رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Saturday, April 4, 2009

aku jatuh cinta???

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa kita jatuh cinta, sayang dan rindu pada seseorang?? Oh.. ini kerana dah takdir Allah yang menimbulkan suatu perasaan fitrah dalam jiwa setiap hambaNya. Tiada suatu perasaan pun akan hadir tanpa kehendak dan keizinan Allah. Hanya Allah yang berhak bukakan pintu hati kita untuk seseorang.. yela, dalam ramai2 kelompok manusia yang kita kenal.. pernah x tertanya kenapa dia yang aku Nampak?? Kenapa dia yang saya cinta?? Kenapa dia???hihi.. setiap adam dimuka bumi pasti akan memerlukan hawa sebagai penyeri hidupnya… cewah..

Pernah je saya terjumpa orang yang tak pernah jatuh cinta. Benda ni memang wujud. Dan ramai juga jatuh cinta, bercinta, dan akhirnya putus cinta. Semua ni memang suatu perjalanan hidup yang Allah telah rancangkan untuk kehidupan kita. Kalau kita bahagia, alhamdulillah Allah kurniakan nikmat kebahagian dalam hati yang tidak terhingga tu.. kne la byk2 mengucapkan syukur pada Allah. Mcm mn nk tunjukkan rasa bersyukur pada Allah?? Buatlah apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa Allah larang, byk mengucapkan Alhamdulillah, byk mengingati Allah setiap saat dan ketika dan byk lagi yang relate pada Allah la.. semua tu tanda bersyukurnya pada nikmat Allah.. kalau semua yg berlaku kite xsuke.. xberkenan kat hati.. wat hati luluh jek.. kne check blk ape hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.. pasti beribu hikmah tersembunyi.. percayalah..

Haa.. bila dah sayang semua benda pun nampak baik, nampak indah, nampak macam sempurna.. betul x?? Org kate, kentut busuk pun bau wangi.. kelakar jek.. hihi.. bila semuanya nampak indah, automatically kita senang hati, so kita sanggup lakukan apa-apa sahaja. Kalau xjumpe 1 hari, makan tak lalu.. mandi xbasah.. tido xlena..Setiap saat teringatkan si dia eh??? Kalau org kutuk si dia mesti kite yang naik hangin.. nak marah2.kadang2 ade org gado2 pasal makwe+pakwe masing-masing.. penah nmpk gelagat ni ms on da way blk umh dr asrama dlu2 .. tarik-tarik tudung sbb berebutkan seorang lelaki.. adei la…sepatutnya dah masuk zaman tamadun dan berteknologi tinggi ni.. masing-masing perlu bersikap rasional dan lebih professional..Wallahualam..

Bila dah cinta, kita pasti akan selalu ambil berat pasal dia, tanya kabar dia setiap sejam ke contohnya, pastu ada yang sanggup berkorban apa saje dari segi masa untuk sms, chat, even keluar dating dan calling, berhabis duit untuk beli hadiah, blanje makan dan sbgainya.dan Org2 berkasih sayang ni jugak pasti nak buat pasangan masing-masing gembira.. pakai biasa2 pun dia nak puji lawa, buat ape2 pun dia nk puji bagus.. puja semua pasal si dia.. mcm betul je pepatah mengatakan.. ‘cinta itu buta’. Kita ingin yang sempurna, yang terbaik.. kita ingin dia sayang kita sepenuh hati, so sanggup lakukan ape saja untk menangi hati si dia supaya kita dapat miliki dia, dapat kasih sayang dia, dapat cinta dia 100% untuk kita sahaja!!Xmo ada sayang2 org lain..xmo ade org ketiga.. kita nak bersama sepanjang masa.. seolah-olah.. biarlah kita bersama susah dan senang.. kita sentiasa ingatkan dia sampaikan gambar dia pun duk bawah bantal, dalam dompet, tertampal kat dinding, jadi wallpaper kt desktop dsb.. duk renung jek gmbr dia sepanjang ms ek???kita sanggup tunaikan setiap permintaan dia demi tuk jaga hati dia.. menatang bagai minyak yang penuh.. ish3.. hebat betul penangan cinta.. cinta oh.. cinta..

Haaa.. ni senario biasa pasangan bercinta kn?? Kadang-kadang kita bercinta hingga lupa dunia.. banyak jugak yang lupakan allah skali sehingga melakukan maksiat terus!!!astaghfirullahal azim.. semoga kita terlindung dari segala perkara dosa yang melalaikan.. amin..
Sebenarnya saya xbermaksud nak bercerita pasal cinta biasa.. tapi nak la cinta luar biasa!!! org kate..

Cintakan bunga,Bunga kan layu..
Cintakan manusia,Manusia kan pergi..
Cinta Allah..Yang kekal abadi...

Kalaulah semua konsep cinta yang saya cerita tadi disandarkan pada Allah semata-mata alangkah indahnya kan??? Yela.. selalu puji Allah dgn zikir pada allah sepanjang masa.. dapat gak pahala.. selalu luangkan masa dgn melalukan solat sunat, study, tolong org susah, ziarah, pergi kuliah agama, pergi kuliah medik,bercakap perkara-perkara baik, bersedekah.. amar ma'ruf nahi mungkar dan banyak lagi perkara-perkara rutin harian kita samada ibadah secara rasmi atau aktiviti harian yang diniatkan kerana Allah sebenarnya secara xlangsung kita dah luangkan masa untuk Allah!!dapat pahala lagi.. dengan mengingati Allah.. hati-hati jgk akan menjadi tenang.. indahnye ketenangan hati kan..

Bila kita dah sayang dan cinta Allah sepenuh hati.. pasti kita jugak sanggup berkorban mcm2.. sanggup korbankan duit untuk bersedekah.. sanggpu korbankan masa untuk wat benda-benda baik(benda-benda baik ni mcm2 blh wat).. sanggup bersusah-susah kerna Allah.. bila bersama Allah, nak aplikasi konsep susah senang bersama lg ma’ul sbnrnye.. yerla.. kalau senang, bersyukur dgn memuji Allah, ssh kita bykkan berdoa minta pertolongan Allah dan pasti Allah saja dapat membantu kita!! Berapa byk pun kita minta pertolongan manusia, mengadu pada manusia, tiada suatu keadaan pun akan berubah kalau itu mmg ape yang telah Allah takdirkan untuk kita!!! Jadi.. perbykkanlah minta pertolongan Allah. Tiada sesiapa dpt membantu kita selain Allah s.w.t

Kalau nak bercinta dgn Allah ni pun lg best sbnrnye.. kalau dgn manusia, kita perlu wat pelbagai perkara supaya dapat miliki hati dan kasih sayang dia 100%. Tp dgn Allah, mmg DIA dah sayang kita 100%. Cuma kita yang masih kurang sedar dan mengabaikan Allah dalam urusan seharian.. Allah ingat kita, perhatikan kita, mendengar segala keluh-kesah, sedih, gembira, susah dan senang kita.. ingat.. DIA sentiasa perhatikan kita dan setiap amalan kita sebesar biji zarah pun dicatat!!! Berdoalah semoga kita sentiasa berada dari kalangan gologan kanan yang bakal berbahagia di akhirat kelak dan mendapat syurga yang xternilai harganya.. nak dapat syurga yang mahal kena la byr dgn pahala yang mahal jugak.. alaa.. cam beli barang2 berjenama tu.. kn mahal harganya?? Smpikan ade yang sgp berpuasa. Biar papa asal bergaya.. same la jgk dgn syurga Allah yang tak ternilai harganya tu.. sangat mahal!!!

Org kate.. what u give.. u get back.. kalau sayang org tu.. pasti org tu pun sayang kita.. Dr. H.M Tuah ade kate dlu2 seingat saya la… kalau kita rindukan org tu.. ade aura dari kita akan smpi kat org yang kita rindu.. sama2 rindu la.. wallahualam.. tp btl kot, sbb s y rs ma sy selalu rindukan sy..selalu je miskol.. hihi.. so konsep ni xjauh dari Allah pun.. kalau betul kita sayang Allah, Allah akan lebih2 lg menyayangi kita.. Allah pandang kita.. Allah rindukan kita.. waaaa.. bygkan kalaula kita minat seseorang pemimpin la contohnya tok Guru Nik Aziz ke.. Dr. Mahathir ke... Artis idola ke mane2 pun.. kalau dia yang berpangkat jauh lebih tinggi dari kita tu ingat kita.. xrasa bangga ke??? Xrasa best sgt2 ke bila org yang kita sanjung pandang segala apa yang kita buat.. take care psl kita.. best btul!!! Kalau kita ingati Allah dalam kelompok yang kecil.. pasti dan semestinya Allah lebih mengingati kita dalam kelompok yang lebih besar dan lebih baik!! Subhanallah..seronoknye kalau betul2 terjadi.. biiznillah
So korang-korang.. sahabat-sahabat.. kawan-kawan.. saudara-saudara seagama islam dgn saya..yang saya sayang sangat2.. kembalikan ‘CINTA’.. kembalikan ‘ SAYANG’ kembalikan ‘RINDU’ pada yang berhak.. tiada seorang pun berhak pada cinta kita kecuali ALLAH dan rasulullah s.a.w. Kalau nak cintakan manusia, cintailah ibu bapamu.. ahli keluargamu. Suami dan isterimu.. anak-anakmu..

Nak jugak bercinta dgn berlainan jantina?? Baru sesuai dgn jiwa?? Bercintala selepas kahwin.. sbb bila bercinta sebelum khwin.. kita dah cuba wat segala yang terbaik untuk si dia kn?? So bila dah kahwin nanti tawar dah la... kalau lepas kahwin br nk bercinta.. masa tu mesti masing-masing cuba wat yang terbaik!!! So dapat la perkahwinan yang bahagia ke akhir hayat dgn keizinan dan kehendak allah.. insyaAllah.. hidup pun lebih berkat dan diredhai.. nanti dapat lahirkan zuriat nabi Muhammad s.a.w yang soleh dan solehah. insyaAllah.. bercintalah kerana itu fitrah.. tapi renungilah siapa yang berhak pada cinta kita.. Wallahualam..

Ku Tanpa Cintamu

Artist: mirwana
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

p/s: berkasih sayanglah kerana Allah, bercinta kerana Allah, merindui kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. bertemu tidak jemu, bertemu pasti tidak gelisah.. walau jauh dimata.. dihati tetap bersama.. waa rindu kat ma... nak kol ma daaa.. tata.. assalamualaikum wbt

1 comment:

  1. sukarnya nak mencintai Ilahi. selagi kita masih mementingkan diri sendiri lebih dari kepentingan agama... saya la tu. ish3
    hadirlah cinta dalam hati ini
    semoga cinta itu akan tumbuh mekar mewangi

    ReplyDelete

^___^