رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Monday, December 1, 2008

DgG msK maSam Manis~

eheh.. esk sbnrnya bkn turn sy masak.. tp sbb ojie blk lmbt.. n jadual pn automatically tukar sbb khamis nti sy blk kol 6.pm.. sob3
esk nk try recipe ni.. biizn
illah.. diorg pose.. so.. sy x.. T_T
so.. sape2 yg berkemampuan.. boleh la menunaikan puasa sunat sempena kita berada di bulan zulhijjah ni..

sebelum kita stat memasak.. knp kite perlu puasa sunat bln zulhijjah ni??

Sepuluh hari yang pertama di bulam Zulhijjah mmg jarang-jarang sekali diperkatakan mengenai kelebihannya. Sedangkan tempoh ini mempunyai nilai yang sangat besar kemuliannya berbanding dengan masa-masa yang lain.


Allah SWT berfirman di dalam surah al-Fajr, ayat 1-3 :

وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

yang bermaksud : Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil


Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil tersebut ialah hari arafah.


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :


ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.

Yang bermaksud :

Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”

Hadis ini jelas menunjukkan kelebihan 10 hari yang pertama di bulan Zulhijjah ini sehingga tidah dapat ditandingi oleh mana-mana amalan pun kecuali mati syahid.


so.. kembali kepada topik memasak.. ^_^




Bahan

500 gm daging [hiris nipis]
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
20 gm kunyit
100 ml minyak
garam


Bahan Hiris
50 gm bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.


okeh la.. slmt berpuasa dan mencuba resipi baru.. tido dlu.. assalamualaikum wbt

5 comments:

  1. ayyok.. sbnrnya sy xmsk resipi ni pun hr ni.. T_T
    tgh2 msk.. tup2.. gulai ikan yg jadik.. hehe.. selamat menjamu selera tuk semua.. sori la lmbt msk.. jgn marah nooo..

    ReplyDelete
  2. congrats r.sy pn xpenah msk gulai ikan.

    ReplyDelete
  3. iyer?boleh la tu blaja2 msk.. seronok memasak ni sbnrnya.. halangan terbesar cumalah MALAS.. lgpn nati nk jadi ibu mithali tuk ank2 n isteri solehah jgk kan??

    so dah tau halangan tu ape.. kne set minda.. AKU RAJIN MASAK?? huhu.. harap2..

    ReplyDelete
  4. sy yg laki pn mesti jadi ibu mithali tu ank2 n isteri solehah jgk ke??

    ReplyDelete
  5. hmmm.. sedangkan nabi pandai menjahit.. menolong isteri memasak.. dah la nabi s.a.w tu bz ngan kerja2 dakwah.. trima wahyu dan sebarkan kalam Allah.. kita yg xde pape sgt ni.. nk blaja masak x bleh? sme nk diletakkan atas bahu isteri??
    xkan xle jadi ayah dan suami mithali??

    wallahualam..

    ReplyDelete

^___^