Pertama sekali, saya ingin menegaskan, meriwayatkan sesuatu yang benar bukanlah satu isu yang harus dipandang mudah, sebaliknya, ia merupakan sesuatu yang sangat serius dan penting. Barangkali kenyataan saya tidak kelihatan begitu tegas tanpa saya sertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Maka, saya lebih suka untuk menguatkan hujah saya dengan beberapa sumber yang saya fikir, anda sendiri dapat menilainya.
Imam Ibn Hibban meletakkan satu fasal dalam kitabnya yang beliau namakan:
"Fasal: Menyebut ketetapan memasuki neraka bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Muhammad s.a.w) sedangkan dia tidak mengetahui mengenai kesahihannya" - Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban 1/20Menurut Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
"Tidak halal meriwayatkan hadith palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini samaada berkaitan halal dan haram, fadaail (kelebihan-kelebihan amalan), al-Tarhib (menakut-nakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-Taghib (menggalakkan ibadah), kisah, sejarah atau selainnya"Malah Rasulullah s.a.w sendiri melarang keras pendustaan tanpa sumber yang sahih seperti yang disebut dalam beberapa hadith:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka." - Riwayat al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir.Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyebut:
"Jangan kamu berdusta ke atasku. Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" - Riwayat al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10Malah dalam satu firman Allah di dalam kitab suci al-quran:
"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berlandaskan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - al-An'am:144Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang waras, sudah tentu sekali kita dapat mempertimbangkan sendiri betapa beratnya kesalahan jika kita meriwayatkan sesuatu tanpa kita mengetahui kebenarannya.
Kadangkala dalam usaha kita mengajak orang lain melakukan kebaikan, kita menggunakan hadith-hadith atau kisah-kisah para Rasul dan sahabat yang sebenarnya tidak pernah pun wujud dalam kitab-kitab sejarah. Terdapat pelbagai contoh kisah-kisah yang berlegar di kalangan umat Islam, yang sebenarnya palsu belaka. Malah, ada di antaranya yang sampaikan menghina para sahabat yang begitu rapat dengan baginda Rasulullah.
Justeru saya menasihat dan mengingatkan diri saya dan para pemabaca agar kita bersikap lebih berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu, kerana tindakan kita berkemungkinan menghina Rasulullah dan para sahabat!! Agama Islam adalah satu agama wahyu. Kita beramal dengan wahyu dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Seandainya amalan-amalan dan hadith-hadith dipermain-mainkan, maka jadilah agama ini seperti agama-agama lain yang sudah banyak tokok tambah dan berasaskan akal fikiran manusia belaka. Kita bertanggungjawab untuk memelihara kesucian agama!!
Sama-samalah kita berlindung dengan Allah daripada termasuk di kalangan perosak agama..
http://inverse-mirage.blogspot.com/2009/02/keutamaan-meriwayatkan-sumber-yang.html
Jelas sekali ini adalah copy paste.. hihi.
ReplyDeleteTajuk ni nampak senang tapi susah. setuju tak dengan saya? Untuk menentukan satu ayat quran tu betul atau tak, mudah saje. Tapi hadis, ish3, status hadis ade sahih, dhaif, hasan dan sebagainya. Ada ulama menegaskan kita tak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan sesuatu hadis walaupn hadis tu dhaif.
Nampaknya cara penyelesaian hanyalah untuk menuntut ilmu sampai ke liang lahad... dan bergurukan ulama yang betul2 mahir. Susahkan?
Apa pun, syukran dan jazakallah. Artikel ni dah menggegarkan hati ini...
betul tue..
ReplyDeletekene berusaha menuntut ilmu..
menuntut jgk perlukan keikhlasan..
sbnrnye tikah dah blaja jgk sejak form1 dah blaja subjek hadis.. tp ms tu peringkat rendah smpi la form 5 still blaja tp xdela mcm ulama2'..
tp maybe sbb blaja nk xm.. mmmm..
skrg br tercari2 la.. isk3..rugi..
ape nak jadi kn??
xpela.. marilah sama2 kita berusaha mencari lebih byk ilmu bekalan dunia dan akhirat..
tergetar sgt hati tikah bc artikel ni..huhuhu.. kena lebih berhati2.. insyaAllah