dari ustaz salman maskuri
Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.
Ia mempunyai 3 keadaan.
Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.
Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.
Kenyataan Ulama:
Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":
Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.
Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.
Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:
Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."
Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:
"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."
Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:
"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."
Dalil kewajipan:
Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)
Nabi saw bersabda:
أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين
"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud
Keadaan yang kedua: Safar wanita untuk haji yang wajib.
Pendapat yang dipilih: Harus bermusafir dengan teman-teman wanita yang dipercaya.
Ini pendapat Mazhab Syafie, Maliki, Aisyah, Ato, Sa'id bin Jubair, ibnu Sirrin , Auza'ie dan mazhab az- zahiri.
Imam Nawawi berkata:
"Syarat wanita yang hendak menunaikan haji yang wajib hendaklah bersama suami, mahram atau sekumpulan wanita yang dipercayai."
Dalil pendapat ini:
Nabi saw bersabda kepada Udai bin Hatim:
فإن طالت بك الحياة لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدا إلا الله
"Sekiranya engkau panjang umur, nescaya engkau akan lihat seorang wanita akan bermusafir dari Hirah ke Makkah untuk melakukan tawaf di ka'bah tanpa sebarang perasaan takut melainkan kepada Allah." (Hr Bukhari- sahih)
Keadaan yang ketiga; Wanita musafir untuk safar yang sunat seperti ziarah, perniagaan atau tugasan ilmu.
Hukum: Ia terdapat perselisihan pendapat. Pendapat yang dipilih adalah harus dalam keadaan ini apbila bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.
Ini adalah pendapat sebahgian ulama Maliki dan Syafie.
Dalam kitab "Mawahibul Jalil" karangan al-Khattab seorang ulama Maliki menyebut:
"Apabila wanita bersama sekumpulan wanita yang dipercayai yang mempuyai bilangan atau kelengkapan yang dianggap selamat maka tidak ada khilaf tentang pengharusan safarnya tanpa mahram dalam semua jenis musafir, samada yang wajib, sunat atau yang harus." (terjemahan ringkas)
Dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi:
Cabang: Adakah harus wanita bermusafir bagi haji yg sunat, safar ziarah, perniagaan atau seumpamanya bersama sekumpulan wanita yang dipercayai atau seorang wanita yang dipercayai? ULama syafie ada dua pendapat. Ada yg membenarkan dan ada yang tidak membenarkan."
Dalil:
Dalil yang sama yang digunakan pada keadaan yang kedua.
Ini adalah ringkasan terjemahan dari kajian seorang pengkaji bahagian syariah Pusat Fatwa mesir. Kajian ini diakui oleh Prof Dr Abdullah Rabie, Prof Usul Fekah Universiti Al-Azhar.
Pendpat juga dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi dalam kitab Halal haramdan Muhaddis syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kattani(sperti yg sy tanya kepada beliau).
Perhatian: Bagi keadaan kedua dan ketiga ada khilaf yang kuat. Kebanyakan ulama tidak membenarkan safar bagi keadaan ketiga.Oleh itu kita kena berlapang dada untuk berpegang mana-mana pendapat dan tidak memaksa orang lain berpegang pendapat kita.
kesimpulan: Para fuqaha bersepakat bahwa tidak boleh berseorangan tanpa mahram, suami atau wanita yang dipercayai. Nabi saw bersabda:
لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا مع ذي محرم
"Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sehari semalam melainkan dengan mahramnya." (Hr Ahmad - sahih)
Oleh itu jangan wanita itu bermusafir bersendirian tanpa suami, mahram atau wanita yg dipercayai. Ia menyebabkan berlaku pelbagai jenayah dan fitnah.
Rujukan: Dar-alifta.org dan Sofwatul Ahadith as-Syarifah oleh Dr Abdul Qadir.
kalau melancong bertujuan menuntut ilmu dan pengalaman melihat negara org.. dari sejarah2 para anbiya' camane?? hurm.. ustaz xjwb soalan yg seorg ukhti tnyekan pun.
No comments:
Post a Comment
^___^