رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.
Showing posts with label lintasan hati. Show all posts
Showing posts with label lintasan hati. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Cinta Allah ke Cinta manUsia??

haa.. ni tajuk hangat.. mane2 pun memang Hot tajuk ni.. :) sampaikan saya terkejut mendengar keluhan seorang rakan dimalaysia.. "mane ade org xkapel zaman skrg, sll jek jeles tgk kwn kuar ngan balak.. sy xde pakwe sian.. sy kena cari jgk srg!!"

senarionya di universiti2.. pusat2 matrikulasi.. TIADA orang yang xkapel.. malah tempat2 mencari ilmu itu menjadi tempat untuk mencari pasangan.. alahai.. amal dah sedikit ditambah dengan dosa maksiat pula.. astaghfirullahal azhiiim.. ampunilah kami ya Rabb..

layakkah diri mencintai manusia sedangkan cinta Rabbnya belum mampu diraih??

malunya diri tatkala menjamah rezeki dari Yang Maha Esa sedangkan diri ini sentiasa membawa kemurkaanNya..

malunya bernafas dalam jiwa hamba.. sedang diri masih bermaksiat padaNya..

malunya merayu2 cinta manusia.. sedangkan cinta Allah entah ke mana..

oH.. Malunya dengan Allah..

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ni tak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalau nak ikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA click heresmiley-cool )



EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yg buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)
smiley-wink


Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ade yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Glossari
istiqamah = tetap, konsisten
sequence = turutan
reliable = boleh dipertanggungjawab / boleh pakai
let say = katakanlah
part = Bahagian
So = jadi
go for it = teruskan
ajnabi = (Bahasa Arab) boleh dinikahi
ikhtilat = (Bahasa Arab) Percampuran (antara lelaki dan perempuan); biasa merujuk kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
laknatullah = dilaknat oleh Allah
equation = persamaan
syumul = sempurna
sirah = kisah Nabi




Wednesday, June 3, 2009

pantulan...



hari ni saya bukanla baru tersentak sebenarnya.. saya cuma baru tersedar diri.. sedar ape ye?? erm, saya hanya berada di 1/1000......0 dari dunia dan seisinya. siapalah saya untuk tidak memaafkan sesiapa.. sedangkan nabi mengampunkan ummatnya.. ALlah yang Maha Pengampun tu pun terima taubat hambaNya tau? cam dalam kisah ashaabul ukhdud.. sejahat2 manusia jgk la kita leh byg.. sanggup menggali parit melihat org2 yang beriman terjun ke dalamnya yang berisi api yg menyala. dahsyaat.. xterbyg oleh mata. tp Allah dah berfirman, kalau mereka bertaubat... nescaya Aku ampunkan.. see.. Allah yg Maha Berkuasa, Maha KAya.. nabi yg Maksum lg Terpuji pun maafkan orang lain.. okeh, saya teringin maafkan mereka... tapi untuk lupakannya saya xtau mampu ke tidak.. insyaAllah.i'll try my best.

saya sejak dlu,sekolah rendah pun. memang takdir kot.. saya mesti dan pasti akan jumpe org2 yg baik-baik. nape ye? sejak sekolah rendah kawan2 jenis yang pendiam, jenis skema sket2, jenis ok2 la, jns introvert???hihihi.. nk puji lebih2 kang ada yang xmandi.. hihihi.. tapi mmg sejak dlu mcm tu. kawan2 sy bukan bdk yg biasa buat masalah.. bukan budak ada rekod disiplin la senang cite.. saya trase hari ni skop sosial sy sgt terbatas..saya kurang bersosial.. sbb salu ngn bdkk baik even sy xde la baik sgt pn.. nilah takdir.. dan beberapa hari ni sangat terkesan dan terasa.. senang cite.. hati saya mmg terguris.. nk necrosis dah.. kalau hati tu liver.. mmg end stage liver ds dah.. kalau jantung tu hati.. mmg dah kena heart failure.. melampau2 ke??hihi.. xdela seteruk tu..insyaAllah.ketenangan hati pasti ada dgn zikrullah.. insyaAllah. tapi seriously, saya xpernah kot ada masalah ngan sape2.. sejak sek lgi, saya xsuke kacau hidup org.. dan orang lain jgn la kacau hidup sy.. +_+ . kalau nk jadi kawan saya.. nk 'ubat' saya xpe.. xkisah.. asalkan semua benda2 baik.. tapi kalau bnda jahat.. jauhi saya!! saya mahu bersembunyi dari kamu...xmahu dekati kamu.. pergi jauh2 benda jahat dari berlaku.. inni Akhofullah

so.. saya mahu ajak sesiapa pn supaya kembali insaf.kembali ke jalan yg lurus lagi benar.. insyaAllah. saya xtau sape.. sapa makan cili dia yang terasa pedasnya.. saya xkan marah sapa2.. marah tu antara sifat buruk manusia. nabi pun dah bersabda supaya jgn marah. kalau perhatikan kalau kita marah-marah ni.. secara xlangsung kita tengah pertontonkan manusia sekeliling kebodohan kita.. knp? sbb perumpaannya org sedang marah adalah orang yg tercabut akalnya. tu yg ade smpi bunuh org sbb marah je.. astaghfirullahal aziiim..tak nampak gelagat arab mesir bila marah?? sekecil2 benda pn nak marah..dan org malizi mmg akan kutuk2.. macam tu jgkla kalau nk pantulkan benda tu kat kita. kalau kita xkawal marah, nescaya org2 akan gelakkan kita. maaaluuuu.. semoga iman saya xselemah itu. kena berusaha menahan marah dan bersabr..

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, bahawasanya seseorang berkata kepada
Nabi SAW: “Berpesanlah kepada aku”. Nabi SAW bersabda: “Janganlah engkau
marah”.Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah engkau marah”.

(Hadis RiwayatBukhari).

Dalam sebuah hadis yang lain yang bermaksud : Kalau kalian marah
duduklah,kalau tidak hilang juga maka bertidurlah“. -Hadis riwayat Abu
Dawud.

Dan satu lagi hadis berbunyi yang bermaksud : “Ajarilah (orang lain),
mudahkanlah jangan mempersulit masalah,kalau kalian marah,diamlah.

-Hadis Riwayat Ahmad.

Maka pendek kata, janganlah marah. kalau dan termarah juga,
duduklah, kalau tak hilang juga, berbaringlah. kalau masih membara, pergilah
padamkan dengan wudhuk. dan akhir sekali, kalau tak berjaya juga, diamlah.
diamlah. diamlah.anda mungkin akan mencarik-carik hati orang lain jika
sedang marah. anda mungkin akan menghenyak dan merobek-robek perasaannya dengan tikaman lidah anda. tolonglah diam


(dari nadiah Chem)

.

Monday, May 25, 2009

jiwa...

Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah

1. Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

tiada tangisan lagi.. dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..jazakillah untuk semua.. uhibbukunna fillah.. badan abada..ana QOWi..!!


Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Thursday, April 16, 2009

penilaian

semalam masa bersama dgn adik2.. saya terfikir pasal penilaian.. masa duk tnye2 result diorg, camne study, bile adik2 tnye psl PBL, semua org risau bila diri dinilai.. semua resah bila nak tau natijah dari apa yang diusahakan.. ingat lagi dlu masa nak keluar result peperiksaan SPM even keluarnye result final sem saya gelisah smpai xboleh tido malam.. buat ape benda pun xjadi dek kegelisahan tu.. tp sem terbaru ni mmg xde kegelisahan.. maybe sbb dah terbiasa sangat dgn xm kot.. kurang dah dengan kegelisahan dunia ni.. semoga saya menjadi lebih redha dgn dunia yang pebuh pancaroba ni..tp kne jiddiyyah dlm study.. xleh smbil lewa!!isk3.. kne lebihkan usaha nie.. T_T

berkaitan dgn penilaian.. saya terfikir bagaimana seandainya kita ada suatu perasaan sentiasa dinilai Allah??? sbb Allah kan Maha Mendengar dan Maha Melihat perkara yang nyata dan tersembunyi.. malaikat pun sntiasa setia mencatat segala amalan baik dan buruk kite setiap saat tanpa tertinggal sedikit pun.. kalau semua org sedar semua ni.. mesti semua org gelisah. sbb kite dinilai!!! urm.. mesti semua xsgp nk wat maksiat, xsgp nak membuang masa tgk movie, main game, mengumpat, fitnah, malas beribadat, malas study.. senang cerita.. pasti semua org akan bersungguh2 nk beramal kerana Allah sbb semua org pun nak jadi seorang mukmin yang cemerlang!!! nanti keluar result kat hari penghisaban.. sape bertaqwa, nescaya natijah dia semua A. markah 95 ke atas mcm sistem xm kat alex ni br dapat A. ssh kan nk dpt 95% ke atas?? kena study sgh2.. kne study group, kne pandai curi ms wat latihan, nk best lg ajar org sal apa yang kite tahu.. pastu amalkan dan ulang2 dgn sentiasa beristiqamah.. wah.. sedar xsedar sistem xm kat universiti sbnrnye xjauh dari sistem xm Allah.. tapi adakah kita sedar selama ni kita memang sentiasa ada xm yang dinilai oleh Allah?? kalau dah sedar?? kenapa kita still sanggup buat benda2 yang allah xsuke.. kenapa xtinggalkan je.. n buat benda2 yang menjadi kesukaan Allah.. sedangkan nabi s.a.w yang sedia maklum sebagai kekasih Allah dan dijamin syurga masih taat beribadat pada Allah sehingga bengkak kaki solat mlm, beristighfar dsb.. knp kite yang berdosa dan setiap hari menambah dosa ssh untuk beramal?? wallahualam

kita perlu sama2 lebih mujahadah kot.. kalau kwn2 sekeliling kita lupa.. ingatkan mereka. saling mengingatkan akan lebih merapatkan ukhwah dan hubungan pasti lebih diberkati.. insyaAllah..

sebagai renungan tuk diri n kwn2.. ^_-

amar ma'ruf nahi mungkar.. tapi tidak amalkan utk diri.. beware!!



Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan di dalam Kitab Bad’i al-Khalq dalam sahihnya, beliau berkata;

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ قِيلَ لِأُسَامَةَ لَوْ أَتَيْتَ فُلَانًا فَكَلَّمْتَهُ قَالَ إِنَّكُمْ لَتُرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ إِنِّي أُكَلِّمُهُ فِي السِّرِّ دُونَ أَنْ أَفْتَحَ بَابًا لَا أَكُونُ أَوَّلَ مَنْ فَتَحَهُ وَلَا أَقُولُ لِرَجُلٍ أَنْ كَانَ عَلَيَّ أَمِيرًا إِنَّهُ خَيْرُ النَّاسِ بَعْدَ شَيْءٍ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا وَمَا سَمِعْتَهُ يَقُولُ قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُولُونَ أَيْ فُلَانُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَانَا عَنْ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ رَوَاهُ غُنْدَرٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ

Ali menuturkan kepada kami, Sufyan menuturkan kepada kami dari al-A’masy dari Abu Wa’il dia berkata;ada orang yang berkata kepada Usamah, “Seandainya saja engkau mau mendatangi si fulan dan berbicara menasihatinya.” Maka dia menjawab, “Apakah menurut kalian aku tidak berbicara dengannya melainkan aku harus menceritakannya kepada kalian. Aku sudah menasihatinya secara rahasia. Aku tidak ingin membuka pintu yang menjadikan aku sebagai orang pertama yang membuka pintu fitnah itu -menasihati penguasa dengan terang-terangan-. Aku pun tidak akan mengatakan kepada seseorang sebagai orang yang terbaik -walaupun dia adalah pemimpinku- setelah aku mendengar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Mereka bertanya, “Apa yang kamu dengar dari beliau itu?”. Dia menjawab; Aku mendengar beliau bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka dan terburailah isi perutnya di neraka sebagaimana seekor keledai yang berputar mengelilingi penggilingan. Maka berkumpullah para penduduk neraka di sekitarnya. Mereka bertanya, “Wahai fulan, apa yang terjadi padamu, bukankah dahulu kamu memerintahkan yang ma’ruf kepada kami dan melarang kami dari kemungkaran?”.

Lelaki itu menjawab, “Dahulu aku memerintahkan kalian mengerjakan yang ma’ruf sedangkan aku tidak melakukannya. Dan aku melarang kalian dari kemungkaran namun aku justru melakukannya.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ghundar dari Syu’bah dari al-A’masy (HR. Bukhari [3027] , disebutkan pula oleh Bukhari dalam Kitab al-Fitan [6569] as-Syamilah).

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Kitab az-Zuhd wa Raqa’iq di dalam sahihnya;

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَاللَّفْظُ لِأَبِي كُرَيْبٍ قَالَ يَحْيَى وَإِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قِيلَ لَهُ أَلَا تَدْخُلُ عَلَى عُثْمَانَ فَتُكَلِّمَهُ فَقَالَ أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مَا دُونَ أَنْ أَفْتَتِحَ أَمْرًا لَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ فَتَحَهُ وَلَا أَقُولُ لِأَحَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ أَمِيرًا إِنَّهُ خَيْرُ النَّاسِ بَعْدَ مَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يُؤْتَى بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ فَيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِالرَّحَى فَيَجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّارِ فَيَقُولُونَ يَا فُلَانُ مَا لَكَ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ فَيَقُولُ بَلَى قَدْ كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ فَقَالَ رَجُلٌ مَا يَمْنَعُكَ أَنْ تَدْخُلَ عَلَى عُثْمَانَ فَتُكَلِّمَهُ فِيمَا يَصْنَعُ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِمِثْلِهِ

Yahya bin Yahya, Abu Bakr bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numair, Ishaq bin Ibrahim dan Abu Kuraib -lafazh ini milik Abu Kuraib- menuturkan kepada kami, Yahya dan Ishaq berkata; memberitakan kepada kami, sedangkan periwayat lainnya mengatakan; menuturkan kepada kami Abu Mu’awiyah; al-A’masy menuturkan kepada kami dari Syaqiq dari Usamah bin Zaid, Syaqiq berkata; ditanyakan kepada Usamah, “Apakah engkau tidak menemui Utsman untuk berbicara dengannya?”.

Maka dia menjawab, “Apakah menurut kalian saya harus menceritakan kepada kalian kalau saya sudah berbicara dengannya. Demi Allah, saya sudah menasihatinya berdua saja, aku tidak ingin membuka pintu fitnah sehingga akan membuatku orang yang pertama kali membukanya. Aku juga tidak akan mengatakan kepada seseorang yang menjadi pemimpinku sebagai orang yang terbaik setelah aku mendengar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Akan didatangkan seorang laki-laki pada hari kiamat nanti kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka lalu isi perutnya terburai, lalu dia berputar-putar karenanya sebagaimana berputarnya keledai mengelilingi penggilingan. Maka berkumpullah para penduduk neraka melihatnya.

Mereka berkata, “Wahai fulan, apa yang menimpamu, bukankah engkau dahulu memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar?”. Maka dia menjawab, “Benar, dahulu aku memang memerintahkan yang maruf tapi aku tidak melakukannya, dan aku melarang yang mungkar namun aku justru melakukannya.” Utsman bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami; Jarir menuturkan kepada kami dari al-A’masy dari Abu Wa’il, dia berkata; Dulu ketika kami duduk-duduk bersama Usamah bin Zaid maka ada seseorang yang mengatakan, “Apa yang menghalangimu menemui Utsman dan berbicara dengannya atas apa yang telah dilakukannya..” kemudian dia membawakan isi hadits ini dengan isi yang sama (HR. Muslim [5305] as-Syamilah)

Pelajaran

Kedua-dua hadis di atas cukup untuk memberikan kita pelajaran yang sangat berharga tentang beberapa kewajipan yang berada di atas bahu seoarang muslim.

1. Kewajipan dakwah terhadap para penguasa bahkan yang kita fahami kewajipan ini juga tertakluk kepada semua manusia yang boleh kita kecapi dengan apa sahaja sarana. Dakwah menjadi asas kepada komunikasi di kalangan kaum Muslimin pada zaman lepas di mana mereka sangat memerhatikan sarana nasihat menasihati sesama mereka dalam pelbagai hal.

2. Berbuat apa yang di nasihati - Inilah akhlak para daie di jalan Allah. Mereka sentiasa iltizam dengan amal Islam dan berusaha menyeru masyarakat supaya berubah ke arah kesyumulan Islam. Para daie senantiasa berusaha untuk mempertingkatkan amal soleh mereka supaya rasa ingin dan cinta mereka kepada Allah sentiasa mekar. Sekulumit dosa dan maksiat sudah menjadi perkara yang keji dan terkutuk bagi mereka, apatah lagi berbuat ingkar terhadap suruhan Allah.

Bercakap kosong dan sekadar berceramah melampiaskan kata-kata bukanlah akhlak mereka.

3. Balasan terhadap orang-orang yang tidak berbuat kebaikan yang di canangkannya.