رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Sunday, May 30, 2010

Aku terima cintanya


Apakah persepsi anda terhadap orang yang bercinta? Jika anda ‘budak Usrah yang baru’,mungkin anda akan membencinya. Jika anda ‘budak Usrah yang lama’,mungkin anda akan mendekatinya dengan cara yang baik dan menerangkannya tentang zina. Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina. Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing, memang tiada kata putus yang mengharamkan cinta tapi perlu diingatkan bahawa ada batas-batas yang memisahkan antara cinta halal dan cinta haram.Artikel ini tiada kaitan dengan bagaimana mencipta cinta yang halal atau apakah ciri-ciri cinta yang haram,sebaliknya artikel ini tentang bagaimana seorang wanita ‘cair’ dengan ayat-ayat seorang lelaki biasa.

Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.

Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB

Sepupu 2 : Ade la…

Saya : Gewe awok ko?

Sepupu 2 : Ngorat jah…

Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?

Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.

Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.

Saya : Wah,laju cari peganti

Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari peganti baru

Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?

Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)

Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.

Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.

Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?

Dia : Ok gak…

Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.

Dia : Sport fishing?

Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.

Dia : Teruknya laki…

Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.

Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?

Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?

Dia : apa dia?

Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?

Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..

Saya : Lagi?

Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..

Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?

Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.

Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.

Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..

Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.

Dia : Oooo…

Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.

Dia : Thanx

Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”

“Tak sampai seminggu pun”

Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.

WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.

Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia?


boleh baca disini

Wednesday, May 26, 2010

Motivasi: Hari-hari seakan kamu tiada harapan



Harapan itu sentiasa ada. Tinggal kita percaya atau tidak kepada-Nya ~ picture by basemsamir of deviant art

Harapan itu sentiasa ada. Tinggal kita percaya atau tidak kepada-Nya ~ picture by basemsamir of deviant art

Ada waktu, kita akan merasa bahawa diri kita sangat tersepit. Susah teramat sangat. Seakan hilang segala harapan. Seakan lenyap segala ruang penyelesaian.

Jauh di dalam lubuk hati kita, kita akan rasa kecewa teramat sangat. Rasa ditinggalkan. Rasa diasingkan. Keseorangan dalam masalah yang menimpa tanpa ada sesiapa yang mampu menghulurkan bantuan. Kadangkala, ia adalah masalah peribadi yang kita malu untuk kongsikan.

Akhirnya mula timbul dalam jiwa kita satu perkataan:

PUTUS ASA. Kita rasa segalanya sudah tidak berguna. Segala usaha sudah tidak bermakna. Maka kita pun bergerak mengikut arus kerosakan untuk ‘self destruct’. Jadilah apa hendak jadi. Kita sudah tidak peduli.

Tetapi kita silap.

Allah SWT itu tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya.


Hingga sampai ke benteng kesabaran

Tujuan ujian adalah untuk menguji. Sebab itu namanya adalah ujian. Jika ujian itu datang dalam keadaan mudah dilangkau, tidak dinamakan ianya ujian. Ujian semestinya menggegarkan, menggoyahkan, meragut ketenteraman dan menghilangkan kesenangan.

Dalam keadaan ini Allah ingin melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada-Nya.

Yang Allah mahu daripada ujian adalah keimanan kita.

Saya sering mengulang ayat 2 dari Surah Al-Ankabut:

“Apakah manusia itu mengira, bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”

Sebab itu, adakah kita mengira, kita akan masuk syurga Allah dengan lenggang kangkung tanpa diuji dengan ujian yang hebat? Kadangkala seakan kita tertolak ke pinggir gaung. Hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh walaupun telah berusaha bertahan.

Kita bertanya-tanya, kenapa kita diuji sedemikian rupa?

Ketahuilah, itu hakikatnya adalah tapisan kita ke syurga Allah SWT.

“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Iya. Diuji sehingga ke pinggiran gaung. Sehingga tergoncang keimanan mereka. Allah nak bantu atau tidak ini? Tetapi mereka itu memilih untuk terus percaya. Apakah jawapan Allah pada akhir ayat itu?

“…(ketahuilah) sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Kenapa kamu tidak memandang kepada Musa?

Nabi Musa AS menunjukkan kepada kita contoh tertinggi dalam pergantungan kepada Allah SWT. Dia yang diarahkan oleh Allah SWT untuk membawa seluruh Bani Israel melarikan diri dari Firaun di tengah malam, telah dihalakan oleh Allah SWT ke lautan.

Pada waktu Subuh, mereka tersedar bahawa mereka telah tersesat bila berada di hadapan laut. Di belakang mereka ketika itu Firaun dan bala tenteranya. Mereka tersepit. Melihat keadaan ini, Bani Israel hilang kepercayaan kepada Allah dan Nabi Musa. Kalangan mereka ada yang hendak menyerah diri, ada yang memaki Musa.

“Setelah kedua-dua kumpulan itu melihat sesama mereka, berkatalah orang-orang Musa: Sesungguhnya kita akan ditawan” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61.

Ya. Berada di hadapan laut tanpa boleh merentasinya. Di belakang pula Firaun yang siap untuk menebas kepala mereka.

Tetapi apakah kata Nabi Musa ketika ini?

“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.

Sesekali tidak! Sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk!

Inilah dia Musa AS. Telah tersepit di antara lautan dan Firaun yang mengganas. Tidak pula dia berkata: “Ya Allah, kenapala Kau buat aku macam ini? Kau suruh aku bawa kaum aku keluar, tapi Kau halakan aku ke laut. Kenapa?”

Tidak. Dia tidak berkata begitu. Dia memilih untuk terus meyakini. Apakah balasan kepercayaannya terhadap Allah itu?

“Lalu Kami(Allah) wahyukan kepada Musa: Pukullah tongkatmu itu. Setelah dipukul, maka terbelahlah laut…” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 63.

Lihat. Lihat. Lihat wahai orang-orang yang hendak berputus asa.

Apakah di hadapanmu laut dan di belakangmu Firaun?

Sentiasa masih ada harapan. Allah bersama-sama kita memberikan petunjuk. Tinggal kita sahaja tidak meyakini-Nya.

Penutup: Bergantung dengan-Nya tiada kecewa.

Ujian adalah lumrah. Baik diuji dengan bencana, atau diuji dengan dosa yang tidak mampu ditinggalkan.

Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi.

Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?

Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Walau terdorong ke pinggir gaung, kita tetap terus yakin kepada-Nya.

Yang terdorong hingga ke pinggir gaung itu sendiri adalah satu ujian.

Maka percayalah.

“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.