Monday, August 31, 2009
suatu waktu~
Thursday, August 27, 2009
Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan
( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,
terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
17 Oktober 2006
( Ulang siar pada 11 Sept 07 )
(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )
Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan Al-Mubarak
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
Friday, August 7, 2009
bulan Sya'ban
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)
Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-
1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.
2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.
Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:
"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:
" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)
Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)
oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.
Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban
Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:
"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:
"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.
Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban
Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)
Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:
1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.
2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.
Imam Ibnu Taymiah juga berkata:
"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)
kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.
Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim
Thursday, August 6, 2009
saya kena gigit baroghis..!!! +_+
Bagaimana seorang manusia itu baru terasa besarnya nikmat kesihatan yang ALLAH berikan setelah hilangnya nikmat itu seketika, ketika sakit, waktu itulah kita rasa ingin mengisi masa lapang dengan bekerja banyak perkara ingin dilakukan di dalam kepala ketika itulah kita berfikir ingin melakukan Ibadah sesempurna yang mungkin, dan ketika kita terbaring, waktu itulah juga kita rasa sangat bersyukur apabila makanan yang dihidangkan kita rasa berselera untuk menjamahnya.
Itulah manusia, apabila kehilangan sesuatu baru tersedar dari lamunan, apabila kesempitan masa baru teruja ingin berusaha gigih, begitulah adat dan fitrah kebanyakkan manusia.
Teringat pesanan Rasulullah S.A.W :-
"Rebutlah lima sebelum lima, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati"
Dan, kerapkali kita membaca Surah Al-A'asr usai sesebuah majlis, bagaimana ALLAH bersumpah dengan masa, dan sangat rugilah orang yang lalai dengan masa dan kehidupannya.
وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
sungguh, nikmat kesihatan itu sangat indah dan bermakna. sekali ditarik, barulah sedar betapa kita terlalu banyak mendapat nikmat dari Allah. haa inilah hikmahnya.. insyaAllah.
sepanjang keberadaan saya di kaherah, memang banyak dugaan yang terpaksa dilalui selain bahang kepanasan bumi anbiya' sekarang dan juga sikap2 orang arab mesir yang kasar dan semakin gatal serta baran pada musim panas ini.memang kena banyak belajar bersabar dan senyum2 selalu.. ^_^. nikmat kesihatan sudah ditarik Allah buat sementara waktu dari saya, bermula dengan demam+selsema+batuk.. dan last skali sy digigit oleh baroris!!! ape tu?? lets check it out..
skin disease
Body Lice
(pediculus humanus corporis)
Definition & Overview: Body lice are small, parasitic insects that live on the body and in the clothing and bedding of those who are infested. Body lice feed off small amounts of blood that is sucked which can cause itching, irritation and infection. In the United States, body lice are common and most prevalent in homeless people and transients who may not have regular access to laundry equipment, showers or changes of clean clothes.
Body lice are similar, but not the same as head lice, pediculosis capitis, and pubic lice, phthirus pubis.
Causes: Body lice live mostly in the clothing and feed off their hosts once or twice a day. Infestations of body lice spread easily in crowded conditions where hygeine is poor. "Body lice are frequently seen among the homeless and others living in overcrowded conditions, where clothes are not washed often and where overall cleanliness is lacking." (1) According to IntelliHealth, female lice glue their eggs onto infected clothing. The victim's body heat allows these eggs to hatch in about a week. A female louse (one lice) can lay 10 eggs a day and 300 or more eggs in her adult life. |
Once hatched, the nymphs (young lice) can grow to adult stage within 9 days. Once they reach adulthood, the females will become reproductive and the infestation can exponentially worsen. (2)
Symptoms: Symptoms of body lice are obvious as intense itching, rashes, and red welts on the skin. A long and severe infestation can lead to a general darkening and thickening of the skin. If left untreated, scratching can lead to bacterial infection. (2)
Symptoms of body lice also include infestations in one's clothing and bedding.
Disease Warning: According to the Centers for Disease Control, body lice can spread diseases such typhus, trench fever, and louse-borne relapsing fever. If it gets out of control, body lice can be responsible for epidemics.
"Though typhus is no longer widespread, epidemics still occur during times of war, civil unrest, natural disasters, in refugee camps, and prisons where people live crowded together in unsanitary conditions. Typhus still exists in places where climate, chronic poverty, and social customs prevent regular changes and laundering of clothing." (3)
Diagnosis: A diagnosis of body lice can be made if the patient is subject to poor hygeine, lack of laundry facilities and skin itching and irritation with lice eggs, called nits, and lice themselves being present on the body and body hair, as well as in the clothing of the individual. Nits, nymphs and adult lice are yellow, tan and brown in color, smaller then a sesame seed and have six legs.
Treatment: Body lice are easily treated with improved hygeine practices. Patients should take a hot shower and have a clean change of clothes. Infected clothing should be discarded or burned. If this is not an option, body lice in clothing and bedding can be killed if laundered in strong soap and hot water with temperatures exceeding 130 degrees Fahrenheit. Medicated shampoos for head lice can be used on the body, but only with caution and should not be applied to sensitive areas such as the face, genital area, and anus. Medications should be applied according to the directions on the bottle or advice of a physican. Delousing agents (a type of pesticide) may be required for patients with excessive body hair.
beberapa hari lepas, saya dimarahi sebab mandi 2x sehari pada musim panas ni, alasannya takut sakit urat. hmmm tp sy berdegil sampai demam saya dipersalahkan akibat mandi?? wallahualam. semua tu dari Allah. dugaan dan ujian yang datang dari Allah kadang-kadang buat kita lebih banyak berfikir dan bersyukur.. insyaAllah akan cuba bersabar dengan ujian kcil ini..seluruh kaki dan tangan saya habis gatal-gatal dan merah2 even di pipi pn ade dek gigitan kutu badan(pediculus humanus humanus/ pediculus humanus corporis atau dalam bhs arabnya baroris!!). penuh.. semua orang takut tengok tangan n kaki saya.. hehehe...
semua ni rasanya berpunca dari lihaf(selimut tebal yg menjadi pelapik tidur saya di lantai. sebab kalau kebersihan diri, saya memang mandi 2x sehari paling kurang dan baju saya dibasuh setiap hari. betapa banyaknya ubat dah saya beli antaranya loratidine 10mg yg langsung xmenjadi sebagai long acting antihistamines. pastu saya beli fexofenadine hydrochloride 120mg. saya rasa sy makan overdose. isk3..
kalau ubat sapu pulak saya dah beli calamyl dan fenistil gel.. alhamdulillah penggunaan festinil gel agak memberansangkan.. semoga semua nya sembuh sebelum sy balik msia.. doakan saya.. so sape2 kena baroris boleh try fenistil gel nih.. dan yang pastinya saya akan sembuh sepenuhnya bila dah sampai malaysia nanti.. ^_^ Biiznillah
smlam saya takut nk tido.. takut kena gigit lagi dek flea ni.. +_+ nk balik malaysia secepat mungkin lah..
sedikit info tentang festinil gel:
Fenistil
Drug name: Fenistil
Other names used:
- Foristal®
- Neostil®
Active Ingredients:
- Dimethindene
Therapeutic actions: Fenistil is an antihistamine anti-allergic and antipruritic remedy. Fenistil works by blocking H1-histamine receptors and thereby lowers the increased permeability of the capillaries and itching associated with histamine effects. When is applied on the skin Fenistil gel relieves itching and irritation caused by skin-allergic reactions. Fenistil also possesses the excessive local anesthetic effect.
Fenistil also exerts anti-kinin and moderate anticholinergic action. Maximal effect of Fenistil gel occurs in 1-4 hours. The gel is colourless, almost pellucid and its usage is accompanied by a pleasant cooling effect.
Indications: Fenistil gel is most frequently used to treat
- Sunburns
- Itching
- Nettle rash
- Insect bites
- Mild burns.
It can be used after contact with toxic plants, jellyfish, etc. It is also useful in treating allergic reactions to metal (cheap jewels, metal buttons) or exotic foods (tropic fruits).
Fenistil not only protects against allergic reaction, but also reduces the urge to scratch the affected area excessively. This is important because scratching can cause secondary infection, and if continued could turn a simple insect bite into a much more serious problem. It its important to note that Fenistil gel helps not only adults, but also small children aged 6 months and older.
Fenistil solution is used to treat allergic reactions(hives, Quenke's edema, hey fever, allergic rhinitis) and allergic reactions to drugs and foods. Fenistil solution is also indicated to relieve itching in eczema, dermatosis, rubeola, roseola
Contraindications and cautions:Fenistil should not be used in:
- Hypersensitivity to Dimethindene maleate
- Postnatal period
- Narrow-angle glaucoma
Fenistil should be used with caution after the consultation with your doctor in bronchial asthma, pregnancy (I term), the period of lactation, urinary bladder diseases.
In children till 1 years of age Fenistil solution should be used under the doctor'ssupervision.
Adverse effects: There are possible side-effects associated with this medicine that can affect individuals in different ways. If a side effect is stated here, that does not necessarily mean the fact that all people using Fenistil will experience it or any other. The most common side effects include:
- Sleepiness (especially at the beginning of treatment);
- Vertigo
- Excitation
- Headache,
- Nausea,
- Dry mouth,
- Edemas,
- Skin rash,
- Muscle spasms,
- Disturbance of external respiration.
- Local - allergic reactions, burning, dryness.
The side effects listed above may not include all of the side effects reported by the drug's manufacturer. For more information about any other possible risks associated with Fenistil, please read the information provided with Fenistil or consult your doctor or pharmacist.
Interactions: It is important to tell your doctor or pharmacist what medicines you are already taking, including those bought without a prescription and herbal medicines, before you start treatment with Fenistil. Similarly, check with your doctor or pharmacist before taking any new medication while taking this one, to ensure that the combination is safe.
Fenistil enhances the action of anxiolitics, soporifics. With the simultaneous use of ethanol - retarding reaction rate is observed. Tricyclic antidepressants, anticholinergic drugs in combination with Fenistil increase the risk of high intraocular pressure. MAO inhibitors enhance the anticholinergic and CNS suppressing action caused by Fenistil.
Additional Information: DO NOT SHARE Fenistil with others. DO NOT USE THIS MEDICINE for other health conditions. KEEP THIS PRODUCT, as well as syringes and needles, if needed during treatment, out of the reach of children. Do not reuse needles, syringes, or other materials.
|
Wednesday, August 5, 2009
sayangnya Allah pada Wanita
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
1- lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2- lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ! 3- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ! 4- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita~
1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah Tetapi tidak sebaliknya.
3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya. 7- Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 8- Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana mana pintu syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH Pada Wanita ....kan?
sumber~http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/sayangnya-allah-