رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

Zikir yang berhajatkan Fikir..


subhanallah.. alhamdulillah.. allahuakbar..


2814

“Abang, atap rumah kita sudah bocor. Dapur sudah masuk dua hari tak berasap” rungut si isteri.

“Abang tahu. Maafkan abang” balas sang suami. Riak wajahnya menampakkan kesal yang mendalam.

“Apa kita nak buat sekarang?” tanya si isteri lagi.

“Marilah berzikir, sayang. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…!” jawab si suami.

“Apa abang ni? Orang cakap betul-betul, dia main-main pula” marah si isteri.

Itu bukan jawapan yang diharapkannya. Ketika hati panas mengeluh tentang kemiskinan dan kesusahan hidup, sepatutnya seorang suami mendatangkan idea-idea yang boleh mengubah keadaan. Biarlah ada perancangan tentang menambah kerja, berniaga pasar malam atau apa sahaja.

Tapi bukannya wirid-wirid! Zikir-zikir!

“Bukankah di dalam al-Quran Allah sudah berjanji” si suami mempertahankan pendiriannya.

Mungkin dia merujuk kepada firman Allah:

13_28“…ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia” [al-Ra'd 13: 28]

“Yelah tu, bang! Nanti kalau anak kita menangis kelaparan, abang suap dia dengan biji tasbih ya!” sindir si isteri.

Si suami termenung. Cakap isterinya makin melalut. Dalam suasana begini, jangan dipanjang-panjangkan bahas dan debat. Nanti makin jauh tersasar dari jalan kebenaran.

Walaupun hatinya panas mendengar celoteh isteri, tetapi terdetik juga di fikiran. Tenangkah hati kalau semasa perut lapar dan rumah bocor, mulut berzikir dan bertasbih. Kalau semasa menerima bil demi bil pada hujung bulan, terhapuskah tekanan dengan zikrullah? Pahala tu pahala juga. Tetapi duit tetap nak kena cari.

Maha Suci Allah daripada sifat mungkir janji. Sudah diberitakan-Nya bahawa zikir itu mengundang tenang.

Subhanallah… tidak mungkin ayat itu menipu.

Maha Suci Allah daripada memberikan penyelesaian yang tidak praktikal.

Maha Suci Allah daripada menjadikan tubuh badan manusia berkehendakkan makanan, tetapi disuap-Nya dengan zikir semata-mata.

“Eh, sudah empat kali aku menyebut Subhanallah! Kalau Allah Subhanahu wa Taa’la itu Maha Suci daripada segala sifat tadi, tentu sahaja silapnya ada padaku. Aku yang patut mencari di mana kelemahan aku dalam merancang kehidupan” kata si suami.

“Alhamdulillah… tenang sikit rasa hati” monolognya sendirian.

Setelah perasaan, fikiran dan sangkaan yang negatif tentang kehidupan ini (tentang Allah barangkali) disembuhkan, barulah terbuka matanya untuk melihat satu demi satu nikmat yang hakikatnya masih banyak dan menanti untuk dimanfaatkan bagi memperbaiki kehidupan.

Masih sihat.

Masih bertangan dan berkaki.

Masih bermata dan bertelinga.

Masih punya banyak kurniaan yang diberikan Allah secara percuma untuk diguna.

Alhamdulillah!

Terpacul ungkapan yang memuji Allah. Bahawa kesusahan yang dialami bukan kerana zalimnya Allah ke atas diri, tetap sebagai peringatan ke atas diri yang sudah lama menzalimi diri sendiri, kerana tidak menggunakan sepenuhnya segala nikmat yang diberi.

2070

Alhamdulillah!

Syukur kepada Allah, dirinya tidak jadi sinikal seperti si isteri. Fikirannya dapat diluruskan dan Alhamdulillah beliau mendapat kekuatan untuk berfikir dan tidak berputus asa.

“Allahu Akbar! Allah tidak tipu. Aku sudah tenang. Ayat itu benar. Aku mesti mengajak isteriku sama. Dalam zikir mesti ada fikir. Baru tenang hati dan tenang minda,” kata si suami.

FORMULA DI SEBALIK WIRID

Benar… kisah di atas sepatutnya bukan kisah yang asing.

Ketika kaum Muhajirin mengadu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang kemiskinan mereka, reaksi baginda juga sama. Muhajirin mengadu bukanlah tentang kemiskinan yang menyeksa kehidupan, tetapi kemiskinan yang mengurangkan peluang amal. Kurang peluang bersedekah dan membantu sesama ikhwah.

hadithzikir-i

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa (di suatu hari) telah datang golongan fakir dari kelompok Muhajirin kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, lalu mereka berkata: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi dan baik terpuji. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: apa yang kalian maksudkan? Jawab mereka: Orang-orang kaya itu bersolat seperti kami bersolat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa. Mereka bersedekah tetapi kami tidak bersedekah kerana tidak punya harta. Mereka membebaskan hamba abdi, tetapi kami tidak mampu berbuat demikian…

Malah keletihan menguruskan rumahtangga dengan kerja-kerja yang kasar dan berat oleh Saidatina Fatimah radhiyallaahu ‘anha juga diberikan reaksi yang hampir sama oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

hadithzikir-ii

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Mahukah kamu sekiranya aku ajarkan kepada kamu satu amalan yang akan dapat menyamai orang-orang yang sebelum kamu dan dapat mengatasi orang-orang yang sebelum kamu? Tiada seorang pun yang lebih baik daripada kamu melainkan mereka yang melakukan amalan sebagaimana yang kamu lakukan itu?

Apakah yang bakal diajar oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sahabat?

Kaedah mengenal pasti peluang-peluang perniagaan?

Teknik pertanian terkini untuk memajukan hasil bumi Madinah?

Strategi pemasaran untuk meluaskan urus niaga mereka?

Tidak…

Apa yang diajar oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah lebih penting daripada itu semua. Kesemua yang disenaraikan di atas adalah perkara sekunder. Sedangkan apa yang lebih utama, membetulkan suasana dalaman akal, hati dan nafsu manusia.

hadithzikir-iiiBahkan, ajarkanlah kepada kami ya Rasulullah! Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Kamu bertasbih, kamu bertakbir dan kamu bertahmid setiap kali selesai mengerjakan solat dengan bilangan tiga puluh tiga kali

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahu Akbar…

33 kali setiap satu setiap kali selesai bersolat…

Kalimah-kalimah ini memang ringan di lisan dan berat di Mizan. Tetapi kehebatannya tidak terhenti pada soal pahala Akhirat yang menjadi ‘matawang’ kita di Sana. Ia juga mempunyai implikasi yang besar kepada diri manusia yang melaziminya pada kehidupannya di dunia.

Kalimah yang berkuasa tinggi.

Diucapkan dengan emosi.

Diulang 33 kali.

Mustahil ia sekadar soal pahala. Sebaliknya zikir itulah kunci untuk manusia miskin dan susah bangkit dari segala keadaan itu kepada kehidupan yang lebih baik. Cemerlang.

2197

SUBHANALLAH

Apa yang diSUBHANALLAHkan?

Maha Suci Allah daripada sifat ZALIM dan menzalimiku hingga hidupku susah begini.

Maha Suci Allah daripada sifat JAHIL hingga Allah tidak tahu tentang apa yang sedang aku alami.

Maha Suci Allah daripada sifat BUTA hingga tidak nampak penderitaan yang kutanggung ini.

Maha Suci Allah daripada sifat PEKAK hingga tidak mendengar keluhan dan doaku ini.

Maha Suci Allah daripada segala kekurangan. Dan Allah yang Maha Sempurna itu, tidak harus dinisbahkan kepada-Nya sebarang prasangka dan persepsi yang negatif.

Justeru jika kemiskinan ini menjadi suatu kecelakaan ke atas diriku, maka bukanlah kerana Allah mengurangkan pemberian-Nya, tetapi aku yang gagal memanfaatkan ‘modal percuma’ yang diberi. Aku yang menjadikan kemiskinan itu keburukan.

Jika kita berniaga dengan modal RM50 dan hasil jualan berjumlah RM70, ini bermakna kita untung RM20. Berapakah modal yang kita keluarkan untuk memiliki tangan, kaki, kepala, mata, telinga, otak, dan tubuh badan ini sebagai bahan untuk mencari laba kehidupan?

PERCUMA!

Semuanya diberikan oleh Allah dengan elok dan baik. Justeru pada saat aku merasakan bahawa aku tidak memiliki apa-apa, aku masih punya sebab yang besar untuk mengucap syukur atas keuntungan perniagaan hidup tanpa modal sendiri ini. Alhamdulillah…

ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah yang memberikan aku kehidupan untuk kuberjuang dalam kehambaan kepada-Mu.

Segala puji bagi Allah yang memberikan aku tubuh badan untuk tujuan itu.

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku akal hingga aku mampu berfikir sebagai penghulu kehidupan.

Segala puji bagi Allah yang rupa-rupanya mengujiku dengan kemiskinan agar terdesak untuk bermuhasabah, terdesak untuk mencari kembali pemberian-pemberian yang banyak dalam kehidupan, terdesak untuk mengubah cara hidup, terdesak untuk bangkit dan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik serta berjaya, di dalam SYUKUR.

Alhamdulillah.

Subhanallah telah meluruskan kepercayaanku, justeru datanglah makna yang besar tatkala aku mengucap Alhamdulillah. Benar-benar segala puji itu adalah untuk-Nya.

ALLAHU AKBAR

Tenang… kecamuk jiwa beroleh damai. Kekusutan fikiran mula terungkai membentang jalan. Janji Allah bahawa zikir kepada-Nya menganugerahkan rasa tenang, kini aku benar-benar tenang. Allahu Akbar!

Indahnya hidup berTuhan. Sentiasa ada sumber sandaran. Sandaran yang mencetuskan keyakinan. Keyakinan yang menyuntik kekuatan. Kekuatan yang menjadikan aku manusia miskin yang bangkit menuju kejayaan.

Allahu Akbar!

Maha Besar dan Maha Agungnya Dia, mengatasi segala-galanya.

Sesungguhnya ZIKIR hanya mendatangkan tenang, apabila ZIKIR datang dengan FIKIR.

FIKIR yang mendatangkan kejayaan, hanyalah FIKIR yang datang dengan ZIKIR.

Itulah kehebatan aku sebagai Mukmin. Manusia ajaib yang tidak pernah berperasaan buruk terhadap kehidupan, kerana baik sangkanya dia kepada Tuhan.

ajabanliamrilmukmin

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

Saturday, March 21, 2009

Batasan pergaulan

Pada zaman Rasulullah s.a.w kaum wanita biasa menghadiri solat berjemaah dan solat jumaat. Mereka juga menghadiri solat Idain (Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha). Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Athiyah, katanya:”Kami diperintahkan keluar untuk menunaikan solat dan mendengar khutbah pada dua hari raya, demikian pula wanita pingitan dan gadis- gadis”. Mereka juga memasuki pengajian- pengajian untuk mendapatkan ilmu dari Nabi s.a.w bersama kaum lelaki. Mereka biasa menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanya oleh kaum wanita.

Selain itu, mereka turut serta dalam peperangan membantu mujahid- mujahid Islam. Diriwayatkan oleh Ummu Athiyah: “Saya turut berperang bersama Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh kali, saya tinggal di khemah- khemah mereka, membuat mereka makanan, mengubati yang terluka dan merawat yang sakit”.

Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan di antara lelaki dan perempuan tidak diharamkan malahan harus (jaiz). Kadang- kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan seperti dalam urusan ilmu yang bermanafaat, amal saleh, kebajikan dan lain- lain yamg memerlukan kerjasama di antara lelaki dan perempuan. Namun begitu tidak bererti kita meninggalkan segala batasan- batasan yang telah ditetapkan oleh syara’. Batas- batasnya ialah:

1- Menahan pandangan dari kedua piha
k (melihat aurat dan memandang dengan syahwat).

Firman Allah Taala: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakan kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30- 31)

2- Pihak wanita harus memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat seperti yang dituntut syara’.

Allah berfirman: “..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..” (An- Nur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3- Mematuhi adab dalam segala hal seperti dalam percakapan hindari dari perkataan yang meransangkan.

Allah berfirman: “..Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al- Ahzab: 32)

4- Jauhkan diri dari bau- bauan yang harum dan perhiasan- perhiasan.

5- Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)


6.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.

Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)


7.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya.

Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya,

sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

BATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG

Syariat Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan isteri dengan:
1)mengenalinya dengan lebih jelas
2)mengetahui tahap keteguhan agamanya
3)mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
4)mengetahui hal-hal peribadi yang lain

Kelonggaran ini dibenarkan oleh Islam dengan syarat bahawa kedua-dua pihak memang sudah membuat azam untuk merapatkan hubungan bagi memastikan perkahwinan mereka kelak dapat dibina di atas persefahaman dan keserasian yang teguh.

Perbuatan ini pula tidak dengan tujuan untuk memenuhi dorongan nafsu jahat sehingga berlaku maksiat.Oleh itu batasan pergaulan yang diizinkan oleh Islam hendaklah dipatuhi. Batas utama ialah bahawa Islam hanya membolehkan:

a) lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan
b) pertemuan yang sopan dan ditempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
c) Pertemuan antara lelaki dan perempuan bertunang hendaklah ditemani mahramnya.
d) Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah

Islam melarang perlakuan berdua-duaan,berkhalwat dan bergaul bebas, pergi kesana kemari seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, keluaraga, dan masyarakat.Dengan kata2 lain kelonggaran yang diberikan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahgiaan rumahtangga berdasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela menerima kehadiran antara kedua belah pihak.

Suatu perisiwa telah berlaku di zaman Rasulullah SAW, iaitu Al-Mughirah B. Syu’bah telah meminang seorang perempuan untuk dikawininya, lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, adakah engkau melihatnya??jawabnya: tidak!kemudian baginda bersabda yang bermaksud:

Erti: Lihatlah ia kerana perbuatan itu lebih wajar untuk mengukuhkan pertalian antara kamu berdua
(riwayat Muslim)


PERINGATAN PERGAULAN BEBAS

1) Islam mengaharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempauan bukan mahram seperti yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu termasuk dalam maksiat.
2) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial dikalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.
3) Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dimana2 sahaja kamu berada, kamu akan terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.
4) Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah kamu sebagai seorang Islam.


Wallahualam.. dah jelas n phm ke em.. ade je lg nk persoalkan nih.. isk3...

Thursday, March 19, 2009

adakah dia untukku?? ketahui benarkah dia jodoh kita atau tidak..Wallahualam~

11

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11) Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.

ops.. berhati2 jika semua ni bersama kekasih hati...sbb zina itu ada bermacam.. zina hati, zina mata, zina tangan, zina telinga dsb. jangan keterlaluan sampai terkeluar dari batas-batas semata-mata untuk melihat adakah dia untukku?? keinginan tidak selalu menghalalkan cara.. Beware!!

Sunday, March 15, 2009

nasihat Luqmanul Hakim


1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.



p/s: bukak surah luqman menarik sekali jgk.. tadabbur surah ni mmg blh mengetuk pintu hati.. semoga Allah bukakkan pintu hati kita-kita smua supaya lebih dekat padaNya. amin..

Friday, March 6, 2009

Khusyuk Solat~

oh solat.. sudahkah khusyuk??? jom renung2kan.. sebuah COPY PASTE lg.. sama2 kita ambil iktibar dan usahakan supaya solat kita khusyuk.. supaya solat kita kelak dpt mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar dan dapat mendekatkan diri kita pd Allah s.w.t.. insyaAllah.. Rabbuna yusahhil..



• Solat adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafs.

• Solat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.


• Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.

• Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk menyucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.

• Kekhusyukan itu adalah tanda orang-orang yang berbahagia. Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri. Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu. Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan.

“Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis

• Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap-cakap secara langsung berhadapan dengan-Nya.

• Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: Hadir hati, memahami makna, mengagungkan, segan sebab takut, mengharap dan ada perasaan malu.


• Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu. Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja. Bawalah fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal-hal yang lain.
Sifat hati, ia akan mengikut himmah/cita-cita yang tinggi. Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras. Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan-gangguan sebelum ianya datang dan memutuskan sebab-sebab timbulnya godaan. Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.

• Raja’ ialah mengharapkan keredhaan-Nya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti.
Seorang hamba akan mengharap dan memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaan-Nya dan mengingati bahawa Allah Maha Benar dalam segala janjinya.

• Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sesuatu perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya.
Seorang hamba itu perlu malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak-banyaknya dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.

• Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.

• Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.

• Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah mengagungkan Allah, takut kepada-Nya, mengharap pahala besar daripada-Nya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Menekuni pergerakan solat dari awal sehingga akhirnya

• Pejamkan matamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekeliling atau solat di tempat yang gelap atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.

• Apabila mendengar azan hadirkanlah hatimu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk kamu di dalamnya pada hari Kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.

• Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwamu menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai ke akhirat. Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan dirimu sangat hina dan rendah, sedang hatimu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.

• Bayangkanmu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.

• Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal-hal selain-Nya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan-angan yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.

• Kosongkan hati sanubarimu sebelum bertakbir.

• Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai hamba merendahkan diri. Peringatkan hatimu supaya terus menerus merendah dan merasa hina.

• Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan dihadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.

* Petikan daripada buku Bimbingan Mukmin Imam Ghazali




Buat SahabatKu.. MUsLimah.. ^_^

Wednesday, February 18, 2009

muhasabah cinta manusia

~muhasabah cinta manusia..

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI

tapi.. cintalah kerana ALLAh..
pasti diberkati..
diredhai.. dan..
kekal abadi.. amiin..

dan ingatlah.. hanya DIA yang berhak atas segala rasa cinta kita..
wallahualam..





hehe..xde keje post bnda ni. terjumpa kat forum jiwang-karat kt www.ukhwah.com

Wednesday, February 4, 2009

Doa Rabithah [updated]

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa dalam taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMu,

telah berpadu dalam membela syari’atMu.

Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.

Kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya.


Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.


Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu.

Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu
.

Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin.

Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.



luahan:

btw.. sy selalu dgr doa rabitah ni from my phone.. even kite semua sll bc dlm ma'thurat kn.doa ni sgh2 menyentuh hati.. perasaan ingin bersama kerana Allah.. indahnye.. bertemu xjemu.. berpisah tidak gelisah.. penyatuan dua atau tiga atau byk mana sekalipn hati2 hamba Allah yg mendambakan kasih dan sayang serta inginkan keredhaanNya.. pasti tidak akan pernah pudar.. dan pasti akan sentiasa bersatu dan bersama2 untuk lebih mendekatkan diri dgn KEKASIH YANG SATU kn??? insyaAllah.. semoga hati2 kita sentiasa bersamaNya.. sedangkan bila masa kita lupakanNya, DIa masih sentiasa bersama kita.. apatah lagi kalau kita mengingatiNya pasti DIa lbh2 mengingati kite... tp iman yg turun naik tu.. kene pandai2 la kontrol.. uhuk..

Ya Allah Tuhan Sekelian alam.. janganlah ENGKAU bolak-balikkan hati2 kami setelah ENGKAU kurniakan petunjukMu..

Sunday, December 28, 2008

panduan wanita solehah

Tanda-tanda perempuan yang baik maruah dan akhlaknya :-

  1. Berakhlak dengan Allah swt. Contohnya seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadat, sabar dalam menempuh kesusahan daripada Allah swt. dan dalam mengerjakan perintahNya. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah dan banyak berzikir.
  2. mentaati suaminya, redha dengan pemberian suaminya, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
  3. berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Berusaha mengajak mereka kepada kebaikan dan kerdhaan Allah.
  4. baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti merekammalah membantu dan memudahkan mereka dengan apa yang termampu.
  5. tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

Tugas-tugas isteri didalam rumah :-

  1. Hendaklah sentiasa bersihkan rumah.
  2. Sediakan makanan yang disukai oleh suami tanpa disuruh atau diminta.
  3. Sediakan makanan yang disukai oleh suami.
  4. Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak.
  5. Mencuci pakaian suami dan anak-anak. Pakaian yang telah dibasuh hendaklah dijirus supaya suci mengikut syariat.
  6. Menjaga harta suami, tidak menyerahkannya kepada orang lain tanpa izinnya.
  7. Mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman agar tidak membebankan ibubapanya di akhirat kelak.
  8. Menjadi penghibur kepada suami ketika dia berada di rumah dengan memberi layanan yang baik. Seorang isteri dan ibu hendaklah menjadikan rumahtangganya seperti syurga buat suami dan anak-anak. Tanggungjawab wanita tersimpul dalam sebuah hadith rasulullah s.a.w.

“ Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap tuhannya, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih terus menerus. Dan selama mana berkekalan alat tenunnya itu pada tangannya maka seolah-olah ia solah berjemaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makan kepada anak-anaknya nescaya Allah s.w.t menggugurkan segala dosanya (melainkan dosa besar).”