رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, June 29, 2012

di saat STRESS!




Saat mata kita terlalu berat untuk menatap, dan kaki kita mulai lelah untuk berjalan, bahkan otak kita tak sanggup lagi berfikir..

Maka "TAWAKAL" lah satu-satu nya yang bisa kita lakukan.. :)




"... put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)". 
[EMQ - Al Imran -  3:159]



 Allah (SWT) said,
"Say: "Nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us. He is our Maula (Lord, Helper and Protector)." And in Allah let the believers put their trust". 
[EMQ - At-Tawbah - 9:51]



Allah (SWT) tells us,
"But if they turn away, say (O Muhammad SAW): "Allah is sufficient for me. La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), in Him I put my trust and He is the Lord of the Mighty Throne". 
[ EMQ - At-Tawbah -  9:129]




"Verily! Allah will not change the good condition of a people as long as they do not change their state of goodness themselves". 
[EMQ - Ar-Raa’d  - 13:11]



Whatever the situation maybe we must do our part, but leave the results to in the Hands of Allah, in fact the concept of Tawakkal is based upon five pillars:
1. To know Allah, that He is the one that decrees all matters and He does as He pleases.
2. To know, for every problem has a solution and we must follow the divine methodology i.e. the prophetic example.
3. To remain firm at all situations and depend completely on Allah (SWT) to bring about change.
4. To have complete tranquillity in the heart when having Tawakkul in Allah, because Allah (SWT) never betrays.
5. To trust Allah (SWT) willingly and without force, just like the child has trust in his parents for all his needs.



By having this Tawakkul in Allah, it will develop courage, bravery, peace and contentment to our hearts at times of need. Allah (SWT) helps whom He wills, so we must ask Him often, and trust in Him alone.






dengan mengingati Allah.. hati2 akan menjadi tenang.. :))
Alhamdulillah. jom teruskan usaha!

Monday, June 25, 2012

Diam itu lebih baik

sebenarnya esk xm vascular surgery.. walaupun dah abes baca tp bila jawab soalan.. hancus! lgpn lain betul dgn apa yg diajar dgn soklannya.. kne pulun jgk soklan2 tu sampai habis iA.. tp sy bermasalah besar bila  je buat salah sampai ke tua la kot rasa sangat2 bersalah. tetiba masuk pasal ni kn?? sbbnye nk relate kt post yg bawah ni.. hihi.. al kisah terasa beberapa bulan lepas mulut ni agak lepas.. kata2 agak pedas.. walaupun byk lg tahan tp sbnrnya ada beberapa perkara terlepas jua.. T_T dan sampai ke harini teringat2 wpun dh mintak maaf.. dalam hati.. " Ya Allah.. menyesalnye aku cakap mcm tu.. " jadi dengan rendah hatinya ingin mengingatkan diri yg kerdil dan hina disisi Allah ini supaya lepas ni jaga mulut, jaga hati, simpanlah semua api kemarahanmu dan sembunyikanlah.. byk steps nk tangani marah dan tidak puas hati.. semoga Allah ampunkan dosa2ku.. dan sesiapa yg pernah la rasa dan terasa sengaja atau tidak mintak aammpuuun sesngt.. sbb sy sampai hrni ingat je semua yg berlaku.. sobs.. menyesal ketidaksudahan.. akhirnya membawa padah pada diri sndiri.. tp xpe.. yg sudah, sudahlah.. ampunkan saya ye.. :)))) doakan saya xm! jom muhasabah sblm xm jap jee.. T_T




Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Mutafaq 'alaih)


Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . "

Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan
kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada
semua perkara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik.
"

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.



Tuesday, June 19, 2012

perbetulkan niat belajar





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
Hadis pertama dalam hadis 40 ini saya bawakan untuk mengisi jiwa dan memperingatkan diri yang kini sedang 'berperang dgn buku'.. haaaaaa byknye nak baca.. T_T rasa nak menangis, nak muntah, malas, bosan, xde mood sume ada.. tapi sebenarnya bila kita jelas dengan objective, misi dan visi sbg seorang pelajar perubatan muslimah dan muslim, mukminah dan mukmin.. mesti kita dapat tangani semua nafsu yang buruk ini.. 
Hadis pertama ini mengupas peri pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. ‘compass setting’ semula niat kita. Untuk apa kita belajar? Untuk apa diri ini berpenat lelah menghadiri kelas pagi dan petang? Untuk apa diri ini menghabiskan masa berperang dgn buku siang dan malam?  Untuk apa? Dan untuk siapa? Adakah hanya kerana kita nak dapat keputusan cemerlang? Menjadi kebanggaan keluarga? Menjadi kebanggaan sponsor? Menjadi kebanggaan dalam kalangan rakan-rakan? Atau kita punya matlamat yang lebih besar?
Belajar adalah ibadah.
Setiap apa yang kita lakukan jika disertakan niat keranaNya semata-mata, insya’Allah akan diganjarkan pahala di sisiNya. Harus ada niat belajar demi mencari keredaanNya. Belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam. . Bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata.
Sebagai seorang individu yang ditarbiyah dengan nikmat iman dan islam harus punya impian yang lebih besar dan luas. Impian untuk mengembalikan kegemilangan islam ke muka bumi. Impian untuk menyeru manusia supaya kembali semula ke jalan hidup yang sebenar.  Perlu belajar bersungguh-sungguh kerana kita punya satu visi yang harus dilaksanakan. Memperoleh keputusan cemerlang sebagai satu wadah menjadi ‘seseorang’ untuk menyampaikan kebenaran dan menyentuh jiwa-jiwa mereka di luar sana. Insya’Allah~



Ayuh perbaharui niat. Belajar kerana Allah. Moga pengembaraan menimba ilmu ini sentiasa dalam keredhaanNya.. ^_^
semoga Allah mempermudahkan semua urusan 6th year batch 06/12 ini dan semuanya dapat grad dengan cemerlang! Allahumma ameeen..

Saturday, June 16, 2012

Sangkaan Allah...sangkaan kita..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."

Janji Allah pada hambaNya…pohonlah padaNya..pasti akan dikabulkan…Sebagaimana sangkaan kita padaNya…begitulah Dia akan membenarkan sangkaan kita padaNya…Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari” - Riwayat al-Bukhari.


Sangka kita..doa kita baik belaka…apa yang diminta itulah yang sebaiknya…Ada di antara doa yang Allah makbulkan sekelip mata…hingga terasa bagai di syurga…Ada juga yang terus dan terus berdoa..tidak putus pengharapannya…namun masih belum ada tanda pengabulan doanya..Ternyata rezeki manusia berbeza-beza…Allah menduga hanya mereka yang mampu menanggungnya..


Di sinilah letaknya peranannya ‘sangka-sangka’…yang dengannya mampu mengubah cara kita melihat dunia dan anugerah Yang Esa...Sangkaan kita..bila dipinta anugerah harta dan kesenangan..pasti dikurniakan Allah dengan emas dan wang berjuta…Dalam kejahilan menafsirkan nilai harta dan kesenangan..terlupa kita seketika…..harta dan kesenangan itu bukan hanya satu sifat dan bentuknya..Kesihatan, kebahagiaan, kasih sayang, dan ketenangan juga harta yang tidak ternilai harganya.. Ingin tahu nilainya kesihatan…tanyalah kepada yang menderita kesakitan…pasti tidak mampu diletakkan tanda harga untuk anugerah itu…Jika ingin tahu harganya kasih sayang…tanyalah pada yang terbiar sendirian..pasti tidak akan mampu juga mereka menafsirkan nilainya anugerah bahagia kurniaan Yang Esa…


Tidak kurang yang meminta anugerah cinta…Fitrah kita sebagai manusia..Ingin menyayangi,,dan ingin disayangi… Setiap Adam memerlukan isteri penyejuk mata..Hawa pula menamba suami penawar hati belahan jiwa..Itu fitrahnya..sebagaimana tertulis dalam takdir Adam dan Hawa….
Dalam doa manusia memohon..tidak sedikit Allah perkenankan....ada juga yang dibiarkanNya terus memohon dan memohon…Bukankah itu juga ujian keimanan?


Sangka kita cinta manusia penentu segala..dengan cinta akan ditemui bahagia..itu jua yang didambakan jiwa…Dalam keghairahan mencari cinta..terlupa kita seketika…cinta itu banyak bentuknya…Yang dipohon cuma cinta manusia yang pasti ada pasang surutnya..yang mungkin dianugerah cinta Yang Esa yang sudah pasti tidak ternilai harganya…Terlalu menyintai Dia pada sang hamba…hingga tidak diizinkan cinta itu dikongsi bersama manusia..Terlalu asyik percintaan sang hamba dengan Yang Esa..hingga cemburu Yang Kuasa jika ada manusia yang ingin mendampinginya...Alangkah indahnya...


Cinta ibubapa juga cinta…cinta itu juga tiada nilainya..Demi cinta si ibu sanggup bergadai nyawa...Wajarlah dikakinya kuncinya syurga..Melaluinya Allah kurniakan keredhaan..yang dengannya dijanjikan bahagia..jika tidak di dunia, pasti nanti akan ketemu jua janjinya Yang Esa..di alam yang pastinya tiada penghujungnya...Ternyata tiada manusia yang dibiarkan tanpa cinta…sama ada cinta manusia..atau cinta Yang Esa…Doa manusia terkabul pada hakikatnya...Cuma kita yang tidak mampu menanggapinya…


Dengan sangka kita kan bahagia…dengan sangka juga kita kan derita..Soalnya sangka yang mana pilihan kita..terserah kita menentukannya…tepuk dada..usah ditanya pada selera… tepuklah hati..pada iman kita bertanya…Moga di situ ada jawabnya...


Wallahua’lam..

Thursday, June 7, 2012

ketawa yang akhir


Keyakinan kepada Hari Akhirat sangat penting ketika hidup di dunia. Itulah prinsip yang menjadikan manusia mampu melaksanakan kebaikan walaupun sekiranya tidak mendapat penghargaan atau ganjaran. Dan itulah juga penghalang untuk tidak melakukan kejahatan sekalipun terlepas daripada undang-undang dan pemerhatian orang. Justeru, dunia tidak adil. Acapkali orang baik ditindas dan dizalimi. Manakala orang jahat pula yang disanjung dan dipuja.
Apakah kerana dunia tidak adil kita akan berhenti melakukan kebaikan? Tidak. Orang beriman akan terus membuat kebaikan kerana yakin adanya Hari Ahirat. Di sana setiap kebaikan pasti mendapat balasan. Apa yang lebih diharapkan adalah ganjaran akhirat bukan keuntungan dunia. Hidup di dunia adalah  untuk ‘menanam’ pohon kebaikan sebanyak-banyaknya. Insya-Allah di akhirat nanti akan dituai hasilnya. Mereka yakin, “one who laughs last, laugh best – yang ketawa terakhir ialah ketawa yang terbaik!
Orang beriman celik mata hati. Syurga, pahala, keredhaan Allah dan pengampunanNya jelas tertera di ruang hati. Mereka rela rugi, dicaci dan menderita di dunia yang sementara demi mendapat ganjaran, pujian dan kesenangan di akhirat yang abadi. Dunia ini dirasakan ladang tempat bercucuk tanam. Justeru, mereka adalah orang yang paling sibuk berkerja di dunia. Mereka sentiasa aktif dan produktif. Ya, kecintaan kepada syurga tidak bermakna meminggirkan dunia! 
Hati orang beriman dapat melihat dengan jelas dunia yang dekat dan akhirat yang jauh. Yang dekat (dunia) dimanfaatkan semaksimumnya demi keuntungan pada yang jauh (akhirat). Hati mereka tidak rabun dekat dan juga tidak rabun jauh. Hubungan kesalingan antara keduanya dapat dilihat dengan jelas dan tepat. Menerusi pandangan mata hati, mereka memburu dunia dengan sebanyak-banyaknya… Namun bukan untuk diletakkan di dalam hati. Sebaliknya, hanya diletakkan di tangan agar mudah diagih-agihkan.
RABUN JAUH
Sebahagian besar manusia, rabun jauh… hanya nampak kehidupan dunia. Akhirat seolah-olah tidak ada. Memburu kenikmatan dan kesenangan dunia tanpa memikirkan soal halal dan haram. Menipu, rasuah dan mengambil hak orang lain dengan penuh kelicikan dan tipu daya. Undang-undang dan peraturan dunia dimanupulasi dan dieksploitasi dengan bijaknya. Mengumpul harta sebanyak-banyaknya seolah-olah ingin hidup selama-lamanya di dunia.
Mereka lupa bahawa memburu dunia dengan melupakan akhirat hanya meninggikan tempat jatuh. Semakin banyak kuantiti harta yang mereka dapat, semakin banyak banyak kualiti jiwa yang mereka hilang. Ketamakan, kerakusan, kekejaman dan kepura-puraan akan melanda hidup mereka. Mereka akan ‘diburu’ oleh apa yang mereka buru. Harta adalah hamba yang paling baik tetapi tuan yang sangat kejam!
Maksudnya, selagi dunia dijadikan alat untuk mencapai matlamat (membuat kebaikan sebanyak-banyaknya), maka selagi itulah ia akan memberi manfaat. Sebaliknya, jika dunia sudah dijadikan matlamat… ia akan menipu dan menghancur pemburunya. Firman Allah: “Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (3:185) Menikmati kesenangan dunia tanpa mencintai akhirat umpama minum air laut… Semakin diminum akan semakin haus. Manusia hakikatnya bukan warga dunia, manusia adalah warga akhirat. Kata hukama:”Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat.”
Dunia adalah alat, akhirat itulah matlamat. Tetapi manusia yang punya hati yang ‘rabun jauh’ hanya dapat melihat yang dekat dan singkat. Alangkah ruginya apabila umpan (dunia) lebih dipentingkan daripada ikannya (akhirat). Alangkah bodohnya membuat pondok di atas jembatan sedangkan villa di seberang sungai lebih cantik dan agam?
Golongan rabun akhirat ini sangat berkira dan banyak alasan  untuk tidak membuat kebaikan. Jika tidak mendapat ganjaran dan pujian mereka akan berhenti memberi. Mereka memberi hanya untuk menerima lebih banyak. Tidak ada istilah budi dan pahala lagi. Hanya ada laba dan dosa. Pantang ada peluang dan kesempatan, mereka akan melakukan kejahatan untuk mendapat keseronokan dan keuntungan. Mulut mengatakan akhirat itu ada… tetapi di hati, akhirat itu telah mati.
RABUN DEKAT
Ada pula golongan manusia yang punya hati rabun dekat. Mereka tidak mampu melihat dunia ini sebagai kebun akhirat. Dunia ini dirasakan bangkai yang busuk dan menjijikan. Lalu mereka menjauh dan membenci dunia. Kononnya hati mereka di akhirat tetapi terlupa bahawa kakinya masih menjejak dunia. Mereka ingin menyeberang tanpa jembatan, memburu matlamat tanpa alat… ingin memancing ikan tanpa umpan!
Mana mungkin kita memberi tanpa memiliki? Mana mungkin kita memiliki tanpa mencari? Mencari, memiliki dan memberi adalah tiga langkah yang perlu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Orang beriman mesti mencari dunia… kemudian memilikinya dan akhirnya memberinya. Malangnya, golongan ‘rabun dekat’ ini menghindari dunia dan membencinya… lalu apakah yang hendak mereka berikan?
Jika tidak ada harta, mana mungkin ada pahala sedekah dan zakat? Jika tidak ada senjata, mana mungkin ada perjuangan dan jihad? Tanpa harta Sayidina Abu Bakar ra, Bilal akan terus menjadi hamba. Tanpa infak harta oleh Sayidina Utman ra, kaum Ansar dan Mujahirin tidak akan ada sumber air di Negara Islam Madinah. Justeru, jadilah tangan yang di atas… dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik… dengan  mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!

artikel ni memberi kesan yg sangat mendalam!jom muhasabah T_T

persediaan diri..

semalam lahir seorang mujahid batch yang ke 7, 06/12 alexandria university.. subhanallah terasa sangat excited.. kita pn dah rasa excited apetahlagi ummi dan abi nye kan.. :) semoga semua nya dipermudahkn Allah..

dalam benak fikiran hanya terfikir macam mana nak sediakan diri untuk menjadi seorang ibu? tanggungjawabnya sangat besar dan perlukan pengorbanan yang sangat banyak.. tapi Allah itu sebaik2 perancang, Dia sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya dan mengetahui di mana kemampuan kita..

di kala diri sendiri hanya turut menghitung hari bilakah saatnya akan menjadi seorang ibu rasanya masih banyak kelemahan diri perlu diperbetulkan, banyak sifat2 dalam diri perlu diislahkan demi menambah ummat nabi Muhammad s.a.w yg bukan hanyak sekadar meramaikan ummatnya bagai buih2 di lautan namun menjadi seorang asing di tempatnya demi satu perjuangan.. Allah.. berat sgh..

tanya dgn Syeikh Google mcm mn nk jadi seorang ibu dan bapa?
so ada beberapa persoalan yg perlu di jawab;


IBU ;Bersediakah menghadapi

  1.  perubahan mental dan fizikal kerana semasa dan selepas mengandung kedua-dua perubahan itu pasti berlaku.
  2. Bersediakah mengharungi dunia ibu yang memerlukan komitmen yang bukan sedikit?
  3. Cukupkah pengetahuan atau info mengenai penjagaan, penyusuan , pemakanan dan perkembangan anak?
BAPA
  1. Mampukah bertahan dengan karenah isteri ketika isteri sarat mengandung?
  2. Mampukah menanggung perbelanjaan setelah anak lahir?
  3. Bersediakah membahagikan masa terhadap anak dan lain-lain aktiviti?
  4. Mampukah meringankan tugas isteri (terutamanya isteri yang berkerja) setelah anak lahir?
IBU BAPA
  1. Pastikah anda dengan komitmen yang bakal anda curah sesudah bergelar ibu bapa?
  2. Bersediakah anda mengorbankan masa yang penting (atau tidak cukup tidur) setelah mempunyai anak?
  3. Bersediakah menghadapi perubahan dalam sebarang hubungan yang mungkin berubah setelah mempunyai anak?
  4. Mampukah anda mengimbangi antara kerjaya, keluarga dan anak?
  5. Bersediakah anda menghadapi sebarang masalah atau kemungkinan-kemungkinan anak anda mungkin memerlukan jagaan atau keperluan khas?
jawapan yang mampu diberikan hanyalah.. InsyaAllah.. cuma yang paling2 saya risaukan adalah masa.. melihatkan keadaan zauj yg sangat1000x sibuk di zaman housemanshipnya.. bagaimanakah agaknya saya mampu membahagikan masa saya untuk Allah, suami, anak, kerja???? dah lama saya cuba mencari solusi.. mampukah? komitment seorang houseman sangat tinggi sehingga merisaukan saya sangat2.. tp xpe.. habes kan blaja dlu.. :))

semoga final kali ni berjalan dengan lancar agar semua perancang2 dpt dilaksanakan dgn lancar.. namun semuanya ketentuan ilahi. kita perlu belajar utk bertawakkal dengan setiap saat yg dikurniakan oleh Allah ini.. T_T

Mempunyai matlamat yang jelas Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia akan menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

TegasKetegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia.

 Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Pepatah Melayu juga pernah menyebut :
"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul".

Mengambil berat terhadap keluarga

Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

Yakin terhadap diri sendiri

Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

Boleh diharap

Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga

Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan

Sentiasa bekerja kuat dan smart

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci

Merendah diriSifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut

Sentiasa menjaga harga diri / maruah

Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan
Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga

Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku

Imej diri yang cemerlang

Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman

Mempunyai kemahiran berkomunikasi

Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu


TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA
Rumah tangga yang harmoni dan sejahtera memerlukan satu rasa tanggungjawab yang begitu berat yang harus dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Ia memerlukan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jayanya
Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga

1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.

2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.

3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.

4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.

5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak.

6. mengakikahkan anak.

7. menyusui anak sendiri.

8. mengkhatankan anak.

9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.

10. menepati segala janji dengan anak-anak.

11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.

12. menepati segala janji dengan anak-anak.

13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.

14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.

15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.

16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.

17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.

18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.

19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.

20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu.

21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.

22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.

23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.

24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.

25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.

26. menghiburkan keluarga.

27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

28. membimbing anak-anak bertakwa.

29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.

30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.

31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.

32. mendidik anak tentang etika sosial.

33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.

34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.

35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya.

36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.

37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.

38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.

39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.

Doa Ibu untuk kesejahteraan anak dalam kandungan
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."

semoga kami dapat menjadi seorang ibubapa yg mithali.. tiada seorang dari kami umpama patah sebelah kaki.. T_T kena bermula dari sekarang. untuk melahirkan anak yg soleh dan solehah perlu dimulakan dgn pemilihan calon suami dan isteri kan? next cuma perlu jaga keberkatan hubungan dan sentiasa cari redha Allah. semoga Allah redha... 


jom sama2 sediakan diri selangkah ke arah yang lebih baik dan lebih matang iA..

Wednesday, June 6, 2012

long time no see.. but still, theres nothing much to say..
sama2 bermuhasabah dan tingkatkan amalan..
semoga Allah mengampunkan segala dosa2 hambaNya yg berdosa lagi hina..

berada dalam fatrah imtihan..
terlalu pantas masa dirasakan..
mohon doa semua lulus dgn cemerlang dan berjaya tamatkan sekolah perubatan tahun ini juga.. Allahumma ameeen..

countdown:
48 days to ramadhan
39 days to final
75 days to Malaysia to meet my soulmate

permudahkan semuanya ya Rabb

semoga Allah pegang hati ini untuk sentiasa berada dalam keadaan bertawakkal dan menyerahkan segala aspek kehidupan hanya kepadaNYa..

 Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : “Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung, dia keluar pada waktu pagi dengan perut yang kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang” Diriwayatkan oleh al-Tirmizi (hadis no. 2344). * Al-Tirmizi berkata : Hadis ini hasan sahih.