رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Tuesday, June 9, 2009

apa akan terjadi 3tahun akan datang..??

oh. sangatla takut untuk terus blaja ilmu medik ni.. semestinya nyawa pesakit kelak di hujung jari saya.. salah sikit mungkin boleh meragut nyawa orang. risaunye..even memang ajal maut di tangan Allah, namun, kita mungkin sudah ditakdirkan penyebab kpd kematian seorang manusia yang tak berdosa.... nauzubillahi min zallik.. jgnlah tangan ini membunuh sesiapa.. mampukah saya menjadi seorang doktor yang baik? mampukah saya aplikasikan segala yang saya blaja.. blaja-blaja lupa blk.. makin byk blaja makin byk lupa... mungkin kne aplikasikan psychology yang dah blaja.. blaja bukan guna episodic memory.. hafal sebijik2.. tapi gune semantic memory.. pikir dalam2..(bukan senang pun tau) hmmm... seriously saya sangat berminat ngan psychology punya subjek.. maybe sbb sy pun psycho orgnya.. hehe.. tapi untuk ambik specialist bidang ini.. saya xberminat pun, dan saya tau bidang ini xkan pernah sesuai dgn saya.. tadi terfikir bila doktor sebut how to become a good physician?? not everyone can be a good physician.. hmm.. siapakah saya 3 tahun akan datang?? mampukah diri? to be a good physician.. perlu ada verbal comprehension and associative memory.. honestly saya yakin saya mampu bersama orang2 sakit persendirian atau dlm keluarga pesakit.. tapi kalu nak jadi speaker ckp depan beratus2 org.. saya masih perlu banyak belajar.. pasal associative memory.. saya sangat perlukan latihan untuk tu.. saya perlu berusaha.. inilah cita-cita saya.. masakan mungkin saya mahu pertaruhkan nyawa manusia yang paling berharga..tiada wang yang mampu bayar harga nyawa manusia.. saya mahu hentikan tangisan anak-anak kecil, ibu2. warga tua, even manusia sebaya dengan saya yang sedang tabah menahan segala kesakitan ujian dari Yang Maha Esa.. wahai diri.. berusahalah atau kamu akan mengalirkan air mata mereka semua yang mengharap kepadamu.... +_+ berusaha3x walaupan payah.. berusaha walaupun perit.. berusaha sehingga ke titisan darah yang terakhir.. jangan pernah klamu mengeluh lagi.. jangan pernah kamu berputus asa.. bismillahi tawakkaltu alallah.. Ya Rab. kurniakan... saya pasti, saat bila saya akan mengatakan saya telah berjaya hanyalah pabila saya melihat senyuman orang-orang di sekeliling saya.. senyumlah.. ^_^

assalamualaikum w.b.t

apa khabar sume? dah lama x tulis kat sini, cuma nak ingatkan beberapa perkara

Sejak akhir tahun lepas dan awal tahun ni, setelah dinilai beberapa universiti berdasarkan merit Housemanship di Malaysia, MMC telah menghantar beberapa pekeliling ke beberapa university yang calon-calonnya gagal melepasi tahap minimum pencapaian. Pendek kata fail housemanship. Atas dasar ini, MMC telah, sedang, dan akan menilai balik system recognization medical schools around the world, even the JPA has recognized them before. Sebab-sebabnya tak boleh dinyatakan di sini sebab sumber bertulis tak ada, hanya hasil perbincangan mesyuarat antara pakar-pakar perubatan di Malaysia tentang reputasi segelintir calon housemanship yang gagal dan hasil perbincangan ni bocor ke pengetahuan saya dalam beberapa bulan ini.

Alhamdulillah SETAKAT ini nama university-universi ty di Mesir(candidates cairo , azhar, alex dan ain shams university system pembelajaran arab) semua berjaya melepasi requirement tersebut. Masa depan tak tahu lagi.

Saya nk mencadangkan di sini semua pelajar perubatan dari tahun satu sampai tahun enam yang berkelapangan cuti summer ini, sila isi jadual cuti anda dengan membuat attachment di Malaysia dan di Mesir.

prosedur:

1.sila buat syahadah dalam bahasa inggeris di university masing-masing yang menunjukkan kita pelajar perubatan di syuun tulab u masing-masing( syuun tulab ada syahadah bahasa inggeris, cuma perlu minta).

2.sila buka website hospital-hospital yang berminat untuk apply attachment atau elective, dan apply online , sertakan syahadah tadi yang telah discan, atau apply directly di bahagian pengurusan hospital berkenaan, ada hospital free ada hospital kenakan bayaran, tapi perlu apply cepat-cepat sebab kalau HUKL tu, berebut tempat ngan budak rusia, uk, bla bla bla untuk buat attachment, kalau ramai sangat dia tak terima.

pastikan tahu nak buat attachment di department mana, dan berapa lama, rujuk bahagian pengurusan hospital berkenaan

pelajar perubatan di malaysia memang telah dibiasakan buat kerja-kerja practikal , dan hospital di malaysia memang dah anggap kalau dah H.O tu maknanya dah tahu buat kerja, tetapi pelajar perubatan luar negara hampir kesemuanya practikal insufficiency , sebab tu sakit sikit waktu masuk H.O nanti,
kalau tanya abg2 yang dah masuk H.0 sume kata relax je, kalau akak2 lak sume suruh belajar betul2 jangan insufficient macam diorang, hakikatnya akak2 dari mesir la yg paling famous kat hospital masing-masing, humble dan zuhud katakan , bagus tul

antara kes-kes yang menimbulkan kontroversi tentang system pendidikan di luar negara:
1. h..0 ambil darah pun tak reti, pasang canula pun x tau,kerja2 basic ni la
2. present history kat M.O pun tak tahu(memang ada negara yang history pun tak belajar cara nk present)
3.basic surgery skill tak ada e.g. suture
dan macam-macam lagi, ramai yang digagalkan h.O tahun nih dan terpaksa menambah tahun sebagai h.o

kita di mesir benda2 asas H.O ni belajar waktu clinical dan H.O di sini, tetapi sume pelajar medic balik malaysia lepas tahun 6(kecuali kak battah) maka kesemua skill H.O tu memang tak cukup. Maka atas daya usaha sendirilah untuk memenuhi knowledge and skill gap masing-masing. orang lain tak dapat nak tolong.

antara sillibus yang disarankan oleh MMC(sila salin)(sama jer ngan sillibus cairo U ngan ain syams, u lain tak tahu, sila rujuk)

1. Infection control

* a.blood borne pathogen and standar precaution
* b.hygenic hand washing
* c.surgical hand washing

2.basic practical skill

* IV injection and venous blood sampling
* IM and SC injection
* IV cannula
* Arterial Blood sampling
* Urinary catheterization
* Nasogastric tube
* Sangestaken- Blakemore tube
* Oropharyngeal tube
* Endotracheal tube

3.Basic Life support

* CPR(sequences, drugs, technique, equipments)

4.Fluid therapy and blood transfusion
5. Basic surgical technique

* instrument
* Local anasthesia L.A
* suture materials
* needles
* knot-tying principles
* skin edge eversion
* simple interrupted suture
* vertical mattress suture
* horizontal mattress suture
* halving technique
* running cutaneous suture
* runing subcutaneous suture
* running intradermal suture
* buried subcutaneous suture
* wound dresssing
* suture removal

6.basic and emergency obstetric

* history,gynecologic al and obstetric exam
* antenatal care
* drugs to be aboided in pregnancy and lactation
* emergency reception room
* diagnosis in obstetric
* cases of emergency room
* labour room
* management of labour(sume stages)
* episiotomy
* shoulder dystocia
* post partum hemorrhage
* cesarian section
* contraception
* infertility

7.neonatal resuscitation and examination
8.surgical emergency

* post concussion
* polytrauma
* acute abdomen

9.preoperative care

hampir kesemuanya dah belajar waktu clinical cuma sillibus2 yg kurang penting ajer yg x diajar, suruh belajar sendiri, tapi kebanyakan h.0 yg sillibus kurang penting tu la yg tak tau, mana nurse tak bengis kat hospital, sume nk suruh dia ajarkan

kalau kat mesir ni cara sunat(circumcicion) diajar convensional method, kalau kat malaysia guna smart clamp tuh, banyak lagi la clamp dia, sangat mudah, suma bila complicated baru guna cara convensional balik, so update ur skill, sunathon tu p buat ramai-ramai, ramai pelajar medic cairo university dan alex yang tahu sunat orang tahun lepas, so belajar ngan diorang,

tolong start elective ni sejak tahun SATU, jangan balik bercuti kat malaysia makan tidur ajer, by the end of 6 years sume sillibus dah tahu buat, cuma tajamkan skill jer buat dengan cepat dan tepat sume prosedur-prosedur tuh

untuk sesiapa yg tak balik malaysia, contact senior yang x balik, menempel kat hospital dengan diorang, lain u lain prosedur, kalau lebih berani lagi, redah ajer hospital tuh, introduce diri,tanya boleh belajar apa2 tak di wad nih, tanya dr yang boleh bantu, jaga sopan sikit, jangan kerek waktu elective, doctor sume busy, kalau kerek alamatnya kena marah ajerla, kita nk belajar, apa yg dimarah tuh ingat, sabar nk jangan putus asa untuk cuba dengan lebih baik, pelajar perempuan cairo u tolong tanya akak-akak,saya bertugas kat labor room ngan internal medicine cuti nih, tapi dh ramai adik2 lelaki yg nak menempel, so yg akhawat sila menempel ngan akak2 pulak yer,

tip1.

jangan berharap ada kawan nk buat sama baru nk buat attachment, kalau mcm tuh, dh hbs tahun 6 pun belum tentu buat lagi, x caya p tanya senior2, nak belajar, buat cara belajar, kalau xde kawan nk ikut, p blajar sesorang, niat ikhlas dan betul, insyaallah allah tolong, sy dulu main redah jer hospital kat mesir ni, lagi la bahasa arab, allah bantu, ramai jer doctor excited nak ajar,alhamdulillah

tip 2.

senyum sentiasa, lebih2 lagi dalam O.T sebab operation ni sume org stress so kalau senyum at least hilang stress dr yg ajar tuh, dan dia pun lebih bermurah hati nk terang apa yg dia tgh buat waktu surgery tuh

tip 3.

serius dengan ilmu, kalau dah tgk cases ata surgery tu, balik rumah trus buka buku kalau ada, atau buka internet baca skit2, baru ingat sampai akhir hayat

tip 4.

jangan limitkan ilmu i.e jangan letak barrier dalam ilmu pengetahuan, pendek kata, jangan sesekali cakap, ni sillibus tahun 6, tunggu tahun 6 baru belajar, ni salah, the more u know, the wiser u'll be, learn anything u can, kalau x paham sekarang at least masa akan dtg u all akan paham sebab dah ada general idea, there is no limit to knowledge, org yg letak limit kat knowledge ni org "berotak sempit" -ramai lak tuh

tip 5.

bawa gula-gula ke, belon ke, snack ke, kalau p wad paediatric, sangat memudahkan kerja

harap info ni dapat membantu,
faizal azmi
cairo university

Friday, June 5, 2009

sedentary life

hari ni hari cuti.. satu2nya hari cuti kami bdk2 alex.. saya sangat penat dan lesu dgn kehidupan yang xaktif hari ni.. berjalan sekadar dalam rumah. memerap dari balik dari ibrahimiah smlm sampaila hari ni.. dahsyat2.. nati xm lg dahsyat... nk turun bawah pn mst dah xberapa sangat.. hidup sedentary mcm ni manjadikan saya sakit.. perlu bersenam??yeh.. try sedaya upaya..rajin ke?

ma anta msg. hari2 dpt msg.mekasih sbb salu ingat sy..seronok bila hp berbunyi.. ^_^
smsnya berbunyi begini..

"adik, kami dalam perjalanan ke melawi, trg untuk family day dah.. "

hmm.. jeles sungguh! semoga semua ahli keluarga besar saya sedang bergembira.. semoga mak-sedara.. pak2 sedara.. anak2 sedara.. spupu2.. dua pupu.. tiga pupu ade ke?? hihi.. adik bradik saya.. dan semua2 lah bergembira bercuti di resort sane.. makan sedap2 jgn lupa org sini lak.. +_+ tengah bergelak ketawa jgn lupa saya jgk!

ni dah jadi aktiviti tahunan kami dah.. keluarga HAJI AWANG..semua hasil usaha cik Yah (bagus2)

ape tujuannya?(jwpn skema)
  1. mengerat silaturahim antara ahli keluarga
  2. berbincang masalah2 ahli.. abesla saya..!
  3. menyelesaikan masalah ahli dan follow up..
  4. mengutip yuran tahunan untuk beri bantuan pada yang tak mampu
  5. memberi ganjaran bagi pelajar2 cemerlang ahli
  6. salah satu hari perkumpulan besar keluarga dekat 100 orang kot kalu xsilap.. or xsmpi kalu xsmua pegi. :D
  7. makan beramai2
  8. bersukan. badan sihat otak cerdas
  9. aktivity kebudayaan dan persembahan untuk mengasah bakat2 ahli
  10. memberi masa berehat untuk ahli yang bekerja keras.. :D
  11. untuk melahirkan ahli yang xterlalu kedekut sebab kena kua duit.. :D

ehehe.. saya mengarut je tu! macam skema sgt je.. even sy xpegi. saya tau semua cite.. hihihi..ade tukar report segera.. jazakillah kakre sbb xpenah abaikan adk.. ^_^

semua org sekeliling saya bes2 je kehidupan diorg skrg ye?

  • aiman tgh cuti dan berbahagia kejap2 g sel, kejap2 blk klate.. kejap2 g umah kg sireh.. :P
  • linda tgh cuti kt rmh dan berpoya2...manfaatkan masa dgn sebaiknya! ^_-
  • dhah tgh struggle tp dah nk blk msia.. Rabbuna Yusahhil shbtku..
  • syikin tgh seronok bekerja part time sblm smbg study.. isk3..
  • kuage sy tgh seronok bercuti sama2... +_+
  • kawan baik sy tgh hepy ngn subj sport med yg sng 0_o

ish.. kita sebagai manusia ni.. xboleh sekali2 pandang ke bawah.. tgk org hidup senang lenang.. tapi kene tgk atas.. tgk org yang lg ssh kehidupan dia.. baru bermotivasi!! baik.. kawan2 ku semua.. perlu struggle..! sy sgt happy even hari ni hidup x aktif kt meja study.. tp matlamat sy tercapai utk bc beberapa perkara.. ALhamdulillah.. semoga Allah membimbing saya lebih byk lagi ke jalan2 yang membolehkan sy mencapai matlamat sy.. amiiin..

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. 156. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa
musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.” (QS Al
Baqarah : 155-156)

Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (QS Alam Nasrah : 7)

Sementara itu Rasulullah SAW bersabda:


اَلْمُؤْمِنُُ الْقَوِيُ خَيْرٌ وَ اَحَبُّ اِلى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَ فِى كُلِّ خَيْرٌ اِخْرِصْ عَلى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَ لاَ تَعْجِرْ … (رواه مسلم)
Artinya: “Mukmin yang kuat lebih bagus adn lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, namun pada masing-masing ada kebaikannya. Bersemangatlah kamu mencapai sesuatu yang bermanfaat bagi kamu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa tak berdaya …” (HR Muslim)

Orang yang gigih tidak akan berpangku tangan dan tidak suka bermalas-malasan sehingga ia akan merasa keberkahan hidup. Apabila setiap orang Islam memiliki sifat gigih, niscaya hidayah dan karunia Allah akan menaungi kita. Gigihlah dalam berusaha, Allah dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kita, sehingga tidak akan ada usaha kita yang sia-sia.

Kemudian surat Alam Nashrah ayat 1-8 berikut ini. (lihat QS.Online di google)


Artinya: “1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, 3. yang memberatkan punggungmu? 4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, 5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, 6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. “ (QS Alam Nasrah : 1-8)

saje mahu bagi ayat2 tasyjik tuk sahabat2 seperjuangan dan diri saya sendiri yang terkadang lemah dan longlai.. semoga ia firman2 Allah dan sabda2 nabi menjadikan kita lebih kuat!kuat3x! gigihlah sahabatku.. jgn byk main2 lagi..^_- perlu bersungguh2!! maafla kepada sesiapa yg saya kacau time2 saya rasa sgt2 penat+borink.. hehe.. hari ni kacau iman!! jom study physio yek iman.. bg Dr Yasmeen happy kat kita bila leh jawab soalan.. biiznillah.. jom2!!

Wednesday, June 3, 2009

pantulan...



hari ni saya bukanla baru tersentak sebenarnya.. saya cuma baru tersedar diri.. sedar ape ye?? erm, saya hanya berada di 1/1000......0 dari dunia dan seisinya. siapalah saya untuk tidak memaafkan sesiapa.. sedangkan nabi mengampunkan ummatnya.. ALlah yang Maha Pengampun tu pun terima taubat hambaNya tau? cam dalam kisah ashaabul ukhdud.. sejahat2 manusia jgk la kita leh byg.. sanggup menggali parit melihat org2 yang beriman terjun ke dalamnya yang berisi api yg menyala. dahsyaat.. xterbyg oleh mata. tp Allah dah berfirman, kalau mereka bertaubat... nescaya Aku ampunkan.. see.. Allah yg Maha Berkuasa, Maha KAya.. nabi yg Maksum lg Terpuji pun maafkan orang lain.. okeh, saya teringin maafkan mereka... tapi untuk lupakannya saya xtau mampu ke tidak.. insyaAllah.i'll try my best.

saya sejak dlu,sekolah rendah pun. memang takdir kot.. saya mesti dan pasti akan jumpe org2 yg baik-baik. nape ye? sejak sekolah rendah kawan2 jenis yang pendiam, jenis skema sket2, jenis ok2 la, jns introvert???hihihi.. nk puji lebih2 kang ada yang xmandi.. hihihi.. tapi mmg sejak dlu mcm tu. kawan2 sy bukan bdk yg biasa buat masalah.. bukan budak ada rekod disiplin la senang cite.. saya trase hari ni skop sosial sy sgt terbatas..saya kurang bersosial.. sbb salu ngn bdkk baik even sy xde la baik sgt pn.. nilah takdir.. dan beberapa hari ni sangat terkesan dan terasa.. senang cite.. hati saya mmg terguris.. nk necrosis dah.. kalau hati tu liver.. mmg end stage liver ds dah.. kalau jantung tu hati.. mmg dah kena heart failure.. melampau2 ke??hihi.. xdela seteruk tu..insyaAllah.ketenangan hati pasti ada dgn zikrullah.. insyaAllah. tapi seriously, saya xpernah kot ada masalah ngan sape2.. sejak sek lgi, saya xsuke kacau hidup org.. dan orang lain jgn la kacau hidup sy.. +_+ . kalau nk jadi kawan saya.. nk 'ubat' saya xpe.. xkisah.. asalkan semua benda2 baik.. tapi kalau bnda jahat.. jauhi saya!! saya mahu bersembunyi dari kamu...xmahu dekati kamu.. pergi jauh2 benda jahat dari berlaku.. inni Akhofullah

so.. saya mahu ajak sesiapa pn supaya kembali insaf.kembali ke jalan yg lurus lagi benar.. insyaAllah. saya xtau sape.. sapa makan cili dia yang terasa pedasnya.. saya xkan marah sapa2.. marah tu antara sifat buruk manusia. nabi pun dah bersabda supaya jgn marah. kalau perhatikan kalau kita marah-marah ni.. secara xlangsung kita tengah pertontonkan manusia sekeliling kebodohan kita.. knp? sbb perumpaannya org sedang marah adalah orang yg tercabut akalnya. tu yg ade smpi bunuh org sbb marah je.. astaghfirullahal aziiim..tak nampak gelagat arab mesir bila marah?? sekecil2 benda pn nak marah..dan org malizi mmg akan kutuk2.. macam tu jgkla kalau nk pantulkan benda tu kat kita. kalau kita xkawal marah, nescaya org2 akan gelakkan kita. maaaluuuu.. semoga iman saya xselemah itu. kena berusaha menahan marah dan bersabr..

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, bahawasanya seseorang berkata kepada
Nabi SAW: “Berpesanlah kepada aku”. Nabi SAW bersabda: “Janganlah engkau
marah”.Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah engkau marah”.

(Hadis RiwayatBukhari).

Dalam sebuah hadis yang lain yang bermaksud : Kalau kalian marah
duduklah,kalau tidak hilang juga maka bertidurlah“. -Hadis riwayat Abu
Dawud.

Dan satu lagi hadis berbunyi yang bermaksud : “Ajarilah (orang lain),
mudahkanlah jangan mempersulit masalah,kalau kalian marah,diamlah.

-Hadis Riwayat Ahmad.

Maka pendek kata, janganlah marah. kalau dan termarah juga,
duduklah, kalau tak hilang juga, berbaringlah. kalau masih membara, pergilah
padamkan dengan wudhuk. dan akhir sekali, kalau tak berjaya juga, diamlah.
diamlah. diamlah.anda mungkin akan mencarik-carik hati orang lain jika
sedang marah. anda mungkin akan menghenyak dan merobek-robek perasaannya dengan tikaman lidah anda. tolonglah diam


(dari nadiah Chem)

.