رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Wednesday, July 15, 2009

Penghulu segala Wanita

Alhamdulillah.. tibalah saat2 akhir untuk xm.. tinggal 2x jek lagi nak xm.. pastu merdeka.. bahagianya! jom sama2 usaha Yuk!! tadi chat dengan seseorang dan tersebut pasal Asiah Binti Muhazim iaitu isteri Firaun....dulu2 Asiah ni duk mesir jugak.. dan beliaulah yang telah mengambil nabi Musa sebagai anak angkat dan telah beriman pada Allah dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi.. hebat kisah wanita ini.. boleh diambil teladan buat semua mujahidah di mesir.. selamat meneruskan perjuangan..

Doa Asiah sebelum meninggal akibat mendapat siksaan dari firaun..

"Ya Allah, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkan aku dari kaum yang zhalim." (QS At­Tahrim: 11).

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

kalau jadi gabungan ke empat2 orang penghulu bagi segala wanita ni mesti best kan.tapi manusia pasti ada terlebih dan terkurangnya.. tampung segala kekurangan.. kekalkan segala kelebihan... biiznillah salam mujahadah.. semoga kita bukanlah dari kalangan wanita yang menjadi ujian, fitnah dan musuh bagi lelaki.. tapi anugerah ilahi yang tidak berbelah bahagi.. biiznillah..


rindunya!! nak blk msia..

4 comments:

  1. http://mforum6.cari.com.my/

    Ni laman web forum yang plg best sekali di Malaysia tau..Hope u register.Nick adik ialah indah_iman
    Selalulah gi ke agama islam board ek..

    ReplyDelete
  2. jazakallah dik.. nanti akak masuk.. insyaAllah..

    rabiah x

    ReplyDelete
  3. bestlah jugak along rindulah kat ciksu

    ReplyDelete

^___^