رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, April 30, 2010

Kisah Perlawanan Antara Seorang Lelaki Dan Iblis

Hidupnya sepasang suami isteri dengan penuh kebahagiaan. Meskipun hidup melarat, mereka taat akan perintah Tuhan. Segala yang dilarang oleh Allah dihindari, dan ibadah mereka dijaga dengan tekun sekali. Si suami adalah seorang yang alim dan sangat bertaqwa kepada Allah SWT. Beberapa lama kemudian isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia juga membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota kerana mahu mencari pekerjaan disana. Di tengah perjalanan, lelaki itu melihat sebatang pohon besar yang dikerumuni orang ramai. Dia ingin mengetahui apakah yang terdapat disebalik pohon itu yang menyebabkan ramainya orang mengerumuninya. Ternyata orang ramai sedang memuja-muja pohon besar itu yang kononnya adalah keramat dan sakti. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta kepada pohon itu agar suami mereka setia kepada mereka atau dagangnya laris dijual.

"Ini adalah perbuatan yang syirik", fikir lelaki yang alim tadi.

"Ini harus dibanteras habis, masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain daripada Allah".

Maka pulanglah dia terburu-terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi isterinya mendapati suaminya mengambil sebilah kapak yang diasah begitu tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar, isterinya bertanya kepada suaminya itu tetapi sepatah perkataan pun tidak dijawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon besar itu. Sebelum sampainya di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh yang tinggi dan besar lagi hitam. Dia adalah Iblis yang menyerupai sebagai seorang manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?", tanya si Iblis.

Orang alim tersebut menjawab : "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang ramai itu, saya sudah berjanji kepada Allah SWT bahawasanya akan saya menebang roboh pohon yang syirik itu".

"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting, kamu tidak mengikut jejak seperti mereka. Sudah, lebih baik kamu pulang sahaja".

"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras!".

"Berhenti, jangan teruskannya!".

"Akan saya teruskan".

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan Iblis. Jika melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata Iblis menyerah kalah serta meminta ampun kepadanya.

Kemudian ia berdiri dengan menahan kesakitan lalu berkata : "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah, saya berjanji bahawasanya setiap pagi apabila tuan selesai menunaikan solat Subuh, di bawah tikar sembahyang tuan akan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang sahaja dahulu, jangan teruskan niat tuan itu".

Mendengar janji Iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan akan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia juga teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang yang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Luntur kembali niatnya bagi membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai solat Subuh, dibuka tikar sembahyangnya. Di situ juga tergolek empat benda berkilat yang seakan duit empat dinar. Dia meloncat riang, isterinya merasa begitu gembira. Begitu juga hari yang keseterusnya hinggalah hari yang ketiga. Pada hari yang keempat, mereka mulai merasa kecewa kerana tiada apa-apa yang didapati di bawah tikar sembahyang mereka melainkan tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang didapati oleh mereka sebelum ini sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab : "Jangan khuatir, esok barangkali kita akan dapat lapan dinar sekaligus".

Keesokan harinya, suami isteri itu merasa cemas dan bangun pada awal-awal pagi lagi. Selesai menunaikan kewajipan mereka, suaminya pun membuka tikar sejadah itu dengan perasaan yang risau malah mendapati tiada satu sen pun yang mereka dapati.

"Kurang ajar, penipu. Ambillah kapak, tebanglah pohon itu", teriak si isteri.

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya", sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan, Iblis yang berbadan tinggi lagi besar sudah menghalang.

Katanya menyorot tajam : "Mahu ke mana kamu?", herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon", jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jangan lanjutkan".

"Bagaimanapun juga tidak boleh kamu menghalang, sebelum pohon itu tumbang".

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini ternyata bukan Iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai.

Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya dengan penuh hairan : "Dengan kekuatan apakah engkau dapat mengalahkan aku, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?".

Iblis itu dengan angkuh menjawab : "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkaukeluar rumah bagi menebang pohon kerana Allah SWT. Andaikata ku kumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku tidak akan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Lebih baik kamu pulang sahaja, jika tidak nanti kupatah-patahkan batang lehermu".

Mendengar penjelasan Iblis itu si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah SWT lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumah, dibatalkan semula niatnya bagi menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kepada Allah SWT, dan ia juga sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan membuahkan apa-apa hasilpun melainkan kesiaan yang berlanjutan sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah SWT dan Agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan Agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata?.

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia berusaha memperbaikinya dengan tangan (kekuasaan), jika tidak mampu hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidah (nasihat). Jika tidak mampu lagi, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman".(Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, April 28, 2010

tak pernah silap menilai dia..

serasa air panas mengalir di pipiku di malam yang hening dan syahdu ini..

subhanallah.. segala puji bagi Allah.. masih wujud manusia berjiwa hamba sebegini dihadapan ku..akhlaknya terpuji.. dirinya sentiasaku sanjungi.. sungguh mulia..
semoga semakin bertambh mulianya dirimu disisi Tuhan Yang maha Pengasih..

subhanallah.. semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu..semoga Allah sentiasa menyayangimu.. kerana tiada yang lebih layak menyayangimu melebihi Tuhan Penciptamu yang Maha Agung.. kerna jua aku tidak langsung layak..

Jazakallahu khoiran kathira...
hanya Allah mampu membalas jasamu..

Allah yusahhil a'la kulli haaal.. amiiin ya rab

hati kita keras



Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat


Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Sunday, April 25, 2010

hukum keputihan


saya ada diberitahu pasal hukum mazi/keputihan yang sangat biasa berlaku dikalangan wanita adalah membatalkan wuduk..statement ni btul2 merisaukan saya sebab seorang perempuan mmg bila kepenatan akan keluarlah keputihan.. mahunya kelas strainght je kan.. bukanlah mahu pertikaikan ape2.. sebab masing2 sedang blaja.. jadi kita sama2 lihat pula kajian dan pengajaran ustaz salman pulak seperti dibawah..

Keputihan: Air campuran dr peluh dan mazi di faraj wanita.(Imam Nawawi-Majmuk)


Hukumnya:


1.
Bersih dan tidak membatalkan wuduk; sekiranya dlm keadaan tidak bersyahwat.

2.
Najis dan membatalkan wuduk sekiranya dlm keadaan bersyahwat seperti sedang bercumbu dgn suami.

3,
Najis dan membatalkan wuduk sekiranya keluar dr bahagian dlm faraj.

Bahagian dlm faraj: Apa yg tak kelihatan sewaktu perempuan itu duduk mencangkung.

Bahgian luar faraj:
Apa yg kelihatan apabila perempuan itu duduk mencangkung.

Air Mazi: Air yg putih yg cair yg keluar ketika syahwat yg belum memuncak.

Hukumnya; Najis dan membatalkan wuduk.

Air wadi: Air putih yg likat yg keluar selepas kencing atau mengangkat benda yg berat.

HUkumnya: Najis dan membatalkan wuduk.

Peringatan: Wuduk tak batal melainkan berlakunya perkara yg membatalkan wuduk dgn yakin. Adapun jika ragu2, rase2, macam2 ; maka tak batal wuduk.

Rujukan: Mughnil Muhtaj oleh Khatib Syarbini...ghurfati..

Thursday, April 22, 2010

hukum safar wanita tanpa mahram n suami

dari ustaz salman maskuri




Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.

Ia mempunyai 3 keadaan.

Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.

Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.

Kenyataan Ulama:

Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":

Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.

Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.

Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:

Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."

Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:

"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."

Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:

"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."

Dalil kewajipan:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)

Nabi saw bersabda:

أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين

"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud

Keadaan yang kedua: Safar wanita untuk haji yang wajib.

Pendapat yang dipilih: Harus bermusafir dengan teman-teman wanita yang dipercaya.

Ini pendapat Mazhab Syafie, Maliki, Aisyah, Ato, Sa'id bin Jubair, ibnu Sirrin , Auza'ie dan mazhab az- zahiri.

Imam Nawawi berkata:

"Syarat wanita yang hendak menunaikan haji yang wajib hendaklah bersama suami, mahram atau sekumpulan wanita yang dipercayai."

Dalil pendapat ini:

Nabi saw bersabda kepada Udai bin Hatim:

فإن طالت بك الحياة لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدا إلا الله

"Sekiranya engkau panjang umur, nescaya engkau akan lihat seorang wanita akan bermusafir dari Hirah ke Makkah untuk melakukan tawaf di ka'bah tanpa sebarang perasaan takut melainkan kepada Allah." (Hr Bukhari- sahih)


Keadaan yang ketiga; Wanita musafir untuk safar yang sunat seperti ziarah, perniagaan atau tugasan ilmu.

Hukum: Ia terdapat perselisihan pendapat. Pendapat yang dipilih adalah harus dalam keadaan ini apbila bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

Ini adalah pendapat sebahgian ulama Maliki dan Syafie.

Dalam kitab "Mawahibul Jalil" karangan al-Khattab seorang ulama Maliki menyebut:

"Apabila wanita bersama sekumpulan wanita yang dipercayai yang mempuyai bilangan atau kelengkapan yang dianggap selamat maka tidak ada khilaf tentang pengharusan safarnya tanpa mahram dalam semua jenis musafir, samada yang wajib, sunat atau yang harus." (terjemahan ringkas)

Dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi:

Cabang: Adakah harus wanita bermusafir bagi haji yg sunat, safar ziarah, perniagaan atau seumpamanya bersama sekumpulan wanita yang dipercayai atau seorang wanita yang dipercayai? ULama syafie ada dua pendapat. Ada yg membenarkan dan ada yang tidak membenarkan."

Dalil:

Dalil yang sama yang digunakan pada keadaan yang kedua.

Ini adalah ringkasan terjemahan dari kajian seorang pengkaji bahagian syariah Pusat Fatwa mesir. Kajian ini diakui oleh Prof Dr Abdullah Rabie, Prof Usul Fekah Universiti Al-Azhar.

Pendpat juga dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi dalam kitab Halal haramdan Muhaddis syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kattani(sperti yg sy tanya kepada beliau).

Perhatian: Bagi keadaan kedua dan ketiga ada khilaf yang kuat. Kebanyakan ulama tidak membenarkan safar bagi keadaan ketiga.Oleh itu kita kena berlapang dada untuk berpegang mana-mana pendapat dan tidak memaksa orang lain berpegang pendapat kita.

kesimpulan: Para fuqaha bersepakat bahwa tidak boleh berseorangan tanpa mahram, suami atau wanita yang dipercayai. Nabi saw bersabda:

لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا مع ذي محرم

"Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sehari semalam melainkan dengan mahramnya." (Hr Ahmad - sahih)

Oleh itu jangan wanita itu bermusafir bersendirian tanpa suami, mahram atau wanita yg dipercayai. Ia menyebabkan berlaku pelbagai jenayah dan fitnah.


Rujukan: Dar-alifta.org dan Sofwatul Ahadith as-Syarifah oleh Dr Abdul Qadir.

kalau melancong bertujuan menuntut ilmu dan pengalaman melihat negara org.. dari sejarah2 para anbiya' camane?? hurm.. ustaz xjwb soalan yg seorg ukhti tnyekan pun.

Tuesday, April 20, 2010

terbaik segala-galanya?




benarkah orang yang mahu membina bait muslim perlu terbaik segala-galanya? perlu bersiap untuk segala macam perkara.. apa asas yang kita perlu ada sebagai manusia untuk membentuk keluarga mukmin, yang terbentuk didalam nya di mana terdapat suami, isteri serta anak-anak yang penuh dengan akhlak yang indah dan akidah islamiyah yang jitu?

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir".

(Surah ar-Rum ayat : 21)


kalau melihatkan sang kucing.. apabila tibanya musim mengawan.. sesiapa saja diterjahnya utk berkasih sayang, bermanja, kemudian.. si betina akan mengandung dan beberapa bulan lahirkah beberapa anak kucing.. akhir sekali, si jantan akan menghilang ke mana-mana tanpa ada satu tggungjawab terpikul di bahu pun... senang bukan? inilah yang telah Allah tetapkan utk binatang yang tidak berakal... kita manusia dikurniakan akal bukan?

kenapa mahu membina bait muslim??

"saya dah lama couple, saya sangat cintakan si dia dan ingin teruskan hidup bersama si dia sehingga ke akhir hayat"

" saya sunyi dan perlukan teman berkasih sayang, teman yang mengambil berat, teman yang blablabla.."

"saya hanya mengikut segala aturan keluarga dan redha dengan ketentuanNYa"

"si dia terlalu mencintai saya dan terlalu baik dengan saya.."

dan.. pelbagai lagi jawapan akan diberikan oleh bermacam orang di dunia ni.. knp? sebab manusia semuanya mempunyai emosi dan fikrah berbeza... hanya manusia yang hidup berjemaah akan selalu cuba membentuk fikrah yang sama.. namun, emosi masih tetap sangat berbeza!

" ana berpendapat kita berkahwin mestilah demi meneruskan perjuangan dakwah, bukanlah kerana cinta"ujar ukhti.

hmmm bagaimana kalau cinta itu sudah berputik? sayang telah wujud? terbaeklah mereka.. saya sangat menyokong bait muslim begini dan ia langsng xmustahil.. memang banyak bait2 muslim wujud atas urusan dakwah.. demi ummah, demi kejayaan akhirat.. subhanallah.tp saya xmampu menjadi betul2 begini.namun, niat utk berkahwin mestilah bkn disebabkan cinta semata-mata.. tp perlu ada matlamat yang perlu kita tetapkan sendiri dengan yakin..oh! ia ALLAH SANGAT REDHAI.. bila punyai matlamat.. sedikit demi sedikit kita melangkah ke arah objektif-objektif yang ditetapkan.. insyaAllah..

"enti nak kawen.. enti mestilah buat lebih lagi... " ujar seorang ukhti sbg taazkirah sblm ke kuliah agama..

saya berfikir.. terkadang saya mengamuk sendirian di dalam hati. mestikah aku menjadi bagus segala-galanya??? mestikah saya lebih segala-galanya?? seolah-olah ada sebatang pisau mencarik2 jauh di lubuk hati..

"ok fine.. saya sememangnya tidak pernah sebaik kalian!kalian rajin berdakwah, rajin gi kuliah2 agama, bersemangat dalam usrah, bagus dan terbaek akhlaknya, blablabla... " bisik hati yang rosak punah dan hancur..

astaghfirullahal azhiiim... enti sedarkah enti sedang pikir ape ni haaaa?? {bisik hati}Ya Allah ampuni dosa-dosaku.. im trying my best.. saya tahu limit saya di mana.. kadang orang xtahu apa saya alami sebab saya banyak berdiam diri. dan semoga urusan ini sentiasa menjadi urusan saya dan Allah sahaja.. sebab saya belajar manusia tidak pernah sempuna dan seringkali silap.. jadi saya perlu berhati-hati dengan manusia.. tp dengan Allah.. DIA lah segala-galanya Maha Mengetahui Maha Mengasihi dan sempurna sifatNya.

tp alhamdulillah ada orang masih sudi mengkoreksi diri yang hina ini.. insyaAllah sentiasa berterusan bermuhasabah diri.. seriingkali saya suka berdiam diri.. kerana terlalu banyak berkata2 itu merosakkan dan menghancurkan diri malah orang lain juga..

sememangnya persediaan diri untuk membina bait muslim yang paling utama adalah ilmu.. terfikirkah kalian seorang lelaki asing, yang langsung tidak dikenali, tiba2 dengan satu lafaz akad sahaja menjadi manusia paling agung pada seorang isteri? manusia bergelar suami ini lebih agung dari ibu bapa sendiri yang telah membesarkan, mendidik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang? sehingga rasulullah s.a.w sendiri bersabda kepada anaknya fatimah bahawa seandainya dia mahu seorang wanita bersujud, nescaya dia akan menyuruh wanita itu bersujud pada suaminya.. subhanallah.. semoga lahirlah fatimah kedua dalam diri yang hina ini..

konklusinya, carilah ilmu terbaek untuk kebahagiaan rumah tangga, ilmu dunia dan akhirat, belajar masak tp jangan berlebihan sehingga mahu tumpukan memasak saja.. ilmu kecantikan supaya sentiasa tampil cantik dihadapan suami tp bknlah bergaya diluar rumah untuk tatapan lelaki ajnabi.. ilmu menjaga kebersihan diri dan rumah supaya si suami dapat merasakan inilah rumahku syurgaku.. ilmu pengurusan wang dengan tidak berbelanja berlebihan dan membeli sekdar perlu serta banyakkan simpanan.. ilmu pendidika anak-anak muslim supaya mereka mampunya menjadi khalifah yang mukmin.. ilmu kesihatan supaya terbentuk tubuh yang kuat dan cerdas.. ilmu sosial supaya dapat bergaul dengan baik dengan bakal keluarga suami.. terpenting... bagaimana menjaga suamimu?? bagaimana menyenangkan hati suamimu? bagaimana menjadikan suami berasa di syurga?? kenapa? kerana redha Allah kelak ada pada redha suami.....~

semoga.. kalian2 yang mahu berkahwin.. betulkan kembali niat, berubah step by step.. semoga diri ini mampu.. im trying.. im not the best person ever..

Firman Allah S.W.T. di dalam surah at-Tahrim, ayat 6:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


semoga saya sentiasa tahu dalam setiap apa yang saya lakukan dan tidak hilang tanpa arah tujuan. Allahumma ameen

motivasi: kamu lupa asah kapak


Jangan lupa asah ~ picture by Aliisza of Deviant Art

Jangan lupa asah ~ picture by Aliisza of Deviant Art

Sampai satu tahap dalam kehidupan, selepas kita mengharunginya dengan penuh kesungguhan dan kegigihan, kita akan melanggar dinding kepenatan.

Kita rasa seakan keletihan. Tiba-tiba rasa lemah. Tiba-tiba hilang kekuatan. Kita lihat prestasi kita menurun. Kita nampak kualiti kita merendah. Tertanya-tanya kita akan sebabnya. Lantas kita usaha melipat gandakan usaha, menambah amal, tetapi apa yang terjadi adalah penurunan.

Turun dan semakin turun.

Kenapa?

Kerana kita lupa mengasah ‘kapak’ kita.


Kisah Si Pemotong Pokok

Terdapat seorang pemotong pokok, bersama kapaknya yang sangat tajam. Dia hendak bekerja mencari makan. Maka dia pergi bertemu dengan seorang tuan kepada tanah yang dipenuhi banyak pokok. Tuan tanah itu memerlukan orang untuk menebang pokok.

Maka bermulalah kerjanya. Hari pertama dia berjaya menumbangkan 30 batang pokok. Dia memulakan hari keduana dengan gembira. Juga 30 batang pokok berjaya ditumbangkan.

Tuan Tanah gembira. Pemotong pokok juga senang hati. Esoknya dia berjanji hendak datang lagi. Namun perkara mengejutkan berlaku pada hari ketiga. Dia hanya mampu memotong 20 batang pokok sahaja.

Si Pemotong kehairanan. Dia tidak merasa staminanya menurun. Maka dia berkata kepada Tuan Tanah: “Esok, saya akan potong lebih banyak lagi.” Dia berazam melipatgandakan usaha.

Namun, hari keempat, dia hanya mampu memotong 10. Lebih sedikit dari hari yang ketiga, walaupun dia berusaha telah lebih kua. Dia merasa tidak senang dengan prestasinya. Maka sekali lagi dia berjanji dengan Tuan Tanah: “Esok, saya pasti akan memperbaiki prestasi saya”

Pada hari kelima, dia bermati-matian berusaha. Namun mengejutkan, setiap pokok yang hendak dipotongnya memakan masa yang amat lama. Di akhir hari, dia hanya mampu menebang 5 batang pokok sahaja.

Dia menangis di akhir hari itu. Menghentam-hentam dirinya dengan pertanyaan: KENAPA?

Tuan Tanah yang melihat Si Pemotong itu, datang mendekatinya dan bertanya:

“Apakah kamu mengasah kapak kamu?”

Ketika itu Si Pemotong tersentak.

Ya, dia tidak mengasah kapaknya!

Kapak dalam kehidupan kita

Di dalam kehidupan kita, kapak dalam cerita tadi boleh didefinasikan sebagai ‘daya keimanan’.

Sampai satu tahap, selepas mengharungi pelbagai jenis halangan, cabaran dan dugaan, akan muncul satu dugaan di dalam kehidupan kita. Itulah dia dugaan ‘rasa penat, rasa lemah, rasa tak bermaya’ untuk melaksanakan kerja.

Kita perasaan akan masalah ini bila ianya berlaku. Tetapi biasanya, langkah penyelesaian yang diambil oleh kita adalah silap. Kita biasanya akan bertindak untuk melipat gandakan usaha, menambah lagi berat atas kehidupan kita dan sebagainya.

Kita terlupa untuk melihat punca sebenarnya.

Daya keimanan. Apakah sumber daya itu kita lihat kembali?

Kenapa tidak mampu lagi membaca Al-Quran dengan banyak? Kenapa tidak mampu lagi solat dengan khusyu’? kenapa tidak mampu lagi menundukkan pandangan? Kenapa tidak mampu lagi istiqomah atas kebaikan? Kenapa rasa tidak mampu memikul kebaikan sepanjang amalan kehidupan?

Kerana daya keimanan kita menumpul. Yang menolak manusia, hamba kepada Allah SWT untuk kekal taat kepada-Nya yang Ghaib itu, untuk mengejar pahala pemberian-Nya yang tidak kelihatan itu, hanyala dengan keimanan.

Bila keimanan menumpul, maka kekuatan untuk beramal juga menurun.

Menghidupkan Daya Keimanan

Bila kita perasan akan hal ini, penurunan kualiti dan prestasi kita sebagai hamba Allah SWT, maka langkah untuk menghidupkan semula keimanan itu perlu diambil.

Antara yang utama adalah kembali memerhatikan hubungan dengan Allah SWT. Muhasabah dan membuat pengisian. Sebab itu, kata-kata yang masyhur daripada sahabat Rasulullah SAW, antaranya adalah: “Mari duduk sebentar dan beriman”

Bukanlah beriman itu sebentar sahaja. Tetapi dalam waktu yang sebentar itu, keimanan itu di’recharge’ kembali untuk dibawa mengalir pada segenap kehidupan, segenap kerja dan amalan.

Sebab itu, kadangkala jiwa ini perlu kembali di’recharge’ dengan pengisian-pengisian. Perlu wujud tempat perhentian untuk kita mengambil ‘bekalan’.

Antara cara lain adalah duduk bersama rakan-rakan yang soleh. Lakukan program bersama seperti Solat Subuh berjemaah bersama mereka, sarapan pagi bersama, qiamullail bersama, dalam kadar yang sederhana seperti seminggu atau dua minggu sekali. Berziarah bertemu mereka juga satu bentu ‘tambahan’ kekuatan.

Penutup: Maka perhatikan kapak kalian

Dalam hidup kita, kita perlu menebas jahiliyyah. Bila hendak beramal, kita perlu menebas kemalasan, hasutan, godaan dan sebagainya. Hendak taat kepada Allah, kita perlu menebas syaitan dan cinta kepada hawa nafsu.

Kita memerlukan kapak kita.

Justeru, jangan kita lupa mengasahnya.

Kekuatan tidak akan terbina dengan tiba-tiba. Pasti ada sumbernya. Maka bila kekuatan kita punya masalah, maka lihatlah akan sumbernya.

Jangan biarkan rawatannya lewat. Nanti diri sendiri akan merana.