رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Sunday, December 28, 2008

salam maal hijrah..~


Renungilah sejenak.. manekah jalan sebenar yang mahu kita pilih??


Manusia berhadapan dgn 6 persimpangan


Abu Bakar r.a. berkata,


" Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."


Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya



Hari ini adalah hari terakhir utk thn 1429H. Tepat jam 9.30 pg.. seorg gadis yg hina ini berjalan menuju ke bank.. dan akhirnya kakiku terus melangkah ke kelas Proffesional skills.. alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.. kecuali satu perkara yg sering meninggalkan kesan kt hatiku setiap kali kelas ini ditmatkan.. psl patient yg jd bahan utk kami belajar.. pastinya sebak ini akan terus semadi dlm hatiku.. melihatkan mereka yg sakit.. menanggung seksa dunia yg xberkesudahan.. “kesiaaaannya..” tula satu2 perkataan yg keluar dari hati+mulut pelajar2 perempuan kebanyakkannya.. dek melihat aksi doctor yg menunjukkan cara memeriksa pesakit.. melihat mereka terpaksa bersusah pyh menunjukkan mcm mn mereka berjalan..(setiap penyakit ada cara berjalan tersendiri) bagaimana mereka terpaksa membuka aurat utk kami belajar.. bagaimana jgk mereka merelakan kami memegang bahagian tubuh mereka. Mengenakan alat2 utk memeriksa any defects..(although sumtime its painful.. sorry.. ) mmm.. jazakumullahu khairan kathiran.. andai kalian dibayar utk itu.. alhamdulillah.. even mcm mn pn.. trima kasih yg tak terhingga inginku berikan utk pakcik2 arab+makcik2 arab yg sedang terseksa dgn sakit msg2.. but at de same time.. mereka mengurniakan diri mereka utk kami yg mahu dan sedang belajar.. semoga mereka dikurniakan kesabaran hati yang tinggi utk menghadapi ujian ini.. dan mungkin ujian ini salah satu kifarah dosa kita yg xpernah berkesudahan jua..dan mohon dikurniankan pahala berterusan sbb bermanfaat utk kami mempelajari sesuatu yg baru serta mohon disembuhkan penyakit mereka secepat mungkin.. Allahumma amiin..


Selepas itu, kakiku terus melangkah ke surau berhampiran sbb merisaukan diri xdpt menunaikan kewajipan solat zuhurku jika tidak menunaikannya skrg.. sbb pasni ak akan ke suatu tmpt.. mmm. Smntara menunggu.. masih sempat lg membelek sebuah buku yg baru dibeli. ‘YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD’ KARYA Dr A’id al Qarni.. buku ni dibeli dr maktabah dar salam kt syuban muslimin.. ms beli ni.. ada pakcik arab kata.. “anti zaiyyi masriyyah” uhuk.. (nk jgk ckp ek.. hehe).. maybe sy adalah antara org arab plg buruk mungkin? Huhu.. tp alhamdulillah sy dikurniakan mata utk melihat.. tangan utk menulis.. akal utk berfikir.. kaki utk berjalan.. telinga utk mendengar dan bermacam2 jenis nikmat Allah yg terhingga ni.. ALHAMDULILLAH..

In dis book.. it ask for women to say yes to :

  • Say yes to ur beautiful smile dat sends a msg of warmth and friendliness to de others

  • Yes to ur kind words dat establish friendship as permitted in Islam and dispel rancour

  • Yes to acceptable charity dat brings happiness to poor n feeds hungry

  • Yes to sitting wif the Quran, reciting it, pondering its meanings and acting upon ‘em, repenting and seeking forgiveness

  • Yes to remembering Allah a great deal and praying for forgiveness, persisting in du’a and offering sincere repentance

  • Yes to raising ur children in islam, teaching ‘em wif sunnah and guiding ‘em to wat which will benefit them

  • Yes to modesty in hijab as enjoined by Allah, which is de means of self-protection

  • Yes to de friendship of good women who fear Allah, love Islam n respect high values

  • Yes to honouring one’s parents, upholding ties of kinship, honouring one’s neighbours and caring for orphans

And say No to:

  • No to wasting time in trivial pursuits, and love revenge and futile arguments

  • No to giving priority to money and accumulation of wealth over one’s health, happiness, sleep, peace of mind

  • No to seeking out other people’s faults and backbiting(mengumpat) about them, whilst forgetting one’s own faults

  • No to indulging in physical pleasure and giving in every whim and desire

  • No to wasting time wif shallow people and spending time in idle pursuits

  • No to neglecting physical hygiene and clealiness in de house, n being disorganized at home

  • No to thinking of past calamities and dwelling on past mistakes

  • No to forgetting the HEREAFTER and neglecting to strife for it and to being careless of wat will happen in de HEREAFTER.

  • No to wasting money on HARAM things, being extravagant wif regard to permissible things and falling short in acts of worship.

Insyaallah saya akan tamatkan pembacaan buku ini secepat mungkin.. biiznillah..


Semasa pertemuan dgn ukhti2 semua, pelbagai perkara dibincangkan.. dan alhamdulillah.. pelbagai perkara saya perolehi.. bilamana sy meminta dan merelakan diri utk ditarbiyah.. betapa hinanya saya rasa bila saya masih disini..byk menerima tp masih kurang praktikalnya dan kurang memberi.. erti hidup pada memberi bak kata ust asrizal.. tp sy sndiri masih belum berganjak 1 inci pn... “tarbiyah itu bermula selepas berakhirnya tasbih kaffarah dan surah al-asr” tp ape yg sy lihat diri saya sebaliknya.. (perlu byk beristighfar)..


melihatkan ukhti2 semua.. saya jadi sebak sendiri..kalian mmg baik2.. insan2 solehah.. andai kalian mengetahui keadaan saya.. sudah tentu kalian bersedih hati.. melihatkan kehidupan seharian saya yg terlalai.. ukhti2ku.. tegurlah daku.. nasihatilah daku.. diri ini sgt2 memerlukan kalian di saat tiada bonda disisi utk mengasihi.. kalian mengasihiku.. dikala jiwaku tandus dgn nilai2 islam.. kalian ‘topup’ segalanya.. dikala diri ini tandus dgn duniawi.. kalian bekalkanku dgn perkara2 ukhrawi+duniawi jgk.. alhamdulillah.. saya ditakdirkan bersama kalian..


Kak yam pernah berkata bilamana saya mengutarakan pertanyaan ttg suatu perkara: “ atikah, ape yang paling penting sekarang adalah pembetukan peribadi awk sendiri.. pembentukan diri kearah yg lebih baik itu lebih penting.."


Akhlak itu itu dari segi bahasa adalah tabiat atau himpunan konsep atau sifat yg mantap dlm jiwa.. terdpt 4 rukun utk mencapai akhlak mulia seperti yg dikatakan oleh ukhtiku.. iaitu.. kemantapan ilmu… keberanian.. adil.. kesucian.. tanpa ilmu bagaimana mungkin akhlak mulia akan terbentuk.. tnpa keberanian utk menempuh jalan2 ini mana bisa akhlak terbina sbb xsemua perkara baik akan diredhai oleh manusia di akhir zaman ni.Beranikah?.... adil bermakna kekuatan jiwa yg mampu menguasai diri kita apabila marah dan bernafsu.. dan suci maknanya menjauhkan diri dr sikap haloba dan segala jenis perbuatan jahat… tanpa semua ni.. xmungkin kita berakhlak mulia.. akhlak adalah Sesuatu yg berlaku secara spontan.. kita xperlu berfikir2 utk berbuat sesuatu..


tp andai ada mujahadah dlm diri.. itu sudah termasuk dlm akhlak.. sbb kita berusaha kearah itu.. even kdg2 terlalai n rasa xmampu.. insyaallah.. dan mungkin kne nilai balik solat2 seharian saya mungkin.. sbb..




Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."



Hassan r.a berkata :


"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


So setakat mane solat saya dan sahabat semua blh menahan diri dari maksiat.. muahasabah3x… uhuk..


Dan berbalik berkenaan akhlak.. akhlak itu berlaku spontan atau mujahadah melakukannya.. betapa rendahnya akhlak saya bilaman saya melihat makcik2 di tepi2 jalan meminta sedekh.. saya masih berfikir2 utk menyumbangkan duit utk mereka?? Betapa saya xberusaha utk menukar duit besar kpd duit2 kecik jika itu sering menjadi alasan utk diriku.. betapa rendahnya akhlak sy bila saya saya masih berfikir2 utk menolong orang2.. sahabat2.. bagaimana saya masih berfikir2 utk memluangkan sedikit ms sy yg xde ape2 tu? Dimanakah keikhlasan sy?? Betapa teruk jgk saya sentiasa mengeluh dgn tugasan yg xberkesudahan namun menjadi kewajipan dlm pembentukan diri yg sebenar.. betapa saya masih perlu perbaiki diri bila saya berfikir2 utk buat sc adik2.. astaghfirullahal azim..


“aku masih perlu memperbaiki diri..”itulah yg terlintas di hati saya saat ini..betapa malunya saat ni dgn Allah sbb mutabaah amal yg sgt teruk.. (kne tglkn perkara2 lagha ni.. ) betapa rendahnya peribadi saat diriku mendambakan kehidupan duniawi yg xberkesudahan dan mengharapkan kasih sayang manusia?bukankah dgn mengingati Allah.. hati2 akan menjadi tenang.. pls praktikan tikah..jadikanlah dunia ini sekadar lintasan sbb ia langsung xkekal.. dan ‘alam’ sana adalah yang kekal abadi.. mahukah kamu dambakan syurga?? O’ Allah.. pls forgive me when I whine..



Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)



Seorg ukhti lg berkata ttg pentingnya kita mempunyai additive values to become an extraordinary person.. cth yg diberikan adalah.. 1 air tin.. dan 1 lg air botol.. bila dua2 jenis air ni digoncang.. of coz air tin akan tersembur kua.. n air botol ttp di di situ.. maknanya.. kne bersedia menghadapi semua keadaan.. mmm (sy xmacam tu.. ayaark) tp ukhti2 memilih tuk jadi air koktail.. xbegitu kosong dan tawar seperti air.. dan xbegitu manis dan membuak2 seperti air tin.. tp seperti air koktail yang mempunyai pelbagai jenis buah2an+rasa yg manis+rupa yg cantik+manis yg mengikut citarasa masing2… mmm.. mana anda nk pilh???


‘Jauhi masa lapang sebab ia adalah racun’


‘jangan biarkan hati kalian kosong, sb hati yang kosong bakal ada sesuatu akan singgah iaitu syaitan+nafsu’


Betapa saya sendiri terlalai sementara dek masa lapang selepas xm ni.. “kita xperlu menjadi seperti org2 kebanyakkan andai antunna ingin dan sedang ditarbiyah” kata mas’ulahku .so, rasanya saya perlu renung balik ape yg saya dah buat, sedang buat dan akan buat?? Adakah semua itu bermanfaat? Adakah mungkin apa yg saya telah, sedang dan akan buat bakal mendpt redha Allah?? Sbb smsa kita masih muda ni la.. kita perlu topup byk benda utk menjadi seorg anak yg solehah.. kawan yg baik.. adik yg beriman.. isteri solehah dan ibu mithali.. dan saya sedar.. saya perlu lupakan beberapa perkara sebelum beberapa perkara.. doakan saya mujahadah.. kenapa saya utarakan semua ni? Sbb kt akhirat kelak.. antara perkara yg ditnya adalah..


“apakah yang telah kamu lakukan

Ketika masa mudamu??” uhuk..


Saat ni.. apekah mampu saya jawab? Adakah masa2 saya terisi dgn tuntutan islam itu sendiri.. atau adakah setiap perbuatan saya berdasarkan bisikan syaitan dan nafsu itu sendiri.. oh.. antara keinginan dan keperluan.. saya rasa saya perlu lebih memikirkan ttg perkara2 yg lebih penting disaat ini.. insyaallah.. nampaknya kne lebih aplikasikan konsep ihsan supaya kita sedar+lebih ikhlas+bertumpu semasa buat sesuatu ..

Kalaulah anak kecil ini boleh jad begitu takut dgn api neraka.. sedangkan dosanya mungkin klu nk bandingkan dgn diri saya.. uhuk.. astaghfirullahal azim.. mari kita ikuti sejenak.

.

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata


, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu,


"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu."

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu,

"Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."


Berkata anak kecil itu

, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis,


"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Kemudian perjalanan saya diteruskan kerumah bait layyan.. bait ukhti2 solehah.. insyaallah.. saya kesana pn disebabkan kt rmh xde air.. so. Kne la solat asar kt sana.. dan kt situ jmpe kak elly, fiza, syazana yg turut singgh sane.. bkn sbb xde air mcm saya la.. hehe.. nilai2 dlm rumah ni amatlah menyejukkan hati saya.. betapa mereka mempunyai fikrah yg sama.. sifat2 dan keinginan serta kefahaman yg sama.. maksud sy bknlah memahami dr segi tolak ansur, perasaan n so on saje.. tp keseluruhan dr islamisasi itu sendiri.. alhamdulillah. Diri ini ditakdirkan menemui kalian2 yg solehah2 semuanya.. dapatku rasai ikatan2 yg kuat dlm tu.. yang turut mengikat hatiku sendiri ke dlmnya.. jazakunnallahu khairan kathiran.. inni uhubbukunna fillah Abadan abada.. doa awl dan akhir tahun jgk same2 dibaca disana sbb sy berfkir2 utk blk rumah selepas isyak..


Dlm perjalanan pulang.. hati saya memberontak.. ak xmau pulang rumah..!! bukanlah bermakna saya xsukakan rumah saya.. sbb saya suka jalan mlm sorang2.. hehe.. bukan apa.. saya suka suasana malam.. suasana yg lebih sejuk.. yang dpt mengosongkan hati dan minda saya.. membuat saya muhasabah diri secara spontan even sbnrnya suasana mlm disini xseperti di msia.. di sini mungkin lebih meriah dimlm hari.. even kt msia sy xpernah mcm ni.. I mean kua mlm srg2.. klu kt msia mst ngan abg.tp sini.. siapa yg saya ada? Utk mengharapkan musyrif.. adalah xperlu.. nk harapkan kwn2.. xmungkin utk membebankan mereka utk Sesuatu yg kurang penting.. as long as I can do it by myself.. y not I’ll try my best rite?? Dats wat im always thinking bout.. insyaallah everythings going to be alrite..


Semasa pemberontakkan berlaku dlm diri.. hehe.. saya berfikir2 utk ke kedai.. setelah ditnjau2.. kedai tu nmpk besar.. nmpk seolah2 byk brg.. nmpk cantik.. dan nmpk tersusun.. namun.. takde suatu pn barang yg saya berkenan kt hati.. tiada sesuatu pn yang boleh menarik minat saya utk membelinya.. kemudian saya ke kedai kek di sebelahnya.. dan sepotong kek yang cantik.. Nampak sedap+manis telah saya beli.. kek coklat!! Dlm perjalanan tu.. hati ni masih berfikir2 utk tidak pulang terus ke rumah.. saya berjalan2 mencari2 tmpt utk pergi.. kemudian saya decided g kedai runcit xjauh dari rumah tu.. dan sy beli 2 aiskrim!! Dan air kotak.. nmpk x mcm mn hati sy memberontak ms tu?? Membeli secara melampau2..mmm kemudian saya pulang ke rumah..


ape hasil sy dapat dr semua ni?? Saya berfikir2.. adakah saya mau jadi seperti kedai runcit yang besar mula2 tadi.. nmpk tersusun rapi.. byk benda.. indah dipandang.. tp TAK ADA APA2?? Takde ape2 blh dimanfaatkan.. xde additive values to become an extraordinary person.. xde kekuatan hakiki pd jalan sebenar ni?? Xde mujahadah berterusan n so on?? So.. berfikirlah sndiri atikah, what kind of person u want to be?? Atau adakah saya berminat utk jadi sepeti kek coklat td.. yang cantik dipandang.. indah dihias.. rasa yang enak jua??pikir2kan sndiri wat do u want to be.. jadilah insan yang dipandang olehNya.. can u do it?? biiznillah


Ape yang saya paling kesalkan.. kebelakangan ni.. tiada khusyuk dalam solat.. even sblm ni.. khusyuk tu bkn 100% . tp mungkin solatku kali ini hanya 10%?? Ya Allah.. ape dah jadi ni.. diri ni sentiasa berfikir.. dimanakah silapnya.. mungkinkah ape yang ku pilih ini salah?? Ya mungkin.. dan mungkin diri ni terpaksa meninggalkan segala2nya yg masih belum penting itu..


sebagaimana ibuku sentiasa memberi kata2 peransang dr jauh.. beliau yang sentiasa cuba menjaga hatiku even ank dia sebaliknya.. mungkin tiada keberkatan hidupku di sini… ibuku, ak sayangkan dirimu lebih dari diriku sendiri.. namun kadang2 diri ini alpa dgn perkara di hadapanku.. maafkan daku andai dirimu dilukai dgn perkara2 yg ku utarakan.. ak xkan mengutarakannya lagi selagi ia belum pasti.. insyaallah.. saya pun tercari2 bagaimana utk memiliki kekhusyukan dlm solat itu kembali setelah sy membuang segala2 isi dlm minda ini utk duniawi..(lepas muhasabah la.. uhuk..) insyaallah.. semoga semua ini berterusan(I wish to..)


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.


pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :


"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."


Isam bertanya,


"Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"


Hatim berkata,

"Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-


1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata,


"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.


Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



Sempena sambutan tahun baru ni.. rasanya saya perlu berhijrah ke arah yang lebih baik.. berhijrah utk menjadikan tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya.. berusaha menjadi sebaik2 insan yang boleh memberi manfaat pd org lain.. berusaha mengotakan segala kata2 saya.. berusaha menjadi pelajar yang baik + cmerlang..(even sgt risau ngn system br yg sy xbrape blh masuk ni...mm) berusaha utk xmenyakiti hati sesiapa lg.. (ma, adik mintak maaf byk2 sebab byk merisaukan hatimu.. byk menggundah-gelanakan hatmu.. byk mengabaikan dirimu.. akan ku cuba perbaiki diri ini.. doakan anakmu..) berusaha mencari kehidupan yang diredhaiNya.. menjadi seindah2 perhiasan dunia.. dan menjadi sahabat yang baik..


ukhti2ku.. tegurlah daku dikala aku ketandusan buah pikiran + berbuat maksiat kpdNya.. sbb kadang2.. ak terlalai dek bisikan syaitan dan nafsu sendiri.. terima kasih ukhti2ku kerana cuba memberi sinar2 baru kpdku sempena thn br hijrah ni.. Ya Allah.. ak lemah, ak xberdaya, maka Engkau kuatkanlah hatiku dlm agamaMu. Ak fakir, maka Engkau kuatkan lah diri ku supaya mujahadah dlm pencarian agamaMu.. ak byk berbuat dosa, maka Engkau ampunkanlah segala dosa2 yg menggunung tinggi sehingga xmampu utkku pikul pn sebenarnya..


Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,


"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?


Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."



Maka berkata kubur,


"Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-


1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri



Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,


"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."



Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.


Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.


Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab,


"Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."


Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.


Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Mahukah kalian berbahagia di alam kubur sebagaimana org2 mukmin yg lainnya??


Renungan terakhir buat diriku di saat jam mencecah pkul 3 a.m waktu egypt ni.. dan utk sahabat2 yg ingin mengambil manfaat darinya..



Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.


1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.


2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.


3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.



Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :


1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.


2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.


3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.


4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.


5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."



Last skali..selamat menghayati bulan muharam dan beramallah sebaik mungkin.. sbb insyaallah akan ada ganjaran buat kita andai keikhlasan kpd Allah diutamakan..salam hijrah..


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


p/s: post kali ni agak pjg.. dan insyaallah.. maybe sbb saya berfikir2 utk mengurangkan activity blogging ni.. hehe.. doakan saya berjaya dunia dan akhirat.. Allahumma amiiin..

8 comments:

  1. assalamu'alaikum wbt..
    alhamdulillah, bnyk input yg eman dpt dari post tikah kali ni. yg sblm2 ni pn ada input gak =)

    masa lapang itu membunuh.
    betul la tikah, time 3rd ea ni eman dah x bnyk join prog cm dulu, rasa gak bnyk masa yg ntah ke mane..

    solat khusyuk...
    dah penah dgr cte yg kte perlu imagine Allah di dpn, syurga di kanan, neraka di kiri, dan malaikat maut di blkg. alhamdulillah, diingatkn balik.

    hargailah environment tikah skrg, bumi anbiya'. timbalah ilmu sbnyk mngkn. duiawi dan ukhrawi.

    semoga berjaya dalam hijrah ini.
    luv u!!! (.^_^.)

    ReplyDelete
  2. thanx eman.. doakan tikah..
    doakan tikah berjaya menghadapi cabaran ni..
    doakan tikah mujahadah..
    doakan tikah perolehi keikhlasan..
    doakan tikah RAJIN..
    doakan tikah berjaya dunia akhirat
    doakan tikah ________
    doakan.. doakan.. doakaan..

    amiiin.. amiin.. amiiin

    hehe.. melampau ke??

    ReplyDelete
  3. hamba ALLAH...sama sepertimu..December 31, 2008 at 10:39 AM

    "doakan tikah _______???"
    apa tempat kosong tue???jgn kata _ _ _ _ _ _....

    huhuhu, moga dirahmatinya. panjang benar entri nya kali ini. adakah yang terakhir bgi thun 2008???
    atau y terakhir untuk dunia blog???

    terima kasih kerana kata2mu yang menyedarkan diriku dari tidur yang panjang...

    p/s:jaga diri baik2 setiap kali keluar rumah...klu buleh elakkan jalan malam sorang2..tolong sgt2...ok???

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum wbt..
    hehehe~
    x melampau pn.
    senang je eman pendekkan doa tu..
    semoga tikah dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

    n lg satu, pesanan eman same cm 'hamba ALLAH.. sama sepertimu...' said. hati2 bile kuar, n lebih2 lg jgn kuar sorg2 bile mlm ye cyg.. mmg Allah jg kte, tp kte pn kene usaha utk x cari kemudharatan. k? take care. cayaaaaaaaaaangg tikah!!

    ReplyDelete
  5. mmm...
    even ada dinyatakan saya ske kuar mlm..
    tp tu bukan suke2..
    tp terpaksa dan ada keperluan..
    huhu..
    doakan je la sy selamat ye ..

    sayang sme.. ^_^

    ReplyDelete
  6. ops lupe..
    thanx eman.. thanx byk2.. also utk teman..

    ReplyDelete
  7. hamba ALLAH...sama sepertimu...January 1, 2009 at 12:45 PM

    mmg keluarmu bukan suka2 atau saje2...huhu, ku mengerti tugas mu...cuma elakkan kuar sorg2...

    moga selamat setiap masa dan ketika...

    sebagai teman mu, pasti akan kami doakan agar dirimu sentiasa sihat dan selamat setiap masa...

    ReplyDelete

^___^