رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Monday, January 18, 2010

keliru??


masih keliru dengan diri sendiri??
masih keliru dengan iman dalam hati?
masih keliru dengan amal??
masih keliru ngn lectures??? =D
masih keliru ngn clinical round?
masih keliru dengan ukhuwwah??
masih keliru dengan masa depan??
dan segala macam kekeliruaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan...~

tadi bertanya dengan seseorang pasal 1 hadis..
terasa kerdil je diri..
terasa takut sebab kurangnya ilmu..
lantas diri jatuh pada kebatilan..
kadang, sudah tahu akan sesuatu yang hak..
namun diri masih jatuh pada kebatilan..
nafsu yang sentiasa dahaga..
syaitan yang tidak pernah berputus asa..
itulah puncanya..

lantas pentingnya mencari ilmu sebanyak2nya..
perbuatan yang disangka tiada apa2 kecatatan..
seperti bunga ros yang nampak cantik untuk ditatap..
wangi untuk dihidu..
namun, ia tetap berduri..
sekali terkna.. rupanya sakit dan mengalirkan darah yang kotor..
kita sebenarnya banyak menutup sebelh mata..

selalu bertanya pada diri..
betulkah semua yang aku buat semalam, hari ini dan hari esok sebenarnya??
antara banyak2 yang rasa betul.. pasti ada salahnya..
antara banyak2 yang rasa sedap hati.. ada jugak yg xsedap hati..
dalam byk2 rasa nak berbuat baik.. ada je rasa nak berbuat jahat..
dalam rajin2.. ada jugak malasnya..

kadang... kita cuba memuaskan kehendak dan nafsu sehingga meninggalkan yang hak..
islam itu mudah.. namun kemudahan dalam islam itu sendiri sering kita permudahkan lagi..
kena perbanyakkan istighfar..semogaa Allah kurniakan pengampunan..
terlalu banyaknya kita bergembira.. kelak hati akan mati..

mungkin.. perlu lebih banyak belajar...

belajar menuntut banyak2 ilmu..
belajar untuk amal segala ilmu..
belajar utk istiqamah dengan amal dan ilmu..
berkata2 tidak semudah jasad yang melaksana..
namun, Allah memberi kita masa utk berusaha..
janganlah berputus asa..
Dia Maha Pengampun.. Maha Pemurah..

kadang2..
rasa macam banyak doa saya dimakbulkan..
banyak urusan saya dipermudahkan..
kalaupun saya sdih.. ia xselalu lama.. ada ubatnya..
kalau saya lemah.. ia juga sementara.. pasti ada semangatnya datang menjengah..
kalau saya leka.. pasti datang segala rasa yang menampar diri dari segala angan2..
kalau saya terlalu gembira.. ia xkan selamanya. sbb Allah syg saya.. Alhamdulillah
peliharakanlah diri kami dari kegembiraan yang melampau sehingga menjadikan kami lalai kepadaMU..kalo xde benda pn utk rasa sedih.. hadirkanlah..

bila melihat pada diri..
setiap manusia ada lebih dan kurangnya dia..
sebenarnya kita semua sangat istimewa dengan cara tersendiri!
tapi adakah kita sentiasa menghargai keistimewaan itu?
pergilah cermin diri!!
mana yang kurang.. kita usahakan utk tampal..
mana yang lebih.. usahakan utk serlahkan..
susah jgk.. tapi yang penting.. MENCUBA ^^

rabbuna yusahhil..

Tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur. Dalilnya dari firman Allah : Al-Imran : 133 ; Al-Maidah : 48 , An-Nisa' : 65 ;

Hadith Nabi :

Ertinya : "Apabila aku perintahkan dengan sesuatu perintah, maka perbuatlah kamu sedaya upayamu, jika aku larang sesuatu pekara jauhilah ia" [1]

‘At-Tadarruj ' (beransur-ansur) juga lebih utama daripada membuat perubahan mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz r.a kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan :

لا تعجل يا بني , فإن الله ذمّ الخمر في القرآن مرتين , وحرمها في الثالثة , وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدَعوه جملة , ويكون ذا فتنة .

Ertinya : "Jangan tergesa-gesa ya anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.[2]
saya mahu belajar bersederhana..
kerana kesederhanaan itu indah!!
marahlah, tegurlah dengan hikmah pabila saya keterlaluan.. =(
hidup ini akan sunyi tanpa kalian..
terima kasih ^^
berusaha jom !! rabbuna yusahhil..

1 comment:

  1. Takut juga jika ada melakukan kesilapan secara tidak sengaja

    ReplyDelete

^___^