رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Saturday, May 16, 2009

tidak mengerti~

batrisya, lawa betul nama itu bukan? tapi lawa nama itu tidak menggambarkan kecantikan wajahnya. batrisya hanya seorang gadis biasa, menjalani kehidupan biasa2. Impiannya sangat tinggi menggunung sehinggakan kadang2 dia tak pernah terfikir semua impiannya akan tercapai. jadi, batrisya hanya cuba sedaya upaya menyinari kehidupan yg sedia ada. supaya hari-harinya tidak malap malah sentiasa cerah dan ceria bak sinaran mentari pagi.. bukan mendung seperti langit yg ditutupi awan. dia ingin hidup bahagia.. disamping keluarga tersayang.. keluarga yang menyayanginya dan sememangnya hanya keluargalah tempat batrisya mencurahkan segala-galanya. tp itu bukan lah titik terakhir dalam hidup kita, sememangnya Allah tunggak segala-galanya. tanpa Allah, tiada apa yang mungkin berlangsung dengan kebahgiaan hidup yang hakiki.

ape itu bahagia?? bahagia adalah sautu ketenagan hati, bukan terletak pada kecantikan wajah, bukan jua pada harta melimpah ruah, bukan pada kasih sayang dari kekasih hati, bukan jua kejayaan cemerlang yang menjadikan kita dijulang-julang dan tersohor seantero dunia. tapi ketenangan itu adalah bahagia hakiki. kalau dikurniakan harta yg byk, mst gelisah kalau harta itu dicuri, kalau canti risau kalau tua, kalau cemerlang risau kalau gagal, kalau ada kekasih risau ditinggalkan.. erm... itulah kerisauan dunia. yang sering manusia pikirkan. itu maknanya kita lebih mencintai dunia.. oH.. KETENANGAN...

batrisya sangat tidak suka cari masalah. kalau ada mslh.. dia mmg pengelak masalah no 1. dia akan cuba sedaya upaya supaya benda kat depan dia tu xjadi sebuah masalah, tp jadi pemangkin. tp kali ini, batrisya buntu dgn apa yg dihadapinya.

kalau semasa kecil dulu, batrisya pernah sekali menghadapi dendam kesumat. semua berlaku pada peringkat umur yang sangat kecil lg. sekitar 7-8 tahun mungkin. anak sekecil itu sudah mengerti erti dendam dan benci? begitulah dahsyatnya bila kita membuat apa2 kesilapan pun. semua bermula semasa zaman telefon berleluasa, tapi bukanlah telefon bimbit pun. zaman awal 1990 an semua sedang sibuk mempromosi barang jualan di kaca televisye, di radio, di surat khabar pun dgn barang jualan yang menarik disertai penghantaran ke rumah. kawan-kawan batrisya yang merupakan jirannya selalu suka main-main dan akhirnya mereka adik-beradik menggunakan telefon rumah mereka untuk berbual-bual kosong sahaja, bergurau senda dengan lelaki2 di corong telefon nun jauh di kuala lumpur. perbuatan mereka dilakukan berulang2 kali mungkin sebab pakcik2 di sana melayan setiap gurauan mereka. seingat batrisya, batrisya hanya sempat cakap beberapa patah perkataan saje dan mereka terus merampasnya.

nak dijadikan cerita, suatu hari ada barang sampai dan xlama selepas itu, bil telefon sampai dgn menggunung tinggi harganya yang mahal. tapi, mereka menuding jari kat batrisya selepas tu dan menyuruh abah batrisya byr bil telefon + barang tu skali... dari situ, entah dari mane dendam dan benci itu dtg sehingga batrisya berumur 15 tahun lamanya. tu pun masih tidak mampu tersenyum dgn ikhlas bila bertemu.terasa kurangnya gula, hambar... tapi skrg alhamdulillah, batrisya mmg dah boleh kot nak senyum kat mereka kalau ditakdirkan kami bertemu. insyaAllah

begitulah kisah dendam dan benci yang bermula dari umur seawal 7-8 tahun. yang masing belum ada apa-apa jati diri dalam hidup. dan itulah yang terawal dan yang terakhir. tapi batrisya masih tidak dapat mengelakkan sesuatu yang berlaku dalam masa yang singkat saja. buntu?? ye itulah label terbaik mungkin. sukar untuk dimengerti manusia yang berbeza-beza. org kata, rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain sbb Allah mmg dah tetapkan setiap manusia itu pasti berbeza. apa yang sama hanyalah fikrah dan akidah yang beriman dgn Allah yg dpt menyatukan manusia seluruhnya. tp sampai sekarang, bumi ini masih dipenuhi ramai orang kafir, org murtad, org munafik.. dan sangatlah sedikit orang-orang yang betul2 beriman pada Allah. terfikir juga, adakah kita termasuk sekali atau kita sebenarnya dalam golongan2 yang rugi mungkin.. astaghfirullahal aziiim..
so.. apelagi.. PHD.. dendam.. benci perlu dibuang... ^_^



Nafsul Amarah, ini adalah tingkatan yang paling rendah. Nafsu amarah cenderung mendorong manusia untuk melakukan perbuatan keji dan rendah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam sURAH Yusuf ayat 53

yusuf-53.gif

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf 53)

Merawat dan Memelihara Hati

Kita menyadari bahwa hati merupakan unsur paling penting dalam kehidupan kita yang tetap berfungsi sampai akhir zaman. Karena itu kita harus merawat dan memeliharanya dengan baik agar tidak rusak dan dipenuhi penyakit yang dapat menyengsarakan kita selama lamanya.

Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat pada Allah, setiap saat melakukan komunikasi dengan Allah, sehingga selalu berada dalam bimbingan dan hidayah-Nya. Matanya dibimbing oleh hatinya untuk selalu memandang kebesaran Allah, telinganya dituntun oleh hatinya untuk selalu mendengar kan nasihat dan ayat ayat Allah. Hatinya selalu terbuka untuk menerima nasihat dan ajaran kebaikan.

Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati agar tetap bersih dan jernih antara lain

1. Selalu ingat pada Allah dimanapun berada

2. Selalu memuji kebesaranNya

3. Selalu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan Allah

4. Selalu bertasbih mensucikanNya

5. Selalu mohon ampun atas kekhilafan dan dosa yang dilakukan

6. Selalu mohon perlindunganNya dari godaaan Syetan dan tipu daya dunia yang melalaikan

7. Selalu mohon bimbingan dan tutunan Allah dalam menjalani kehidupan ini

8. Selalu membaca atau mendengarkan ayat suci Al -Qur’an dan mentadabburinya setiap hari

9. Melatih hati untuk bersifat Taqwa, tawakkal, sabar, ikhlas, jujur, amanah,ridho,kasih sayang menahan amarah, menahan nafsu dari keinginan rendah dan lain sebagainya

10. Bersihkan hati dari penyakit Kafir, musyrik, sombong, takabbur, riya, dengki, dendam, khianat, kikir,loba dan tamak, memperturutkan hawa nafsu dan lain sebagainya

TERUSKAN PEMBACAAN DI SINI

No comments:

Post a Comment

^___^