2 kali saya bertemu insan ini.. kalau dihitung mungkin perkenalan kami memakan masa hanya 3 hari.. tp perwatakannya dari luar sudah nampak hebat.. percakapannya.. tingkah lakunya.. matang! cita2nya tinggi.. jiwanya kental.. azamnya kuat.. sungguh dia begitu rendah diri dengan semangat yang begitu hebat.. kagum!
perbezaannya ketara apabila saya menghubungi beberapa orang melayu dan menolak permintaan saya atas dasar tidak pernah tahu.. tapi bila ditanya pada beliau..jawapannya saya akan cuba teroka!
zaap! sungguh mungkin mereka lebih terdidik dengan jiwa yang kental dan tegas pada pendirian hidup! terasa melayu terlalu dimanjakan(xsemua).. sikit2.. komplen.. sikit2.. mengadu itu ini.. takut itu dan ini.. kita lebih selesa pada benda yg senang.. banyak mengharapkan orang lain berbuat sesuatu untuk kita instead of put an effort in it.. mahu benda dihidang didepan mata.. kita banyaknya hidup senang barangkali.. disebabkan itu orang kaya xkan pernah merasa mcm mana susahnya hidup kecuali mereka sendiri kembali kepada cara hidup orang susah.. sbb itu org kaya xkisah menindas org susah barangkali.. kenapa tidak kita menelusuri setiap mehnah dan liku2 dihadapan dengan anggapan itu suatu cabaran yang perlu disahut dengan suara yang lantang? aku BOLEH!
merenung..
hebatnya orang begini ini bukan?xreti menghuraikan.. tapi dalam hati saya bertafakur sendirian..
teringat di suatu hari..
"ayang ni banyak alasan je la.. cuba tolak ketepi semua komplen dan alasan.. dan lakukan yang terbaik.. S.A.B.A.R... I.K.H.L.A.S... DAN S.Y.U.K.U.R.. Allah akan permudahkan.. " kata suamiku..
Allah!
ye! saya terlalu banyak mencari alasan instead of doing this and that.. saya masih dengan sifat bermalas-malasan.. banyak berangan2 dari dunia realiti.. realiti adalah realiti yang nyata! apa yang kita perlu lakukan ialah hidup dalam dunia realiti dan merubah masa depan yang masih dalam qada' dan qadar Allah.. yakin dengan sunnatullah.!
semoga Allah permudahkan setiap urusan dan tetapkan kami di jalan Nya yang lurus.. ameen ya rabbal aalamiiin
berubahlah selagi masih punya kesempatan.. insyaAllah
No comments:
Post a Comment
^___^