رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, March 18, 2011

MS 971 Egypt Air.. (^____^)

wah malam ni nak terbang ke cairo. perlu membentuk sebuah hati yang cekal sekali lagi untuk meneruskan perjuangan.. sementelah xm pun dah xlama.. sangat dekat sebenarnya! xm hanyalah sebuah kertas penilaian.. xperlu takut nak xm... masa nilah sebenarnya kita mampu menilai diri kita adakah benar Allah adalah sumber kekuatan kita? adakah kita yakin Allah sebaik2 penolong.. adakah kita yakin rezeki dari Allah? adakah keyakinan pada Allah itu setinggi2 keyakinan .. sekuat2 tempat bergantung?masa xm ni antara masa paling dekat kita dengan Allah.. bila kita diuji.. siapa kita cari? Allah.. semoga kita sentiasa mempunyai perasaan.. Allah sentiasa ada dekat sangat bersama kita..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. semoga kalimah ini sentiasa terucap dibibir.. semasa suka dengan nikmat.. atau berduka dengan ujian dunia sementara ini...

semoga Allah permudahkan semua urusan.. doakan yang terbaik untuk semuanya!

La Haula Wala Quwwata Illa Billah..




Thursday, March 17, 2011


“When things go wrong as they sometimes will;
When the road you’re trudging seems all uphill;
When the funds are low, and the debts are high
And you want to smile, but have to sigh;
When care is pressing you down a bit-
Rest if you must, but do not quit.
Success is failure turned inside out;
The silver tint of the clouds of doubt;
And you can never tell how close you are
It may be near when it seems so far;
So stick to the fight when you’re hardest hit-
It’s when things go wrong that you must not quit.”

Tuesday, March 15, 2011

Hidup Adalah Ujian Membuat Pilihan


“Saya hanya menjalankan apa yang telah Allah tetapkan ke atas saya” kata seorang anak muda.

“Kamu kata Allah yang tetapkan kamu buat dosa itu?” saya bertanya.

Beliau memandang saya. Seperti tidak mampu untuk berkata dengan yakin. Namun masih ‘berani’.

“Ya!” jawab beliau perlahan.

Saya menjegil mata.

“Adoi!” beliau kesakitan.

Pedih dengan cubitan tebal saya di lengannya. Tidak bertanya ‘mengapa’ kerana jelas sekali apa yang bakal saya kata.

“Saya hanya menjalankan ketetapan Allah bahawa saya mencubit kamu!” saya mengulas.

“Cubitlah lagi!” katanya bernada gurau.

“Kali ini saya memilih untuk tidak mencubit. Saya bebas memilih sama ada hendak mencubit atau tidak mencubit” saya membalas.

“Tetapi bukankah di dalam Islam, kita belajar bahawa semua perbuatan kita berada di dalam ilmu Allah?” beliau kebingungan.

“Mungkin inilah akibatnya, tatkala kita terperangkap dalam kekakuan terjemahan. Hingga menimbulkan salah faham yang serius” saya mengulas.

Salah faham tentang Qadha’ dan Qadar, banyak membelenggu kehidupan kita hari ini. Tatkala bertanya akan hal ini kepada tuan guru, katanya Qadha’ dan Qadar itu seperti matahari. Makin direnung dengan mata, makin kabur pandangan dibuatnya. Membiarkan soal Qadha’ dan Qadar ini tidak berjawab ke tahap yang boleh dipegang sebagai suatu keyakinan, adalah musibah yang besar kepada kehidupan seorang Muslim.

Salah satu rukun imannya rapuh. Menunggu rebah.

Kita sering keliru di antara ketetapan Allah ke atas sebab musabbab, dengan ketetapan Allah ke atas perbuatan kita yang merupakan sebuah pilihan.

Renungkan sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas radhiyallahu anhuma beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). [Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi nombor 2516. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sahih]

Apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah apa yang dikenali sebagai Sunnatullah.

Ia bermaksud, segala peraturan sebab musabbab yang menjadi sendi kehidupan di alam ini. Buat ini jadi ini, buat itu jadi itu. Perbuatan dan kesan perbuatan, peraturannya semua telah ditentukan oleh Allah. Itulah yang dikatakan sebagai ILMU ALLAH. Ilmu yang Maha Luas.

ILMU ALLAH ini, yakni Sunnatullah, telah disempurnakan manualnya. Demikianlah ia diungkapkan di dalam Hadith itu sebagai “Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)“.

Ini juga merupakan maksud firman Allah:

“Maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu”
[Fathir 35:43]

“Tapi mengapa ada orang makan namun masih tidak kenyang? Atau makan ubat tetapi tidak sembuh?” tanya anak muda itu.

“Ilmu manusia sedikit. Kalau makan ubat, betul dos, maka ilmunya kata dia sepatutnya sembuh. Tetapi ada atau tidak variables lain yang melintasi sebab musabbab makan ubat itu tadi? Misalnya, dia memang makan ubat, tetapi mungkin tahap serapan ubat di dalam perut beliau tidak sama dengan orang lain. Atau dia ada makan sesuatu yang kesannya ‘menawarkan’ kesan ubat yang dimakan. Atau pun dia ada sakit lain yang kontra kepada rawatannya kepada sakit yang satu itu. Ada banyak ‘atau’ di situ yang mungkin tidak mampu dihitung manusia, tetapi SEMUANYA sudah tetap di dalam ILMU ALLAH” saya mengulas panjang.

“Sebab itulah kan, walau sehebat mana sekali pun kita sudah menghitung kebarangkalian, mengenal pasti risiko dan merancang sebaik mungkin, kita masih kena sebut Insya Allah?” tanya beliau meminta kepastian.

“Benar. Sebab ilmu Allah itu luas. Kita hanya nampak seribu cause and effect dan cuba untuk menguasainya. Sedangkan seribu itu hanya secebis daripada lautan cause and effect di dalam ilmu Allah yang telah ditetapkan-Nya. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Pilihan kita mungkin terganggu oleh pilihan orang lain yang tiada di dalam ilmu kita. Tetapi macam mana sekali pun bentuk akibat pertembungan pilihan kita dengan pilihan orang lain itu, ia masih dalam kerangka cause and effectyang telah ditetapkan Allah sebagai hukum alam” saya menyambung cerita.

BELAJAR TENTANG SUNNATULLAH

“Macam mana kita nak belajar tentang Sunnatullah itu?” soal beliau.

“Sunnatullah ini ada yang alam dengan alam. Ada yang alam dengan manusia. Ada yang manusia dengan manusia. Ada yang seorang manusia dengan dirinya sendiri. Jadi sebahagian daripada Sunnatullah ini kita belajar di dalam biologi, fizik, kimia, geografi, matematik, malah juga sejarah, psikologi, komunikasi dan sebagainya” saya cuba menjawab dan menjelaskan fikiran saya sendiri, yang turut dikongsi bersama rakan ini.

“Habis tu, kalau semua Sunnatullah itu kita belajar dalam Sains serta cabang-cabangnya, ilmu agama pula untuk apa?” tanya anak muda itu lagi.

“Maksud anta, Syariatullah?” saya meminta kepastian.

“Ya. Syariatullah. Yang ustaz selalu sebut dalam ceramah itu” tegas beliau.

BELAJAR TENTANG SYARIATULLAH

“Kita dituntut belajar tentang Sunnatullah supaya kita faham bagaimana Allah mensistemkan alam dan kehidupan ini. Dari situlah kita dituntut supaya hidup dengan mematuhi sistem Allah ke atas alam dan kehidupan ini. Itulah ujian kehidupan. Kita diuji, sama ada nak susun hidup ikut peraturan kehidupan yang Allah telah tetapkan atau tidak. Dan oleh kerana cause and effect atau Sunnatullah yang Allah tetapkan itu Maha Luas hingga banyak yang tidak sampai di akal manusia, apakah akibatnya jika memilih satu-satu pilihan dalam hidup ini, maka di situlah peranan Syariatullah. Peraturan yang disebut sebagai peraturan agama, diberikan oleh Allah sebagai pembimbing kepada manusia untuk membuat pilihan yang betul” saya menyambung.

“Agama menampung kejahilan manusia tentang akibat pilihan yang salah?” tanya beliau.

“Benar. Ada sesetengah perintah, kita tahu kesan baik buruknya. Disebut sebagai hikmah kepada perbuatan, jika di dalam bahasa ilmu agama. Tetapi banyak juga benda yang kita belum jelas akibatnya. Misalnya bab makan babi. Lebih mudah dan kuat jika kita patuh kepada perintah Allah yang melarang babi itu tanpa pening nak fikir kenapa. Tetapi dengan kajian-kajian manusia, semakin banyaklah nampak keburukan memakan babi tersebut. Sama juga dengan riba. Awal-awal mungkin tak nampak mudarat riba, dek lemahnya ilmu manusia yang hanya nampak apa yang mampu dicapai oleh pancaindera. Tetapi sebagai orang yang patuh Syariat Allah, kita menolak riba sebelum dapat dilihat mudarat riba sebab kita yakin, apabila melalui wahyu Allah mengharamkan sesuatu, pasti ia haram kerana akibatnya adalah buruk dan mudarat ke atas manusia. Dan dengan kajian demi kajian, semakin jelas mengapa riba itu haram” saya menambah.

Beliau termenung.

MAKSIAT PILIHAN SIAPA?

“Jadi, maksiat yang anta buat tu, anta buat ke atau Allah buat? Adakah Allah yang gerakkan tangan anta untuk buat maksiat atau anta yang memilih untuk menggerakkan tangan anta ke arah maksiat?” saya berpatah balik ke persoalan asal.

“Ia pilihan saya. Saya yang bersalah!” katanya lemah.

“Maknanya Allah tak tahu ke apa yang saya bakal pilih?” soal beliau. Terbeliak matanya.

“Soalnya bukan Allah tahu atau tidak tahu sebab pilihan anta belum wujud. Anta belum mewujudkannya dengan pilihan anta sendiri. Tetapi apa sahaja yang bakal anta pilih, ia tidak dapat lari daripada cause and effect yang telah Allah tetapkan. Itu maksudnya apa sahaja pilihan anta, ia tetap di dalam ilmu Allah. Namun apabila anta memilih A, bukanlah Allah yang memilih bagi pihak anta. Anta yang pilih. Anta yang mencipta pilihan itu di dalam lingkungan ilmu Allah, yakni cause and effect yang telah Allah tetapkan. Akibat perbuatan itu mungkin tiada di dalam ilmu anta, tetapi ia sudah ada di dalam variables Qadha’ dan Qadar Allah pada cause and effect yang saya sebutkan tadi” saya cuba melangsaikan perbualan.

“Maknanya, salah sayalah atas semua pilihan yang saya sendiri buat?” tanya beliau, meminta kepastian lagi.

“Ya. Dan itulah hakikat kehidupan ini. Kita diuji dengan pilihan. Syariatullah diberi sebagai panduan untuk memilih pilihan yang betul di dalam lautan Sunnatullah yang telah Allah install di dalam kehidupan ini” saya menutup perbualan.

“Terima kasih ustaz!” balas anak muda tersebut.

“Kepada Allah juga segala puji dan puja” saya bersalam.

Hidup adalah ujian membuat pilihan.

Hidup berpandukan Syariatullah.

Hidup berpandukan Sunnatullah.


mashaAllah.. artikel ustaz kali ni betul2 menghentak bisikan hati saya.. esakan tangis di telefon beberapa hari lepas dan escapism dalam diri yang xberkesudahan akhirnya terjawab.. peringatan berterusan sgt penting utk memastikan diri tidak berpaling dari jalan yg lurus.. insyaAllah.. semoga kita ditetapkan di jalan mujahadah dan ditingkatkan iman sentiasa.. amiiin ya rabbal aaalamiiin..

sedar.. Allah banyak memberi apa yang kita perlukan... bukan semua yang kita mahukan.. alhamdulillah..

p/s: pilihlah agama dalam segenap perkara.. nescaya kita xkan menyesal... janji Allah itu benar..

Facebook tak ditutup pun?

okei.. ini hari ditunggu2.. 15MAC!! facebook xtutup2 pun.. wahaha.. ape kes?

"igt x dulu ada baca facebook akan tutup 15 mac.. tp ade je lagi... " orang sini

"hahaha.. dah kena tipu dah.. xmungkinlah facebook ditutup.. xlogik! " orang sana

hai.. kan dah padan muka kne gelak.. sebab dah tertipu.. orang sana kata sume tu cuma main2 je.. maybe nak lariskan blog ke.. sebab blog yang tulis pasal facebook akan ditutup tu pun bkn blog serius dan selalu mereka cerita.. erm.. *sight*

logik jgk alasan facebook xkan ditutup.. sebab sgt byk dah mark zuckerberg tu dah melabur utk bina facebook.. xkan sesenang tu nak tutup... frust jgk lah even dlu pun xdela percaya 100%.. harapan tu ada.. hehehe.. jahat je.. jgn marah pencinta fb ye! saya kuat je layan fb yg melaghakan tu.. ish2.. try kurangkan sedikit2.. insyaAllah hrp berjaya..

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, March 11, 2011

senYum senDiri.. (^__^)

nape tah tiba2 teringat kat KB mall.. jarang2 je sebenarnya ke tempat2 macam ni.. yerla nak pergi sini bukanla dekat mane.. maunye sejam je baru sampai.. tu kalu drive sendiri.. kalau naik bas maunye sejam setengah n pernah 2jam.. actually kb mall ni dekat dengan sMKa Naim Lilbanat.. ;))

lepas kahwen nikah august haritu kitaorg pergi la kb mall same2.. pusing2 window shopping sesama.. lastly dapatla 1 handset free dari cik abang! yeay.. terima kasih sgt2 utk hadiah yg tidak diminta.. lepas dapat tawaran trus ajak gi kb mall.. haha.. tmpt2 camni actually dpt la tengok banyak pilihan dan biasanya ada promosi.. so dapat la murah sket.. jimat.. kne pandai2 jimat la skrg utk keutuhan ekonomi keluarga.. dua2 pun xkeje lagi.. pokai la klo student kan.. tp xde la sengkek sgt.. Alhamdulillah..

yg plg2 boley jadi kenangan kat kb mall ni bila jumpe satu mamat ni la.. kitaorg tgh jenjalan sama2... yerla newly wed msti la nampak mesra sket kan.. jalan2 pn nampak romantik sket ke.. alkisahnya lalu la depan satu kedai hp ni.. dia tegur..

gambar hiasan



"abang.. singgahla sini beli satu hp utk awek tu.. ni dating2 ni dah jumpe mak bapak belum?? " kata abg tu..

ape lagi.. kne smash aaaa..

"eh sorry la.. dah beli da satu.. n kami ni dah kahwin dah untuk pengetahuan awk... " kata suamiku..

wahahaha.. lepas tu gelak slow2 dua orang.. haiyaaa.. maybe kami ni nampak sgt muda.. hahaha.. org xsangka pun dah kawen agaknya.. bajet la sket nak tegur org ye.. kalau nak beli pun xjadi bula tgk mulut laser camtu.. hik3 (^____~)

wanita-wanita perindu syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

01Bertakwa

02Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14Berbakti kepada kedua orang tua

15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)