April 24, 2009 by Nurdiana
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(17 April 2009 / 21 Rabiul Akhir 1430)
“BERSEGERA MEMBAYAR HUTANG”.
Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.”
Agama Islam mengharuskan seseorang itu berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukan kewangan untuk meneruskan kehidupan. Walau bagaimanapun, Islam sangat teliti dalam soal memberi, menerima, dan membayar semula hutang tersebut.
Pada dasarnya isu hutang dan pinjam meminjam berkait rapat dengan sikap amanah pemiutang dan penghutang. Sifat amanah dilihat sebagai satu kontrak yang membuktikan semangat tolong menolong, kasih sayang, dan ketinggian iman seseorang antara mereka yang mampu dengan mereka yang berada dalam kesusahan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 283:
Maksudnya: “Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.”
Oleh itu, Islam telah menetapkan bahawa setiap yang berhutang wajib melaksanakan amanah dan bersifat jujur membayar hutang mereka setelah berkemampuan. Bagi sesiapa yang suka melewat-lewatkan atau menangguhkan pembayaran hutang ini, maka maruah mereka menjadi hina, hidup hilang keberkatan dan tidak diredhai oleh Allah s.w.t, amalan kebajikan tertolak, dan tergolong dalam orang yang zalim.
Pertama: wajib membayar hutang bagi memelihara hak manusia dan hak Allah
s.w.t,
Kedua: bersegera membayar hutang jika sudah berkemampuan,
Ketiga: jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup mewah tetapi tidak
mampu membayar; dan
Keempat: Pada prinsipnya mereka yang berhutang kerana memenuhi keperluan
asasi keluarga seperti berhutang membeli beras, ikan, membayar bil
air, letrik dan sebagainya yang digolongkan sebagai asnaf al-Gharimin
yang berhak mendapat bantuan zakat.
Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nuur ayat 33:
Maksudnya: “Dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan barang sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan mereka itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
TAK SEMUA ORANG MAMPU MEMINTA BALIK HUTANG YANG DIPINJAMKAN.. JADI BERINGATLAH KETIKA MEMINJAM(SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA) DAN PULANGKAN SEMUA YANG KITA HUTANG SUPAYA TAK BERTANGGUH LAMA-LAMA SEHINGGA KITA LANGSUNG TIDAK INGAT KITA PERNAH BERHUTANG~ WALLAHU'ALAM
No comments:
Post a Comment
^___^