رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Saturday, February 28, 2009

majlis perpisahan+walimah kak nik nabihah

wah.. dahsyat betul selepas xm commed ni.. seolah2 ingin membuat mcm2 benda.. tp sbnrnya byk juga yang xterlaksana.. starting dr hr ni.. kena kembali ke jalan sebenar!! jalan2 yg diambil xboleh diharungi dgn sewenang2nya.. wake up2..!!!

hr ni seolah2 xbyyk bnda buat.. hujan pun sngat lebat dan berterusan beberapa hari ni..permulaan hari jgk dimulakan dgn memasak.. hihi.. pastu study.. then xde wat bnda sgt pon.. smpi la pkul 3.30 br prepare nak g walimah.. seronok2.. makan free.. hihi.. mula2 tu mcm blurr je nk tuju ke mana.. sbb rmh yng wat walimah tu bkn rmh biasa.. rumah yang hanya disewa utk jamuan semata2.. dan mcm biasa tokei die kak midah.. smpi xtido.. isk3.. tpnanti kak midah dah blk msia.. pasni sape nak masakkan kalau ade jamuan?? T_T

majlis ni bkn saje bersempena kak nik baru jadi 'pengantin baru'. tp jugak majlis perpisahan bersama kak2 6th year.. dah abis dah deme study.. nak blk berkhidmat da.. seronok dlm duka.. berat jgk nk tglkan negara yg menuntut ilmu ni.. smpikan kak elly hari2 g pantai mediterranean.. hihihi.. saya besok2 xtau la mcm mn.. g pantai jgk ke?? jiwang je nmpk.. hihi.. tp cam seronok.. suke pantai.. tp musim2 sejuk ni.. Allahu akbar.. tahan ke??

td otw nak g.. angin kuat sgt.. suhu pn dah 8 degree celcius.. sejuk.. angin kuat menolak badan berjalan.. xpyh ssh2 nak jalan lg.. hihii..tp akhirnya selamat jgk smpi dah makan dgn kenyangnya.. seronok sgt ramai g tadi.. ms sy smpi semuanya bdk 3rd year la tp.. sbb dah susun ms utk setiap batch pegi.. kang ramai pulak.. plg seronok dpt jumpe akak2 dirasat.. Kak ekin ada.. kak aniss ada.. kak nadiah ade.. kak midah.. kak nafisah.. kak rodi.. semua2 la..semua2 la ade.. diorg mmg baik.. ^_^

ni semua gmbr kak2 yang mmg sgt2 byk jasa diorg kat kami.. dr hari mula2 kami smpi dah mula menyusahkan akak2.. kami batch first dtg beramai2.. n akak2 la yg ssh2 carikan kami rumah .. terima kasih akak!!! jasamu semua Allah je mampu balas.. dan akak2 jugak byk menurunkan ilmu dan pengalaman tuk kami.. berkongsi ilmu medik mahupun ilmu agama..semoga semua pn berjaya menjadi sebaik2 insan dan sebaik2 doktor kelak..

berkenaan kak nik.. baru jek kahwin hr tu.. dgn seorg ustaz.. sy kagum sgt ngan kak nik.. beliau mmg sngt mujahadah dan bersgh2 untuk jalan dakwah.. beliau memilih seorg ustaz pun supaya pabila beliau sibuk berkhidmat menjadi seorg doktor pn.. suami dia ttp berdakwah pd jalan Allah.. semoga kalian terus thabat dlm jalan ni.. Allah tidak akan menyia-nyiakan hambaNya yg soleh.. insyaAllah..

Tikah janji.. ni last update smpi la habes xm icdl.. hihi..

kak elly, kak yam, kak wa, kak nik, kak raudhah
semua lawa2 kan???




kami2 yang bergambar dgn pengantin baru.. ^_^
barakallahu fiik..



Tikah n kak wa.
Tikah terlalu pendek atau kak wa terlalu tinggi nih?? huk3..



...pray 4 me k..



Friday, February 27, 2009

kisah Ghulam...

seorang ukhti cadangkan artikel ni utk di bc.. jazakillahu khairan kathiran.. semoga sama2 dapat ambil pengajaran dari kisah ni.. insyaAllah..


Pengorbanan seorang budak demi Risalah, dan realiti kisah ini dengan kita

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir.


Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’.


Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya.


Begitu ia sampai kepada tukang sihir karena terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’


Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’


Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.


Suatu kali, ia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak bisa menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan ridhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia bisa menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.


Selanjutnya, pemuda itu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak bisa menyembuhkan seseorang. Yang bisa menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya Ia akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh.


Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’ ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.


Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak.


Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke gu-nung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja berpetuah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.


Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja.


Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’


Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.


Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan bisa membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan bisa membunuhku’.


Raja penasaran, ‘Perintah apa?’


Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda).


Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman.


Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’. Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.”

(HR. Ahmad dalam Al-Musn


Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya.

Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir)

ad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah.

Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya.

Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir)

Thursday, February 26, 2009

Besday Syikin..


tikah nak ucapkan
Happy Belated Besday

kat syikin..

happy birthday



semoga kamu dirahmatiNYa..
semoga kamu dimurahkan rezki..
diberi kelapangan hati..
kesenangan duniawi dan ukhrawi..
makin cantik..
makin lawa.. hihi..
dikurniakan jodoh yang baik..
hidup diberkati..
dan sentiasa di bawah rahmat
dan kasih sayangNya..
serta diredhai olehNYa selalu..
dan semoga setiap doamu dimakbulkan selalu..
sayang syikin.. ^_^

kamu sudah tua..
sudah masuk 22 tahun..
kena lebih matang k...
hihi..

ingatan untuk hari ini..


Berkata Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.:

يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإٍنَّكَ مَيِّتٌ وَاحبِبْ مَنْ أَحْبَبْتَ فَإِنَّكَ مُفَارَقهُ واعْمَل مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ

(Wahai Muhammad, hiduplah engkau seperti mana yang kau suka, (tapi ingat) sesungguhnya engkau akan mati, cintailah sesiapa yang ingin engkau cintai, (tapi ingat) engkau akan berpisah dengannya, buatlah apa-apa yang engkau suka, (tapi ingat) engkau akan dibalas atas perbuatanmu)

[Riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih. al-Hakim al-Naisaburi, Muhammad bin Abdullah (1990) al-Mustadrik ala al-Sahihain. Beirut; Dar al-Kutub al-Ilmiah. Jil. 4 Hal. 360 No. 7921.]

WALLAHUALAM..

Wednesday, February 25, 2009

Community Medicine


..kenapa dgn saya ni??
..study ke..
...stado??

..hihi..
...dahsyat2..

...lebih dahsyat dari time sy baca buku sejarah...
..adakah bermakna saya lg meminati sejarah??
sejarah PENTING tau..
..untuk diambil pengajaran..
..untuk rangka masa depan..
..yang lebih baik...
..insyaAllah..

tapi..

..COMMED pn PENTING..
..cuma..
..saya bermasalah sikit..

..hihi..


..baca 30 minit..
...5 minit tertido tanpa disedari..
..dahsyat betul penangan COMMED...
...subjek yang sngat best kalau nk tau.. .
..saya memang suka
Community Medicine..
^_^


..uish..
...moralnya.
.
..JANGAN JADI MACAM SAYA..!!
.
...semoga berjaya...
..dunia..
..akhirat.
..saya perlu bertahan..



..usaha Tikah...
..usaha lagi..
..jangan kenal erti jemu..
..jangan kenal erti putus asa..
..u can do it!!
..rabbuna yusahhil..


..Ya Allah..
...kurniakan kami kejayaan..

..aminn..

..amiin..

..amiinnn..


DOAKAN TIKAH DALAM SETIAP DOAMU YE!!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN..

cahaya itu mendekati..

Saat ku tercari-cari cahaya hidup
Ku lihat sinar menyuluh dari permukaan
Lantas ku gagahi tangan mencapainya


Namun ku bingung
Makin ku gapai, makin ku tenggelam
Terusku dihanyut semakin jauh
Oleh derasnya arus hidup dunia yang fana
Sinar dambaan makin kabur dipisah jarak
Makin payah untuk dimiliki
Hanya melambai-lambai tanpa simpati
Hati gusar bercampur pilu
Menjerit-jerit minta diselamatkan


Namun saat pandangan mulai gelap
Nafas makin sesak di dasar lautan hidup
Dan jiwa mulai merintih kata putus asa
Ku terasa tangan ditarik lembut
Lantas bibir kering mengukir senyum
Bahagia kerana masih ada yang mendengarkan
Tatkala itu jua
Cinta mulai berputik
Pada Sang Dia yang memberiku nafas baru


Tapi hampa bertandang saat mata hati dibuka
Kerana tiada kelihatan Sang Dia di hadapan
Untuk memimpin ku menyusuri tebing dunia yang curam
Butir-butir jernih mula menghujani pipi
Bimbang diri terjatuh dan dihanyut lagi
Oleh ganasnya gelora hidup


Namun saat itu jua kudengari
Bisikan memujuk diri
Memberitahu Sang Dia dekat di hati
Akan sentiasa mengawal serta mengawasi
Apabila ku mula terleka
Dibuai kejamnya bayu dunia
Jua menyuruh hatiku yang merindu agar bersabar
Menunggu waktu ditetapkan
Tatkala hijab antara aku dan Sang Dia dibuka


Kini baru diri mengerti
Cahaya yang dicari selama ini
Amat dekat denganku..terlampau dekat
Ianya ada di sudut sukmaku
Tidak pernah menjauh walau sedetik
Kerana cahaya hidupku itu adalah Sang Dia


Dan baru ku sedari
Cahaya yang menyinari dan cuba ku gapai awalnya
Cumalah dari sinar sang mentari duniawi
Yang hanya setia mengiringi diri di siang hari
Tetapi pasti hilang di sore hari





Wahai Sang Dia
Hatiku telau Engkau curi dengan kerelaanku
Menetaplah Engkau di sana menemani setiap denyut nafasku
Agar bisa menjadi penghalang
Bila hati mendambakan kejahatan
Agar diri selalu merindu dan takutkanMu
Tatkala mengimbas dosa kerana mengejar sinar sang mentari
Agar ketenangan sentiasa milikku
Kerana hanya dengan mengingatiMu ketenangan akan mendekatiku..


Ya Allah,tetapkan hati-hati kami..
tetapkanlah iman-iman kami..
agar kami tidak mati dalam kufur..
jadikanlah hati-hati kami sentiasa merinduiMu...
sentiasa bersamaMu..
sentiasa mengingatiMU..
janganlah ENGKAU membiarkan kami dalam kelalaian..
janganlah Engkau membolak-balikkan hati-hati kami..
kurniakanlah hidayahMu..
Ya RabB..

Tuesday, February 24, 2009

Sebuah Kisah Cinta

Jom kita hayati kisah ini.. adakah kita mempunyai suatu kisah yang sama ataupun sebaliknya? Jika sebaliknya, tidakkah terasa jeles dgn apa yang watak dalam cerita ni alami? seronok tak, kalau ade orang sayang selalu?? orang sentiasa bersama kita?? sentiasa support kita, sentiasa memberi kpd kita.. dan kalau kita tak balas pemberian tu pun orang tu xkisah... banyak lagi ke orang mcm ni??seseorang yang mampu menenangkan hati kita di saat susah mana sekali pun.. so hayatilah sbaiknya.. siapakah DIA??Kekasih untuk semua Umat manusia.. Wallahualam..
Nak share tentang KEKASIH aku?(aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang kat DIA!)Penyayang sifatNYA..Betul ni..aku tak tipu punya!Pure cintalah nak dikatogerikan.Apa taknya,masa aku susah,mitak tolong kat DIA..memang sure akan datang bantuan..

Bila aku susah hati,boleh terus ngadu kat DIA ni...DIRECT!!Yang bestnye tu,bila aku ngadu kat DIA,terasa peace jer.For sure la KEKASIH kan..??Ish!!beruntungnye dapat KEKASIH macam DIA ni..tak pernah nak sakitkan hati aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA ni..Yang seronok tu,sebab memang betul-betul rasa DIA dekat kat hati ni.Ye la..cinta punye pasal kan..DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA.Tapi rugilah aku.Sebab,kalau aku ingat dan contact DIA,sure macam-macam la yang aku dapat.Tak kiralah,material ke,spritual ke..emm..memang kekasih sejati lah tu...!!

Bila aku rindu kat DIA,baca je surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu.Siap bagi example lagi nak suruh aku faham..Sebelum ni,aku pernah gak frust.Memang sedih giller time tu.Ye la,cinta bagai nak rak,tibe-tibe clash gitu jer...

Tapi KEKASIH aku yang ni lain,DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu.Siap bagi semangat lagi.DIA takde jeles pun.Cume aku je yang jeles kat DIA..Memang ramai yang jatuh cinta kat DIA..So,aku kenalah berusaha betul-betul.Kata orang putih..what you give,you get back..so..??kalu aku usaha lebih sikit,aku dapat lebih la kan..??

KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.perfect!!Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam..area pukul 3-4 pagi tu pun,kalu aku terjaga,sure la aku akan contact DIA..rindulah!!Sebenarnya,KEKASIH aku ni millionaire..billionaire..dan ntah apa-apa naire lagi..Tu yang pemurah sangat tu..Semua keperluan hidup aku,DIA yang support..caye tak..??Free of charge..Tapi aku kenalah hargai apa yang DIA bagi tu,kan..??

Mak aku kata,kalau orang dah bagi,suke ke tak suke,amik je la..pastu pandai-pandai la membalas budi..tu la yang aku sanggup berkorban apa saje...cheewahh!!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh.Kalau boleh,belajar semua ilmu..sebab,KEKASIH aku ni bijak+genius+cerdik..etc..DIA kata tanpa ilmu,setiap amal yang aku buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar..Malu la sebenarnya nak cakap ni..Emm..aku sebenarnya belum pernah jumpe lagi dengan DIA ni..belum bersedia lagi la..tapi KEKASIH aku ni dah janji,satu hari nanti,mesti jumpe..Sekarang ni menghitung hari la aku ni..Tapi kecut gak la perut aku nih..TAKUUT!!!Aku mesti prepare awal-awal.Daripada surat DIA yang ada tu,aku tahu la apa yang DIA suke,apa yang DIA tak suke....

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suke ,so that,DIA akan tambah sayang la kat aku akn..??Takpe la,berkorban sekarang,sebab DIA da janji,sapa-sapa yang DIA sayang,DIA akan bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun...!ish!Rindu sangat dah ni...!!!!

KEKASIHKU..
Aku Berjanji,Aku Akan Pertahankan Cinta Suci Ini..
Walau Nyawa Digalang Gantikan,Menggadaikan Cinta Yang Teragung Ini
TIDAK SAMA SEKALI..
Walaupun Tak Pernah Berjumpa,
Aku Tetap Bahagia..
Itulah KEKASIH aku....ALLAH S.W.T
CINTA TERAGUNGKU!!
MAY THAT KEKASIH,OUT OF HIS SHEER MERCY,
GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE...
AMIIN YA RABB...



Kepada KEKASIHku,

ENGKAU selalu bersamaku setiap kali ku dilanda kesusahan,
ENGKAU selalu mendengar rintihanku tanpa jemu,
ENGKAU selalu bagi ku kata-kata semangat
Dan nasihat melalui surat-surat cintaMU.

Di kala waktu pagi bila ku merindui,
Ku menghubungiMU untuk bersamaMU,
Tanpa rasa jemu dan bosan,
Agar ku sentiasa akan ingat kepadaMu.

Walaupun ku tak pernah menjumpaiMU,
Ku tahu ENGKAU menyayangi ku,
Walaupun ku kadang-kadang terlupa akanMU,
Moga kasih dan sayang ini takkan luntur selama-lamanya.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah lagi Penyayang,
Jadikanlah ku ini seorang hamba yang taat,
Agar ku tidak bisa mati dalam keadaan kufur,
Mahupun ingkar terhadapMU...

Amiin ya rabbal 'alamin...



RenungiLah..

"..Jika doamu di makbulkan,
Tandanya Allah sayang padamu..
Jika doamu lambat dimakbulkan,
Tandanya Allah ingin mengujimu..
Jika doamu x dimakbulkan ,
Tandanya Allah rancang terbaik untukmu.."


p/s: sorry hari2 update.. hihihi.. xde keje ke?? ntah saje nk share.. ^_-
malu dah nak meluah perasaan kat sini. sbb tau ade org tu bukak.. :P (noni)
tapi microbs mmg best.. ^_^

sujud syukur+sujud tilawah

SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.

Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.

Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:

Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”

Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.

Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)

Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.

Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.

Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH

Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”

(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :

Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”

Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP

Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.


lepas dah dpt sumtim dr Allah blh la amalkan..insyaAllah.. semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNYa yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNYA.

Sunday, February 22, 2009

khasiat budu.. Promote2..!!




belajar bagaimana budu diperbuat..
bukan mudah untuk menghasilkan makanan unik ini, apatah lagi cabaran untuk mengekalkan mutu rasanya kerana jika tersilap ramuan ia boleh merosakkan keasliannya.

Sehubungan itu, bagi menghasilkan budu, ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam, sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga bulan hingga setahun.

Selepas proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu.

Biasanya budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Sebelum dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti tinggi.

Hamidah memasak budu menggunakan cara tradisional iaitu dapur kayu bagi mengekalkan rasa budu berkualiti tinggi, kaedah sama yang digunakan sejak dulu.

“Rahsia untuk menghasilkan budu yang berkualiti tinggi adalah terletak pada tempoh ia diperam, cara memasak dan ramuan digunakan. Ramuan perlu menepati timbangan ditetapkan kerana ia akan menentukan rasa dan kualitinya,” katanya. Bahan asas untuk menghasilkan budu berkualiti tinggi dan disukai ramai ialah menggunakan ikan bilis usang.
waa.. my favourite ni.. hari2 makan budu..hihi.. tgl stok last dah.. T_T
nmpk gayanya kene pergi cairo pegi beli la ni ek.. insyaAllah.. dlu2 masa duk malaysia xde la hati sangat kat budu ni.. tp bak kata org.. dah susah nak dpt.. barulah kita nak kejar2.. nak sangat2.. so skrg dah jadi peminat setia budu.. ^_^ nYum2.. selamat menjamu selera beserta khasiat2 budu..

ni misteri khasiat budu.. hihi..

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudahlamadiamalkan di Kelantan.Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik SitiWan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakananberkhasiatJepun, Amerika,Australia, New Zealand dan Jerman.
  • Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan,mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

  • Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungizat antibakteria penyebab diarhea,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

  • Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan iamampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarhea kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
  • Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.
  • Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
  • 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin),asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12(sianokobalamin).
  • Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
  • Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

  • Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau moleku yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan,sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor,kanser,penuaan dan kematian sel.
  • Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
  • Pada budu,di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon)yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
  • Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukanbahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut atheroscelosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan,jantina dan keturunan.

  • Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida dara (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti,stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin,vitamin E, karotenoid dan kalsium.
  • Satu ujikaji rambang yang dijalankan,mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang ba

  • Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

  • Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe(Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.
  • Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
hihi.. go.. go tikah.. MICROBIOLOGY to go.. u can do it...

sebelum tu.. selamat hari lahir buat anak saudara tersayang.. today 22.feb.2009

AISYA SOFEA AHMAD RADZI

MAY aLLAH BLESS U syg.. InsyaAllah..

Saturday, February 21, 2009

Baby LelaKi baru lahiR!!

malam semalam.saya tidak dapat tidur dengan baik.apabila jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.saya nekad, saya mungkin perlu tidur untuk merehatkan otak saya yang bertungkus lumus menghafal pelbagai jenis ubat.ubat mata,ubat untuk bakteria, ubat utk epilepsi, utk convulsion, untuk psychotic person, even antidepressant!! namun, hujan ribut mlm semalam mungkin sebagai salah satu tanda akan berakhirnya musim sejuk dimesir sgt menggangu tidur saya.saya tidur tenang dalam ketakutan.hihi.. yerla.. pintu seakan2 ade org nk bukak!! sebenarnya sy bernasib baik sbb dirumah ni cuma sy n roomate saja yg tidur sekatil dan org lain mempunyai katil masing2..so sy xperlu takot..itulah yang sy selalu cuba untuk tenangkan diri.. tak lama kemudian saya terlelap juga.mungkin situasi begini jarang berlaku kalau ngn ma.. [situasi takut tido..hihi]

mlm semalam jugakk tepat 9.10 mlm.. ring.. ring telefon berbunyi.. u got a msg....

"adik, kakza dah beranak.alhamdulillah dpt ank lelaki yg coomel+putih.tp kena masuk dlm bekas oksigen dulu"

alhamdulillah berjaya jugak kakak ipar sorang ni melahirkan anak pertama yang merupakan ank buah saya yang ke 12. dan bulan 8 insyaallah bakal menyusul 2 lagi org baru dalam famili sy.. jadila 14org+15=29 org.. wah.. dah bertambah ahli keluarga saya. dan insyaallah 2010 nanti abang dari saya akan berkahwin juga.. dia tgh bertungkus-lumus menyimpan duit sekarang.. hihi.. so, bertambah2 lagi la.. alhamdulillah.. seronok keluarga besar2 ni. meriah..
my bro Fahmi Latiff+ his wife Kak Za

dah lama saya xpegang baby br lahir... tp sy xberapa minat baby br lahir.. xboleh ajak untuk main2 kejar2!! hihi.. kalau budak2 yg dah boleh jalan2 or senyum2 tu baru best.. boleh usik diorg..isk..suka betul usik org ye?

beberapa hari ni selalu sngat mimpi pasal ma + arwah abah.. even adik bradik.. homesick kah?? xde la duk rindu or duk tringat samapai meleleh air mata pn skrg.. tp xtau la kenapa.. maybe xbb xm.. kluarga jadi sentiasa di hati kot.. perkara ni menghantui saya untuk wat keputusan.. BALIK MALAYSIA @ TIDAK BALIK MALAYSIA??

sbnrnya teringin untuk berpuasa di sini.bersama sahabat2 di sini.sementelah puasa kali ni jatuh pada musim percutian.jarang nak perolehi peluang macam ni selepas ni!!! puasa kat mesir dan ditambah dgn musim cuti mmg sangat2 menyenangkan bg saya.. ruh untuk beribadat juga mungkin lebih.. sbb sudah tidak perlu pikirkan apa2 lg.. bertambah2 lg kalau bersama sahabat2 yang juga sama2 bersaing untuk mendapatkan amalan terbaik di bulan mulia tu nanti.. tapi kalau balik malaysia.. adei.. xyah ckp la mcm mn.. saya akui sy kurang beristiqamah.. tgk tv la especially.. ingat lg mula2 blk malaysia hr tu.. berazam xnak tgk tv.sbb once dah tgk allah je tau mcm mn hati tu lekat kat situ.. lagho2.. n byk bnda yang xberfaedah yg sy buat. spttnya kalau cuti lg byk benda berfaedah dibuat.tp ni sbb terlalu byk masa lapang.. saya DIBUNUH dek masa lapang. dan tergolong dlm golongan yang rugi.. tp adejgk benda berfaedah sy wat.. iaitu g SUNATHON... hehe.. so.. adekah perlu saya pulang menemui ibu tercinta ?? yer wajib.. tp apakah perlu saya pulang selepas raya?? tidak.. ma xizin.. jd ape perlu saya buat?? tiket patut dibeli awl.. mmm...

tp tu cerita kemudian.. yang plg terdekat untuk buat keputusan adalah time cuti ni!!nak pegi mukhaiyyam ke nak pegi melancong.. saya bercdg g turki. negara yang penuh dgn sejarah peradaban islam tu sendiri.. kalu betul2 menghayati sirah.. insyaallah dpt ambil pelbagai pengajaran dari situ.. dna jgk dpt meluaskan pandangan + pengalaman jgk.. bdk2 ni sibuk nak pi main salji.. isk3. teringin jugak sbb mesir ni negara 4musim.. tp xde salji ek?? huhu.. kesian.. stakat sejuk mcm ni dah cukup buat saya.. say no to SNOW.. hehe.. kejap2 ok la.. nak hidup tempat mcm tu.. xtaula kalau dah duk situ terjatuh hati pulak.. wallahualam.. kalau g turki leh jalan2 melihat keindahan ciptaan ALLah + lihat Kebesaran Allah.. tp kalau g mukhaiyyam a.k.a aktiviti ms cuti.. dpt lebih ilmu+dpt muhasabah diri.. maybe dr prog ni bakal mendekat insan kerdil ini dgnNya... sbb apa yang saya pasti pelbagai pengisian untuk hati+rohani ni bakal diterima.. kalauikutkan mukhaiyyam bakal mendekatkan diri sy dgn DIA.. tp sy masih konpius.. nak jalan2 jgk.. isk3... kenapa xmampu buat kedua2nya???

kalaulah mampu.. saya mahu belah badan saya kepada dua.. agar sebelah dapat rasa kebahagian melancong di TURKI.. dan sebelah lg dpt mendengar santapan rohani dr insan2 yang mencari redhaNYA jgk.. kalau nk dgr dr org.. xbest lgsg.. oh Allah.. kurniakanlah petunjuk untuk buat pilihan terbaik..

Friday, February 20, 2009

rahsia air mata wanita


""Suatu ketika, seorang anak bertanya
kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu
menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu
adalah perempuan, nak.” “Saya tak
mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya
hanya tersenyum dan memeluknya
erat. “Nak, kau memang tak akan
mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada
ayahnya. “Ayah, mengapa ibu
menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab
yang jelas.” sang ayah
menjawab. “Semua perempuan memang
sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan
dia tetap terus bertanya-tanya,
mengapa perempuan menangis? Hingga
pada suatu malam, ia bermimpi dan
bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah,
mengapa perempuan mudah menangis?”
Dalam mimpinya ia merasa seolah
mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya
membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan
seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup
nyaman dan lembut untuk menahan kepala
bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat
melahirkan bayi dari rahimnya, walau
kerap berulangkali menerima cerca dari
si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan
membuatnya tetap bertahan, pantang
menyerah saat semua orang sudah putus
asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk
merawat keluarganya walau dia sendiri
letih, walau sakit, walau penat, tanpa
berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan
kasih sayang untuk mencintai semua
anaknya dalam kondisi dan situasi
apapun. Walau acapkali anak-anaknya
itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan
kehangatan pada anak-anak yang
mengantuk menahan lelap. Sentuhan
inilah yang akan memberikan kenyamanan
saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk
membimbing suaminya melalui masa-masa
sulit dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukannya tulang rusuk yang
melindungi setiap hati dan jantung
agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan
kemampuan untuk memberikan pengertian
dan menyedarkan bahwa suami yang baik
adalah yang tak pernah melukai
isterinya. Walau seringkali pula
kebijaksanaan itu akan menguji setiap
kesetiaan yang diberikan kepada suami
agar tetap berdiri sejajar, saling
melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata,
agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus kepada wanita, agar
dapat ia gunakan bila masa pun ia
inginkan. Ini bukan kelemahan bagi
wanita, kerana sebenarnya air mata ini
adalah “air mata kehidupan.


barula saya paham knp saya+ ma sgt2 mudah menangis.. ayyo..

mesti ma pn tgh nages windu ank die.. hihi..
rindunye kat ma.. smlm mimpi kt ma +abah skali.. T_T
hari tu ms ma nk tido..
ma miskol suruh tikah kol dia la tue..
lps kol.. ma kate dah nak tido..
mesti sunyi sebab xde orang dah teman ma tido..
tikah duk jauh.. huhu..
tiba2 rasa nak blk.. isk3..
xm3..
rabbuna Yunajjah

Thursday, February 19, 2009

hadith tidak sahih(peringatan buat saya dan semua)

ini adalah COPY PASTE.. hihihi

Pertama sekali, saya ingin menegaskan, meriwayatkan sesuatu yang benar bukanlah satu isu yang harus dipandang mudah, sebaliknya, ia merupakan sesuatu yang sangat serius dan penting. Barangkali kenyataan saya tidak kelihatan begitu tegas tanpa saya sertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Maka, saya lebih suka untuk menguatkan hujah saya dengan beberapa sumber yang saya fikir, anda sendiri dapat menilainya.

Imam Ibn Hibban meletakkan satu fasal dalam kitabnya yang beliau namakan:
"Fasal: Menyebut ketetapan memasuki neraka bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Muhammad s.a.w) sedangkan dia tidak mengetahui mengenai kesahihannya" - Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban 1/20
Menurut Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
"Tidak halal meriwayatkan hadith palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini samaada berkaitan halal dan haram, fadaail (kelebihan-kelebihan amalan), al-Tarhib (menakut-nakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-Taghib (menggalakkan ibadah), kisah, sejarah atau selainnya"
Malah Rasulullah s.a.w sendiri melarang keras pendustaan tanpa sumber yang sahih seperti yang disebut dalam beberapa hadith:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka." - Riwayat al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir.
Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyebut:
"Jangan kamu berdusta ke atasku. Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" - Riwayat al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10
Malah dalam satu firman Allah di dalam kitab suci al-quran:
"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berlandaskan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - al-An'am:144
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang waras, sudah tentu sekali kita dapat mempertimbangkan sendiri betapa beratnya kesalahan jika kita meriwayatkan sesuatu tanpa kita mengetahui kebenarannya.

Kadangkala dalam usaha kita mengajak orang lain melakukan kebaikan, kita menggunakan hadith-hadith atau kisah-kisah para Rasul dan sahabat yang sebenarnya tidak pernah pun wujud dalam kitab-kitab sejarah. Terdapat pelbagai contoh kisah-kisah yang berlegar di kalangan umat Islam, yang sebenarnya palsu belaka. Malah, ada di antaranya yang sampaikan menghina para sahabat yang begitu rapat dengan baginda Rasulullah.

Justeru saya menasihat dan mengingatkan diri saya dan para pemabaca agar kita bersikap lebih berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu, kerana tindakan kita berkemungkinan menghina Rasulullah dan para sahabat!! Agama Islam adalah satu agama wahyu. Kita beramal dengan wahyu dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Seandainya amalan-amalan dan hadith-hadith dipermain-mainkan, maka jadilah agama ini seperti agama-agama lain yang sudah banyak tokok tambah dan berasaskan akal fikiran manusia belaka. Kita bertanggungjawab untuk memelihara kesucian agama!!

Sama-samalah kita berlindung dengan Allah daripada termasuk di kalangan perosak agama..




http://inverse-mirage.blogspot.com/2009/02/keutamaan-meriwayatkan-sumber-yang.html

Wednesday, February 18, 2009

muhasabah cinta manusia

~muhasabah cinta manusia..

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI

tapi.. cintalah kerana ALLAh..
pasti diberkati..
diredhai.. dan..
kekal abadi.. amiin..

dan ingatlah.. hanya DIA yang berhak atas segala rasa cinta kita..
wallahualam..





hehe..xde keje post bnda ni. terjumpa kat forum jiwang-karat kt www.ukhwah.com

Tuesday, February 17, 2009

tamatlah kisah parasit..

alhamdulillah.. abeslah xm parasit.. xm keempat buat sem ke 5.. so.. masih lg tgl 6 papers.. insyaAllah selepas ni diikuti dgn pharmacology, microbiology,community medicine,pathology, problem based learning(PBL) and lastly human right.. tp.. ada tinggal satu lg jgk.. ICDL(microsoff access) semoga semua org tabah menghadapinya.. biiznillah..so saya nk lepaskan tension sini sket.ni cara saya kot. maybe org lain ada cara tersendiri..

jgn tnye sy mcm mn ngan xm.. sbb jwpn sy masih sama.. bismillahi tawakkaltu alallah.. ade rezki.. ade la. juz mampu usaha sedaya yang mungkin je.. tp sbnrnye xm kali ni agak truk sikap sy.. ade ke patut bersikap selambe je.. xmcm sebelum2nya.. saya ingat lg masa 1st year, 1st sem.. masa baca buku biochemistry tu saya nangis2.. setiap kali baca 1 ayat saya nangis.sbb byk nk kene hafal+xbiasa lagi dgn dunia medik ni.. tp berkat stress+usaha bersungguh+ada rezki dr Allah jgk.. saya dpt A subjek tu.. n yg plg terkejut ms result keluar tu saya dapat markah tertinggi untuk subjek anatomy..isk2.. xtersangka2 dari study yang biasa2.. tu lah Allah dah berfirman..rezeki dari Allah tu mungkin datang dari perkara yg xpernah disangka2.. yang kita xjangka2.. so dapat la hadiah cd satu kotak dr DR. Nagwa.. hehe.. xaci betul sbb lepas tu semua dpt highest mark dpt duit dolar lg ..(bersyukurlah tikah.. alhamdulillah)

xm kali ni.. sbb ada jarak jauh2 antara subjek.. dia jadi main2 jugak.dan maybe sbb dah terbiasa dgn xm.. so.. macam dah xkisah.. sy rindukan saat sy stress+nangis2 tu.. T_T . smlm saya ada tadabbur surah al-waqiah.. lame xtgk makna surah tu.rasa gerun+bahagia sgt. yang gerunnye baca ttg gambaran hari kiamat tu mcm mn. dan di situ di sebutkan mcm mn keadaan org kanan(org beriman) dan jgk org kiri di syurga dan neraka.. uhuk.. takot+gerun rasanya.bagaimanalah agaknya nasib saya dan sahabat2 semua ye? so kalau ada ms free2 tadabbur la surah ni atau mn2 surah pn.supaya menjadi peringatan untuk kita supaya jgn lalai sgt.sbb org yang beriman menjadikan dunia sebagai tmpt persinggahan sahaja dan berusaha mengejar akhirat melalui dunia.mst la kita nk dua2 kn? adei.. iman selalu turun naik jgk kn..

semalam jgk tepat jam 12 mlm. kami satu rumah sambut besday azie ala kadar je.. cian die sbb mlm xm.. hihi.. nasibla kn. dari saya ni xsambut pn.sambut ngan famili. hihi.. mcm biasa sy bg patung.huhu.. boleh ke main ank patung?ada sorg ustaz dlm satu website tu kata ank patung kalau xdipuja atau dibuat perhiasan semata2 boleh.sbb naluri perempuan sukakan ank patung.wallahualam.kalau salah betulkan.teringat lg dulu2 masa kecik, ma sampai terpaksa keluar dari pintu dapur sbb xnak bawak saya g kedai.sbb kalau saya pergi pasti ada habuannya.. anak patung or mainan masak2 or ape2 la yang saya berkenan kt hati.. hihi.. kakak2 saya pn sama.semua orang pasti mengelakkan saya kalau nk keluar T_T. sebenarnya sampai skrg sy minat anak patung.buktinya saya balik malaysia hari tu bawak lg satu.huhu.. semua org terkejut sbb beg besar2 ingatkan ape.. hihi.. balas dendam sbb ma kasi semua bear saya kat anak2 buah.isk3.sedih jgk.sebab semua tu kn kenangan.kenangan hadiah dari akak2 n abg2 ms besday.tp skrg semua dah bertempiaran lari dari saya.duk rumah org tu sikit.rumah org ni sikit.mmmm... n plg terkejut.. kawan sy ade kasi patung tengkorak masa besday ke 18 tahun.. ma saya bakar sbb bdk2 nangis tgk.. uhuk.. ma memang xsuka anak patung sangat.. xpelah.. mungkin saya perlu lebih matang skrg.tp, suka anak patung xsemestinya xmatang kan?? huhu..

tiba2 saya tringat pasal seorang sahabat saya yang saya kenal ms form 4. saya tengok status ym dia sebelum2 ni, mcm ada masalah jgk. so saya tegur dia kat ym sbb tgk gmbr dia kat situ.kecik je n jauh jgk.dia cam nak ngelak je jawab soalan saya yg 1 ni.hihi.
atikah naim: salam
atikah naim: awk pakai purdah?
na: wslm..
na: em..
na: knp?
atikah naim: saje tny
atikah naim: pakai la skrg?
atikah naim: xpela.. bgs2..
na: bakpo?
atikah naim: semoga istiwamah
na: insyaallah..
atikah naim: istiqamah..hihi silap
na: 'ala tul..
na: tau..sy fhm..
atikah naim: sejak bile?
atikah naim: matrik?
na: thn nie..
atikah naim: o0o
atikah naim: alhamdulillah
atikah naim: bgs2
atikah naim: ;)
atikah naim: xsbr nk jupo awk

kadang2 saya terfikir.memang nak jadi baik ni susah.byk dugaan jugak sebenarnya.berdasarkan status ym dia pn dpt tgk perit dlm hati.dia bukan mengeluh.tp status menguatkan smgt.yg mcm sy selalu jgk wat tu.hihi. tapi org yang beriman, dia mengutamakan pandangan Allah. dan bukan pandangan manusia.tp tulah, kalau kita rapuh, memang kita mudah goyah dan jatuh tersungkur.. rugi2.. saya memang dlm golongan yang rugi sbb dlu xistiqamah. bangun2 tikah. u can do it!!!kawan saya ni baru tahun ni pakai niqob(purdah).alhamdulillah.. dia diberi hidayah yg besar dr Allah. dan dia diberi kekuatan yang tinggi.saya kagum dgn dia skrg.xmacam saya yang masih xmampu nak berpakaian macam tu.insyaAllah saya berusaha jaga aurat ni stakat yang termampu. masa saya tegur dia haritu, dia nak xnak je jwb soalan saya psl ni. hiihi.. maybe sbb dlu2 saya selalu buli dia jgk kot.tp dia pn buli sy jgk! hihi.. even kami bukan bestfriend. saya seronok tgk kawan saya macam tu.kawan yang apabila melihatnya...rasa dekat hatimu pada Allah.subhanallah.sayang kamu.. ^_- insyaAllah saya pun nak berubah dari sehari ke sehari.sebab tu kene selalu dekatkan dgn insan2 ynag turut mencari redha Allah. kan salah satu ubat hati adalah sentiasa mendekatkan diri dan berbaik2 dgn para ulama'. asalkan punyai sahabat yang mempunyai matlamat yg sama dah ok.insyaAllah.pray for me..

oh..rindunye kat asrama naim.. petang2 mcm ni mst semua org dah pegi surau baca ma'thurat.. lepas solat maghrib berjemaah.. mesti ada tazkirah.. xpun ade spot check.. huhu.. tringat lg ms saya wat spot check asrama.. mcm2 brg jmpe.. hihi.. rindunya kat syikin utk dibuli.. kat seha yang selalu tido ms kelas.. kat ustaz+ustazah+cikgu2 yang selalu bg nasihat.. teacher rashidah yg sll bg tips kehidupan + pelbagai nasihat masa kelas EST.. uhuk.. blk hr tu pn xsempat jmpe semua cikgu.. semua cikgu2 yang baik dgn saya pegi kursus la.. dah tukar sek la.. isk3.. rindu syndrome~

meh dgr muhasabah cinta...




okla.. rasa perlu keluar jumpe kawan dr republic czech..

Saturday, February 14, 2009

IsTeri soLehah (khas untuk kak balqis+kakzi+eman)




untuk semua insan2 yang bercita2 same seperti insan kat atas tu..hihi..
gunakan ia sebagai nasihat berguna.. dari lelaki kepada wanita..




selamat beristiqamah ^_-
selamat bermujahadah..
p/s:lagu baru raihan...

okla.. Allah yunajjah bittaufik fil imtihan.. amin.. parasitology to go..

balas tag kak balqis..

baru2 lepas xm ni.. saya suke merilekskan minda dulu.. xblh stress2 sgt.. nanti xmsk.. hihi.. (alasankah??)so.. saya jawab ye tag kak balqis yg baik + comel tu.. ^_-
sbnrnye saya terkejut.. mcm mane blogg ni masuk dlm komuniti perubatan.. mmm.. adakah saye perlu hubungi admin supaya membuangnye??? maybe.. nantilah pasni2.. malas nk pk lg.. rasanya xtringin nk bukak blog ni meluas utk semua warga medik mesir kot.. sbb xde pape sgt pn kt blog saya.. sekadar luahan perasaan.. dan kadang2 masa rasa iman tu naik sket.. muhasabah skali.. tp byk melalut jek.. hehe.. senang cite.. byk benda xpaedah jgk sbnrnye.. yang baik tu jadikan pedoman.. mane2 silap.. ringan2 le tangan menaip or bukak mulut terus pn takpe ckp kt empunye diri ni.. insyaAllah sy ready setiap saat tuk betulkan diri yang masih sgt2 lemah+penuh dgn kesilapan.. sahabat yang baik adalah yang memberi nasihat apabila diminta.. ^_- nasihatilah saya masa sy wat silap.. T_T

Ini preskripsi hidup saya:

A) 5 things I’ve learned so far in life

1. Kebergantungan 100% pd Allah
2. bersyukur dgn apa yang ada + redha atas segala yang berlaku
3. Berfikir sebelum bertindak.. jgn tergesa2 supaya xmenyesal dikemudian hari!!!
4. sabar+berusaha sedaya upaya stakat yang mampu
5. Belajar supaya berani present dpn.. berani ke??hihi ^_^

B) 5 things I’ve just discovered this year

1. ukhwah fillah sgt2 inDah jika dihayati bersama!!!
2. Islam itU sgt2 sYumuL + mudah jika bEtuL2 amalkan..
3. iKhlas itU suatU yang Sukar diPerolehi tanpa kita sedar. kne tajdid niat blk..
4. Ilmu tanpa Amal.. seperti poKok yg xberBuah.al'ilmu bila amalin.. kassyajari bila thamarin.mmm rugi2...(tibe2 tringat ust yusuf ajar bahasa arab tinggi T_T)
5. meMbenTuk PeribaDi sOlehah perlukan muJahadaH+isTiqaMah setiap saat!!

[sbnrnye bknlah br sedar thn ni.. ade yang sedar thn2 sebelumnye n so on jgk.. tp ni perkara yg sy sdg pikir skrg. hihi..

C) 5 ways I’ve changed
(xsure dah berubah belum.. on de way.. hehe)

1. SabaR dlm setiap perkara terutama apabila melibatkan org lain sama
2. BerUsaha sehabis daya
3. ambil berat ttg semua org sekeliling
4. cuba Memahami perasaan insan sekeliling
5. Berfikir ttg ciptaan Allah yg Sgh Menakjubkan.. xusah pikir jauh2.. blaja medik dah leh tgk mcm2.. subhanallah!

D) 5 things that make me happy

1. berbual dgn Ma...kakak2...abg2(yeke?? xjgk.. abg2 sy xcaring.. hihi)...anak2 buah...
2. Kawan-kawan, teman dan sahabat handai(Bila sama2 bertemu dan beramah mesra..even senYum!!)
3. ShoPping Buku2 + melayari website2 best ^_^
4. berboRak dGn kwN2 kt Ym.. USRAH ONLINE bersama www.ukhwah.com!! (akhawat only)
5. maKan2 + jaLan2 ^_-

[kalau jawab yang ni je dpn kak kauthar n akak2 semua.. mesti saye kene hentam ni.. hihi.. Allah tetap dihati.. insyaAllah..Ya Allah.. jadikanlah hati-hati kami sentiasa mengingatiMu dan tidak lalai drpdMu.. Janganlah ENGKAU membolak-balikkan hati2 kami.. janganlah ENgkau membiarkan sentiasa lalai dan alpa dgn duniaMu yg sgh indah ini sedangkan ia tidak kekal.. namun, jadikanlah kami semua sentiasa merindui SYURGAMU yang kekal abadi selamanya..amiin]

E) 5 things I want

1. KEBERKATAN DAN REDHA ALLah
2. Cemerlang dunia dan akhirat
3. Matiku dalam husnul khatimah
4. Membina Bait MithaLi yang berjaya dan melahirkan aNak2 soleh dan solehah nanti!!
biiznillah..
5. menjadi anak, pelajar,adik, makcik, sahabat yg Solehah+mithaLi.. Allahumma amiin..


F) 5 names I want to tag
(Soalan paling susah abad ini,bersedialah!)

xjadi tag... hihi