رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Monday, April 20, 2009

Alhamdulillah wasyukurillah


alhamdulillah wasyukurillah ala kulli haal... Allah mengurniakan ujian kecil bagi hambaNya.. untuk membezakan siapakah yang lebih sabar dan tetap teguh pada jalanNya yang lurus dan benar.. terima kasih Ya Allah atas ujian yang xterhingga kiranya kurasakan.. sangat kecil jika dibandingkan dgn para nabi dan rasul serta sahabat2 nabi r.a.. tetaplah jadikan diriku kuat dan tabah serta tetap pada agamaMu.. Amiin Ya Rabb..

terima kasih buat kakakku yang sedia mendengar keluh kesah adikmu, buat ibuku yang amat dikasihi dan dirindui yang selalu setia di corong telefon menantikan panggilanku mendengar luahanku, buat sahabat yg sentiasa di kasihi madihah di indonesia yg sibuk dgn proses pengajian medik yg ssh tapi masih sudi ber'ym' dgnku mendengar masalahku, terima kasih buat sahabat yang disayangi di alex yang sedia setia bersamaku.. membantuku.. menenangkanku.. bersama2ku melakukan sesuatu.. jazakunnallahu khairan kathiran.. hanya Allah bisa membalas jasa kalian semua..

terlintas di hati ni di pagi yang hening, tika semua masih nyenyak di katil... suasana mcm ni memang sangat menenangkan. sejuk dan nyaman. sambil mendengar lagu muhasabah cinta. ssghnya hidayah itu adalah milik Allah bagi sesiapa yg dikehendakinya.. sejauh mana kita approach islam pada seseorg, selagi Allah tak mahu berikan hidayah, tetaplah dia dalam kekufuran.. dan akhir2 ni saya sangat bersyukur dan sebak bila teringatkan seorg dari kawan saya yg menampakkan perubahan yg agak baik. menangis kegembiraan bila saya menceritakan perihal rakan saya kat kak fahima. sungguh, saya sangat gembira dgn kehadiran dia yang semakin baik dan air mata itu bukan menipu. sesiapa yang saya nmpk kebaikan padanya, pasti saya akan turut bergembira untuknya. sahabatku, teruskan istiqamah! hidayah Allah tidak datang byk kali, justeru, sekali ia datang kena hargai sebaik2nya dan teruskan tingkatkan hidayah itu. hidayah Allah perlu dipohon dan dicari dan bukan menunggu!!

al ankabut[45]
..."sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"

kalau dihayati.. apa ada pada solat yang boleh mencegah kita dari segala perkara keji dan mungkar?? berapa ramai yang cukup solatnya tapi masih melakukan kemungkaran dan maksiat pada Allah?? apatah lagi yang belum cukup solat. hmmm.. sejauh mana sebenarnya kita menghayati solat kita agaknya.kalau diikutkan.. setiap kali solat kita baca doa iftitah yang bermaksud

Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi,dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.

kita mengaku sebagai org islam kan? tapi apa tanggungjawab seorg muslim dan muslimah? kita mengaku menghadap Allah dan memujiNya serta tunduk menyerah diri. tapi adakah dalam solat sahaja??

1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


setiap rakaat kita laksanakan baca surah al fatihah. namun. adakah kita betul2 menghayati setiap bacaan yang kita lafazkan? adakah hadirnya hati dalam setiap bacaan?? kita bermohon beberapa kali sehari mohon ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang Allah tidak murkai. namun, kenapa kita masih berbuat silap?? atau adakah sebenarnya kita tidak pernah cuba untuk memahami setiap ayat al-quran?? atau mmg lumrah manusia itu sering lupa?? dah namenye naasiyaa..

dan ma'thurat tu sendiri, berapa banyak permohonan yang kita pohonkan dari allah. kita mengaku beriman pada Allah. tapi berapa kerat mampu menghayati erti taqwa dan iman pada Allah?? manusia pada akhir zaman, amat berbangga dengan perkara mungkar?? selalu berseronok dengan perkara yang salah, selalu menunjuk2 segala yang tidak baik.. Ya Allah lindungi diri kami dari segala salah dan silap yang merugikan kami di akhirat sana... ssghnya kami hamba yang hina yang selalu alpa dengan dosa-dosa kami..

kalau diikutkan, ramai yang selalu sngat nampak kesalahan org. tapi pernahkah kita merujuk diri sndiri dimana pula silap kita? kesalahan sangat senang dilihat oleh mata kita.. pernahkah kita cuba menggantikan diri sendiri pada org lain? cuba menyelemi apa perasaannya, menghayati hatinya..

hmmmm...mmg diakui, saya sangat2x la sensitif orgnya.. kalau org tu xsenyum kat saya dah buat hati saya gelisah. saya mencari2 kesalahan apa yg sy pernah lakukan even hakikatnya maybe die moody hari tu. dan tidak ada suatu kaitan pun dengan saya. dan smlm tgk status seseorg yang membuat pikiran saya sangat celaru.. even saya xsure adakah ia dituju pada saya atau tidak.. tp saya dah delete id dia selama2nya dari ym sy.. semoga tiada fitnah yang ditimbulkan pada org2 yang berpenyakit pada hatinya. dan saya yakin.. hati sahabat saya tu xsakit pun dan hidayah Allah akan menjadi miliknya jua.. amin Ya Rabb.. saya perasan pandangannya pada saya semacam ada ketidakpuasan hati.. oh.. saya langsung tiada silap dgn dia dan tolong jangan masuk campur dgn urusan saya yang tiada kaitan lgsg dgn dia. dan jgn samakan perempuan2 lain dgn saya sbb manusia yang Allah ciptakan adaah berbeza2. saya tidak pernah lari dari kesilapan sbb dunia adalah tempat ujian bg menentukan siapakah yang berhak memasuki syurga Allah yang sangat indah dan xterbayang dek mata dan kata2.. atau neraka yang sungguh menyiksakan dgn api yang menyala2.. Allahu akbar.. tunjukanlah jalan2 kebenaran.. tunjukkan jalan2 kebaikan.. tunjuki kami jalan yang lurus lagi benar..

bagaimana mungkin untuk memenuhi kehendak manusia keseluruhannya?? bagaimana mungkin menjaga dan mengambil hati manusia amnya... kerana manusia itu berbeza2.. mempunyai permintaan berbeza .. citarasa yang berlainan..tapi untuk memenuhi kehendak Allah sangat tidak sesusah yang disangka kalau betul2 dihayati.. cuma perlu lebih istiqamah dan bermujahadah.. YA Rabb..xde manusia yang sempurna segala-galanya.. saya sendiri masih punya banyak kekurangan dengan Allah.. sama2 berusaha!!!! jom cari cinta Ilahi melebihi cnta manusia.. pasti lebih10000x manis.. ^_^

semoga sama2 berjaya dunia dan akhirat..rabbuna yusahhil.. ma'a taufik wannajah

"maka nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan??"
[ar-rahman:21]

"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji allah itu benar dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada wakti pagi dan petang"
[al-mu'min:55]


rindu ma...
rindu arwah abah..
tapi semua jauh..
rindukan pelukan ma...
rindukan pujukan ma..
tapi semua tu xmungkin..
saya cume ada Allah saja..
sentiasa disisi saya..
terima kasih Ya Allah..




3 comments:

  1. salam...teringat dulu agak degil dengan parent...tp skrg dh ok dah...hu3

    ReplyDelete
  2. waa..nama ak ad..huhu..sorry..i can't do nothin for u...ak juz blh jd pendengr je..ak x reti nk bg nasihat or komen..huhu..my dear..i'm always loving u because of Allah..hope ur fwenship never end~(^^,)

    ReplyDelete
  3. mendengar tu berjuta baiknya utk ku..
    terima kasih sahabt..
    sayang kamu.. ^_-

    ReplyDelete

^___^