رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, March 11, 2011

wanita-wanita perindu syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

01Bertakwa

02Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14Berbakti kepada kedua orang tua

15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

Tuesday, March 8, 2011

kapal terbang...

dulu masa program motivasi.. selalu fasi akan tanyakan "apakah simbol untuk diri awak???"

awal2 memang xpaham.. simbol ape? then lepas dia explain.. baru la paham.. so semua org meletakkan diri dalam sesuatu.. samada saya adalah seperti kapal terbang.. saya adalah seperti pokok.. saya seperti coklat.. dan macam2 lagi.. yg pasti semua yg dipilih pasti ada manfaat dan benda baik2.. of course la kan? kita mahu membina yg terbaik untuk diri.. membayangkan sesuatu yg bagus untuk digapai.. tatkala suatu hari nanti menjadi insan berguna.. berguna kepada bangsa, agama dan negara.. mmg itu slogan yang sentiasa dilaung2kan tatkala menulis cita2..

hmm saya memilih diri sebagai kapal terbang.. penciptaan yang unik sehingga boleh terbang tinggi.. mempunyai kuasa enjin yg tinggi, harga minyak yang di perlukan pun mahal, dan kap[al terbang ni bukan calang2 orang boleh naik, dia boleh terbang tinggi.. lebih tinggi dari awan.. dan dia ada destinasi yang dituju.. ada objektif yang tetap.. semua orang pun boleh hidup dengan selesa di dalamnya dengan makanan dan minuman yg sedap.. ramai orang akan diberi layanan yg baik oleh pramugara dan pramugari..

so saya meletakkan diri saya adalah mahal.. sebab tu saya kena menutup aurat sebaik2nya.. hanya yang halal sahaja boleh melihat keindahan seseorang wanita.. insan2 yg disayangi akan cuba dibahagiakan sebaik mungkin sebagaimana layanan pramugara dan pramugari tu.. dan hidup perlulah ada matlamat yg jelas.. dan berusaha menggapainya.. panjangnye nak hurai.. tp malas.. actually bad mooood..

kenapa? flight tukar kepada 18 hb mac 2011

yer.. bersyukur dapat flight free.. tp even kalau xm ditunda.. berapa hari la sgt??? 2,3,4 hari? saya perlukan masa nk settle down.. saya perlu sediakan diri seselesa mungkin sebelum xm.. even saya prefer nak study kat ssane.. rumah xtaw macam mane tunggang terbaleknye? nak bersihkan rumah.. nk kne prepare macam2 before xm.. nak kne pergi pasar sume.. barang2 byk lg kat asrama.. physically ok.. insyaAllah.. mentally tuu berat siket.. Ya Allah kuatkanlah diri ini..

Saturday, March 5, 2011

(^_____^)




Alhamdulillah akhirnya semalam dah beli tiket. ape jadi pun jadila.. dah bulatkan tekad nak pergi abg grad.. ngengngeng... harap Allah permudahkan segala urusan.. berani betulla beli tiket invitation letter pun xtaw sampai ke x kat pejabat mara tu.. hrp2 ada je la.. kalo x mmg kne wat yg baru.. duit lagi.. duit la duit.. kelantan da la xkasi duit poket.. tp alhamdulillah dpt tiket free dari MARA.. n duit poket dari ma n kakak2 n abg.. syukur atas segala nikmat kurniaanNYa.. hrp2 even kne ponteng beberapa hr tu xde mslh sgt.. risaunya dengan 75% kehadiran... semoga masa tu Allah bantu kami dan sekaligus xkan ada masalah pada masa hadapan.. pls.. pls.. kenapa nak beli awal2?? hoho.. harga tiket sedang melambung tinggi... kalo libya kena serang lagillaaaa.. mintak jauh2... kesian rakyat libya.. semoga ALlah bantu mereka ygs edang berjihad..

Ya Rabb.. bless us..

sekarang ni.. jet lag.. yerke jet lag or saya sememangnya xnak tido? susah btoooool.. yerla masa suami still masa mesir.. tiap2 malam tunggu orang kol.. bergayut telefon je keje.. tp tu mmg wajib.. sekejap pun jadilaa.. kalo x memang xdpt duduk diam2.. hehe

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan suami yang sgt memahami diri.. sentiasa cuba membahagiakan hati ini.. skrg dah kena start counting days la utk hari graduasi abaaaaang!
(^___________________^)

tolong laaaa doakan kami.. doakan xde masalah.