رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Khas untuk Ukhti Yang Disayangi... ~

today is her BESDAY!!



selamat hari lahir NONI!!

semoga enti thabat dalam setiap perjuangan..
jangan mudah mengalah..
jangan bersedih hati..
Allah sentiasa bersama kamu..
sayang NONI
.. ^_^
uhibbuki Fillah Abadan Abada..

semoga Noni yang saya sayang panjang umur, murah rezki, dapat result cemerlang, bergembira dan ceria-ceria selalu.. Be Happy!!

semoga ukhti sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat + Kasih Sayang Allah selalu.. ila Mardhotillah.. biiznillah

p/s: jom2 usaha lagi untuk yang terakhir.. last dah untuk sem kali ni.. semoga semua orang dapat result cemerlang Yuk.. Rabbuna Yusahhil.. insyaAllah

Tuesday, June 30, 2009

hepi besday iman...

okla.. nak luangkan sdikit je masa tuk sahabat saya kat mesir yg antara special jgk la..

30.june.2009

selamat hari lahir iman..!!


saya dah jadi adik awk yea.. ^_^

semoga panjang umur+murah rezeki dan dapat result cemerlang..
rabbuna yusahhil ala kulli hal..

special tulips for u yeah...

Tulip flower meaning – Yellow tulips

A yellow tulip simply means “there is sunshine in your smile” which in itself means that your smile, the receivers smile, brightens the day of everybody around him or her. The yellow tulip is especially suitable for coworkers or people you feel makes a difference but that you do not know that well. The yellow tulip flower meaning is simply a discrete compliment, nothing more and nothing less.

KUNING

Menyukai ilmu
gemar membaca
tekun
cerdas
tabah menghadapi cabaran

kuning adalah warna kegemaran saya dan sempena nk xm sesuai sgt lah!!!

doakan saya yer..

uhibbuki fillah abadan abada.. sayang awak sokmo.. heee :)


Thursday, June 18, 2009

Fi Hifzillah ya Ukhti

actually xde benda nak post.. tapi sangat berterima kasih atas emel yang xdisangka....lagu ni best kn?? peringatan bermakna.. jazakillahu khairan kathiran.. fi hifzillah ya ukhti!!

assalamualaikum wbt

semoga kita digolongkan bersama dgn golongan yg hatinya sentiasa basah mengingatiNya,setiap detik dan ketika.

meaning of this song :
In one of the nights,
I dont know what happened to me,
Darkness Covered me O my Rabb,
The earth has been narrowed, and (also) the sky,
and my heart haven't know the light,
And tears stayed, crying O my Ilaah
Ya Ilahi
I committed a big sin,
And I am inside my sadness a captive,
Chained by the sin O my Rabb,
Does the sinner deserve forgiveness,
O my Ilaah
I admit my sins,
O my Ilaah
You are the one who created,
mercied and blessed me,
All the time you were with me,
O my Rabb.
However, I went far away from you and forgot your rights,
And waked on my way, O my Ilaah.
And today O my Rabb,
I come back from a darkness beyond the boundaries,
The heart is broken and my sight is confused.
Ang I am sinking and see no one but you to rescue me,
No help except you,
O my Ilaah, O my Ilaah

semoga Allah melindungi kita semua di bawah lembayung kasih sayangNya dan rahmatNya..

fi hifzillah ya ukhti






p/s: anyone pls remind me.. tudung putih 2 helai dari malaysia.. tu je.. jazakillah..

doakan saya.. +_+

Tuesday, June 16, 2009

campur semua benda..

Kak Waramlah + suaMi.. Mabruk..!!

Kak Ah + anis+akrom+sofea.. tembamnye sumee!!

Aiman Nurhakim..

banyak crite ciksu dengar dari baby yang xpernah jmpe sorang ni.. benarkah kamu sangat baik budaknye?? nanti kita ketemu ye..



Jadual Xm dah keluar.. jadi berjiddiyyahlah kamu ye!!



jom kongsi sebuah perkongsian.. sebelum menghadapi xm...

1) kena jiddiyyah betul.. iaitu bersungguh2.. even saya masih banyak main2.. sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat kurniaan ilahi ni.. kita masih bernyawa untuk teruskan hidup.. kita masih punya kudrat itu berpenat-penat.. kita masih dikurnia dikurniakan sistem dalam badan yang masih elok berfungsi.. bersyukurlah.. dan buktikan dengan bersungguh2.. ibadah yang paling baik adalah ibadah yang paling sesuai dengan waktu dan keadaannya.. jadi ibadah terbaik buat semua pelajar adalah belajar sementelah nk xm dah

2) jauhi maksiat.. erm.. banyak je maksiat yang dibuat sedar x sedar kan.. berbual-bual kosong yang mungkin kadang2 menyakiti hati manusia.. menonton movie.. mendengar lagu yg melalaikan.. xmenundukkan pandangan.. berchatting xtentu hala.. berkata-kata yang buruk.. dan byk2 lagila.. skali buat maksiat.. satu titik hitam akan lekat kat hati kita.. astaghfirullahal aziiim..kalau maksiat masih bermaharaja lela.. mungkinkah ilmu akan masuk?? ilmu itu nur.. nur xkan masuk pada orang-orang yang gelap hatinya..

3) kena tau hadaf atau tujuan belajar.. tetapkan aim kat mane2.. hmm.. sejak sekolah dlu dah dingatkan benda ni.. tapi hari tu saya diingatkan balk.. insyaAllah sama-sama try..

banyak lagi points yang diutarakan oleh ukhti kita.. tapi cukuplah dlu.. nanti ada masa bole smbg lg.. jazakillah atas perkongsian bermakna.. banyak perlu diperbetulkan ukhti2ku.. ayuh!! kalau futur... surat cinta dari Allah tersedia untuk kita untuk dibuka.. Dia sedia mendengar segala pengaduan dan keluh kesah kita..

USAHA+DOA+TAWAKAl

bismillahi tawakkaltu alallah

semoga kejayaan milik semua... biiznillah..

Allahumaj alna minannaajihiiin wal faaaiziin.. fil imtihan.. fiddin.. fiddunna wal Aakhirah

tribute to Mujahid Muda

jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.
Laksana anak-anak akhirat...
melihat dunia dari jendela akhirat.

Sesunnguhnya Allah membeli dari orang mukmin itu, jiwa-jiwa mereka dan harta mereka dengan (balasan ) bahwa mereka akan berolih syurga, ( disebabkan ) mereka berjuang pada jalan Allah ; maka (di antara ) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Dan sebagai janji benar Allah dalam At Taurah dan Al Injil dan Al Quran. Dan barang siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu ialah kemenangan yang besar. At Taubah : 111


Cerita Allayarham..
klik DI sini

Blog Allayarham
Klik DI sini

cerita dari sahabat..
Klik di Sini

adakah matiku akan menjadi semulia ini?? dunia mengiktiraf kematian seorang mujahid.. langit akan terbuka luas menyambut kedatanganmu... Allahummaghfirlahu warhamhu wa aafihi wa'fu anhu..

sahabatku..

ingatlah.. dunia ini sebentar cuma..
janganlah kita menjadikan dunia sebagai tujuan utama dalam hidup..
marilah cuba menjauhi penyakit al-wahan..
kerana mati itu.. boleh berlaku tiba2 tanpa mengira waktu dan umur..
semoga jual beli dengan Allah memberi pulangan yang terbaik buat semua..

semoga mati kami semua dalam husnul Khatimah..

-Al-Fatihah-

Tuesday, June 2, 2009

jemputan kahwin.. mabRuk Alaikum...

Nabi saw bersabda;

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

ukhti, anda dijemput ke majlis perkahwinan kami pada..

Kak Raudhah+suami (dah kahwin)






kak aisyah zamani+suami (june)

kakYah+suami(june)

kak Wa+suami (july)

aqilah Yusuf +suami (july)

dan ternyatalah sudah saya adalah golongan yang tidak mampu ke majlis perkahwinan mereka ssemua. sangatla sedih. terutamanya sahabat saya aqilah yusuf yang merupakan rakan sekelas dlu. ini perkahwinan kedua rakan sekelas saya dan keduanya dari mesir. ehehe.. budak mesir dah di cop kahwin awl..aaaa xtau!!kalau dulu, saya sering dijemput ke majlis rumah terbuka, kakak kawan kahwin, majlis akikah, majlis kesyukuran dsb.. tapi hari ini, sahabat saya sendiri menikah.. mabruk alaikum!!

ramai berkata, "eh buat apa kahwin awl?? muda lagi la.. lagipun usia muda macam tu mana mampu lagi nk pegang tanggungjawab. enjoy la dulu. apela kahwin awal2..."


attention:ini semua khas untuk kapel2 kat luar sana..!!!
!

firman Allah

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

kalau tengok dengan mata hati, kenapa kita nak tuduh mereka ini xsabar dsb. Allah dah berfirman pn nabi pn dah bersabda. so mereka adalah insan2 bijak memilih jalan paling berkat untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh fitnah ini. apa yang lebih mudah dan lebih bermakna daripada mencari yang halal dalam kehidupan??halaalan toyyiba. daripada kita duk berkapel, berkata-kata sayang, berjanji manis bak manisan di kedai, dan banyak lagi perkara yang memalukan dan merendahkan nilai iman dan akhlak jika berterusan. so saya memang galakkan sapa2 yang berkapel tu berkahwin secepaat yang mungkin. its better for u k..

kalau anda kata masih belum cukup ilmu? ilmu kalau nak cari, sampai bila pun xcukup.ilmu Allah itu sangat luas dan meliputi alam seluruhnya malah xcukup pn. berapa lama baru anda mahu dikatakan cukup ilmu? setahun? 3tahun atau bertahun2 belum tentu anda dikatakan cukup ilmu lagi..tapi, tuntutlah ilmu yang berterusan dan amalkan sedikit demi sedikit, anda pasti berjya!!

xcukup duit? kami muda dan masih belajr..
Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).

Nah, Allah telahpun memberi jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai??

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:

“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.”

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:

“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,

“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan.”

saya macam budak2 lagi, perangai pun xbetul.. ^_^ haa.. masa ni lah untuk berubaha menjadi semakin matang dan belajar memikul tanggungjawab.. [saya masih kebudak-budakkan ke??]. bagi saya la.. seseorang yang sudah bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik sudah selayknya berkahwin.

masa muda mahu enjoy??
ape.. ingat kalu kahwin pn xboleh enjoy ke? malah mungkin kehidupan akan lebih bermakna. xsemestinya dunia seisinya bawah tanggungjawab anda. masing2 boleh mainan peranan mungkin. itulah pentingnya memilih pasangan yang betul2 sesuai untuk anda.

erm, saya pn sudah xtau macam mana nk pertahankan sahabat2 saya. tapi banyak agi yang memang sah jalan yang mereka pilih adalah jalan yang terbaik. saya bila? ehehe.. wallahualam. jodohkn Allah dan tetapkan. dan Dia Maha Mengetahui bila hambaNya mampu. so saya akan terus menunggu... dia pun tgh tunggu saya di luh mahfuz sudah tercatat mungkin.. hihi,, mengarut lagi!! :D

Sari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda,

3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya
(Hadith riwayat Thabrani
)

dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur
.
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,

Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi
)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak.

Percayalah! Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan) . Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina. Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.

Aisyah r.a. menjelaskan,

“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).


Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (HR Bukhori).

so apelagi?? jangan tunggu lama-lama.. nanti lama-lama.. dia diambil orang.. ^_^
mencari keberkatan hidup dan keredhaan ilahi itu paling utama.. semoga Allah permudahkan jalan bagi kalian.. saya doakan anda semua bahagia dunia dan akhirat.. biiznillah


Attention: ini untuk pasangan2 bercinta di luar sana. kalau xde lagi, xpyh cari pun kalu belum sedia ok. jgn relate bnda ni kt sy... xmahuu!!!