رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Friday, September 11, 2009

antara kemahuan dan keperluan

antara kemahuan dan keperluan diriku tersepit.. betapa begitu banyak kemahuan yang mahu dipenuhi.. namun, perlu ku tepis beberapa perkara yang masih TIDAK PERLU.. semoga tiada pembaziran wang berlaku pada semua belian saya di malaysia kali ni.. harapanku semoga semuanya bakal memberi manfaat yang tiada tolok bandingnya.. Allahumma Amiiin.. lindungilah aku dari menjadi sahabat syaitan dgn membazir.. tidaaaaak!!! sedihnye... risau kalau dah byk membazir.. aduhai.. kenapakah atikah skrg dah berbeza dgn atikah yg dulu2.. yg sangat berjimat.. :P skrg dah boros.. ish3.. tiba2 rasa takut dengan bayangan diri sendiri.. hihihi.. Ya Allah bimbinglah daku dalam setiap langkahku.. amiiin..

jom kita try ambik hikmah ramadhan dengan berpuasa.. berpuasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.. namun berpuasa dengan menahan segala-galanya dengan tujuan mentaati Allah.. berani mengatakan TIDAK!! oh.. susah jgk.. kita cuba yek!!!!!


Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.

Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.

Apakah latihan itu?

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

BUKAN HANYA PUASA RAMADHAN

Inilah yang mesti dihayati oleh anak muda yang berpuasa . Ia mesti berlaku dalam keadaan kita sedar apa yang sedang kita lakukan, maka barulah ia berperanan sebagai tarbiyyah ke atas diri. Puasa itu bukan menyekat kemahuan semata-mata, antara terbit mentari hingga tenggelamnya suria. Jika puasa sekadar itu, jiwa akan menjadi ganas memberontak di kelam malam!

Sebaliknya puasa itu harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.

Belajar untuk meningkatkan kawalan diri.

Apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa. Ia benar-benar satu latihan untuk diri kita berkata TIDAK kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika, demi mentaati Allah.

Tumpas.

Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]

Itulah bencana lemah kawalan diri.

Sentiasa terpaksa mengikut apa sahaja yang diinginkan hingga tidak mampu berkata tidak di mana perlu. so berjihadlah mengawal keinginan dan nafsu!

KESIMPULAN

Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor. Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.

2 comments:

  1. Puasa mengingatkan kita akan betapa besarnya nikmat Allah. Semoga kita berjaya jadi hambaNYA yang bersyukur. Amin

    ReplyDelete

^___^