رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, July 24, 2009

Tazkiyatun Nafs

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى د ينـــك
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu




Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekelian alam.. Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.. Yang tidak tidur dan tidak mengantuk.. Dialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. Tuhan Yang memelihara hambaNya.. sebaik2 perancang.. Tuhan yang menjadi sebaik2 tempat pengaduan.. sebaik-baik penolong dikala susah dan senang.. Alhamdulillah Wasyukurillah.. berysukur sebab kita hari ini masih bernafas dalam jiwa kehambaan yang penuh kehinaan..

benarlah.. Allah sebaik-baik perancang. kita merancang pelbagai acara.. tapi tanpa izinnya tiada sesuatu pun akan berlaku. saya merancang untuk ke mandarah sejak hari selasa untuk jumpa kak zalina. tapi Allah dah tentukan, saya akan ke sana pada hari jumaat. iaitu hari ni. Allah dah rancang saya akan ke sana seawal pagi dan dah diberi peluang oleh Allah untuk mendengar kuliah jumaat yang sangat menyentuh hati.. Allah.. terima kasih.. semua dari Allah.. Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia.. namun Dia jualah yang berhak memegang hati-hati hambaNya supaya terus beriman..

kuliah jumaat hari ini tajuknya sy xjelas pada mulanya.. setelah khusyuk mendengar, ia lebih kepada bagaimana untuk berjaya???kawan-kawan smua nak berjaya x?? berjaya yang ni memang kejayaan hakiki.. kejayaan yang sangat patut kita rebut. bukan senang tau..

apa resipi kejayaan seorang muslim?? jom kita tadabbur surah As-Syams yea..

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

inilah dua ayat yang ditekankan dalam kuliah tadi.. sesungguhnya telah berjayalah orang yang membersihkan jiwanya dan sungguh rugi orang yang mengotori jiwanya. saya sangat excited nk share pasal ni sebab saya sangat bersyukur kerana mampu hadir ke kuliah kali ni. seolah-olah Allah sedang merancnag yang terbaik untuk saya. Allah memang satu-satu yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya.. tersentak diri lantaran mendengar teguran ustaz tadi.. sesungguhnya orang-orang yang lembik dengan ujian Allah yang sangat sedikit itu adalah orang-orang yang kotor jiwanya.. orang-orang yang lemah dan masih kurang bertaqarrub pada Allah. saya la tu.. nampaknya kena berusaha lagi nih yea.. ganbatte!!

orang-orang yang menyucikan jiwa pasti tidak akan jatuh tersungkur, tidak mudah rapuh dan tersandar dek suatu halangan sahaja. namun, disebabkan mereka yang menyucikan jiwa sedar betapa besar keuntungan berjual beli dengan Allah itu sangat besar.. mereka akan terus berusaha dan berusaha tanpa sedikit rasa jemu, semangatnya kuat dan membara. betapa syurga itu mahal dan perlukan pengorbanan yang sangat Mahal jua.. Allahuakbar..

beberapa contoh tentang khalifah2 agung di bumi Allah ini yang telah berjaya menyucikan jiwa-jiwa mereka.. antaranya saidatina Fatimah Az-Zahrah r.a... yang menjadi idola saya sebagai seorang wanita. hebatnya wanita penghulu syurga bagi seluruh wanita ini sehinggakan nabi sendiri bersabda di waktu baginda merindukan syurga yang pernah dilihat ketika israk mikraj.. baginda akan berkata: bilamana aku rindukan syurga,akan ku lihat pada Fatimah. ini bukan bermakna fatimah setanding dengan syurga.. tapi sifat-sifat beliau, ketabahan, amalan-amalan beliau telah berjaya menyucikan jiwa sehingga layak menjadi penghuni syurga yang di bawahnya mengalir sungai2 yang sungguh indah.. oH.. indahnya syurga yang tak dapat kubayangkan.. namun mampukah kita ke sana?? dengan amalan yang sedikit cuma..

kalau tengok kisah seorang wanita namanya Al-khansa dan putera2nya.. betapa wanita agung ini berjaya menyucikan jiwanya sehingga habis semua puteranya dikerah untuk berjihad dengan rasulullah s.a.w ke medan perang. apabila perang berakhir, beliau akan menanyakan khabar rasulullah dan putera-puteranya. setiap kali pasti puteranya akan mati syahid dan mengalirlah air mata seorang ibu. namun, tangisannya bukan bersedih atas pemergian anaknya. tapi tangisan hampa kerana sudah tidak mampu melahirkan lebih banyak putera untuk berjihad fi sabilillah.. beliau bergembira dengan ucapan tahniah atas syahid anaknya.. kalau kita anak mati menangis xberlagu.. tapi tengokla.. mereka yang berjaya menyucikan jiwa-jiwanya.. bergembira dengan janji-janji Allah yang sangat menguntungkan.. Subhanallah..

semoga hari ini kita mampu menjadi orang2 yang berjaya menyucikan jiwanya.. terima kasih ya Allah atas segala hidayahMu.. Alhamdulillah

orang-orang yang berjaya menyucikan jiwanya adalah org2 yang berjiwa jitu, kuat dan tabah. beliau akan optimis dalam setiap yang dilakukan.. inilah jiwa himmatul mathinah.. suatu jiwa yang mempunyai suatu semangat yang hebat dan membara.. jiwa ini pastinya milik baginda rasulullah s.a.w yang begitu optimis dalam dakwah islamiah sehingga islam tersebar seantero dunia.. Subhanallah.. hebatnya orang-orang yang menyucikan jiwanya..

org2 yang menyucikan jiwa akan melaksanakan segala yang wajib dan menambah amalan-amalan sunat dan sentiasa beristiqamah.. doakan supaya kita semua masih dipegang hati oleh Allah utnuk beristiqamah di atas dunia yang penuh fitnah ini.. astaghfirullahal azhiim..


Surah AS-SYAMS bermakna MATAHARI termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH diturunkan sesudah surah Al-Qadar. Mengandungi 15 ayat 54 kalimat dan 247 huruf.

Tersebut di dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi saw. bersabda:
"Barang siapa yang mengaji (mempelajari) surah AL-BALAD nescaya dianugerahi Allah ta'ala akan dia sentosa dari amarah Allah ta'ala pada hari kiamat".


Bismillahiramanirahimi

Ayat 1 - 10

  1. Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya.
  2. Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari).
  3. Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam).
  4. Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya).
  5. Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah).
  6. Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya.
  7. Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.
  8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.
  9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).
  10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

KETERANGAN
Dalam pembukaan surat ini Allah menyuruh kita memperhatikan suasana kejadian alam, pereadaran matahari, bulan, siang dan malam silih berganti. Allah juga menyuruh kita perhatikan kejadian bumi sebagai tempat tinggal kita dan langit serta binaannya yang kukuh, yang semua itu untuk memenuhi kebuntuhan kita.

Kemudian disuruh perhatikan kepada kejadian manusia dan diilhamkan oleh Allah kepada tiap jiwa itu jalan-jalan untuk berbuat kebaikan atau kejahatan. Maka Allah menerangkan bahawa orang yang dapat membersihkan jiwanya dari segala maksiat akan mendapat kemenangan dan kejayaan yang sebenar tetapi mereka yang mengotori jiwanya dangan segala maksiat akan mendapat kerugian.

Dari ayat ke 7 Allah menerangkan bahawa usaha dan perjuangan manusia dalam hidup ini telah ditakdirkan dari azali lagi. Segala sesuatu itu milik Allah termaksuk kita semua dan Allah berhak terhadap ciptaan-Nya.

Dahulu ada seorang dari suku Juhainah atau Muzainah datang kepada Nabi saw. Ialu bertanya "Ya Rasulullah apakah usaha perjuangan manusia ini sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atas mereka, atau memang usaha mefeka terhadap sesuatu yang masih belum diketahui untuk dituntut dan dijadikan bukti?"
Jawab Nabi saw.: "Bahkan semua itu telah ditadirkan Allah atas mereka".
Dia bertanya pula: "Jika demikian untuk apakah kita berusaha?".
Jawab Nabi saw.:"Siapa yang dijadikan untuk sesuatu maka tersedia baginya kemudahannya, seperti firman Allah: "Qad aflaha man zakkaa ha waqqad khaa ba man dassaa haa wanafsin wamaa sawwaa ha' fa'alhamahaa fujuu raha wataqwa haa" (seperti ayat 8 hingga ayat 10).

Ibn Abbas ra. berkata Biasa Nabi saw. jika membaca ayat ini lalu berhenti dan berdoa:
(Allahumma aati nafsi taqwaa haa wazakkihaa anta khairu man zakkaa ha anta waliyuhaa wamaulaa haa)
"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebuk-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya".
HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.

1 comment:

  1. A'kum,
    saya sangat bangga ngan student2 medic di bumi Mesir seperti cik

    bukan saja ilmu dunia yang anda miliki, tetapi juga ilmu ukhrowi

    kadang-kadang saya rasa rendah diri even untuk menitip dalam blog anda, menyedari betapi jauhnya ilmu anda dan rakan-rakan berbanding saya yang jahil ini

    teruskan menulis...saya sentiasa membacanya...walau dari jauh..

    SYAHRIL A. KADIR

    ReplyDelete

^___^