رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Wednesday, April 29, 2009

Mohon Kekuatan ya Allah..








Ya Allah.. disaat ini aku mengaku aku hanyalah seorang hamba yang sangat lemah, tidak berdaya, tidak mampu berbuata apa-apa selain semuanya atas izin dan kehendakMu..

kurniakan daku ketenangan hati, kemudahan urusan, kesihatan tubuh badan..

kurniakanlah kEjaYaaN Ya Allah...

xM.. xM.. ^_^
rabbuna yusahhilna... Amiiin

Monday, April 27, 2009

berhati-hatilah...

Untuk menjaga keteguhan dan kesucian iman dan makanan yg disantap seharian maka jauhkan diri dari memakan bahan2 yang tercemar.. diragui. syubhah.. even mmg diakui byk yang ade code2 ni semua mmg sngt best!!! tp kita perlu igt.. mencari yang halal itu lebih wajib dari mengenyangkan perut yg penuh bernafsu.. astaghfirullahal aziiim..

Sabda Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam:

"Sesungguhnya yang Halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata, dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran (syubhah), sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya.." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Firman Allah Taala :-

يآَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الاَرْضِ حَلاَلاً طَيِّبًا وَلاَ تَتَّبِعُوْا خُطُوَاتِ ﭐلشَّيْطَانِ اِنَّهُ, لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ

(سورة البقرة : ١٦٨)

Terjemahan:-
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Surah Al-Baqarah : ayat 168)

Berdasarkan maksud ayat di atas, perkataan طَيِّبًا ‘Thoiyyiban’ ini membawa maksud baik. Perkataan baik ini dengan kata lain bererti makanan tersebut mestilah yang baik, bermanfaat, berkhasiat serta berfaedah untuk dimakan. Makanan itu juga mestilah diperolehi daripada sumber yang asli yakni yang halal lagi suci serta diyakini kebersihannya.

si A: eh awk, ni ade E 471 xleh makan la... buang2..
si B: eh yerke?? baiklah.
si C : sahih ke benda ni xhalal?? dah check ke kat syarikat die?? ntah2 halal je..
Mengikut sumber dari halal and haram guide semasa abuyya di UK, buku panduan tersebut menyatakan ia bukanlah halal mutlak tetapi ia dikategorikan sebagai mushbooh (baca masybuh iaitu meragukan bergantung kepada sumbernya)

E-Number : E471
Name : Mono-and Diglycerides of Fatty Acids
Category : Emulsifiers and Stabilizers - salts or Esters of Fatty Acids
Halal Status Comments : Mushbooh, Halal if it is from plant fat, Haram if it is from pork fat.

ya.. betulla.. semua ade hak nak pertikaikan.. tapi melarikan diri dari yang syubhah lebih baik.. kcuali btl2 yakin...kena cuba sedaya upaya jgk.. wallahualam..


(BERITA PPIM)
EMEL PILIHAN MINGGU INI-HALAL KE HARAM
Posted by admin
Tuesday 19 February 2008 - 16:16:58

PPIM SERINGKALI DIHUJANI DENGAN EMEL DARIPADA PENGGUNA YANG MINTA KESAHIHAN EMEL ‘FORWARD’ BERKENAAN PRODUK DAN RESTORAN-RESTORAN DI MALAYSIA. BERIKUT ADALAH KOMEN DARIPADA JABATAN PENYELIDIKAN PPIM. DISIARKAN JUGA ARTIKEL DARIPADA DR. M. AMJAD KHAN YANG BERTAJUK Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed? (WHY E-CODES ARE DEVELOPED) untuk bacaan anda.

KOMEN PPIM
HALAL KE HARAM ?


Assalamualaikum wrt wbt, saudara-saudara dan sahabat-sahabat sekelian,
Di bawah ini, kami siarkan jawapan yang diperolehi daripada LAMAN WEB JAKIM mengenai status halal haram produk dan syarikat-syarikat yang terbabit. Mungkin senarai ini boleh menjadi panduan kasar untuk kita memilih samada untuk terus mengguna / menyokong atau memboikot syarikat-syarikat tersebut. Namun begitu, pada pendapat kami, tanggungjawab mencari yang halal itu adalah terletak ke atas bahu kita sendiri (wajib).

Bahkan kita patut sentiasa berwaspada terhadap apa-apa makanan atau minuman yang dihulurkan kepada kita termasuklah mengetahui apakah sebenarnya status ramuan yang dilabelkan di bawah Pelabelan Kod E.


Kita hendaklah sedar bahawa sebenarnya tujuan pihak kapitalis merancang Pelabelan Ramuan Makanan di bawah Sistem Kod pada sekitar tahun 1800 an adalah sebahagian utamanya untuk mengelirukan Pengguna - khasnya Pengguna Islam. (Sila rujuk kepada pendapat Dr. M Amjad Khan di dalam artikel beliau “Kenapa perkataan “Babi” tidak di label dan diganti dengan Kod E”). Apatah lagi terlalu banyak penambah makanan / komponen yang dikeluarkan dari hari ke hari, dengan pengunaan kaedah bercampur aduk yang sangat meragukan.


Hanya pihak pengeluar ramuan sahaja yang benar-benar mengetahui apakah komponen ramuan yang dicipta. Kita juga patut sedar bahawa 80% pihak kapitalis adalah orang kafir dan kebanyakan mereka merupakan manusia yang tamak dan haloba.

Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan untuk membalas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ialah
JANGAN membeli / memakan barang-barang yang meragukan. Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja. Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a Halal Hub”.

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan.
Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar luas melalui emel-emel anda.

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe


Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran


Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express


Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.

2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.
Bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

4. Café :
Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

5. Restoran Dome
dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Gerai-Gerai makan
Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM,
Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


8
. Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10.Berkenaan Mewarnakan rambut : dari segi hukum syarak terbagi kepada

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.
Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

Waallahua'lam

Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed? (WHY E-CODES ARE DEVELOPED)


Forwarding as received, read and shared with your students...

PIG FAT
By Dr. M. Amjad Khan

In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG.
There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, there are more than 42,000 Pig Farms.

PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal.


Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the FAT from these PIGS go?

All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.

About 60 years ago, these fats were burnt. Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of SOAPS and it worked.

Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while other manufacturing companies bought it.

In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. so, this ingredient was listed as PIG FAT.

Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.

Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the Sea. It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the exposure to sea.


Then, they got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to fight. Which eventually lead to the Civil War.

The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG FAT, they started writing ANIMAL FAT. All those living in Europe since 1970's know this fact. When the companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it was COW and SHEEP Fat.

Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again banned.

Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit from their exports to the MUSLIM WORLD.

Finally they decided to start a coding language
, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left in the dark. Thus, they started E-CODES. These E-INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to

TOOTH PASTE
, SHAVING CREAM CHEWING GUM, CHOCOLATE, SWEETS, BISCUITS, CORN FLAKES, TOFFEES, CANNED FOODS & FRUITS, SOME MEDICATIONS & MULTI-VITAMINS

Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscriminately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.


So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.

If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT.
Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game)

please check it by yourself HERE
+ Here

Dr.M.
Amjad Khan
Medical Research Institute
United States


::berHatI-HaTi jOm::

antara yang sy plg suka kat mesir..

ape best kat mesir nih ye??? selain kelebihan dia sebagai bumi anbiya' .. mesir kaya dgn buah2an.. kalau musim sejuk, ada strawberry, oren, jambu batu, anggur dsbnya. semua ni boleh didapati dgn harga yg murah.. dah nk msk musim panas ni pulak.. ada tembikai susu(honeydew), ada tembikai, ada epal, ada peach.. dan byk lg yg semestinya best2.. dahla manis dan murah.. oh.. kegilaan buah2an skrg.. ^_^. sangat suka honey dew!!!

Pelbagai Khasiat Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

BUAH SEMANGKA (WATERMELON)
- semangka mengandung vitamin C dan provitamin A.
- semangka dapat menjadi antialergi.
- semangka mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol.
b. mencegah dan menahan serangan jantung.

BUAH MELON (HONEYDEW)
- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanker dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolestrerol.

.


Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

BUAH MANGGA (MANGO)
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh saat demam.

BUAH STRAWBERRY (STRAWBERRY)
- stoberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- stobery mengandung antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.
- strawbery memiliki kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mengobati gangguan kesehatan pada kandung kemih.
b. menjadi anti virus
c. menjadi anti kanker

BUAH (APPLE)
- apel mengandung vitamin A, B dan C.
- aple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- apel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanker.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

BUAH ORANGE)
- jeruk mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- jeruk mengandung antikanker bagi tubuh.
- jeruk dapat mencegah dan mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. mengobati sariawan.
b. menurunkan resiko terkena kardiovaskuler, kanker, dan katarak.

BUAH PEAR / PIR (PEAR)
- pear mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesehatan.
- pear dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menurunkan demam / panas tubuh.
b. mengencerkan dan menhilangkan dahak pada batuk berdahak.

BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)
- jambu merah mengandung vitamin C yang sangat banyak.
- jambu merah mengandung zat antioxidan dan antikanker.
- jambu merah mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol darah
b. mengobati infeksi.
c. menjaga mengobati sariawan.
d. memperlancar peredaran darah.
e. melancarkan saluran pencernaan.
f. mencegah konstipasi.


eh.. study2!!!

Saturday, April 25, 2009

Zikir yang berhajatkan Fikir..


subhanallah.. alhamdulillah.. allahuakbar..


2814

“Abang, atap rumah kita sudah bocor. Dapur sudah masuk dua hari tak berasap” rungut si isteri.

“Abang tahu. Maafkan abang” balas sang suami. Riak wajahnya menampakkan kesal yang mendalam.

“Apa kita nak buat sekarang?” tanya si isteri lagi.

“Marilah berzikir, sayang. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…!” jawab si suami.

“Apa abang ni? Orang cakap betul-betul, dia main-main pula” marah si isteri.

Itu bukan jawapan yang diharapkannya. Ketika hati panas mengeluh tentang kemiskinan dan kesusahan hidup, sepatutnya seorang suami mendatangkan idea-idea yang boleh mengubah keadaan. Biarlah ada perancangan tentang menambah kerja, berniaga pasar malam atau apa sahaja.

Tapi bukannya wirid-wirid! Zikir-zikir!

“Bukankah di dalam al-Quran Allah sudah berjanji” si suami mempertahankan pendiriannya.

Mungkin dia merujuk kepada firman Allah:

13_28“…ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia” [al-Ra'd 13: 28]

“Yelah tu, bang! Nanti kalau anak kita menangis kelaparan, abang suap dia dengan biji tasbih ya!” sindir si isteri.

Si suami termenung. Cakap isterinya makin melalut. Dalam suasana begini, jangan dipanjang-panjangkan bahas dan debat. Nanti makin jauh tersasar dari jalan kebenaran.

Walaupun hatinya panas mendengar celoteh isteri, tetapi terdetik juga di fikiran. Tenangkah hati kalau semasa perut lapar dan rumah bocor, mulut berzikir dan bertasbih. Kalau semasa menerima bil demi bil pada hujung bulan, terhapuskah tekanan dengan zikrullah? Pahala tu pahala juga. Tetapi duit tetap nak kena cari.

Maha Suci Allah daripada sifat mungkir janji. Sudah diberitakan-Nya bahawa zikir itu mengundang tenang.

Subhanallah… tidak mungkin ayat itu menipu.

Maha Suci Allah daripada memberikan penyelesaian yang tidak praktikal.

Maha Suci Allah daripada menjadikan tubuh badan manusia berkehendakkan makanan, tetapi disuap-Nya dengan zikir semata-mata.

“Eh, sudah empat kali aku menyebut Subhanallah! Kalau Allah Subhanahu wa Taa’la itu Maha Suci daripada segala sifat tadi, tentu sahaja silapnya ada padaku. Aku yang patut mencari di mana kelemahan aku dalam merancang kehidupan” kata si suami.

“Alhamdulillah… tenang sikit rasa hati” monolognya sendirian.

Setelah perasaan, fikiran dan sangkaan yang negatif tentang kehidupan ini (tentang Allah barangkali) disembuhkan, barulah terbuka matanya untuk melihat satu demi satu nikmat yang hakikatnya masih banyak dan menanti untuk dimanfaatkan bagi memperbaiki kehidupan.

Masih sihat.

Masih bertangan dan berkaki.

Masih bermata dan bertelinga.

Masih punya banyak kurniaan yang diberikan Allah secara percuma untuk diguna.

Alhamdulillah!

Terpacul ungkapan yang memuji Allah. Bahawa kesusahan yang dialami bukan kerana zalimnya Allah ke atas diri, tetap sebagai peringatan ke atas diri yang sudah lama menzalimi diri sendiri, kerana tidak menggunakan sepenuhnya segala nikmat yang diberi.

2070

Alhamdulillah!

Syukur kepada Allah, dirinya tidak jadi sinikal seperti si isteri. Fikirannya dapat diluruskan dan Alhamdulillah beliau mendapat kekuatan untuk berfikir dan tidak berputus asa.

“Allahu Akbar! Allah tidak tipu. Aku sudah tenang. Ayat itu benar. Aku mesti mengajak isteriku sama. Dalam zikir mesti ada fikir. Baru tenang hati dan tenang minda,” kata si suami.

FORMULA DI SEBALIK WIRID

Benar… kisah di atas sepatutnya bukan kisah yang asing.

Ketika kaum Muhajirin mengadu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang kemiskinan mereka, reaksi baginda juga sama. Muhajirin mengadu bukanlah tentang kemiskinan yang menyeksa kehidupan, tetapi kemiskinan yang mengurangkan peluang amal. Kurang peluang bersedekah dan membantu sesama ikhwah.

hadithzikir-i

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa (di suatu hari) telah datang golongan fakir dari kelompok Muhajirin kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, lalu mereka berkata: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi dan baik terpuji. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: apa yang kalian maksudkan? Jawab mereka: Orang-orang kaya itu bersolat seperti kami bersolat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa. Mereka bersedekah tetapi kami tidak bersedekah kerana tidak punya harta. Mereka membebaskan hamba abdi, tetapi kami tidak mampu berbuat demikian…

Malah keletihan menguruskan rumahtangga dengan kerja-kerja yang kasar dan berat oleh Saidatina Fatimah radhiyallaahu ‘anha juga diberikan reaksi yang hampir sama oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

hadithzikir-ii

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Mahukah kamu sekiranya aku ajarkan kepada kamu satu amalan yang akan dapat menyamai orang-orang yang sebelum kamu dan dapat mengatasi orang-orang yang sebelum kamu? Tiada seorang pun yang lebih baik daripada kamu melainkan mereka yang melakukan amalan sebagaimana yang kamu lakukan itu?

Apakah yang bakal diajar oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sahabat?

Kaedah mengenal pasti peluang-peluang perniagaan?

Teknik pertanian terkini untuk memajukan hasil bumi Madinah?

Strategi pemasaran untuk meluaskan urus niaga mereka?

Tidak…

Apa yang diajar oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah lebih penting daripada itu semua. Kesemua yang disenaraikan di atas adalah perkara sekunder. Sedangkan apa yang lebih utama, membetulkan suasana dalaman akal, hati dan nafsu manusia.

hadithzikir-iiiBahkan, ajarkanlah kepada kami ya Rasulullah! Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Kamu bertasbih, kamu bertakbir dan kamu bertahmid setiap kali selesai mengerjakan solat dengan bilangan tiga puluh tiga kali

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahu Akbar…

33 kali setiap satu setiap kali selesai bersolat…

Kalimah-kalimah ini memang ringan di lisan dan berat di Mizan. Tetapi kehebatannya tidak terhenti pada soal pahala Akhirat yang menjadi ‘matawang’ kita di Sana. Ia juga mempunyai implikasi yang besar kepada diri manusia yang melaziminya pada kehidupannya di dunia.

Kalimah yang berkuasa tinggi.

Diucapkan dengan emosi.

Diulang 33 kali.

Mustahil ia sekadar soal pahala. Sebaliknya zikir itulah kunci untuk manusia miskin dan susah bangkit dari segala keadaan itu kepada kehidupan yang lebih baik. Cemerlang.

2197

SUBHANALLAH

Apa yang diSUBHANALLAHkan?

Maha Suci Allah daripada sifat ZALIM dan menzalimiku hingga hidupku susah begini.

Maha Suci Allah daripada sifat JAHIL hingga Allah tidak tahu tentang apa yang sedang aku alami.

Maha Suci Allah daripada sifat BUTA hingga tidak nampak penderitaan yang kutanggung ini.

Maha Suci Allah daripada sifat PEKAK hingga tidak mendengar keluhan dan doaku ini.

Maha Suci Allah daripada segala kekurangan. Dan Allah yang Maha Sempurna itu, tidak harus dinisbahkan kepada-Nya sebarang prasangka dan persepsi yang negatif.

Justeru jika kemiskinan ini menjadi suatu kecelakaan ke atas diriku, maka bukanlah kerana Allah mengurangkan pemberian-Nya, tetapi aku yang gagal memanfaatkan ‘modal percuma’ yang diberi. Aku yang menjadikan kemiskinan itu keburukan.

Jika kita berniaga dengan modal RM50 dan hasil jualan berjumlah RM70, ini bermakna kita untung RM20. Berapakah modal yang kita keluarkan untuk memiliki tangan, kaki, kepala, mata, telinga, otak, dan tubuh badan ini sebagai bahan untuk mencari laba kehidupan?

PERCUMA!

Semuanya diberikan oleh Allah dengan elok dan baik. Justeru pada saat aku merasakan bahawa aku tidak memiliki apa-apa, aku masih punya sebab yang besar untuk mengucap syukur atas keuntungan perniagaan hidup tanpa modal sendiri ini. Alhamdulillah…

ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah yang memberikan aku kehidupan untuk kuberjuang dalam kehambaan kepada-Mu.

Segala puji bagi Allah yang memberikan aku tubuh badan untuk tujuan itu.

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku akal hingga aku mampu berfikir sebagai penghulu kehidupan.

Segala puji bagi Allah yang rupa-rupanya mengujiku dengan kemiskinan agar terdesak untuk bermuhasabah, terdesak untuk mencari kembali pemberian-pemberian yang banyak dalam kehidupan, terdesak untuk mengubah cara hidup, terdesak untuk bangkit dan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik serta berjaya, di dalam SYUKUR.

Alhamdulillah.

Subhanallah telah meluruskan kepercayaanku, justeru datanglah makna yang besar tatkala aku mengucap Alhamdulillah. Benar-benar segala puji itu adalah untuk-Nya.

ALLAHU AKBAR

Tenang… kecamuk jiwa beroleh damai. Kekusutan fikiran mula terungkai membentang jalan. Janji Allah bahawa zikir kepada-Nya menganugerahkan rasa tenang, kini aku benar-benar tenang. Allahu Akbar!

Indahnya hidup berTuhan. Sentiasa ada sumber sandaran. Sandaran yang mencetuskan keyakinan. Keyakinan yang menyuntik kekuatan. Kekuatan yang menjadikan aku manusia miskin yang bangkit menuju kejayaan.

Allahu Akbar!

Maha Besar dan Maha Agungnya Dia, mengatasi segala-galanya.

Sesungguhnya ZIKIR hanya mendatangkan tenang, apabila ZIKIR datang dengan FIKIR.

FIKIR yang mendatangkan kejayaan, hanyalah FIKIR yang datang dengan ZIKIR.

Itulah kehebatan aku sebagai Mukmin. Manusia ajaib yang tidak pernah berperasaan buruk terhadap kehidupan, kerana baik sangkanya dia kepada Tuhan.

ajabanliamrilmukmin

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

Friday, April 24, 2009

Pertukaran Jam

haa.. sngatla blur bgun tido pagi ni. tersedar jam 3.42 pagi.. ayyark... sy blum solat isyak sbb tertido masa tgk cite hantu ngn ahli bait sblm isyak.. tertido xsmpi separuh masa pertama cerita lg.. bukn cite tu xtakot.. tp ntah la.. selalu tido tgk cite.. hihihi.. dahsyat jgk..dah siap solat.. saya pelik.. knape blm azan subuh?? hp lak sll duk update2.. cam pelik je kn?? rupa2nya ms sy bangun tu baru jam 2.42 waktu sblm ni.. ish3...terlupa pulak ada tukar jam.. dah sah lah skrg dah masuk musim panas ek?? makin panas la bumi mesir lepas ni..

pertukaran jam kat mesir.. dah berkurang sejam.. maknanya sekarang beza mesir-malaysia cuma 5 jam.. bkn 6 jam seperti biasa!!! okla.. rs mkin dekat dgn msia.. da nak blk da.. insyaAllah.. semua org pasti excited bila sebut psal nak blk malaysia.. yeay.. 3 months to go..



maaf la kwn2 sbb tertido dan merugikan space atas katil smlm.. badan xsihat sgt.. demam+CB.. semoga sakitku menjadi kifarah dosa buatku.. uhuk.. selalu je bila smpi je mesir mmg jadi gini.. syndrome tido ms tgk cite.. kat malaysia xdela pulak... kat malaysia kalau nak tgk cite pun xpe, byk masa terluang. tp bila kat mesir ni.. macam2 wajibat perlu disiapkan.. jadinya rasa membazir masa jgk kalau tgk crita kan? saya lg suka baca bahan2 kat tenet lebih dari tgk movie. rasa cam masa tu xmembazir sgt.. even berjam2..sekurang2nya ada input jgk even rohani atau pengetahuan semasa..tapi berjam2.. ish.. lagho jgk tu..tapi minat masing2... teruskan kalau rasa ia xmelalaikan sangat.. kne 'limit'kan sket main tenet ye tikAh..




Thursday, April 23, 2009

hormonal and emotional changes...

waaaa.. hormonal changes sgh menyedihkan.. tapi tadi dah kol ma.. penat kol xangkat2.. pastu kol kakna lame2 br dpt kol ma.. sejuk hati sket.. alhamdulillah.. semua kembali menjadi happy2.. ^_^

nasib baik perasaan xbes mcm ni xberlaku setiap bulan.. saya kena lawan semua perasaan ni!! jgn biarkan syaitan ambil peluang nk hasut sy jadi ikut perasaan.. kena bykkan bersbr.. as-sabr minal imaan..

sy berazam.. sy nak blaja sgh2.. dgr la semua.. saya akan dptkan blk result dlu2.. saya agk kecewa dgn result br2 ni.. semua sbb kurang jiddiyah.. sy akan usaha lebih lg.. doakan tikah.. kalau dlu boleh dpt result baik.. knp tidak skrg??even xleh la nk lawan yassir dpt 4.0... hihi.. buat sekadar yang termampu sahaja.. ye.. chaiyok2 atikah.. u can do it.. ^_- jangan biarkan sejarah berulang.. tidak.. nehii.. la'ah... tp semua tu rezeki dari Allah.. Alhamdulillah..

Allah DoeSn't reQuiRe Us tO bE tHe beSt
He juSt waNt Us tO do oUr beSt
aNd He wiLL taKe Care of The ReSt



..rabbuna yunajjah..
..rabbuna yuqowwik..
..rabbuna yusahil..

amiin.. amiiin.. Ya Rabbal aalamiin

ni result sy yg dlu.. sy kne dptkan sekurang2nya result mcm ni jgk.. even nk dpt A kne dpt 95% dan A- 90% ke atas.. sgtla ssh.. dan perlulah sangat rajin.. kejayaan tidak datang bergolek ye atikah.. kne usaha.. doa.. dan tawakal.. dan perlukan doa org2 sekeliling jgk.. boleh3x!!!



kalau dah xmampu nak dapat result mcm ni.. kne dpt result mcm 2nd sem tuk first year!!! anda berani sahut cabaran??? study makin susah... usaha kne bertambah.. ^_^.. ya Rabbb.. kurniakan.. ijazah adalah ALAT.. RISALAH adalah MATLAMAT.. Ya Allah.. jadikan cita-citaaku termakbul..




sangat rindukan SKSPM 2005 USM KK

p/s: atikah.. sila siapkan assignments ok!!! insyaAllah... sabar ye ketua asgmnets ^_-

tajdid niat:

INNA SOLAATI WANUSUKI WAMAHYAAYA WAMAMAATI LILLAHI RABBIL AALAAMIIIN..

Kekuatan

I asked for STRENGTH...
and ALLAH gave me DIFFICULTIES to make me strong

I asked for WISDOM...
and ALLAH gave me PROBLEMS to solve

I asked for COURAGE...
and ALLAH gave me OBSTACLES to overcome

I asked for LOVE...
and ALLAH gave me TROUBLED PEOPLE to help

I asked for FAVORS...
and ALLAH gave me OPPORTUNITIES

"Maybe i received NOTHING I wanted...
but I received EVERYTHING I needed"


..THANK YoU Allah..

..Alhamdulillah..

hayatilah zikir yang berhajatkan zikir.. sila klik di SINI

Monday, April 20, 2009

Alhamdulillah wasyukurillah


alhamdulillah wasyukurillah ala kulli haal... Allah mengurniakan ujian kecil bagi hambaNya.. untuk membezakan siapakah yang lebih sabar dan tetap teguh pada jalanNya yang lurus dan benar.. terima kasih Ya Allah atas ujian yang xterhingga kiranya kurasakan.. sangat kecil jika dibandingkan dgn para nabi dan rasul serta sahabat2 nabi r.a.. tetaplah jadikan diriku kuat dan tabah serta tetap pada agamaMu.. Amiin Ya Rabb..

terima kasih buat kakakku yang sedia mendengar keluh kesah adikmu, buat ibuku yang amat dikasihi dan dirindui yang selalu setia di corong telefon menantikan panggilanku mendengar luahanku, buat sahabat yg sentiasa di kasihi madihah di indonesia yg sibuk dgn proses pengajian medik yg ssh tapi masih sudi ber'ym' dgnku mendengar masalahku, terima kasih buat sahabat yang disayangi di alex yang sedia setia bersamaku.. membantuku.. menenangkanku.. bersama2ku melakukan sesuatu.. jazakunnallahu khairan kathiran.. hanya Allah bisa membalas jasa kalian semua..

terlintas di hati ni di pagi yang hening, tika semua masih nyenyak di katil... suasana mcm ni memang sangat menenangkan. sejuk dan nyaman. sambil mendengar lagu muhasabah cinta. ssghnya hidayah itu adalah milik Allah bagi sesiapa yg dikehendakinya.. sejauh mana kita approach islam pada seseorg, selagi Allah tak mahu berikan hidayah, tetaplah dia dalam kekufuran.. dan akhir2 ni saya sangat bersyukur dan sebak bila teringatkan seorg dari kawan saya yg menampakkan perubahan yg agak baik. menangis kegembiraan bila saya menceritakan perihal rakan saya kat kak fahima. sungguh, saya sangat gembira dgn kehadiran dia yang semakin baik dan air mata itu bukan menipu. sesiapa yang saya nmpk kebaikan padanya, pasti saya akan turut bergembira untuknya. sahabatku, teruskan istiqamah! hidayah Allah tidak datang byk kali, justeru, sekali ia datang kena hargai sebaik2nya dan teruskan tingkatkan hidayah itu. hidayah Allah perlu dipohon dan dicari dan bukan menunggu!!

al ankabut[45]
..."sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"

kalau dihayati.. apa ada pada solat yang boleh mencegah kita dari segala perkara keji dan mungkar?? berapa ramai yang cukup solatnya tapi masih melakukan kemungkaran dan maksiat pada Allah?? apatah lagi yang belum cukup solat. hmmm.. sejauh mana sebenarnya kita menghayati solat kita agaknya.kalau diikutkan.. setiap kali solat kita baca doa iftitah yang bermaksud

Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi,dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.

kita mengaku sebagai org islam kan? tapi apa tanggungjawab seorg muslim dan muslimah? kita mengaku menghadap Allah dan memujiNya serta tunduk menyerah diri. tapi adakah dalam solat sahaja??

1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


setiap rakaat kita laksanakan baca surah al fatihah. namun. adakah kita betul2 menghayati setiap bacaan yang kita lafazkan? adakah hadirnya hati dalam setiap bacaan?? kita bermohon beberapa kali sehari mohon ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang Allah tidak murkai. namun, kenapa kita masih berbuat silap?? atau adakah sebenarnya kita tidak pernah cuba untuk memahami setiap ayat al-quran?? atau mmg lumrah manusia itu sering lupa?? dah namenye naasiyaa..

dan ma'thurat tu sendiri, berapa banyak permohonan yang kita pohonkan dari allah. kita mengaku beriman pada Allah. tapi berapa kerat mampu menghayati erti taqwa dan iman pada Allah?? manusia pada akhir zaman, amat berbangga dengan perkara mungkar?? selalu berseronok dengan perkara yang salah, selalu menunjuk2 segala yang tidak baik.. Ya Allah lindungi diri kami dari segala salah dan silap yang merugikan kami di akhirat sana... ssghnya kami hamba yang hina yang selalu alpa dengan dosa-dosa kami..

kalau diikutkan, ramai yang selalu sngat nampak kesalahan org. tapi pernahkah kita merujuk diri sndiri dimana pula silap kita? kesalahan sangat senang dilihat oleh mata kita.. pernahkah kita cuba menggantikan diri sendiri pada org lain? cuba menyelemi apa perasaannya, menghayati hatinya..

hmmmm...mmg diakui, saya sangat2x la sensitif orgnya.. kalau org tu xsenyum kat saya dah buat hati saya gelisah. saya mencari2 kesalahan apa yg sy pernah lakukan even hakikatnya maybe die moody hari tu. dan tidak ada suatu kaitan pun dengan saya. dan smlm tgk status seseorg yang membuat pikiran saya sangat celaru.. even saya xsure adakah ia dituju pada saya atau tidak.. tp saya dah delete id dia selama2nya dari ym sy.. semoga tiada fitnah yang ditimbulkan pada org2 yang berpenyakit pada hatinya. dan saya yakin.. hati sahabat saya tu xsakit pun dan hidayah Allah akan menjadi miliknya jua.. amin Ya Rabb.. saya perasan pandangannya pada saya semacam ada ketidakpuasan hati.. oh.. saya langsung tiada silap dgn dia dan tolong jangan masuk campur dgn urusan saya yang tiada kaitan lgsg dgn dia. dan jgn samakan perempuan2 lain dgn saya sbb manusia yang Allah ciptakan adaah berbeza2. saya tidak pernah lari dari kesilapan sbb dunia adalah tempat ujian bg menentukan siapakah yang berhak memasuki syurga Allah yang sangat indah dan xterbayang dek mata dan kata2.. atau neraka yang sungguh menyiksakan dgn api yang menyala2.. Allahu akbar.. tunjukanlah jalan2 kebenaran.. tunjukkan jalan2 kebaikan.. tunjuki kami jalan yang lurus lagi benar..

bagaimana mungkin untuk memenuhi kehendak manusia keseluruhannya?? bagaimana mungkin menjaga dan mengambil hati manusia amnya... kerana manusia itu berbeza2.. mempunyai permintaan berbeza .. citarasa yang berlainan..tapi untuk memenuhi kehendak Allah sangat tidak sesusah yang disangka kalau betul2 dihayati.. cuma perlu lebih istiqamah dan bermujahadah.. YA Rabb..xde manusia yang sempurna segala-galanya.. saya sendiri masih punya banyak kekurangan dengan Allah.. sama2 berusaha!!!! jom cari cinta Ilahi melebihi cnta manusia.. pasti lebih10000x manis.. ^_^

semoga sama2 berjaya dunia dan akhirat..rabbuna yusahhil.. ma'a taufik wannajah

"maka nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan??"
[ar-rahman:21]

"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji allah itu benar dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada wakti pagi dan petang"
[al-mu'min:55]


rindu ma...
rindu arwah abah..
tapi semua jauh..
rindukan pelukan ma...
rindukan pujukan ma..
tapi semua tu xmungkin..
saya cume ada Allah saja..
sentiasa disisi saya..
terima kasih Ya Allah..




Saturday, April 18, 2009

MKKI

MKKI (majlis kesenian dan kebudyaan Islam).. julung kalinya diadakan mmg sgt mantap dan best!! dengan penyertaan yang bersungguh dari para senior terutamanya yang sanggup menghabiskan masa untuk latihan nasyid, aerobik, gubahan, persembahan khas, khat, dan byk lg sebenarnye.. kagum sgt.. yg paling berbakat dlm seni yang saya perhatikan adik2 tahun 1.. memang diorg mempunyai suara yang sedap2.. lakonan yang mantap2 n boleh menyentuh hati(tangkap leleh jgk.. ). memang kehadiran juniors sebagai rahmat yang bumi alexandria ni memeriahkan lagi kehidupan medik di sini. insyaAllah MKKI diadakan lg tahun depan!! kalo xbz.. sy berazam nk take part byk2 sket.. hihi.. insyaAllah.. tahun ni juz masuk gubahan.. dan tanpa langsung disangka gubahan yang saya kutuk-kutuk tu akhirnya mendapat no 2!! ^_-. tahniah buat rakan kongsi saya.. maizatul akmal dan nur afifah sambri.. terima kash sbb paksa saya take part ye mai.. ngeh3..dalam keterpaksaan, keletihan dan kesibukan.. akhirnya kita berjaya menjadi naib juara.. hihi. Alhamdulillah.. ini sebagai titik penolak supaya kita lebih banyak mencuba dan lebih kreatif..

ok lah.. perlu prepare untuk presentation PBL.. sgt xsuke present!! tp nak jadi seorang doktor smpi bila2 pun benda ni tak akan sekali2 habis.. HO besok pun kena present lg.. proses pembelajaran dan pengajaran yang tidak akan habis.. semoga dipermudahkan kalam oleh Allah.. amin Ya Rab..


Tahniah atas usaha semua!! dari lakonan, smpi nasyid, busana Muslimah dan semua bahagian pertandingan.. sesungguhnya tidak sia-sia semuanya... insyaAllah


kalau xsilap.. Farah+the Geng
ahli bait saya punye, mizah+azie+TK

xsure sape wat...

saya suka gubahan ni.. Hijau menenangkan ^_^
oleh senior 4th year


Gubahan Kami ---> 3 dara Pingitan


Pah+tikah+Maiza
Tahniah..

Friday, April 17, 2009

tangisan seorang Hamba




Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang, menyaring segala suara yang menyapa telinga si ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.




Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya yang bemergemerlapan.
'
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang,
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang,
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid,
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."(Al Hasyr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi saw bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, ita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun, Allah SWT telah berfirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216)

Sabda Nabi saw, "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"
jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Mas'ud r.a. berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah".

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah kita di sini, sebelum kita menangis di sana!!!.............

Thursday, April 16, 2009

penilaian

semalam masa bersama dgn adik2.. saya terfikir pasal penilaian.. masa duk tnye2 result diorg, camne study, bile adik2 tnye psl PBL, semua org risau bila diri dinilai.. semua resah bila nak tau natijah dari apa yang diusahakan.. ingat lagi dlu masa nak keluar result peperiksaan SPM even keluarnye result final sem saya gelisah smpai xboleh tido malam.. buat ape benda pun xjadi dek kegelisahan tu.. tp sem terbaru ni mmg xde kegelisahan.. maybe sbb dah terbiasa sangat dgn xm kot.. kurang dah dengan kegelisahan dunia ni.. semoga saya menjadi lebih redha dgn dunia yang pebuh pancaroba ni..tp kne jiddiyyah dlm study.. xleh smbil lewa!!isk3.. kne lebihkan usaha nie.. T_T

berkaitan dgn penilaian.. saya terfikir bagaimana seandainya kita ada suatu perasaan sentiasa dinilai Allah??? sbb Allah kan Maha Mendengar dan Maha Melihat perkara yang nyata dan tersembunyi.. malaikat pun sntiasa setia mencatat segala amalan baik dan buruk kite setiap saat tanpa tertinggal sedikit pun.. kalau semua org sedar semua ni.. mesti semua org gelisah. sbb kite dinilai!!! urm.. mesti semua xsgp nk wat maksiat, xsgp nak membuang masa tgk movie, main game, mengumpat, fitnah, malas beribadat, malas study.. senang cerita.. pasti semua org akan bersungguh2 nk beramal kerana Allah sbb semua org pun nak jadi seorang mukmin yang cemerlang!!! nanti keluar result kat hari penghisaban.. sape bertaqwa, nescaya natijah dia semua A. markah 95 ke atas mcm sistem xm kat alex ni br dapat A. ssh kan nk dpt 95% ke atas?? kena study sgh2.. kne study group, kne pandai curi ms wat latihan, nk best lg ajar org sal apa yang kite tahu.. pastu amalkan dan ulang2 dgn sentiasa beristiqamah.. wah.. sedar xsedar sistem xm kat universiti sbnrnye xjauh dari sistem xm Allah.. tapi adakah kita sedar selama ni kita memang sentiasa ada xm yang dinilai oleh Allah?? kalau dah sedar?? kenapa kita still sanggup buat benda2 yang allah xsuke.. kenapa xtinggalkan je.. n buat benda2 yang menjadi kesukaan Allah.. sedangkan nabi s.a.w yang sedia maklum sebagai kekasih Allah dan dijamin syurga masih taat beribadat pada Allah sehingga bengkak kaki solat mlm, beristighfar dsb.. knp kite yang berdosa dan setiap hari menambah dosa ssh untuk beramal?? wallahualam

kita perlu sama2 lebih mujahadah kot.. kalau kwn2 sekeliling kita lupa.. ingatkan mereka. saling mengingatkan akan lebih merapatkan ukhwah dan hubungan pasti lebih diberkati.. insyaAllah..

sebagai renungan tuk diri n kwn2.. ^_-

amar ma'ruf nahi mungkar.. tapi tidak amalkan utk diri.. beware!!



Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan di dalam Kitab Bad’i al-Khalq dalam sahihnya, beliau berkata;

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ قِيلَ لِأُسَامَةَ لَوْ أَتَيْتَ فُلَانًا فَكَلَّمْتَهُ قَالَ إِنَّكُمْ لَتُرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ إِنِّي أُكَلِّمُهُ فِي السِّرِّ دُونَ أَنْ أَفْتَحَ بَابًا لَا أَكُونُ أَوَّلَ مَنْ فَتَحَهُ وَلَا أَقُولُ لِرَجُلٍ أَنْ كَانَ عَلَيَّ أَمِيرًا إِنَّهُ خَيْرُ النَّاسِ بَعْدَ شَيْءٍ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا وَمَا سَمِعْتَهُ يَقُولُ قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُولُونَ أَيْ فُلَانُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَانَا عَنْ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ رَوَاهُ غُنْدَرٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ

Ali menuturkan kepada kami, Sufyan menuturkan kepada kami dari al-A’masy dari Abu Wa’il dia berkata;ada orang yang berkata kepada Usamah, “Seandainya saja engkau mau mendatangi si fulan dan berbicara menasihatinya.” Maka dia menjawab, “Apakah menurut kalian aku tidak berbicara dengannya melainkan aku harus menceritakannya kepada kalian. Aku sudah menasihatinya secara rahasia. Aku tidak ingin membuka pintu yang menjadikan aku sebagai orang pertama yang membuka pintu fitnah itu -menasihati penguasa dengan terang-terangan-. Aku pun tidak akan mengatakan kepada seseorang sebagai orang yang terbaik -walaupun dia adalah pemimpinku- setelah aku mendengar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Mereka bertanya, “Apa yang kamu dengar dari beliau itu?”. Dia menjawab; Aku mendengar beliau bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka dan terburailah isi perutnya di neraka sebagaimana seekor keledai yang berputar mengelilingi penggilingan. Maka berkumpullah para penduduk neraka di sekitarnya. Mereka bertanya, “Wahai fulan, apa yang terjadi padamu, bukankah dahulu kamu memerintahkan yang ma’ruf kepada kami dan melarang kami dari kemungkaran?”.

Lelaki itu menjawab, “Dahulu aku memerintahkan kalian mengerjakan yang ma’ruf sedangkan aku tidak melakukannya. Dan aku melarang kalian dari kemungkaran namun aku justru melakukannya.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ghundar dari Syu’bah dari al-A’masy (HR. Bukhari [3027] , disebutkan pula oleh Bukhari dalam Kitab al-Fitan [6569] as-Syamilah).

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Kitab az-Zuhd wa Raqa’iq di dalam sahihnya;

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَاللَّفْظُ لِأَبِي كُرَيْبٍ قَالَ يَحْيَى وَإِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قِيلَ لَهُ أَلَا تَدْخُلُ عَلَى عُثْمَانَ فَتُكَلِّمَهُ فَقَالَ أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مَا دُونَ أَنْ أَفْتَتِحَ أَمْرًا لَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ فَتَحَهُ وَلَا أَقُولُ لِأَحَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ أَمِيرًا إِنَّهُ خَيْرُ النَّاسِ بَعْدَ مَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يُؤْتَى بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ فَيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِالرَّحَى فَيَجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّارِ فَيَقُولُونَ يَا فُلَانُ مَا لَكَ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ فَيَقُولُ بَلَى قَدْ كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ فَقَالَ رَجُلٌ مَا يَمْنَعُكَ أَنْ تَدْخُلَ عَلَى عُثْمَانَ فَتُكَلِّمَهُ فِيمَا يَصْنَعُ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِمِثْلِهِ

Yahya bin Yahya, Abu Bakr bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numair, Ishaq bin Ibrahim dan Abu Kuraib -lafazh ini milik Abu Kuraib- menuturkan kepada kami, Yahya dan Ishaq berkata; memberitakan kepada kami, sedangkan periwayat lainnya mengatakan; menuturkan kepada kami Abu Mu’awiyah; al-A’masy menuturkan kepada kami dari Syaqiq dari Usamah bin Zaid, Syaqiq berkata; ditanyakan kepada Usamah, “Apakah engkau tidak menemui Utsman untuk berbicara dengannya?”.

Maka dia menjawab, “Apakah menurut kalian saya harus menceritakan kepada kalian kalau saya sudah berbicara dengannya. Demi Allah, saya sudah menasihatinya berdua saja, aku tidak ingin membuka pintu fitnah sehingga akan membuatku orang yang pertama kali membukanya. Aku juga tidak akan mengatakan kepada seseorang yang menjadi pemimpinku sebagai orang yang terbaik setelah aku mendengar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Akan didatangkan seorang laki-laki pada hari kiamat nanti kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka lalu isi perutnya terburai, lalu dia berputar-putar karenanya sebagaimana berputarnya keledai mengelilingi penggilingan. Maka berkumpullah para penduduk neraka melihatnya.

Mereka berkata, “Wahai fulan, apa yang menimpamu, bukankah engkau dahulu memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar?”. Maka dia menjawab, “Benar, dahulu aku memang memerintahkan yang maruf tapi aku tidak melakukannya, dan aku melarang yang mungkar namun aku justru melakukannya.” Utsman bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami; Jarir menuturkan kepada kami dari al-A’masy dari Abu Wa’il, dia berkata; Dulu ketika kami duduk-duduk bersama Usamah bin Zaid maka ada seseorang yang mengatakan, “Apa yang menghalangimu menemui Utsman dan berbicara dengannya atas apa yang telah dilakukannya..” kemudian dia membawakan isi hadits ini dengan isi yang sama (HR. Muslim [5305] as-Syamilah)

Pelajaran

Kedua-dua hadis di atas cukup untuk memberikan kita pelajaran yang sangat berharga tentang beberapa kewajipan yang berada di atas bahu seoarang muslim.

1. Kewajipan dakwah terhadap para penguasa bahkan yang kita fahami kewajipan ini juga tertakluk kepada semua manusia yang boleh kita kecapi dengan apa sahaja sarana. Dakwah menjadi asas kepada komunikasi di kalangan kaum Muslimin pada zaman lepas di mana mereka sangat memerhatikan sarana nasihat menasihati sesama mereka dalam pelbagai hal.

2. Berbuat apa yang di nasihati - Inilah akhlak para daie di jalan Allah. Mereka sentiasa iltizam dengan amal Islam dan berusaha menyeru masyarakat supaya berubah ke arah kesyumulan Islam. Para daie senantiasa berusaha untuk mempertingkatkan amal soleh mereka supaya rasa ingin dan cinta mereka kepada Allah sentiasa mekar. Sekulumit dosa dan maksiat sudah menjadi perkara yang keji dan terkutuk bagi mereka, apatah lagi berbuat ingkar terhadap suruhan Allah.

Bercakap kosong dan sekadar berceramah melampiaskan kata-kata bukanlah akhlak mereka.

3. Balasan terhadap orang-orang yang tidak berbuat kebaikan yang di canangkannya.