رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Tuesday, May 26, 2009

syafakallah..

amatlah terkejut saya membaca status seorang sahabt di sini, yasir masuk hospital sebab lobar pneumonia? [itu bukan statusnya yea!]tiada kata-kata mampu dilafazkan.. hanyalah sekalung doa untuknya.. insyaAllah Allah akan sembuhkan beliau dengan kadar segera. sesungguhnya ini ujian dari Allah. semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.. biiznillah..ramai makin sakit.. bila org2 terdekat yang jatuh sakit, barulah terasa dgn diri sendiri.. tiba-tiba rasa gerun dengan diri. semua kata muka saya pucat atau mmg naturally mcm ni? hari tu check Hb mmg normal je. wat medical check up la pasni. sbb rs mcm ada sumtim wrong jgk. harap semua akan ok2 aje.. amiiin

teringat suatu ketika masa abah mula2 disahkan kanser. lymphoma kah?? masa tu masihh kecil dan tak tahu apa-apa. apa yang saya tahu, sudah tidak lagi muka abah yang kerap menjemput saya dari sekolah sebab terpaksa berulang-alik ke hospital untuk chemotherapy. last skali masa dah tahun terakhir hayatnya, abah belikan saya basikal. saya xsuka naik basikal!! nampak xbegitu sopan dengan keadaan macam tu.l tapi keterpaksaan hidup mengajar diri supaya berdikari.lama-lama juga jadi semakin teruja setelah sekian lama tidak menaiki basikal.zaman remaja memang gemar buat macam-macam. bila tiba bulan 6-7, setiap hari pasti pulang dari sekolah dengan pakaian yang basah lencun. ah, itulah pengalaman mungkin. tak mungkin saya mampu bayar sebuah pengalaman tanpa mengalaminya.

hari-hari lalu lalang di kawasan hospital. memang semua ni mengingatkan diri dekatnya kematian, besarnya nikmt tuhan. sedarkah wahai diri?? org2 sekeliling menangis meratapi kematian sanak saudara mereka. mereka sudah pergi jauh meninggalkan kita. kita bilakah? mungkinkah tidurnya malam ini tanpa disusuli dengan hadirnya hari esok? semoga masih ddikurniakan waktu untuk bertaubat dari segala dosa.. ampun dan maaf buat sahabat atas segala salah dan silapku..

masa professional skills, jumpe mcm2 patients.. tgk mereka terpaksa dengan badan yang masih tidak bermaya, dengan kudrat yang sedikit. namun, kuat dan tabah utk menyediakan diri untuk kami. terima kasih pada para pesakit yang telah byk berjasa. mereka, ada yang berkerusi roda.. sedang kita masih cergas berlari ke sana sini. mereka, ada bengkak sane sini, oedema, swellling, bruising and so on yg mcm2 la defects akibat kerosakn organ dsbnya..diorg nak dudk sakit, nak berbaring kena ade step slow-slow, nak jalan kena dengan langkah yang kecil, nak makan mungkin juga ssh.. ade yang langsung xleh kencing!! pendarah.. ah.. banyak lagi kalau mahu cerita semua.. sakitnya!! tp kita? masih semuanya teguh menjalankan fungsi, berjalan lancar dengan baik!!.. sedarlah wahai diri.. syukuri segalanya.. Alhamdulillah Ya Rabb

sakit, mati.. oh.. sungguh takut andai nikmat kesihatan di tarik. tapi kesakitan itu penebus dosa. sesiapa yang ditimpa kesakitan adalah org yang beruntung sebab ujian itu bakal lebih mendekatkan diri pada tuhan yang esa. pada yang masih sihat, bersyukur jua sebab kita ada kudrat utk beribadat. sedang batu2.. pokok2.. haiwan2.. dan seluruh ciptaan Allah bertasbih padanya. kita yang sebaik2 kejadian ini bila lg?? astaghfirullahal aziiiim... sedarlah diri..

syafakallah tuk sahabat.. mari sama-sama doakan kesihatan semua yang sakit, dan palestin jua supaya saudara kita akan senyum melebar semanis madu seindah sang bulan purnama! ah indah, sungguh!



saya perlu study mungkin.. ~rabbuna Yuqowi..

No comments:

Post a Comment

^___^