رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Sunday, January 3, 2010

api lilin itu panas...

Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim…

Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik, kitab yang digunakan semasa belajar Nahu Arab.

Kalam di sisi kami ialah lafaz yang bermanfaat seperti, “beristiqamahlah!”

Ibn ‘Aqil mensyarahkan Alfiyyah Ibn Malik dengan penjelasan yang menarik. Menurut Ibn ‘Aqil, KAMI yang dimaksudkan di dalam bait syair di atas ialah Ahli Nahu. Kata Ahli Nahu, “di sisi kami apa yang dikatakan sebagai kalam ialah lafaz-lafaz yang bermanfaat”. Contohnya ialah ‘istiqamahlah’.

Bagaimanakah lafaz ‘istiqamahlah’ boleh dianggap bermanfaat?

Ia dianggap bermanfaat kerana ia adalah lafaz yang menghasilkan DIAM, tanda mesej yang mahu disampaikan itu difahami seperti yang sepatutnya. Berbeza dengan ungkapan, “saya pergi ke”. Ia tidak difahami dan tidak menghasilkan DIAM. Orang pasti mahu bertanya, “pergi ke MANA?”

Itulah definisi Ahli Nahu

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari anda di api lilin itu. Hitunglah berapa saat anda mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari anda.

Jika anda melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.

Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.

32_21

“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]

Rabbanaa Aatinaa fi al-Dunyaa Hasanah, wa fi al-Aakhiraati Hasanah, wa Qinaa ‘Adzaaba al-Naar!

Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


oh.. kenapakah boleh berfikir sampai ke situ??? jgnlah anda berbuat zalim atikah!! astaghfirullahal azhiiim.. bertetaplah hati dengan apa yang anda miliki..

wahai cik syaitan yang bughuk!! pegi jao2..

No comments:

Post a Comment

^___^