رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Sunday, January 3, 2010

sabar itu sinar seperti mentari!

SABAR ITU MATAHARI

Di dalam sepotong hadith yang panjang riwayat Muslim, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:


“Dan sabar itu sinar seperti mentari”

Ulama merumuskan sabar itu diibaratkan seperti matahari kerana dua perkara...

yang pertama, matahari itu sumber kehidupan. Sama seperti sabar yang menjadi sumber kepada kebaikan. Sabar dalam ibadat, sabar dalam taat, sabar menahan diri daripada maksiat, sabar dalam musibah dan sabar dalam nikmat, semua itu menjadi sumber untuk melimpahkan pelbagai kebaikan yang lain.

Sebab kedua, untuk sabar dan menghasilkan kebaikan seperti khasiat matahari, diri kita terbakar panas!

semoga dapat terus bersabar... dalam semua perkara kebaikan mahupun kejahatan..

1 comment:

  1. saudari, saya macam agak confuse sedikt ayat terakhir yg saudari tulis... semoga kita dapat terus bersabar dalam semua perkara kebaikan dan kejahatan...ayat ni makna dia dah lari ckit, seolah2 kita perlu bersabar jugak dalam buat jahat:p
    saya tahu perkara sebenar saudari ingin sampaikan. saudari ingin menyeru semua pembaca supaya bersabar dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, betul tak? bijakkan saya ni...

    ReplyDelete

^___^