رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Monday, March 16, 2009

padanya ada segalanya...

hari ni saya baran sket.. knp pn sy xtau.. semua rs xkena.. tp rsnya sy sudah cuba sedaya upaya utk xlepaskan kecelaruan emosi ni pd sesiapa.. insyaAllah.. semoga tiada org sy sakiti hatinya hari ni.. even rs nk marah pd semua benda.. astaghfirullahal azimm... Maha Suci Allah bukakkan pintu hati tuk bc cerpen ni.. alhamdulillah..saya perlu check mutabaah amal mungkin.. dah lama sy mcm mengabaikannya smenjak cuti.. Allahuakbar.. peliharalah hatiku.. Allah yuqowwik.. amiiin..

Bunyi loceng yang bertalu-talu buat saya terjaga dari tidur.

Dengan longlai saya melangkah ke pintu.

“Min (siapa)?”soal saya.

“Cepatlah orang penat ni”terdengar satu suara yang cukup saya kenali.

lantas pintu saya buka.

“Tak boleh sabar langsung.Tak teladani rasulullah langsung”,usik saya.

“Lin penatlah kak, sana sini lembab.Benci betul.Masuk bilik dulu”.

Gedegang!

Pintu bilik dihempas.Masam betul muka.mesti ada yang tak kena.

“Akak dah masak.kalau nak makan,makanlah!”jerit saya.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka semula.

Tersembul wajah lin sambil tersenyum simpul.

“Jom makan kak!”

“Aik..lapar ke?sebab tu ke marah-marah?”

“Takdelah.lin bengang dengan orang kat Gad (kedai makan) tu.Mentang-mentanglah kita foreigner,tak cantik, tak layan langsung.

Lepas tu ada makcik mintak sedekah tu,paksa-paksa orang pulak.Suka hatilah orang nak bagi tak.”bebel lin panjang.

“Tak elok marah-marah.Mukapun macam singa dah.Tak cun langsung.Kalau laki tengok dah lama kena cerai.”

Lin ingat tak kisah rasulullah dengan Arab badwi?”

“Entahlah kak,.lupa!”

“Suatu hari tu,ketika rasulullah berjalan bersama sahabat.,ada sehelai selimut yang kasar di bahagian tepinya di leher baginda s.a.w.Selimut tersebut dicapai oleh seorang badwi lalu dia menariknya dengan kuat.sampai meninggalkan kesan dekat leher baginda.And then,badwi tu mintak rasulullah selimut tu.Rasulullah bagi untuknya daripada harta Allah yang ada pada baginda”

“Kalau lin,apa reaksi lin?”

“Mestilah bengang.Dahla nak mintak barang orang, main kasar pulak.”

“Tulah.tapi rasulullah lain,rasulullah berpaling pada badwi tu dan senyum.Lantas baginda perintahkan orang badwi tu diberi sesuatu.Muliakan akhlak rasulullah?”

“Betul.tapi kitakan manusia biasa je.Mana boleh comparekan kita ngn rasulullah.jomlah makan.lin dah lapar.”

“Memanglah kita tak layak untuk dicomparekan ngan baginda.tapi kita perlu cuba untuk jadi sehebat baginda.Jom makan.lin Bacakan doa.Jangan gelojoh sangat.Pelan-pelan! Akak tahu lin lapar.”

Gadis itu menurut patuh.kami makan dalam senyap.

“Akak,hari ni biar lin lah yang basuh pinggan.Akak mesti penat.esok nak examkan.Pergilah study!”

“Bagus2.Lin mamnu’ jugak kan.Nanti masuk bilik akak.kita baca mathurat sama-sama”

“Baik”

Selesai saja mathurat dibaca,Lin berlalu ke biliknya.

Saya mengambil quran.cuba mengulang hafal surah-surah.

Risau kalau tak diulang selalu,saya akan lupa.

Selesai membaca al-Quran,saya menyambung mengulangkaji.

Lama saya tenggelam dalam pelajaran.tak sedar masa berlalu.terasa lenguh-lenguh badan.

Nescafe saya teguk.

Terasa mahu menjenguk lin.

Pintu biliknya saya ketuk, salam diberi.

“Waalaikumussalam.Masuklah kak. Alahai sopannya.Ketuk pintu pulak”

“Apa salahnya.Sama-sama dapat pahala.Tengah buat apa?”

“Tengok ni kak.artis baru,yuna.Cantik,pakai tudung.Suara pun best.Bolehlah buat idola.”ceritanya beriya.

“Oo.cantik.tapi akak rasa lin perlu cari orang lainlah buat idola”

“Contohnya?”

“Rasululullah s.aw.”jawab saya lancar.

“Alah akak, lin bukannya taknak, tapi tengoklah lin macam mana.Jauh lagi tu nak capai akhlak baginda”

“Usahalah dulu!Akak pun bukannya perfect.Malulah kita mengaku ummatnya.sedangkan tak mahu berakhlak seperti akhlak baginda.Sedangkan Barat pun mengagungkannya akhlaknya.artis tu tawadduk ke?sentisa bercakap benar ke?sabar ke?”

“Entahla kak.tak kenalpun lagi.”

“Ha..tapi rasulullah dah cukup lengkap.Allah pun berfirman dalam al-qalam,ayat 4..dan bahawasanya engkau (Muhamad) mempunyai akhlak yang mulia.”

“kalau nak famous?”

“rasulullah dah wafat berapa tahun dik?Pernahkan sehari berlalu tanpa ada cerita tentang baginda diungkit.Who is the most infuentiol person in history?Rasulullah jugakkan”

“Betullah kak.nanti lin nak tukar sumber inspirasi lah.Mahu jadi sehebat baginda.akak dah habis study ke kacau-kacau orang ni?”ujar lin sambil tersenyum.

“Itu tandanya mahu menghalau ke?”gurau saya

“Lin dah ngantuk.esok kelas kul 8.”

“Ok.tidurlah.kejut akak awal sikit kalau bangun.Nak mandi wajib.Boleh kita qiam sekali.”

“Insyaallah.Rajinnya qiam.akak dah habis revise semua ke?Lin kalau musim examkan,yang wajib pun alhamdulillah buat.”

“masa kita pun milik-Nya lin.ilmu pun milik-Nya.kalau tamak ngan masa and Dia tak bagi ilmu tu,kita tak boleh nak salahkanNya kan.Lagipun,hari-hari kita wat dosa.Ajal pun tak tau bila.Kalau Rasullullah sampai bengkak-bengkak kaki sebab qiam sedangkan baginda insan yang dijanjikan syurga.Kita patutnya lagi perlu beribadat lebih dari itu.Tawadduk kan baginda?Lagi bersyukur.Kalau lin,cikgu cakap awak kalau tak boleh jawab pun takpe,cikgu bagi awak markah penuh,camne?”

“beraya sakanlah lin kak.Mahunya tidur,bangun and makan je”

“Tulah bezanya kita ngan baginda.Tidurlah lin.Jangan lupa kejut akak.Miscall pun takpe.Baca doa tidur dulu.Selamat malam.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam”

Pukul 4 pagi handset saya berbunyi.

Saya bangun.

Message saya taip,

-tq.akak bangun.jzkk-

Mengantuk betul rasanya.terasa mata mahu ditutup lagi.

telepon saya berbunyi lagi.

-lin dah mandi wajib jugak.akak jangan tipu lin.he2.bukak pintu.nak suruh orang kejut,kuci pintu.-

Saya senyum lantas turun dari katil.lin yang saya kenal memang lembut hatinya.tapi cukup manja.perlu diberi nasihat selalu.perlu dibimbing dan diperhatikan.pintu saya bukak.

“Akak,lin nak solat sama2 boleh?”

“Ok.tapi akak nak mandi dulu.Ambil masa sikit.Bacalah quran dulu.”

Solat jemaah kami berlalu tenang.damai sungguh di hati saya.

“Lin baca doa,”pinta saya.

“Taknaklah.Doa akak mustajab sikit.”

“Ada-ada je jawapannya”

Doa saya panjatkan khusyuk.perlahan lin mengaminkan.

Sampai saya berdoa agar Allah ampunkan dosa ibu bapa kami.terdengar esakan lin.saya meneruskan doa.

“Amin..”

Saya pusing mengadap lin.gadis itu hanya tunduk.dikuis-kuisnya sejadah dengan pandangan kosong.air mata masih bertakung.

“Hmm..taknak share apa2 ngan akak?”

Lin geleng.saya senyum.

“Ada 5 minit lagi nak masuk subuh.Jangan tidur pulak”

Lin senyum tawar.Saya hanya membisu.Tak mahu memaksa lin bercerita.Dalam hati,saya cuba berzikir.

Azan subuh berbunyi.Lin bangun ke bilik air.Memperbaharui wuduk barangkali.Tapi lin memgambil masa yang cukup lama saya kira.Lantas pintu bilik air saya ketuk.

“Lin ok ke?Jangan berlama2 sangat dalam toilet tu.Tempat syaitan”

Pintu bilik air dibuka.lin senyum tawar lagi.

“Jom solat kak”

Seperti biasa,saya menjadi imam.Kata lin,dia belum layak.

Hati saya sesak dgn rasa ingin tahu.tapi saya pendamkan,tidak mahu memaksa.

Seusai solat,lin peluk saya erat.

“Kenapa ni?tiba-tiba emotional,”tanya saya.

“Akak sayang lin?”tanyanya sayu.

Saya tergamam.Tak sangka akan diajukan soalan sebegitu.

“Mestilah sayang,”jawab saya ringkas.

“Sebab?”

“Sebab lin adik yang baik”

“Tapi akak pun akan tinggalkan lin jugakkan.Macam mak ayah lin.”

Terdiam saya seketika,tak tau apakah respond terbaik yang patut saya berikan.

“Lin sayang akak kerana apa?”

“Sebab akak baik,”jawabnya sambil tersenyum.

“Akak sayang lin lillahi taala.lin rindu mak ayah lin ke?”

Mengalir lagi air mata gadis itu.Lantas dia mengangguk lemah.

“Akak,kadang-kadang lin rasa sempit sangat.macam takde orang dah sayangkan lin.lin anak yatim piatu.Rasa macam tempat berpaut tu dah takde,”ujarnya lirih.

“Lin tahukan orang yang sayangkan kita tak pernah mati.dia sentiasa di sini.in our heart.”

Tangis lin makin kuat.

“Lin beruntung.lin ada contoh yang baik untuk diikuti.”

“Siapa?”

“Rasulullah s.a.w.”

“Sebab?”

“Rasulullah pun anak yatim piatu.Malah rasulullah yatim ketika usianya lagi muda.Tapi rasulullah tak pernah rasa lemah.Malah baginda berdikari, mengembala kambing, berniaga..dan akhirnya baginda jadi lelaki paling hebat dalam sejarah dunia.Jadi kesayangan seluruh dunia.”

“Tapi kak,rasulullah lain,semua orang sayangkan dia.”

“Rasulullah pun sayang kita.Sampai ke akhir hayatnya pun rasululllah masih menyebut..ummati..ummati”

Telepon bimbit lin berbunyi.lantas lin bangun dan keluar dengan wajah berseri-seri.

“Siapa?”

“Kakak tanya khabar.”

“Ha..tengok.ramai je orang sayangkan lin.There will always be someonewho will remember you everyday.Percayalah!”

“Yelah kak.Gi study!Jangan layan sangat lin ni.Good luck ye kak,takut tak sempat nak wish jap agi.Lin nak tidur balik.”

“Tidurlah lepas subuh ni.tertutup pintu rezeki nanti.”

“baik boss.”sengih Lin riang.

Alhamdulillah..jutaan kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi.

Akhirnya tamat jugak exam final semester untuk tahun 3.

Banyak rancangan dirangka.Pada Allah saya bertawakkal sepenuh hati.Saya dah usahakan yang terbaik.Biarlah Allah yang menentukan.Bukankah Allah sayang akan hamba-hambaNya yang bertawakkal?

Saya cukup sibuk.sehingga saya jarang pulang ke rumah.Namun tidak saya lupakan bertanya khabar lin.Satu-satunya housemate saya.Alhamdulillah dia cukup memahami.Tapi hari ni saya rasa mahu pulang awal menjenguk lin di rumah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.Eh akak,senyap-senyap je masuk rumah”

“Akak bawak kunci.Apesal sepah sangat ni, lin?”

“Ala kak.banyak sangatlah assignment.Tak sempat nak kemas,”jawabnya bernada manja.

“Kebersihan tu kan separuh dari iman.Rasulullah tak suka tau sepah-sepah ni.Tak segan ke kalau tiba-tiba rasulullah datang?”

“Akak ni suka buat orang takut.Yelah2,kejap lagi lin kemaslah.Akak masak sarapan kan.Lama tak makan akak masak.”Lin cepat2 menukar topik perbualan, cuba menyelindungkan kesalahan diri.

“Akak seriuslah.Rasulullah sampai baginda nak wafatpun baginda minta aisyah beruskan gigi baginda dengan kayu siwak tau.Ok2, pagi ni akak masak.lin kemas depan ni”jawab saya.

Terdetik rasa takut dengan hak yang tertunai terhadap housemate saya ini.

Saya memasak sarapan pagi untuk kami berdua.Selesai makan,lin bersiap untuk ke kelas.Saya membuka laptop.Terasa ingin menitipkan email untuk family.

“Akak,”terdengar jeritan lin sambil pintu bilik saya dikuak.

“Cantik tak baju ni?”tanyanya sambil baju barunya ditayang persis seorang model.Saya senyum.”

“Cantik..tapi..”

“Tapi ape kak?Lin nampak gemuk ke?”

“Takdelah.Minta maaf akak cakap.Akak rasa baju ni macam seksi sikitlah.Warna dia pun macam menyerlah sangat.Ni kalau tiba-tiba jumpa Rasulullah tengah jalan nanti, macam mana?”

“Ala…….akak ni……em……”

“tapi betulla kan… lin pun rasa macam tu.Tapi membazirlah kalau lin tak pakai.Baju ni pun baru je beli.Membazir tu kan sifat syaitan.”

“Pandai ek menjawab.Tengok syaitan dah cucuk.Sebaik hiasan duniakan wanita solehah,kan?Wanita juga fitnah dunia yang besar.Lin nak jadi salah seorang wanita yang menyesatkan lelaki kat luar sana ke?”

“Mestilah taknak kak.Nauzubillahi min zalik.Tapi lin malulah.Asyik pakai baju kurung je.Macam kuno pulak.”

Saya senyum.itu ayat biasa yang keluar dari remaja sekarang.

“Malu biarlah bertempat lin.Rasulullah pun pemalu jugak.Bahkan pemalunya baginda mengalahkan anak dara.Malu tu pun 1 cabang dari cabang iman.Malu itu alah dengan kita menjaga kepala dan panca indera,menjaga perut dan anggota,mengingati mati dan tinggalkan perhiasan dunia.Itulah baru dinamakan malu.Linrasa bangga tak jadi wanita muslimah?”

“Mestilah bangga kak.”

“So..buktikan!!Rasulullah datang dengan membawa sinar baru kepada wanita.Wanita yang dulunya ditindas dikembalikan haknya.Bahkan maruah wanita dijunjung. Sehingga khutbah terakhir baginda,rasulullah bersabda.”Wahai saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.hebatkan wanita di sisi islam.”syarah saya panjang.

“Kalau lin tak hargai pengiktirafan Islam pada wanita samalah seperti lin derhaka pada Allah ,pada nabi.em.pergilah siap.nanti lambat pulak.Akak nak gi kelas sirah petang ni.Kalau lin nak ikut,boleh jugak.”

“Nak!Akak tunggu eh.Lin balik dalam pukul 2.”

“Ok.insyaallah”

Gembira betul saya ke kelas tafaqquh bersama lin.

Saya tengok gadis itu khusyuk mendengar.

lin hanya senyap sepanjang perjalanan pulang.

kepenatan mungkin.

saya pun tak mahu menganggu.

Malamnya saya meneruskan rutin harian biasa.

esok kelas saya bermula semula.

perlu menyusun jadual seteliti mungkin.

tiba-tiba handset saya berbunyi.

1 message received.

-akak mcm bz je.lin tak berani nak kacau.akak,lin rasa lin dah jatuh cinta.-

Terasa luruh jantung saya.

lin tak pernah bercerita tentang teman lelaki apalagi menunjukkan minat pada mana-mana lelaki.

saya berhenti membuat kerja.

beristighfar di dalam hati.

saya seorang da’ie.dan saya rasa saya perlu kuat.

langkah saya atur tenang ke bilik lin.

“assalamualaikum”

“waalaikumussalam”

Lin sudah berkelubung di bawah selimut.saya tengok matanya merah.

“maaf lin,akak busy sikit tadi.kata jatuh cinta,apasal nangis”tanya saya cuba berhemah.

Lin bangun,tersenyum lemah.

“Dia terlalu baik kak.saya rasa saya tak layak untuk bertemu diapun.”

Saya panik.cinta internetkah?

“Mana lin tahu dia baik kalau lin takpernah jumpa?”

“Semua orang cakap Dia baik kak.Akhlak dia,tutur kata dia,pakaian dia,ibadat dia.akak pun cakap macam tu.”

Saya tergamam.

“Akak kenal dia?siapa dia ni lin?”

“Akak tak boleh teka?”

“Manalah akak mampu baca hati orang dik.”

“Dia kekasih Allah kak.insan yang namanya bersemadi di naluri ramai orang hingga kini.”

mata saya bergenang.

“Maksud lin,nabi muhamad s.a.w?”

Lin mengangguk.Air mata saya turut mengalir sama.Alhamdulillah Allah campakkan rasa kasih pada hambanya yang cukup dhaif ini

“Lin mahu sangat berjumpa rasulullah kak.tapi lin tahu,lin tak layak.lin bukannya orang yang soleh.Hamba yang patuh dan beriman.darjat kami sangat berbeza kak.”

“Lin,akak pun kadang-kadang rasa sempit bila fikir semua benda ni.tapi akak yakin dengan janji Allah.Bukankah Allah berjanji kita akan bersama dengan orang yang kita cintai?Rasulullah sebenarnya dah lama rindukan kita sebelum kita rindukan baginda”

“Maksud akak?”

“Akak teringat satu kisah ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Betapa rindunya Rasulullah pada kita.Dan ketika rasulullah hampir wafat,rasulullah melihat kegelisahan di wajah sahabat.lantas baginda bersabda, “Wahai sahabatku,sesungguhnya janji kamu bersama aku bukanlah di dunia tetapi di telaga kauthar,Demi Allah ,aku seperti dapat melihatnya”

Pecah lagi tangisan gadis itu.dan malam itu,lirih dia meminta tidur di bilik saya.Malamnya lin bangun qiamullail.Tersentuh hati saya mendengar esak tangisnya.Betapa indahnya rasa cinta yang merubah dirinya.Moga-moga rasa cinta itu terus kekal.Rasa cinta yang membawa hamba bertemu Tuhannya.Alhamdulillah..syukur lillah.

Hari berlalu.Lin bertambah baik.Akhlaknya,ibadatnya.Cinta itu betul-betul merubahnya.Lin yang dulu gadis biasa kini menjadi luar biasa.Dan saya cukup bersyukur.Alhamdulillah.Rindu pada rasulullah tak akan pernah surut.Pertemuan yang abadi itu cukup saya rindui.Sering saya rasa lemah,sering rasa diri cukup hina.tapi saya tepis perasaan itu,kerana saya yakin dengan janjiNya.

Ya Allah,

Sering aku mengaduh penat,

Sering aku lupa untuk bertaubat;

Sedangkan ampunanmu,kasihmu tagihan diri

Ya rabbi,

Rahmatmu ku junjung,

Kasihmu ku ratapi..

Tuhan..

Pemilik hatiku..

Lemah aku merayu,

Hadirkanlah rasa cintaku pada kekasihmu tuhan.

**cerpen ini ialah hasil karya kreatif seorang ukhti yang minta dirahsiakan namanya. saya menyiarkan hasil penulisan ini di blog saya kerana merasakan kisah pendek ini sarat dengan ibrah dan pengajaran.wallahu a’la

4 comments:

  1. best sgt cter ni..tahniah pd penulisnya..
    cukup mnyedrkn ku tntg cinta..cinta terhdp Allaah n Rasulullah...m'buatkan air mataku menitis...

    ReplyDelete
  2. Banyak pengajarannya citer ni. Alangkah bagusnya kalau kita dapat gunakan hati kurniaan ilahi ini untuk menghayati cinta sejati lagi abadi ini... oh betapa indahnya...
    Ya Allah, kurniakanlah cinta dalam hati ini

    ReplyDelete
  3. to Linda:

    alhamdulillah kita dikurniakan hati untuk terssentuh dgn crite2 begini..

    ambillah pengajaran.. jadikan amalan.. insyaAllah..

    semoga ia menjadi ingatan bermakna..
    jazakillahu khairan kathiran ukhtiku..

    ReplyDelete
  4. to Ahmad Iesa:

    kalau kita sememangnya mahukan cinta pada kekasih Allah.. pasti Allah akan kurniakan cinta itu dlm hati kita..

    insyaAllah..

    ReplyDelete

^___^