رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Monday, December 20, 2010

Baitul Muslim

Baitul Muslim yang sebenarnya

Sebenarnya, pada pertama sekali, mengapakah istilah Baitul Muslim seakan-akan diangkat menjadi agenda besar dalam kehidupan seorang mukmin?

Kita lihat semula ya mengapa isu ‘Baitul Muslim’ adalah isu yang hangat. Bukan kerana Baitul Muslim adalah isu jodoh, mencari pasangan, cinta dan sebagainya. Lihat semula pada perkataan Baitul Muslim. Apakah maksudnya?

“Rumah Orang Islam.”

Maka kita kembali kepada asalnya.

Istilah Baitul Muslim muncul apabila kita membincangkan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Maka hendak merealisasikan perkara itu, perlulah kita jalankan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud - Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:

Individu muslim - rumah tangga muslim(Baitul Muslim) - masyarakat muslim - kerajaan muslim - khilafah islam - empayar islam - Islam sebagai ustaziatul alam(pentadbir seluruh alam ini).

Baitul Muslim menjadi isu besar adalah kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini. Itulah sebabnya muncul perbincangan berkenaan Baitul Muslim.

Baitul Muslim dilihat sebagai batu-bata yang membina bangunan Daulah tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Hal ini kerana, keluarga adalah institusi terpenting dalam melahirkan para mujahid, pejuang di jalan Allah, da’ie, penyeru di jalan Allah SWT.

Inilah dia origin Baitul Muslim yang sebenarnya. Baitul Muslim adalah hakikatnya agenda perjuangan untuk melihat Islam itu kembali tertegak sebagai satu sistem yang memerintah dunia. Bukan semata-mata isu jodoh, solat istikharah, mimpi-mimpi, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Baitul Muslim juga menitik beratkan pembinaan peribadi mukmin itu sendiri di dalam diri kita. Membincangkan isu-isu tarbiyah pasangan dan pembinaan anak-anak. Menyebabkan isu-isu seperti tanggungjawab diri, kebersihan diri, disiplin diri, hubungan dengan Allah SWT, semuanya diangkat naik dalam perbincangan Baitul Muslim ini.

apabila faham apakah sebenarnya Baitul Muslim, mula dididik dengan serius berkenaan pembentukan peribadi mukmin, di situlah bermulanya penglihatan yang besar kepada isu tanggungjawab, isu tarbiyah diri, isu disiplin diri, isu mempersiapkan peribadi untuk menjadi murabbi kepada keluarga dan sebagainya. Di situlah mula rasa untuk menggerakkan diri.

“Berusaha ke arah mampu.”

by:hilal asyraf


terbayangkan sebuah baitul muslim yang diringi anak2 dan suami yang sentiasa berlumba2 ke arah kebaikan.. tidak perlu disuruh, tidak perlu diarah.. namun, masing2 berebut untuk menjadi nombor satu dalam merebut pahala.. indah.. sungguh indah.. memang sudah lama terbayang2 dalam akal fikiran dan imaginasi.. sekarang dalam proses mencerna ilmu tarbiyah diri , tarbiyatul aulad, n mengutip berjuta2 pengalaman dari insan-insan yg saya kagumi. namun segalanya bermula dari individu muslim sebagai ibu dan bapa.. tarbiyah perlu mantap untuk lahirkan mujahid dan mujahidah yang gantang! Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang hak.. jalan yang lurus.. amiin

perlu berusaha mengislahkan diri sesaat dari sekarang..!

mode: membaca pelembut hati karangan Muhammad Ahmad Ar-rasyid..

1 comment:

^___^