semoga ruhnya tenang di sana di kalangan orang2 soleh dan solehah..
actually 2 mlm sy alami early insomnia bile mengenangkan pemergian iman yg tiba2 dan mengejut.. saya xdela kenal iman sgt.. cuma dlu masa ke asrama masa buat sc mmg jumpe je dia.. even dia pn mmg berkawan je dgn adik2 sc yg lama dlu.. n plg terbaru jumpe pun sbb dia adik sc noni.. so bila wat sc kt rmh terjumpe secara xsengaja.. tp karakternya yg pendiam ditmbah pulak jarang2 jumpa xmenjadikan saya begitu rapat dgn arwah.. terfikir mcm manalah ahli bait dia.. komfem lg teringat kan??? bagus jgk mereka nk pindah..
saya rasa hopeless lps pemergian arwah... saya rasa semua benda dah xde nilai.. mmg.. bila kita mati apa je yg kita perjuangkan skrg xde pape.. dah jadi zero.. kecuali kita ikhlas buat semua benda yg insyaAllah ada pahala dan timbangan yg berat utk bekalan kat sana.. rasa takut sgt nak mati.. sbb saya tahu amalan sy sgt xckup utk dibawa sebagai bekalan kt sana.. sampai sy terfikir xnk buat pape tp duk atas sejadah je.. hopeless sgt dgn kehidupan ni.. saya teringin sgt nak mati dlm keadaan yg baik.. mati dlm beramal.. mati masa tgh solat or lebih baik masa sujud.. mati tgh baca quran.. mati tgh berpuasa.. even dlu masa saya kt msia ikut ma dgr ceramah2 kt masjid2.. pernah satu kali tu ustazah cite pasal syahid org mati beranak.. saya berdoa mati masa beranak.. ish.. tp mintak jauh.. kesian ank saya nnti.. :,(
so sekarang.. saya harap semua org pun cuba tajdidkan niat btul utk semua benda kita buat.. sgt penting! supaya setiap minit pun berpahala.. xsalah nk study.. study pun ibadat.. niat btul2.. nk main tenet.. bkk benda elok2.. n niat kerana Allah.. tp make sure la kita mmg surf benda2 kebaikan.. main facebook, boleh jd medium dakwah.. boleh jd tmpt berukhuwah.. nk keluar mane2.. tajdid niat dlu.. insyaAllah setiap saat, setiap langkah, setiap hembusan nafas adalah pahala..
xmampu nk bayangkan bagaimana kehidupan selepas mati.. semoga Allah luaskan dan terangkan kubur kita.. dan meletakkan kita dalam kalangan org soleh dan solehah..
semoga kita dikurniakan istiqamah... amin3..
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
NERAKA JAHANNAM –Semoga Allah menjauhkan kita darinya!
(Al-Maarij)15. tidak sekali-kali (sebagaimana Yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
16. (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
17. neraka itu juga memanggil dan menarik orang Yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
PINTU NERAKA DAN TINGKAT DARAKAT
(Al-Hijr)44. “Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian Yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)”.
(An-Nisaa)145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.
SAIZ NERAKA DAN RANTAI YANG MENGIKATNYA
Rasulullah s.a.w bersabda: “Didatangkan neraka Jahannam pada hari akhirat, baginya tujuh puluh ribu rantai; bersama setiap rantai tujuh puluh ribu malaikat yang menariknya” Riwayat Muslim
*Seluruh manusia pada waktu itu terduduk melutut kerana takutnya kepada azab neraka sehinggakan para rasul…
(Al-Furqan)12. apabila neraka itu melihat mereka dari tempat Yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya Yang menggelegak dan mengeluh.
13. dan apabila mereka dihumbankan ke tempat Yang sempit di Dalam neraka itu, Dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).
DASAR NERAKA
Dari Abi Hurairah r.a : Pada suatu hari kami bersama Rasulullah s.a.w lantas terdengar satu bunyi dentuman. Rasulullah s.a.w bertanya: “Tahukah kamu apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”. Sabda Rasulullah s.a.w: “Itulah satu batu yang dilemparkan ke dalam neraka sejak tujuh puluh tahun, maka ia sekarang sedang jatuh sehingga berhenti pada dasarnya”. Riwayat Muslim.
MAKANAN DAN PAKAIAN AHLI NERAKA
(Al-Hajj)19. Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) Yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. maka orang-orang Yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas Yang menggelegak,
20. Yang dengannya dihancurkan apa Yang ada Dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.
21. dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
22. tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa Yang membakar!”
(An-Nabaa)24. mereka tidak dapat merasai udara Yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
25. kecuali air panas Yang menggelegak, dan air nanah Yang mengalir, -
26. sebagai balasan Yang sesuai (dengan amal mereka Yang buruk).
KEPANASAN API NERAKA
Sabda Rasulullah s.a.w: “Neraka anak Adam yang kamu nyalakan hanyalah satu dari tujuh puluh bahagian api neraka!” Riwayat Muslim
SIFAT PENGHUNI NERAKA
-Yang ramai di dalam neraka ialah mereka yang sombong dan takabbur.
Yang ramai di dalam syurga ialah mereka yang miskin dan susah
-Yang ramai di dalam neraka ialah wanita
Yang ramai di dalam syurga ialah ummat Nabi Muhammad s.a.w
#YA ALLAH,YA TUHAN YANG MENCIPTA SEGALANYA,LINDUNGILAH KAMI DARI SEKSA NERAKA!!!
NIKMAT SYURGA –Semoga Allah mengurniakan kita rahmatNya!
Akhirat tempat yang kekal selamanya
(Al-Bayyinah )Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
Kenikmatan Syurga
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas
1. Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim
2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga
(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim
3. Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim
4. Sungai Syurga
(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.
5. Bidadari Syurga
(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.
6. Makanan dan Minuman Syurga
(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!
(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.
#SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim
innalillah wainna ilaihi rajiuun
ReplyDeletesy br dpt berita ni time sc ktorg kat uia smlm. blik sc, nk study pn asek teringt2. warga uia yg jauh pn turut terasa impak tersebut. & kami pn inginkn mati dlm keadaan yg baik.
siapa yg xnk kn?