رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.
Showing posts with label bicara hatiku. Show all posts
Showing posts with label bicara hatiku. Show all posts

Monday, July 27, 2009

selamat hari lahir atikah.. ^_^




Alhamdulillah wasyukurillah bertambahnya umur saya hari ini.. entahkan saya masih bernyawa ataupun tidak pada tarikh keramat 27.julai.2009 ini.. bermakna sudah genaplah saya 22tahun lamanya hidup di muka bumi Allah ni..masih sedikit amalan yang saya lakukan sepanjang 22tahun hidup di atas bumi Allah ini.. kalaulah amalan ini tidak direbut seawal usia ini dan ditangguh-tangguh.. mungkinkah adanya lagi hari esok untukku bernafas dalam jiwa hamba???mungkin matiku selepas tidurnya diri ini pada malam ini? atau matiku semasa diriku masih bergelak ketawa tanpa suatu tujuan? semasa membuat perkara-perkara tidak berfaedah?? semoga kita mati dalam Husnul Khatimah.. Allahumma Amiin..

saya menaip untuk post kali ini sebelum saya bertolak ke matruh siwa untuk perkhemahan musim panas selama 3 hr 2 malam.... semoga saya masih bernafas dalam jiwa kehambaan pada Allah Yang Maha Perkasa pada hari lahir saya tahun 2009 ni.. biiznillah.. jadinya masa post ni publish.. saya xde kat rumah tapi masih disana.. ^_^

saya tidak mengimpikan sesuatu yang best sangat pun tahun ni, saya cuma bermimpi untuk sebuah impian.. semoga impian saya menjadi sebuah kenyataan dan menjadi sejarah hidup antara yang paling manis dalam kamus hidup saya.. Allahumma amiiin.. Doakan yek.. ^_^

saya berharap Allah menjadikan saya sekuat fatimah.. yang sentiasa tabah menghadapi segala ujian Allah.. yang sentiasa taatkan perintah Allah.. dan sentiasa takut pada maksiat dengan Allah.. beliau begitu berhat-hati dalam kehidupan seharian. wanita agung yang menjadi penghulu syurga bagi seluruh wanita.. seorang yang sentiasa redha dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan ilahi..seorang anak, ibu dan serikandi mulia bagi seorang suami.. mulianya wanita agung ini... semoga mampu mendidik diri menjadi sebaik beliau even dari serendah 1% dari saidatina Fatimah r.a.

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.


Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.


Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.


Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.


Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.


Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.


Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghalang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.


Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.


"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.


Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.


Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.


Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.






Friday, July 24, 2009

Tazkiyatun Nafs

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى د ينـــك
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu




Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekelian alam.. Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.. Yang tidak tidur dan tidak mengantuk.. Dialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. Tuhan Yang memelihara hambaNya.. sebaik2 perancang.. Tuhan yang menjadi sebaik2 tempat pengaduan.. sebaik-baik penolong dikala susah dan senang.. Alhamdulillah Wasyukurillah.. berysukur sebab kita hari ini masih bernafas dalam jiwa kehambaan yang penuh kehinaan..

benarlah.. Allah sebaik-baik perancang. kita merancang pelbagai acara.. tapi tanpa izinnya tiada sesuatu pun akan berlaku. saya merancang untuk ke mandarah sejak hari selasa untuk jumpa kak zalina. tapi Allah dah tentukan, saya akan ke sana pada hari jumaat. iaitu hari ni. Allah dah rancang saya akan ke sana seawal pagi dan dah diberi peluang oleh Allah untuk mendengar kuliah jumaat yang sangat menyentuh hati.. Allah.. terima kasih.. semua dari Allah.. Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia.. namun Dia jualah yang berhak memegang hati-hati hambaNya supaya terus beriman..

kuliah jumaat hari ini tajuknya sy xjelas pada mulanya.. setelah khusyuk mendengar, ia lebih kepada bagaimana untuk berjaya???kawan-kawan smua nak berjaya x?? berjaya yang ni memang kejayaan hakiki.. kejayaan yang sangat patut kita rebut. bukan senang tau..

apa resipi kejayaan seorang muslim?? jom kita tadabbur surah As-Syams yea..

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

inilah dua ayat yang ditekankan dalam kuliah tadi.. sesungguhnya telah berjayalah orang yang membersihkan jiwanya dan sungguh rugi orang yang mengotori jiwanya. saya sangat excited nk share pasal ni sebab saya sangat bersyukur kerana mampu hadir ke kuliah kali ni. seolah-olah Allah sedang merancnag yang terbaik untuk saya. Allah memang satu-satu yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya.. tersentak diri lantaran mendengar teguran ustaz tadi.. sesungguhnya orang-orang yang lembik dengan ujian Allah yang sangat sedikit itu adalah orang-orang yang kotor jiwanya.. orang-orang yang lemah dan masih kurang bertaqarrub pada Allah. saya la tu.. nampaknya kena berusaha lagi nih yea.. ganbatte!!

orang-orang yang menyucikan jiwa pasti tidak akan jatuh tersungkur, tidak mudah rapuh dan tersandar dek suatu halangan sahaja. namun, disebabkan mereka yang menyucikan jiwa sedar betapa besar keuntungan berjual beli dengan Allah itu sangat besar.. mereka akan terus berusaha dan berusaha tanpa sedikit rasa jemu, semangatnya kuat dan membara. betapa syurga itu mahal dan perlukan pengorbanan yang sangat Mahal jua.. Allahuakbar..

beberapa contoh tentang khalifah2 agung di bumi Allah ini yang telah berjaya menyucikan jiwa-jiwa mereka.. antaranya saidatina Fatimah Az-Zahrah r.a... yang menjadi idola saya sebagai seorang wanita. hebatnya wanita penghulu syurga bagi seluruh wanita ini sehinggakan nabi sendiri bersabda di waktu baginda merindukan syurga yang pernah dilihat ketika israk mikraj.. baginda akan berkata: bilamana aku rindukan syurga,akan ku lihat pada Fatimah. ini bukan bermakna fatimah setanding dengan syurga.. tapi sifat-sifat beliau, ketabahan, amalan-amalan beliau telah berjaya menyucikan jiwa sehingga layak menjadi penghuni syurga yang di bawahnya mengalir sungai2 yang sungguh indah.. oH.. indahnya syurga yang tak dapat kubayangkan.. namun mampukah kita ke sana?? dengan amalan yang sedikit cuma..

kalau tengok kisah seorang wanita namanya Al-khansa dan putera2nya.. betapa wanita agung ini berjaya menyucikan jiwanya sehingga habis semua puteranya dikerah untuk berjihad dengan rasulullah s.a.w ke medan perang. apabila perang berakhir, beliau akan menanyakan khabar rasulullah dan putera-puteranya. setiap kali pasti puteranya akan mati syahid dan mengalirlah air mata seorang ibu. namun, tangisannya bukan bersedih atas pemergian anaknya. tapi tangisan hampa kerana sudah tidak mampu melahirkan lebih banyak putera untuk berjihad fi sabilillah.. beliau bergembira dengan ucapan tahniah atas syahid anaknya.. kalau kita anak mati menangis xberlagu.. tapi tengokla.. mereka yang berjaya menyucikan jiwa-jiwanya.. bergembira dengan janji-janji Allah yang sangat menguntungkan.. Subhanallah..

semoga hari ini kita mampu menjadi orang2 yang berjaya menyucikan jiwanya.. terima kasih ya Allah atas segala hidayahMu.. Alhamdulillah

orang-orang yang berjaya menyucikan jiwanya adalah org2 yang berjiwa jitu, kuat dan tabah. beliau akan optimis dalam setiap yang dilakukan.. inilah jiwa himmatul mathinah.. suatu jiwa yang mempunyai suatu semangat yang hebat dan membara.. jiwa ini pastinya milik baginda rasulullah s.a.w yang begitu optimis dalam dakwah islamiah sehingga islam tersebar seantero dunia.. Subhanallah.. hebatnya orang-orang yang menyucikan jiwanya..

org2 yang menyucikan jiwa akan melaksanakan segala yang wajib dan menambah amalan-amalan sunat dan sentiasa beristiqamah.. doakan supaya kita semua masih dipegang hati oleh Allah utnuk beristiqamah di atas dunia yang penuh fitnah ini.. astaghfirullahal azhiim..


Surah AS-SYAMS bermakna MATAHARI termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH diturunkan sesudah surah Al-Qadar. Mengandungi 15 ayat 54 kalimat dan 247 huruf.

Tersebut di dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi saw. bersabda:
"Barang siapa yang mengaji (mempelajari) surah AL-BALAD nescaya dianugerahi Allah ta'ala akan dia sentosa dari amarah Allah ta'ala pada hari kiamat".


Bismillahiramanirahimi

Ayat 1 - 10

  1. Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya.
  2. Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari).
  3. Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam).
  4. Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya).
  5. Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah).
  6. Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya.
  7. Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.
  8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.
  9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).
  10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

KETERANGAN
Dalam pembukaan surat ini Allah menyuruh kita memperhatikan suasana kejadian alam, pereadaran matahari, bulan, siang dan malam silih berganti. Allah juga menyuruh kita perhatikan kejadian bumi sebagai tempat tinggal kita dan langit serta binaannya yang kukuh, yang semua itu untuk memenuhi kebuntuhan kita.

Kemudian disuruh perhatikan kepada kejadian manusia dan diilhamkan oleh Allah kepada tiap jiwa itu jalan-jalan untuk berbuat kebaikan atau kejahatan. Maka Allah menerangkan bahawa orang yang dapat membersihkan jiwanya dari segala maksiat akan mendapat kemenangan dan kejayaan yang sebenar tetapi mereka yang mengotori jiwanya dangan segala maksiat akan mendapat kerugian.

Dari ayat ke 7 Allah menerangkan bahawa usaha dan perjuangan manusia dalam hidup ini telah ditakdirkan dari azali lagi. Segala sesuatu itu milik Allah termaksuk kita semua dan Allah berhak terhadap ciptaan-Nya.

Dahulu ada seorang dari suku Juhainah atau Muzainah datang kepada Nabi saw. Ialu bertanya "Ya Rasulullah apakah usaha perjuangan manusia ini sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atas mereka, atau memang usaha mefeka terhadap sesuatu yang masih belum diketahui untuk dituntut dan dijadikan bukti?"
Jawab Nabi saw.: "Bahkan semua itu telah ditadirkan Allah atas mereka".
Dia bertanya pula: "Jika demikian untuk apakah kita berusaha?".
Jawab Nabi saw.:"Siapa yang dijadikan untuk sesuatu maka tersedia baginya kemudahannya, seperti firman Allah: "Qad aflaha man zakkaa ha waqqad khaa ba man dassaa haa wanafsin wamaa sawwaa ha' fa'alhamahaa fujuu raha wataqwa haa" (seperti ayat 8 hingga ayat 10).

Ibn Abbas ra. berkata Biasa Nabi saw. jika membaca ayat ini lalu berhenti dan berdoa:
(Allahumma aati nafsi taqwaa haa wazakkihaa anta khairu man zakkaa ha anta waliyuhaa wamaulaa haa)
"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebuk-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya".
HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.

Thursday, July 23, 2009

Allah...


segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. yang sentiasa memerhatikan gerak geri hambaNya.. Tuhan Yang sentiasa mendengar keluh kesah dan rintihan hambaNya.. satu-satunya yang mampu membaca segala isi hati hambaNya.. Hanya Allah Maha Mengetahui..

benarlah Allah menguji hambaNya pada titik point PALING LEMAH.. dan saya selemah-lemah insan itu..

terima kasih Ya Allah.. menyedarkan diriku yang terlena.. lalai seketika dengan nikmatMu yang sementara.. sekali Kau katakan ya.. semua nikmat itu akan ditarik dariku.. Allahuakbar.. kurangnya rasa bersyukur dalam diri ini mungkin..terima kasih ya Allah sudi memberikan ujian yang sedikit.. nah.. aku terpana! terkesima seketika cuma.. waktu seolah-olah terhenti.. semua kerja seolah2 tidak bergerak.. langkahku longlai.. semangatku lumpuh! semoga semuanya kembali kepadaku.. mengubat hati yang lara..

air mata ini mahal.. tangisan berharga di kala keinsafan sepatutnya.. tapi kali ini.. aku menangis dengan dunia dan seisinya.. sy xnak menangis lagi.. ana qowi!!

sebutir air mata yg jatuh krn keinsafan adlh 1000 kali lbh baik dr sjuta mutiara yg jatuh di muara lautan..

sesaat bersedih kerana Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana manusia..

Allah Pasti Tolong!! Yakin2 dengan pertolongan Allah...

Allah pasti memegang hati hambaNya dengan sekuat2nya.. Ya.. Allah pasti akan perkenankan.. Allahumma amiiin..


Tidak akan ku tangisi lagi.. yea.. jangan bersedih.. Inna Allah Ma'ana.. ^_^
Allah yuqowi.. Alhamdulillah.. hanya Allah segala-galanya.. dunia ini hanya persinggahan.. ^_^
ni ayat favourite saya time saya sedih.. saje share maybe leh mengubat hati2 sahabat yang tengah berduka lara jua.. ^_^

surah Al-Baqarah

155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

156. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[[101]. Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

La Haula Wala Quwwata Illa Billah...~

p/s:best muhasabah diri yek.. ayuh selalu2 muhasabah diri yuk.. supaya hati xmati.. chaiyok2 tuk semua..!! pasti boley.. Allahumma amiiiin.. perkenankanlah ya Rabb ^_^


Ath Thalaaq



2. Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Bismillahi tawakkaltu Alallah.. terima kasih Ya Allah kerana mengembalikan semangatku hari ini.. Alhamdulillah
Hasbunallah wanikmal wakiiil..
nikmal maula wanikmal nashiir..




masa akan menjernihkan segalanya.. ^_-
Allahumma amiiin

Tuesday, July 21, 2009

Cinta Allah ke Cinta manUsia??

haa.. ni tajuk hangat.. mane2 pun memang Hot tajuk ni.. :) sampaikan saya terkejut mendengar keluhan seorang rakan dimalaysia.. "mane ade org xkapel zaman skrg, sll jek jeles tgk kwn kuar ngan balak.. sy xde pakwe sian.. sy kena cari jgk srg!!"

senarionya di universiti2.. pusat2 matrikulasi.. TIADA orang yang xkapel.. malah tempat2 mencari ilmu itu menjadi tempat untuk mencari pasangan.. alahai.. amal dah sedikit ditambah dengan dosa maksiat pula.. astaghfirullahal azhiiim.. ampunilah kami ya Rabb..

layakkah diri mencintai manusia sedangkan cinta Rabbnya belum mampu diraih??

malunya diri tatkala menjamah rezeki dari Yang Maha Esa sedangkan diri ini sentiasa membawa kemurkaanNya..

malunya bernafas dalam jiwa hamba.. sedang diri masih bermaksiat padaNya..

malunya merayu2 cinta manusia.. sedangkan cinta Allah entah ke mana..

oH.. Malunya dengan Allah..

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ni tak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalau nak ikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA click heresmiley-cool )



EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yg buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)
smiley-wink


Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ade yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Glossari
istiqamah = tetap, konsisten
sequence = turutan
reliable = boleh dipertanggungjawab / boleh pakai
let say = katakanlah
part = Bahagian
So = jadi
go for it = teruskan
ajnabi = (Bahasa Arab) boleh dinikahi
ikhtilat = (Bahasa Arab) Percampuran (antara lelaki dan perempuan); biasa merujuk kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
laknatullah = dilaknat oleh Allah
equation = persamaan
syumul = sempurna
sirah = kisah Nabi




Tuesday, June 9, 2009

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA



Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.

(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.

(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.

(Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.

(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.

(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)



keresahan.. kerisauan kian pergi.. sungguh ssh menjadi wanita.. penuh beremosi!! ah.. benda remeh jangan dipikirin.. waduh..