jom kita buat puding aiskrim yg ma request ni.. ish2.. kisah disebalik puding ni berlaku bila ada jiran yg buat puding ni utk dijual.. then jiran2 berckp2 puding ni sedap.. hasilnya.. ma teringin!! haha.. jom masuk dapur kejap yuk! bukan bole study sgt pown..
Bahan-bahan ( 10 orang makan )
- 37 gram agar agar strip – direndam sebentar
- 7 mug air
- Gula ikut kemanisan masing masing
- 6 biji kuning telur – dipukul sedikit
- 6 biji putih telur – dipukul sedikit sampai putih
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan santan pekat
- Sedikit esen vanila Pewarna kuning n merah
- 1 tin buah coktail – separuh buah dan air digunakan untuk membuat sos puding
- ½ buah cocktail tadi diblend separuh halus bersama airnya
- Sos Puding
- 1 tin susu cair, 1 tin air
- Gula melaka – guna gula pasir kurang sedap dan Sedikit tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
- Vanilla dan ½ tin air coktail diblend bersama ½ buah coktal tadi .. sedikit garam
Cara-cara
- 1.Masak agar agar bersama dengan 7 mug air
- 2.Bila dah hancur masukkan gula dan masak sebentar
- 3.Bahagikan agar agar kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan warna merah dan satu bahagian lagi diwarna kuning
- 4.Bahagian berwarna kuning dimasak semula bersama santan, susu cair, vanilla, kuning telur dan campuran buah koktail yang dimesin tadi. Masak sehingga mendidih.
- 5.Masukkan agar agar ini dalam bekas or loyang 4 segi. dan Masak semula bahagian yang berwarna merah bila mendidih masukkan agar agar ini ke dalam putih telur yang dipukul tadi.
- 7.Masukkan bahagian merah bersama putih telur tadi sedikit sedikit ke dalam agar agar yang berwarna kuning. Tuang ke setiap bahagian ( telur tu seakan akan berbuih macam aiskrim) jangan dikacau
- 8.Kalau guna bekas kaca kita akan nampak 2 lapisan terbentuk...kuning di bawah dan merah di atas. dan Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
- Sosnya
- 1 Masak susu cair bersama 1 tin air (kalau pekat tambah sedikit air) 2. Masukkan gula melaka dan kacau hingga gula cair. 3. Kemudian masukkan kastard , vanila n garam dan coktail tadi 4. Masak sehingga mendidih – sentiasa dikacau kalau tak mudah hangit.
No comments:
Post a Comment
^___^