nak join B.O.O.M (Blooming out of mediocrity)...tapi xdpt sbb htr brg last minit + dye lbhkn dak thn 1+2..hihihi. ada hikmahnye sgt2.. ALlah Maha Mengetahui.. Alhamdulillah.. ^_^ byk lg xcover study, tmbh2 dgn asgnments dan presentations yang bertimbun dengan xm jauh xlama dari B.O.O.M. sy rasa byk manfaat yg sy boleh dpt. kalau org lain nk extra credit points, saya xterpikir pn pasal tu. saya teringin sngt nk jd seorg pemipin yang berkaliber, berfikir luar dari kotak, menguruskan masa dengan cemerlang, berfikiran terbuka dalam segala hal, membusykan diri demi manfaat org lain, sentiasa istiqamah, tidak malu bertempat especially bile bab kne mecapub keluar depan. kalau ramai seringkali jgk mengata org2 yang mncapub ni. tp, saya kagum dgn mereka sbb mereka berbeza dari sy!! (Ya Allah, buanglah perasaan malu ini untuk study dan berbuat kebaikan)

okla.. nk blk da.. skrg menulis kat rumah aznieda mmg memenatkan!!





mari-mari mengejar kebaikan dan menjadi lebih baik!!!

Hadis Abu Said r.a:

“Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya: Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”

Luruskan Hatiku Tuhan
Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku

Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat

Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatik

Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah

Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.





2 comments:

  1. aktif btol my pren ni..hee.
    loni meme musim kesenian islam ko?
    u ak bln lepas wat bulan kesenian islam..u kt medan pun wat bln lepas..

    denu wat pertandingan gubahan hantaran kawin ek?cni wat prtndgn islamic architecture..batch ak menang..hee..

    tp btol la..loni meme ore tgh bz ngn aktiviti2 yg berlumba ke arah kebaikan..lpas habis 1 progrm..da ad meeting tuk progrm len plak..pergi sana..pergi sini..ad yg x tido 1 malm..tp, rase bes n bhagia if we do it for Allah.n leh blajar tuk jd pmimpin gk...tambah2 bila kita wat sesuatu..bnda tu mndapat kesan yg bek kt orng len..
    (^_-)

    ReplyDelete
  2. erk.. bukan aku yang aktif tu.. orang lain yang aktif lg proktif. aku pengikut arus??? adei..

    sentiasa tajdid niat wat sumtim kerna Allah.. mmg akan lebih manis je sesuatu tu..insyaallah

    ReplyDelete

^___^