رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Thursday, April 2, 2009

buntu dgn masalah..

sebagai manusia biasa dimuka bumi ni.. rasanya tiada seorang pun terlepas dari sebarang masalah termasuklah saya. masalh yang kita semua alami mmg pelbagai.. dari sekecik2 benda sampailah kepada sebesar-besar perkara.. semuanya memerlukan kebijaksanaan menyelesaikan masalah masing-masing.tapi bukan kebijaksanaan pada cara berfikir sahaja, sensitiviti kita pada setiap benda disekeliling.. penyelesaiaan masalah dgn manusia ni paling memerlukan pengawalan emosi, kefahaman dan tolak ansur.. alhamdulilah rsnye sy xde mslh dgn sape2 dah skrg.. semua dah selesai.. sape2 rasa ade masalah dgn saya boleh jumpe terus kite selesaikan ye..

sementelah sudah masuknya semester ke 6.. minggu-minggu bulan madu semakin beransur pergi setelah tamatnya xm final hari tu.. masa semakin mengejar kehidupan saya rupanya... masa menuntut supaya saya lebih tekun dan menghargainya.. haa.. kena bersungguh-sungguh belaja.. bersungguh2 buat semua assignments!!! nanti dapat blk msia dgn sng hati.. insysaAllah. tp disamping bz dgn pelbagai aktiviti pembelajaran, aktiviti luar, program-program perubatan dsb.. kita xboleh sengaja lalai dari mengingati Allah.. nanti Allah juga akan lupakan kita.. sape yang rugi?? kita jugak..

bila pikir pasal apa-apa masalah pun.. saya suka mengadu kat org2 yang saya rapat, sayang, selalu ambil berat dan sebagainya... saya suka kongsi segala-galanya dgn org yang saya percayai.. kdg2 tu saje nak manja2 even mslh tu xde pape pn pd saya sbnrnye..hihihi.. bila kita bersedia membuka segala rahsia hati kat seseorang, berkongsi segala masalah yang menimpa diri.. tu symbol kasih sayang, cinta dan kepercayaan pada seseorang kn?? sbb xmudah untuk menceritakan segala-galanya pada orang yang tidak kita kenali hati budinya..

namun sejauh mana pengaduan kita pada manusia melebihi pengaduan kita pada Allah dalam setiap doa dan sujud kita sbnrnye?? tepuk dada tnye iman... kurangnya kita mengadu, merintih, meminta-minta pada Allah sebagai petanda masih kurangnya keakraban, kasih dan cinta pada Allah tu sendiri.Allah setiap masa bersedia mendengar segala rintihan kita.. bila susah, senang, sedih, dan segala masalah kita akan Dia dgr dan setiap doa kita akan Dia makbulkan.. mungkin Dia akan makbulkan segala doa kita dgn pantas, itu menunjukkan kasih sayangNya pada kita. namun kalaupun doa kita masih belum dimakbulkan itu tandanya Dia ingin menguji sejauh mana kita mampu sabar atas segala ujianNya.. itu juga tanda rahmat dan kasih syg Allah sbb org2 yang bersabar, akan Allah tinggikan darjatnya disisi Allah.. dan seandainyalah Allah langsung xmakbulkan doa kita, itu tandanya Dia sedang rancangkan yang terbaik utk kita!!! Allah kn Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dia sentasa rancangkan segala yang terbaik untuk kiita... insyaAllah.. berdoalah.. merintihlah.. mintalah segala-galanya dalam doa dan sujudmu disepertiga malam... ssghnya Dia Maha Mendengar..

bila dah berkongsi masalah.. so akan difikirkan penyelesaiannya.. perkongsian pendapat, pandangan dan pengalaman mmg boleh dijadikan pendorong, penguat semangat, kdg2 menyelesaikan masalah tu sndiri.. kesediaan seseorang membantu kita mengukuhkan lagi hubungan sesama kita. kita akan rasa dihargai, disayangi sbb ade org ambil berat.. take care psl kita kn?? segala pengalaman boleh dijadikan pengajaran di masa akan datang dan perkongsian pendapat boleh dijadikan sebagai petunjuk bg setiap perjalanan liku-liku kehidupan.

namun, sedarkah kita berapa kali je kita merujuk pada Al-quran dan as-sunnah dalm setiap permasalah kita. berapa kali kita bertadabbur ayat-ayat suci Allah yang sarat dgn pelbagai kisah yang boleh dijadikan pengajaran, dijadikan iktibar atas setiap tingkah laku kita dibumi ni.. dan dalam al-quran yang suci itu jugak.. ade berapa byk peringatan-peringatan.. kalau kita menghayati.. merenungi dan mengamalkan setiap apa yang terkandung dalam ayat-ayat Allah.. nescaya.. tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan.. dan mungkin masalah itu langsung kita tidak perasan dek dikurniakan kelapangan hati, ketenangan jiwa dan kelangsungan perasaan.. bahagianya..

bahagia itu bukan terletak pada byknya harta.. tingginya result xm.. ramainya org sayang dan sebagainya.. tapi kebahagiaan itu adalah apabila kita memperoleh ketenangan hati bersama keberkatan hidup dan keredhaan ilahi.. subhanallah..

renungilah.. dimanakah Allah dihati kita?? bagaiamana hubungan kita dgn Allah.. rapat kah atau jauh sejauh-jauhnya??? ingatlah Dia disaat dirimu senang, susah, gembira, penuh masalah dan segala-gala jenis perasaan pun.. nescaya DIA akan lebih menginngati kita dalam keadaan yang jauh lbh baik.. insyaAllah..

Semoga jalan keluar terbuka,
Semoga kita mampu mengubati jiwa kita dengan doa.
Janganlah engkau berputus asa manakala
kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah
ketika telah terbentur pada putus asa."




"Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin."

No comments:

Post a Comment

^___^