رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Monday, May 25, 2009

usul 20

kenapakah saya memang ada banyak masalah sikit kalau bila tiba masa perlu belajar sahaja. tapi bila saya disibukkan dengan buat kerja-kerja luar barulah blog ini akan sunyi.. tapi bila xm sudah dekat..hihihi.. harap memahami..:D

tiba-tiba saya diselubungi perasaan malu yang amat sebab telah menangis masa 'SC'. wah, saya jua tidak menyangka saya akn jadi sebegitu. sedangkan masa tu, saya hanya diminta untuk keluarkan pengajaran tentang apa yang telah dibentangkan. saya sangat malu!! sudah dua kali tapi hari tu ramai yang takde.. :D

tapi saya sangat berterima kasih pada semua sebab tolong pujuk saya yang tidak berhenti menangis macam budak kecik! aish..kamu sudah tua!! walaupun semua tidak tahu masalah saya atau ada la kot seseorang rasa mengetahui masalah saya (tidak semestinya sangkaan kamu betul yea!). tapi kamu memang baiklah! hehe.. saya tak akan cerita apa-apa. sbb saya dah tak ada masalah! tapi mungkin sbb rasa nak nangis jea..

tajuk hari tu takde la berat. tapi otak saya memang tak ligat. ah, otak saya memang kurang ligat berfikir. kena belajar berfikir sedalam-dalamnya. hari tu ambil hadis 7, addinunnasiihah.. agama itu nasihat. perkahwinan khadijah dan nabi muhammad s.a.w dan tafsir surah at-thorif dan adala yang sampingannya sebab dapat mas'ulah yang sangat bagus.kagum! macam biasa, setiap kali 'SC', pasti banyak yang terkena dengan diri saya. Heeee...~insaflah wahai diri.. balik rumah trus ade sebungkus nasi terhidang.. ojie belanja!! jazakillah tuk nasi goreng dari serumpun yang best?? Alhamdulillah kenyang jua perut ini yang sedia kenyang.. ^_^

kalau haritu saya kata tak boleh terima lecture diuretics langsung!! oh.. penatnya.. saya pasti jadi tidak keruan bila tibanya masa lecture diuretics. mau saja menangis depan doktor.. heee.. saya tak dapat terima penyampaian doktor.. sedangkan beliau mmg sudah bagus sebenarnya, selalu buat kawan2 saya gelak, dan banyak je menstimulatekan budak2 ni..maybe. siapalah saya yang keseorangan terkapai-kapai..penatnya.. mungkin saya terlalu skema!! terlalu mahukan sesuatu yang serius.. terlalu demand pada suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan lebih sistematik...saya mmg budak skema+serius??bak kata atun and the geng.. uhuk.. benarkah?? tapi sekarang sudah tukar lecture pharmacology kepada Prof Dr Madiha Abdel Halim.. saya kembali bahagia.. ^_^ pergi kelas practical pharma tadi jua tidak sia-sia dengan harapan menggunung tinggi dapat sesuatu.. thanks dr amani for ur explainations..

sekarang saya kurang berani untuk nasihat ramai orang dah even dalam sc jadi takut... saya memang sangat terasa sekarang. benarlah, setiap orang akan diuji dengan kata-katanya. cth: kalau masa saya nasihat tu, benda tu saya tau hukumnya tapi saya belum alaminya atau dah terlepas fasa waktu tersebut. pasti saya akan diuji dengan benda yang sama, maknanya perkara itu akan berbalik pada saya untuk diuji... tu ujian keimanan. linda dan eman pasti faham maksud tikah. tikah banyak nasihat korang berdua dulu..macam bagus sangat!! sebenarnya kamu lagi bagus dari saya.. ah, kena berusaha!! sejauh mana saya hendak berputus asa dengan ujian ilahi? sepatutnya itu yang menjadi titik tolak bagi saya.. ia, penolak diri!! masakan boleh berputus asa..ayuh!

jadi skrg saya mahu share tentang usul isyrin.. usul 20.. hassan al-banna

ASAS PERTAMA:
Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah
negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau
rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

ASAS KEDUA:
Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk
mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah
bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami
melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai

ASAS KETIGA:
Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan
kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya,
manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi
dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat
diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan
hukum dan nas syariat



boleh download disini
saya cadangkan kamu baca penjelasannya untuk memahami sebab kalau nak paste semua sini memang xmampu dan takde orang nak baca pun kot.hee.. selamat menuntut!!

3 comments:

  1. blog anda telah diletakkan dalam senarai blog list kami. tahniah! :)

    ReplyDelete
  2. hmm..rahsia hati siapa blh bacakan...neway,hope k.tikah makin kuat ngn stiap titik air mata yg kuar tu.everybody cries rite?hehe.alhamdulillah pnyai hati yg msh mampu mnangis~

    ReplyDelete
  3. kdg2 mnangis ni bgus gak kan???
    tp dlm sudut ksihtn,linda x tahu la ad bgus ke x..hehhe..

    erm..x smstinye kite kna perfect dlu bru bleh nk nsiht kt org..linda hrgai sgt2 ap y k.tikah slalu igtkan linda..nsihtkan..

    alhmdulillah,stiap ujian n dugaan..linda aggap 2 sbg kaffarah dosa2 lama..tq akak..

    ReplyDelete

^___^